You are on page 1of 62

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TOPIK 1

TAJUK 1: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN TAJUK 2: PENTADBIRAN AGENSI-AGENSI SUKAN KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan kepada Pengurusan dan Pentadbiran Jasmani dan Sukan serta Pentadbiran Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan dan latihan terarah bagi memudahkan kefahaman disamping sumber rujukan sebagai bacaan tambahan. . HASIL PEMBELAJARAN Selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Memahami Pengurusan dan Pentadbiran Jasmani dan Sukan . 2. Menjelaskan Pentadbiran Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa. 3. Menghuraikan peranan Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa. 4. Mengurus lawatan ilmiah ke Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa.

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kerangka konsep tajuk Pengurusan dan Pentadbiran Jasmani dan Sukan engurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan

Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan

Konsep dan 5. definisi pengelolaan, pengurusan dan pentadbiran

Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

Pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan

Pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan

Kerangka konsep tajuk Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa.

Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa

Belanjawan dan pengurusan kewangan

Pentadbiran organisasi sukan

Lawatan ilmiah

Pengendalian mesyuarat

Perlembagaan organisasi badan sukan kebangsaan 2

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

KANDUNGAN

1.0 1.1

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JASMANI DAN SUKAN E Konsep dan definisi pengelolaan, pengurusan dan pentadbiran

Pengurusan sukan boleh ditakrifkan sebagai perlaksanaan kegiatan-kegiatan yang perlu dalam sesebuah organisasi sukan bagi bertujuan untuk mempastikan bahawa setiap individu bersatu tenaga untuk satu-satu matlamat yang ditetpkan terlebih dahulu. Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk iaitu satu bidang usaha professional dimana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan dan satu program persediaan akademik professional yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi sebagai suatu bidang yang wajib. 1.2. Prinsip Pengurusan Sukan Pengurusan sukan ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal. Berdasarkan kepada prinsip: Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk

kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan dilihat membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak

keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life ) dan keperluan asas manusia. Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fisiologi kepada kepuasan mutlak diri.

1.3.

Apakah Pengurusan Sukan Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti manusia dengan campuran sumber lain dalam organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan

Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.

Pengurusan seperti yang didefinisikan oleh William,Charlie dan Warren ( 1972) ialah satu proses menggunapakai peralatan dan sumber

manusia untuk mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Mohd Saleh Aman ( 2005 ) menyatakan pengurusan sukan adalah proses bekerja bersama orang lain dengan menggunakan sumber optimum dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Secara

operasinya, pengurusan bermaksud mencari cara atau menyelesaikan kerja.

1.4.

Fungsi Pengurusan Sukan

Merancang Seseorang individu berkemampuan mempunyai pemikiran untuk memandang ke hadapan,

logik dan berkeupayaan melakukan pertimbangan

dengan baik. Sebagai pengurus atau pentadbir ia mestilah mempunyai asas konseptual yang kuat . Merancang adalah elemen yang sangat diperlukan
4

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

oleh organisasi sukan. Ini bertujuan supaya objektif organisasi dapat ditentukan dalam jangka masa yang tertentu dan dapat mewujudkan tata cara yang baik. Sebagai langkah awal perancangan, hendaklah melibatkan matlamat-matlamat organisasi bagi mmenentukan objektif-objektif program dengan cara yang teratur dan bersedia menerima kemungkinan jika objektif program tidak diterima keseluruhan organisasi. Tanggung jawab utama seorang pengurus adalah menetapkan matlamat dan objektif dan

merencanakan bagaimana untuk mencapainya. Perancangan sama ada dalam bentuk mengubal dasar, peraturan, projek, belanjawan, piawaian, ramalan dan strategi. Pengurus adalah Individu yang menggerakan matlamat sesebuah organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan pelbagai sumber yang ada seperti manusia, wang dan sumber-sumber konkrit.

Manusia Mengurus Wang Sumber-sumber Rajah Model Proses Mengurus Matlamat

Mengawal Pengurus yang cekap dan berkesan mestilah memastikan segala tindakan anggota organisasi menggerakan organisasi yang didokongnya ke arah matlamat yang telah ditentukan. Kawalan bermaksud mengukur sejauh mana prestasi yang dicapai dalam menjalankan sesuatu rancangan Ia perlu memastikan supaya segala rancangan dapat dilaksanakan dan hasil diperolehi. Fungsi utama Menyediakan bajet Mengarah Mengelola Menyediakan jadual pertandingan
5

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Membuat keputusan menilai

1.5. Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan Jasmani, dan Sukan Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Contohnya falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami semua Falsafah tugasan secara menyeluruh bukannya secara pendidikan dalam jasmani berasing-asing. ialah satu aktiviti bertujuan untuk

pengurusan

mentadbir dan mengelola

pendidikan jasmani

menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Aktiviti pendidikan jasmani adalah berdasarkan aktiviti fizikal

yangmempunyai 3 domain iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. Pendidikan jasmani merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan terancang dengan kemas dan sistematik. Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta memupu semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan. Dalam menceburi diri atau menjalankan aktiviti dalam sukan perlu berpegang kepada etika sukan. 1.6. Prinsip Pengurusan PendidikanJasmani Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif. Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan. Pendidikan jasmani membolehkan pelajar menguasai asas pergerakan dan permainan
6

kemahiran diri

mengikut

kemampuan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

berdasarkan tiga tunjang pembelajaran kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat

1.7. Definisi Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan Jasmani juga bertujuan untuk menjadikanpelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain sperti psikomotor, kognitif, efektif, sosial dan emosi. Melalui pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalankan. Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Aktiviti pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan jasmani iaitu:7

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai dengan memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial maka melalui pendidikan Jasmani ke semua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru PJK(1988).

1.8. Pengurusan Pendidikan Jasmani Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk

mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani juga merupakan satu
8

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

proses pembelajaran yang menyeluruh merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui pendidikan jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.

Pendidikan Jasmani adalah

merupakan satu

bentuk

pembelajaran yang

holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mana pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

1.9. Kurikulum Pendidikan Jasmani diMalaysia

Pendidikan jasmani merupakan matap elajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan. Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk

masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
9

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani kearah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi

meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

1.10.

Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah: Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan

kesihatan dan perlakuan motor. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Mengaplikasikan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan Membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani,1999) pengetahuan kesihatan dan keselamatan

1.11. Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakan Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani Menyediakan perancangan tahunan panitia
10

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Memantau pengajaran pendidikan jasmani Memeriksa buku latihan pelajar Merancang pembelian alatan untuk panitia Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia Merancang latihan dalaman

1.12. Proses Dan Asas Pengurusan Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan Pengurusan Merupakan satu proses perancangan, pengelolaan, memimpin dan pengawalan usaha-usaha anggota sesebuah organisasi serta

menggembleng sumber-sumber yang ada dalam organisasi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan peranan sebagai pengurus.

Fungsi Pengurusan a. Perancangan ( Planning ) Perancangan adalah merupakan salah satu komponen penting dalam aktiviti pengurusan. Ianya boleh dilihat sebagai satu aktivit ipenetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik. Kesemua aspek dalam perancangan dirangka secara terperinci dan ianya sering dikaitkan dengan masa. Perancangan yang baik dan berkesan adalah perancangan yang tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan. Perancangan boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu:

i. Perancangan Strategik Perancangan jenis ini dirangka bagi memenuhi objektif organisasi dalam konteks yang lebih luas. Ianya merangkumi kepada pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. Ianya juga dikenali Master plan.

11

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

ii. Perancangan Operasi Perancangan ini dirangka secara terperinci dan digunakan untuk bagi melaksanakan plan strategik. Perancangan operasi boleh dibahagikan kepada dua aspek: Perancangan Jangka panjang dan Jangka Pendek Perancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan yang

melibatkan tempoh masa. Tempoh masa yang ditetapkan ditentukan oleh perancang berdasarkan objektif ingin yang

dicapai. Tiada tempoh masa yang spesifik ianya boleh jadi satu tahun atau pun kurang. Jika perancangan itu ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh kurang dari satu tahun ianya diklasifikasikan sebagai Perancangan jangka pendek dan begitulah sebaliknya bagi Perancangan Jangka Panjang.

iii. Perancangan Berfungsi Perancangan jenis ini diklasifikasikan sebagai perancangan yang

dibuat untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai. Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain yang telah sedia ada. Sebagai contoh perancangan jenis ini adalah seperti: Perancangan sumber manusia Perancangan kewangan Perancangan program pembangunan atlet sekolah

Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan Memikirkan idea yang baik Memilih idea yang terbaik Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea anda Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat penting
12

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan boleh digunapakai Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan tindakan perancangan Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu Menentukan struktur organisasi Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai contoh ketika ingin membuat sebarang keputusan penting

panduan ini boleh digunakan Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik Memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint ) dan sebaiknya dibukukan untuk panduan mereka yang terlibat Melaksanakan rancangan ini. Pastikan anda menilai akan keberkesanan setiap perancangan yang dibuat bagi membantu memberikan gambaran keberkesanan dan permasalahan yang dihadapi untuk tujuan pembaikan dan rujukan di masa hadapan

Faedah Perancangan Membantu memberikan hala tuju kepada mereka yang terlibat Membantu organisasi menentukan masa hadapannya Membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan Membantu menjadikan organisasi berjaya aspek pengurusannya

b. Pengelolaan (Organizing ) Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan ianya bukanya satu proses yang berasing.

Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain. Secara kolektifnya anda perlu
13

melihat

proses

dan

fungsi

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

pengurusan iaitu perancangan,

pengelolaan,

pelaksanaan,

dan

pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus (managing ). Langkah-langkah dalam Melaksanakan Pengelolaan i. Membahagikan Tugas Secara Spesifik Keberkesanan dalam pengelolaan banyak bertumpu kepada pembahagian kepada tugasan secara spesifik kepada mereka yang dipertanggungjawab. Tanpa membahagikan tugas

seseorang individu perlu melaksanakan pelbagai tugasan dalam satu masa.Ini merupakan satu petunjuk bahawa organisasi itu tidak efisien dalam pengurusannya. Ada faedahnya jika amalan ini dilaksanakan, antaranya seperti individu yang menjalankan tugasan yang spesifik dan sama akan lebih mahir melakukan tugasnya kerana tugasan tersebut telah dilakukannya secara berulang. Ini memberikan manfaat dalam membantu mempertingkatkan kemahiran dan menjamin sesebuah

pencapaian matlamat yang diinginkan dalam perancangan

ii. Pembahagian Tugasan BerdasarkanKumpulan atau Unit Kecil Langkah yang kedua ialah membahagikan tugasan mengikut kumpulan secara sistematik dan tersusun. Ini dapat membantu ketua memantau anggota di bawahnya berdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh anda ditugaskan sebagai ketua unit kemudahan sukan dan latihan,tanggungjawab anda adalah untuk memenuhi objektif perancangan dan dalam masa yang sama bekerjasama dengan anggota lain serta memantau pelaksanaan tugas. iii. Memberikan Autoriti dan Tanggung jawab Setelah diberikan, tugasan kepada kumpulandan perlu unit-unit kecil autoriti telah dan

seterusnya

anda

memberikan

tanggungjawab kepada kesemua ketua berdasarkan portfoliom asing-masing. Ketua memiliki autoriti yang boleh dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang dibenarkan. Autoriti ini merupakan kuasa
14

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

yang wujud dari pihak atasan dan diturunkan dari satu tahap ke bawah dalam satu masa dan mengikut keperluan tugas. Tanggungjawab pula sering dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang ada, ia datang secara bersama.Tanggung jawab ini merupakan satu bentuk akauntibiliti terhadap tugasan yang diterima. iv. Menentukan Span of Management Span of Management bermaksud jumlah anggota yang akan ditugaskan bagi satu-satu kumpulan atau unit. Jumlah anggota juga menentukan kejayaan sesuatu tugasan. Jika terlalu sedikit anggota yang diperlukan ianya akan mengurangkan keberkesanan kerja, manakala jika terlampau ramai sebagai ketua anda akan hilang kawalan terhadap anggota bawahan yang terlampau ramai. v. Mengkoordinasi Sumber Organisasi Langkah ini adalah yangterakhir dalam aktiviti pengelolaan, mengkoordinasi sumber organisasi olehsemua anggota kumpulan adalah merupakan usaha kolektif yang dilakukan bagi memenuhi objektif organisasi. Ini dilakukan bagi memastikan sumber yang ada dalam organisasi dapat di manfaat dan digunakan dengan baik sepenuhnya. penggabungan, Koordinasi ini merujuk dan kepada satu kaedah keseragaman

integrasi

di antara kumpulan dan unit-unit lain. Faedah Pengelolaan Tindakan yang diambil akan lebih berkesan Menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif dan efisien. Membantu dan memudahkan prosesmeletak tugasan dan tanggung jawab kepada individu yang berkenaan membantu

mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang berkesan

15

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

C. Memimpin (Leading ) Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk

anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan.

Peranan Pemimpin Berikut adalah peranan sebagai pemimpin dalam organisasi: Wujudkan kecenderungan terhadap kecepatan dan tindakan Sedia berinovatif atau mengalami kepupusan Runtuhkan segala halangan Menggunakan semua sumber masa tenaga yang kerja mereka anda, segala ada untuk

kemahiran mereka,

segala

keberkesanan organisasi.

D. Pengawalan (Control ) Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan dan ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam setiap perancangan. Sebagai pengurus anda perlu memastikan semua tugasan yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik perancangan. Di sinilah letaknya peranan pengawalan di mana ianya berfungsi untuk memberikan yang diterima membuat maklumat ini ianya kepada akan Antara pengurus. membantu peranan

Melalui maklumat pengurus dalam

nanti

keputusan.

penting pengawalan ini adalah bertujuan untuk :. i. Menetapkan Standard atau Piawai Ditetapkan berdasarkan matlamat dan objektif organisasi. asal sesebuah

Standard merupakan garis panduan yang tetap dan

perlu dipatuhi, sebagai contoh untuk kelayakan menghantar pasukan hoki ke sebarang kejohanan di peringkat negeri, pasukan yang dipilih perlu sekurang-kurangnya menjadi johan peringkat zon atau pun daerah. Untuk memberikan nilai kepada aktiviti

pengawalan ianya perlu diterjemahkan kepada satu kaedah yang


16

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

boleh diukur (measurable) dan mudah difahami oleh mereka yang terlibat dalam satu proses pengawalan. ii. Pemantauan dan Pemeriksaan (Mengukur atau Menilai Prestasi ) Kaedah yang boleh digunakan mengukur prestasi terdiri dari kaedah seperti kaedah kualitatif, kuantitatif ataupun gabungan kedua-kedua kaedah ini. Mengukur jumlah perlawanan antarabangsa yang disertai dan menepati standard dikategorikan sebagai Kuantitatif manakala mengukur keupayaan pemain junior menyesuaikan diri dengan pasukan atau permainan dikategorikan sebagai kualitatif. Contoh bagi kaedah gabungan pula prestasi seorang pengurus diukur pula berdasarkan prestasinya menguruskan kewangan dengan

berkesan dan tindak-tanduknya dalam menaikkan prestasi atlet melalui pengurusan kewangannya yang berkesan.

Pengetua

GPK Kokurikulum

Setiausaha Sukan

Guru Penasihat

Guru Penasihat

Guru Penasihat

Rajah Carta Organisasi Sukan Sekolah

Membandingkan Prestasi dengan Standard yang Telah Ditetapkan Perbandingan yang dilakukan ini perlu memenuhi keperluan standard yang telah ditetapkan adakah ianya gagal dipenuhi atau menjangkau lebih dari yang telah ditetapkan.

17

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Tindakan Pembetulan Tindakan pembetulan ini hanya dijalankan jika standard yang diinginkan tidak tercapai. Sesuatu tindakan yang diambil perlu dianalisis di mana berlaku kepincangannya, mencari punca ataupun mungkin standard yang telah ditetapkan sukar dicapai atau tidak realistik.

iv. Faedah Pengawalan Membantu untuk pencapaian objektif dalam tempoh masa yang telah ditetapkan secara efektif dan efisien. Mengurangkan risiko berhadapan dengan masalah yang rumit. Membantu bertindak jika berlaku sebarang kesilapan ataupun aktiviti pengurusan yang lembap.

1.13. Kemahiran Dalam Pengurusan Sukan Definisi komunikasi I a adalah satu seni yang menyalurkan maklumat, idea dan sikap dari seseorang kepada seseorang yang lain. Komunikasi adalah satu proses untuk berkongsi sesuatu orientasi terhadap satu set tanda-tanda maklumat. Komunikasi adalah satu proses penyampaian pesanan daripada satu sistem kepada satu sistem yang lain. Satu rangkaian proses yang halus yang digunakan oleh manusia untuk berinteraksi, mengawal antara satu sama lain dan memperoleh kefahaman.

18

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

1.13.1. Kemahiran berkomunikasi Mempunyai keupayaan untuk menghantar dan menerima maklumat

secara verbal dan bukan verbal serta bagaimana seseorang pengurus dapat mempengaruhi kakitangan. Semua sistem sosial memerlukan komunikasi untuk menghantar dan menerima maklumat. Komunikasi diperlukan manusia bekerja bersama-sama untuk mencapai objektif organisasi. Seorang pengurus dijangka boleh memindahkan serta menyalurkan maklumat dengan baik. Kemahiran ini termasuklah secara lisan seperti pertuturan dan bukan lisan seperti bahasa gerak badan. Kemahiran ini boleh dimajukan dengan mengamalkan teknik-teknik yang baik untuk memperbaiki lagi kebolehan berkomunikasi. Ada syarikat yang mempunyai harapan untuk maju tetapi lemah d i dalam penulisan laporan, maka disediakan seorang setiausaha yang bijak menyusun tulisan-tulisan laporan berbentuk teknikal untuk membantunya.

Komunikasi diperluaskan dengan tiga cara: Hubungan Sehala (One-way communication down.) Kebanyakan pentadbiran menggunakan cara ini. Tetapi ia tidak dianggap sebagai alat komunikasi kerana tidak ada perhubungan sedikit kefahaman bagi orang yang menerima. Pentadbir cuba memastikan apakah staf mereka fikirkan. Laporan, semakan segera, lawatan, soal-selidik, peti cadangan digunakan oleh pihak pengurusan untuk mendapatkan maklumat

daripada staf mereka. Cara ini agak sempit dan tidak sempurna

19

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Pengurusan partisipasi. Ia melibatkan staf membuat keputusan dan ia seperti komunikasi yang sebenar. Tetapi banyak halangan kepada pengurusan untuk membina hubungan (rapport) dan keyakinan di kalangan staf untuk bercakap. Jika staf mempertikai atau bertanya berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran, biasanya boleh membawa padah kerana pihak

pengurusan tidak bersedia menerima situasi sedemikian. Prinsip-prinsip asas bagi komunikasi yang berkesan Kejelasan. Penggunaan bahasa dan nada suara didengari jelas. Keringkasan. Ringkaskan k o m u n i k a s i supaya tidak berjela-jela hingga timbul rasa bosan oleh pendengar. mestilah dapat difahami dan

Lengkap. Mesej yang hendak disampaikan hendaklah lengkap supaya penerima tidak tertanya-tanya akan butir-butir selanjutnya. Tepat. Menggunakan perkataan yang tepat serta ayat-ayat ayat bernas dan jelas maksudnya.

Sopan. Perlu menitik beratkan soal kesopanan dan ketertiban. Penggunaan panggilan yang betul terhadap seseorang.

Pentingnya komunikasi i. Mencapai matlamat organisasi. la adalah satu cara yang dapat mengubah sesuatu kelakuan, melaksanakan perubahan, menjadikan maklumat produktif dan mencapai matlamat organisasi.

20

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

ii.

Mendapat maklumat yang berkaitan. Ia sangat penting untuk mendapatkan pengetahuan tentang harga, pertandingan, teknologi, pembiayaan dan sebagainya

iii.

Operasi. Untuk menjalankan aktiviti dengan sempurna, semua atlet memerlukan maklumat penuh. Staf yang suka bekerja dan bertanggungjawab tidak suka penyediaan peraturan yang ketat. Bila ada maklumat, mereka boleh menggunakannya sebagai asas untuk bertindak dengan cara yang sesuai dan betul. Mereka boleh menilai faktor kualiti dan waktu tanpa penyeliaan.

iv.

Penilaian perseorangan. Pengurusan sukan perlu memberitahu atlet mengenai sumbangan mereka dalam sukan. Ini adalah cara atlet mengetahui kedudukan mereka dan bagaimana boleh diperbaiki. Maklumat seperti ini dapat memberikan maklum balas kepada atlet meningkatkan prestasi masing-masing. Penghargaan sangat penting dalam menyumbangkan kepada meningkatnya semangat atlet.

v.

Keselamatan peribadi. Pengurusan perlu memberi penerangan berkaitan keselamatan atlet. Ini untuk mengurangkan kemalangan. Dari pandangan atlet maklumat yang diberi mengenai keselamatan mereka adalah penting dalam meningkatkan semangat bertanding.

vi.

Disiplin. Disiplin adalah amat penting, komunikasi berperanan

memberitahu atlet berkaitan peraturan dan bentuk latihan

21

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

1.13.2. Pengaliran Komunikasi Formal Komunikasi dari atas ke bawah. Mesej dan maklumat yang dihantar dari pihak pengurusan ke subordinat. Pihak pengurusan mempunyai kuasa untuk mengarahkan sesuatu mesej bergerak ke bawah. Biasanya mengenai arahan dan peraturan mengenai tugas seseorang atlet. la juga mengenai rasional polisi yang menerangkan mengapa dan bagaimana tugas itu dapat memberi sumbangan kepada pencapaian objektif organisasi. Komunikasi dari bawah ke atas. Ia bermula dari subordinat kepada pihak pengurusan. Cara ini dapat menolong pengurusan menilai keberkesanan komunikasi dan mengenal pasti masalah atlet. Komunikasi mendatar. Individu pada tahap yang sama boleh berhubung antara satu sama lain seperti berkongsi masalah peribadi. Kemahiran teknikal Ia melibatkan keupayaan seseorang pengurus menggunakan kaedah, prosedur dan teknik-teknik di dalam bidang khusus. Kemahiran ini boleh diperoleh melalui pendidikan formal atau tidak formal. Sebagai contoh, pengurus atau pengerusi teknikal dikehendaki mempunyai kemahiran dan pengetahuan berkaitan undang-undang, peralatan, ukuran padang atau gelanggang untuk pertandingan.

22

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Gelaran Jawatan Pengurus Kewangan Pengurus Pengeluaran Pengurus Perjawatan Pengurus Pemasaran

Kemahiran Teknikal Urusan keluar masuk penyimpanan rekod wang,

Reka bentuk, proses kejuruteraan Polisi persatuan sukan, skim gaji dan upah atau elaun pampasan Gelagat pengguna, pasaran, membuat ramalan kajian

Jadual Perbezaan antara gelaran jawatan dengan Kemahiran teknikal Teknologi dan teknikal merujuk kepada alat-alat yang manusia gunakan bagi menjalankan sesuatu kerja. Teknologi membawa pengertian yang sangat luas yang mencakupi unsur-unsur seperti automasi, mekanisasi dan teknik. Pengurus-pengurus haru mempunyai darjah fleksibiliti dalam memilih teknologi. Teknologi yang dipilih bersesuaian dengan matlamat organisasi.

1.13.3. Kemahiran Konseptual la bermaksud berkeupayaan berfikiran secara abstrak, memupuk idea dan memahami organisasi secara keseluruhan. Ia melibatkan

pandangan pengurus terhadap masa hadapan dan menyedari pertalian organisasi dengan dunia luar. Setiap unit dan fungsi dianggap boleh menjejaskan bahagian yang lain. Pengurus perlu mengetahui pada peringkat awal bagaimana menghadapi sesuatu perubahan. Kemahiran ini agak jelas di antara seorang pengurus dengan pengurus yang lain apabila kita melihat hasil keputusan yang diambil.

23

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kemahiran konseptual adalah kemampuan untuk melihat organisasi secara keseluruhan. la melibatkan pengecaman bagaimana

sesetengah fungsi organisasi bergantung antara satu sama lain dan bagaimana perubahan dalam sesuatu unit organisasi boleh memberi kesan pada organisasi. Konsep ini bertambah penting dengan bertambahnya bilangan staf dan skop organisasi. Organisasi yang besar memerlukan kemahiran konseptual yang hebat.

1.14. Tanggungjawab Dalam Pengurusan Sukan (Fungsi Pengurusan) a. Perancangan la bermaksud bahawa individu itu berkemampuan memandang ke hadapan, mempunyai pemikiran logik dan berkeupayaan melakukan pertimbangan dengan baik. Perancangan menitik beratkan "apa, di mana, bagaimana, bila dan siapa yang perlu dilakukan". Sebagai pengurus atau pentadbir ia mestilah mempunyai asas konseptual yang kuat seperti yang terdapat dalam sistem masyarakat seperti kebebasan berhimpun, berkumpulan dan konstitusionalisme ( pemerintahan berperlembagaan) .Kebebasan berhimpun adalah hak yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyatnya. Ini membolehkan rakyat bebas melakukan aktiviti seperti perniagaan, pekerjaan dan sebagainya. Berkumpulan boleh menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan mereka. Juga menggalakkan pengagihan kuasa di dalam organisasi. Manakala konstitusionalisme adalah kerajaan yang telah memastikan rakyatnya berhak untuk hidup dalam harmoni, bebas dan mengumpul data. Sebagai langkah awal perancangan, hendaklah melibatkan matlamatmatlamat organisasi bagi menentukan objektif-objektif program dengan
24

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

cara yang teratur dan bersedia menerima sebarang kemungkinan jika objektif program tidak diterima oleh keseluruhan

organisasi.Tanggungjawab utama seorang pengurus adalah untuk menetapkan matlamat dan objektif dan merencanakan bagaimana cara untuk mencapainya. Perancangan sama ada dalam bentuk menggubal dasar, peraturan, projek, belanjawan, piawaian, ramalan, strategi dan deadlines.

b. Pengendalian atau pengorganisasian la adalah pembahagian bidang kuasa, tugas dan penyediaan struktur. Apabila objektif dan program sesebuah organisasi itu disediakan maka pihak pengurusan membentuk dan mewujudkan sebuah organisasi yang dapat melaksanakan program-program tersebut. Para pengurus perlu ada kebolehan untuk menentukan jenis organisasi yang boleh melaksanakan objektif yan g ditentukan. Para pengurus perlu ada kebolehan untuk membangunkan organisasi terutamanya dari segi penstafan iaitu mengambil, menempat dan melatih personnel yan g berkelayakan untuk menjalankan kerja -kerja organisasi. Ia dapat menyatukan segala tindakan individu dan kumpulan yang ada dalam satu -satu organisasi dalam melaksanakan tugas untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Pembahagian kerja ini berkait rapat dengan kecekapan untuk menggunakan tenaga manus ia dan sumber-sumber lain yang terhad.

c. Memimpin Ekoran dari perancangan yang telah diatur, struktur organisasi ditentukan, kakitangan diambil dan dilatih. Para pengurus perlu mengatur pergerakan ke arah usaha -usaha untuk mencapai objektif. Usaha mengatur dikenali sebagai memimpin. mengarah. mendorong da n menggerakkan subordinat. la bertujuan supaya anggota dalam organisasi
25

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

itu dapa melaksanakan kerja dengan cara yang teratur bagi mencapai kejayaan organisasi.

d. Mengaw al Pengurus yang cekap dan berkesan mestilah memastikan segala tindakan anggota organi sasi menggerakkan organisasi yang didukungnya ke arah matlamat yang telah ditentukan. Kawalan bermaksud mengukur sejauh mana prestasi yang dicapai dalam menjalankan sesuatu rancangan. la perlu untuk memastikan supaya segala rancangan dapat dilaksanakan dan hasilnya diperoleh. Ia juga merupakan suatu tindakan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan jika berlaku. Fungsi utamanya adalah untuk menetapkan piawaian prestasi sukan, mengukur prestasi kerja semasa dan membandingkan dengan piawaian yang telah ditet apkan serta mengambi tindakan memperbaiki prestasi sukan yan g tidak mengikut prestasi. Melalui fungsi-fungsi ini para pengurus sukan dapat memastikan organisasi dapat bergerak mengikut landasan yang betul sehingga mencapai objektif yang ditentukan. Bila pengurus sukan dapat melaksanakan tugas -tugas utama pengurusan dengan cekap dan berkesan maka hasilnya dapat mengeluarkan output yang setimpal dengan meminimumkan kos sumber yang digunakan. la merupakan suatu fungsi yang penting dan mustahak dalam pengurusan apa jua pertubuhan.

e. Kakitangan atau staffing Kakitangan yang bekerja adalah personnel yang berkelayakan dan sesuai untuk organisasi. Tumpuan adalah perlu diberikan kepada jumlah kakitangan yang perlu diambil, bakat tertentu, adab dan peraturan yang diperlukan oleh kakitangan. Keberkesanannya adalah bagaimana kakitangan dapat bekerjasama. Pemilihan individu untuk sesuatu jawatan dalam pertubuhan hendaklah lebih kurang sesuai dengan kemampuan yang ada pada individu itu.
26

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kejayaan pertubuhan itu, banyak bergantung kepada pemegang jawatan yang tinggi motivasinya, kreatif, bertanggungjawab dan mempunyai hubungan yang baik dengan berbagai golongan .

f. Pengarahan Atau Directing Arahan memerlukan tindakan. Ia timbul bila pegawai atasan

memberikan arahan untuk bertindak atau diarah. Ia melibatkan bentuk tindakan yang perlu dilakukan, bila perlu dimulakan dan bila perlu berhenti. Pengarahan adalah autoriti ke atas kawalan dan dikawal oleh pegawai tertentu. Ia wujud selepas peringkat persediaan awal yang melibatkan perancangan, pengendalian dan pengumpulan personnel dan sumber-sumber lain. Pengarahan adalah penting kerana bila dilakukan dengan cekap dan berkesan, ia akan menggalakkan peluang untuk berjaya. Jika dilakukan dengan cara yang tidak memuaskan hati, ia boleh mengancam kemajuan dan kejayaan organisasi. Ia melibatkan tingkah laku personnel yang di arah sama ada mereka menerima atau tidak. Jumlah dan mutu pencapaian adalah bergantung kepada tindak balas personnel terhadap arahan yang diterima oleh mereka. Fungsi arahan dalam pengurusan adalah membimbing, menunjuk ajar dan mengawasi ahli-ahli. Pengurus harus bertanggungjawab untuk

mendidik dan memajukan stafnya untuk menjadi lebih produktif dan berkesan.

g. Koordinasi Apabila saiz organisasi bertambah besar. masalah koordinasi juga bertambah besar. Individu yang berada dalam jabatan atau organisasi yang kecil lebih mudah urusan organisasi dan komunikasi yang baik di kalangan mereka. Koordinasi amat diperlukan untuk melancarkan segala tugas yang diarahkan.

27

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

h. Pelaporan Pentadbiran bukan sahaja bertanggungjawab kepada pegawai

atasannya malah kepada pekerja-pekerjanya. Ia harus membuat pelaporan dalam semua aspek kepada pegawai atasannya dan kepada pekerjanya. Kemampuan menyampaikan laporan secara jelas, tepat dan padat berkaitan dengan status pekerja atau jabatan adalah faktor yang penting untuk keberkesanan pentadbiran.

i. Belanjawan la melibatkan perancangan kewangan untuk mencapai keperluan program dan mengekalkan rekod bajet serta memantau sistem perakaunan. Ia merupakan satu dokumen yang menyatakan satu rancangan kewangan yang dapat menerangkan cara mana duit dibelanjakan, untuk apa ia dibelanjakan, bila ianya dibelanjakan dan dari mana duit itu diterima. Belanjawan merupakan satu kenyataan sumber kewangan yang formal yang diperuntukkan bagi melaksanakan aktiviti yang telah dikenal pasti untuk satu jangka masa yang tertentu.

28

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

1.15.

Konsep utama Pengurusan Sukan a. Autoriti la bermaksud sesuatu yang diberi kepada seseorang untuk bertindak. la sebagai kuasa yang sah atau sebenar. iaitu ada hak untuk mengarah dan bertindak. la merupakan kuasa yang selalu digunakan oleh seseorang setelah diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan. Autoriti adalah kuasa untuk membuat keputusan yang membantu tindak balas yang lain. Sebagai contoh. dalam Institusi Pendidikan. sumber autoriti adalah negara atau Kementerian Pelajaran. Pihak kementerian menurunkan autoriti kepada Pengarah Pelajaran dan seterusnya kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan kepada Pengetua atau Guru Besar. Menurut Gross, The nature of authority in organizations adalah mengandungi beberapa garis panduan organisasi yang terdiri dari; menerima, meminta dan memindahkan beberapa maklumat. membuat keputusan. melakukan sesuatu tindakan melalui arahan dan cara lain. menentukan jenis ganjaran atau dendaan.

b. Kuasa (Power) Kuasa boleh mengubah sifat individu. Ia merupakan keupayaan untuk mengarah dan mengawal. Ia mempunyai keupayaan untuk

menghasilkan tindakan membuat keputusan dan memulakan tindakan dengan jangkaan bahawa staf telah mengikut peraturan atau arahan. Jika mereka ingkar, maka pihak pentadbir mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

29

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kuasa adalah kekuatan yang tersembunyi yang dapat mengekal dan menyokong autoriti pihak pentadbir. Sesetengah pentadbir mempunyai ban yak kuasa atau sedikit atau tidak ada langsung kuasa pada mereka. Kuasa yang hebat disebabkan oleh lamanya perkhidmatannya dalam organisasi itu, prestij (martabat) dan kekaguman pengurusan di dalam atau di luar organisasi serta mendapat sokong an dari pihak atasan. Ada pentadbir hanya pada nama sahaja tetapi tidak ada sebarang kuasa. Ini kerana mereka mempunyai kuasa yang sedikit. Kuasa perlu dicapai dengan usaha yang ada pada diri mereka.

c. Karisma Keupayaan untuk merancang dan melakukan sesuatu di luar kemampuan. Jika individu menerima sesuatu jawatan atau status kedudukan, biasanya autoriti diberikan kepada individu tersebut. Selain daripada kuasa dan tanggungjawab serta autoriti, mereka ini harus mempunyai karisma iaitu keupayaan merancang dan melakukan sesuatu perkara di luar kemampuan tetapi berjaya dilakukannya.

d. Penurunan kuasa (Delegating) la adalah satu -satunya strategi yang amat diperlukan untuk ada peningkatan dalam pentadbiran sukan. Penurunan

kuasa bermaksud mengatur staf untuk melakukan tugasan supaya mereka ada masa untuk mencerap dan menganalisis maklumat sesuatu dari organisasi Ada atau dari luar dan membuat berlakunya

keputusan.

beberapa

sebab

kesukaran untuk menurunkan kuasa kepada staf. B iasanya mereka yang dilantik adalah di kalangan pentadbir yang terlalu berhati -hati, mereka ini akan berasa bersalah jika

30

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

meminta stafnya bekerja sedangkan diri mereka tidaklah begitu sibuk. Pentadbir ini adalah pekerja yang efektif dan mereka

merasakan tiada o rang lain boleh melakukan kerja sebaik mereka.Jika tertentu, subordinat diberikan akan tugas atau autoriti kawalan

pihak

pentadbir

melakukan

terhadapnya.

e. Akauntabiliti. Seseorang yang dilantik oleh sesebuah organisasi, majikan ataupun

pentadbir hendaklah akauntabiliti untuk melakukan tugas dengan jayanya. Sikap akauntabiliti ini amat penting bagi memastikan seseorang itu bertanggungjawab terhadap tugas atau menjalankan

amanah yang di bawa bagi melancarkan pentadbiran sesebuah organisasi.

31

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TUGASAN TERARAH
Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan dengan pengurusan sukan serta fungsi-fungsinya .

LAMAN WEB

Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

32

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

33

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

2.0

PENTADBIRAN AGENSI-AGENSI SUKAN KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

2.1. Pengenalan Pentadbiran Organisasi Sukan Organisasi bermaksud satu sistem atau kaedah yang tersusun dan memiliki tatacara peraturan yang telah diwujudkan. Pengorganisasian ini adalah aktiviti pengurusan yang mengkordinasikan kegiatan manusia di dalam organisasi dengan sumber yang dimiliki oleh organisasi. Ianya kemudian

digabungjalinkan melalui kepimpinan dan aktiviti pengurusan yang berkesan dan mantap.

2.2.

Konsep Organisasi Konsep organisasi bermaksud gagasan,ciri, sifat sesebuah badan. Penubuhan sesebuah organisasi adalah berasaskan falsafah, matlamat atau objektif tertentu yang disulami dengan peraturan. Ia merangkumi dasar asas dengan nilai yang tertentu, kefahaman atau kepercayaan, undang-undang atau peraturan, panduan dan pengurusan. Peraturan dan tatacara menjadi pedoman untuk mengawal perjalanan organisasi. Apabila disebut organisasi, ia membayangkan satu gagasan yang tersusun dengan rangkaian-rangkaian tertentu baik dari segi dalaman ataupun perhubungan luar. Memiliki struktur organisasi dan struktur kepimpinannya tersendiri. Struktur ini menerangkan aliran kepimpinan dan pertalian antara satujawatan dengan yang lain. Dalam sebuah organisasi wujud lapisan kepimpinan yang

melibatkan pemimpin, pengurusan dan anggota biasa. Pemimpin membuat dasar kepimpinannya serta

menggariskan hala tuju organisasi. Perancangan dibuat dengan mengatur program untuk melaksanakan dasar tersebut. Pengurusan membuat interpretasi dasar serta melaksanakan

34

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

perancangan yang telah diputuskan. Ia mengatur program dan aktiviti untuk memenuhi matlamat tersebut. Anggota biasa dari masa ke semasa dilantik dalam pelbagai bidang pengurusan untuk membantu perlaksanaan aktiviti organisasi.

2.3. Definisi Organisasi Organisasi merupakan satu sistem yang wujud dan memiliki perkaitan antara sumber yang ada dan juga persekitaran yang setiap satunya saling memiliki pertalian di antara satu sama lain. Berikut adalah beberapa definisi mengenai organisasi: Organisasi adalah merupakan agen penyelarasan yang dapat menyesuaikan pelbagai aktiviti manusia untuk diselaraskan mencapai satu tujuan dan matlamat organisasi melalui

pembahagian buruh, fungsi dan juga melalui hierarki berautoriti dan tanggungjawab. Organisasi adalah merupakan satu sistem aktiviti atau kuasa personal yang diselaraskan secara disedari dan mudah.

2.4. Matlamat Organisasi Bagi organisasi sukan matlamat utama ialah untuk mendapatkan dan

mengembangkan disiplin sukan hingga ke akar umbi, tetapi matlamat tambahan yang dimaksudkan ialah seperti berjaya menghasilkan atlet yang bertaraf antarabangsa. Contoh matlamat tambahan yang lain

seperti meningkatkan imej organisasi, meningkatkan kecekapan pengurusan. Matlamat bagi sesebuah organisasi amat penting kerana: Mampu menjadikan kewujudan organisasi tersebut sah dan tidak menyalahi undang-undang. Matlamat akan bertindak sebagai satu aktiviti atau tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh organisasi. Matlamat organisasi bertindak sebagai satu titik permulaan bagi semua kegiatan organisasi. Matlamat juga bertindak sebagai satu desakan atau paksaan yang mesti dilakukan oleh sesebuah organisasi.
35

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

2.5. Ciri-Ciri Sebuah Organisasi

Organisasi Mempunyai Tujuan yang Jelas Organisasi dibentuk berdasarkan tujuan yang ingin dicapai. Misalnya bagi setiap organisasi sukan utama di Malaysia setiap satunya memiliki tujuan penubuhan yang berfungsi untuk menaungi setiap jenis disiplin sukan di samping tugas utama nya mengembangkan jenis permainan tersebut hingga ke peringkat antarabangsa.

Autoriti Berhierarki Ini merupakan tahap kuasa yang bermula dari tahap tertinggi dan membawa kepada tahap yang paling rendah dalam sesebuah organisasi. Prinsip ini diamalkan untuk menghubungkan semua

peringkat pekerja dalam organisasi dan mewujudkan keselarasan dalam setiap pengurusan kerja dapat dilakukan dengan berkesan.

Pemusatan Perintah Seseorang individu dalam sesebuah organisasi hanya akan menerima perintah serta arahan daripada seorang pihak atasan saja.

Delegasi Tugasan Seorang pemimpin mempunyai kemampuan yang terbatas dalam menjalankan tugasnya dalam organisasi, maka dalam keadaan ini ia perlu dilaksanakan delegasi tugasan kepada orang bawahannya. Dalam delegasi kerja kuasa yang diberikan meliputi aktiviti seperti membuat keputusan, hubungan luar dan mengambil sebarang tindakan perlu berlandaskan tatacara organisasi tanpa perlu merujuk orang atasan setiap masa.

Kebertanggungjawaban Dalam menjalankan tugasnya setiap pegawai harus bertanggungjawab sepenuhnya kepada pihak atasan.
36

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Pembahagian Tugas Dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan sesebuah organisasi tidak akan sepi dari melakukan pelbagai aktiviti pengurusan. Untuk memastikan setiap aktiviti pengurusan itu dijalankan sebaik mungkin oleh setiap anggota kerja maka satu pembahagian tugas dilaksanakan. Pelaksanaan ini dibuat berdasarkan kemampuan dan jawatan setiap anggota. Deskripsi dan bidang tugas yang jelas akan memudahkan urusan tugasan dan rasa tanggungjawab kepada setiap tugasan yang diberikan.

Span of Management Ini bermaksud jumlah kakitangan yang harus dikendalikan oleh seseorang ketua perlu diatur dengan sempurna. Jumlah aturan kakitangan ini perlu disesuaikan dengan bentuk dan jenis organisasi, semakin besar organisasi dengan jumlah kakitangan dan pegawai yang ramai maka semakin rumit aturan tersebut.

Pemisahan Tanggungjawab Setiap tanggungjawab dan beban tugas seseorang kakitangan tidak dapat dipindahkan tanggungjawabnya kepada orang lain sewenangwenangnya. Ini berdasarkan pengkhususan dan tanggungjawab dari seorang kakitangan dan kakitangan lain adalah berbeza mengikut bidang tugas.

Keseimbangan Keseimbangan antara struktur organisasi yang efektif dengan tujuan organisasi. Dalam perkara ini, penyusunan struktur organisasi harus di sesuai dengan matlamat sesebuah organisasi. Matlamat sesebuah organisasi akan diwujudkan melalui aktiviti yang akan dilakukan. Organisasi sukan peringkat daerah misalnya, aktiviti sukan yang dianjurkan juga fungsinya akan lebih sederhana organisasi
37

dan sukan

bersesuian peringkat

dengan negeri

berbanding

ataupun kebangsaan.

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Fleksibiliti Organisasi harus senantiasa melakukan pertumbuhan dan

perkembangan sesuai dengan dinamakan organisasi sendiri (internal factor) dan dengan kewujudan pengaruh di luar organisasi

(external factor), sehingga organisasi mampu menjalankan fungsinya dalam mencapai tujuan yang ingin dicapai.

Kepemimpinan Organisasi amat memerlukan kepemimpinan yang baik dan berkesan, atau dengan kata lain organisasi mampu menjalankan aktiviti

pengurusan kerana adanya proses kepemimpinan yang digerakkan oleh pemimpin dalam organisasi tersebut.

2.6. Kepentingan Reka Bentuk Organisasi Dan Struktur

Berdaya Saing Reka bentuk dan struktur organisasi yang baik mampu mewujudkan kelebihan dalam aspek berdaya saing. Bagi sesebuah organisasi sukan kemampuan berdaya saing ini timbul dari kecekapan mengurus, pemilikan kemahiran dan kemampuannya membentuk nilai-nilai ke arah mencapai matlamatnya. Kebolehan dalam pelbagai aspek seperti

kejurulatihan, pembangunan dan lain-lain membolehkan organisasi sukan ini dipandang sebagai sebuah organisasi yang mampu melangkau jauh dan tidak lesu dalam dunia sukan.

Meningkatkan Kebolehan Organisasi Mengurus Kepelbagaian (Diversity ) Kepelbagaian dalam organisasi ini adalah merujuk kepada kewujudan perbezaan yang wujud dalam organisasi. Antara perbezaan tersebut adalah terdiri daripada aspek anggota kerja dari aspek jantina, latar belakang pendidikan dan sebagainya. Kepelbagaian banyak
38

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

mempengaruhi dalam proses membuat keputusan dan keberkesanan pengurusan organisasi. Melalui pembangunan reka bentuk organisasi yang mengutamakan kesesuaian dan mengambil kira faktor

kepelbagaian ini akan membantu meningkatkan kualiti dalam proses membuat keputusan. Rentetan dari itu ianya secara tidak

langsung akan membantu mempertingkatkan kemampuan pengurusan yang telah mengambil kira semua faktor perbezaan yang ada ketika membuat keputusan.

Meningkatkan Kebolehan Organisasi yang Lebih Kreatif Dan Berinovasi Reka penting bentuk organisasi juga mampu memainkan peranan yang

dalam mencipta inovasi. Reka bentuk organisasi yang

bersesuaian dapat membantu organisasi meningkatkan kebolehannya menjadi lebih inovatif. Sebagai contoh, cara struktur organisasi menghubungkan individu dalam bidang dan kemahiran yang berbeza, seperti penyelidikan, pembangunan dan kejurulatihan akan

menentukan seberapa cepat organisasi.

Memberi

Organisasi

Peluang

Mengawal

dan

Menyesuaikan

Organisasi dalam Persekitarannya Reka bentuk organisasi juga mampu menentukan bagaimana

berkesannya organisasi mengawal dan menyesuaikan organisasinya terhadap pelbagai faktor dalam persekitarannya dan mendapatkan sumber yang terhad. Sebagai contoh, kebolehan dan kemampuan organisasi sukan untuk mendapatkan jurulatih atau pemain yang berkualiti dan berkebolehan adalah satu kesan daripada reka bentuk dan struktur organisasi yang baik dan boleh mencapai matlamatnya.

39

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Membantu Organisasi Membangunkandan Melaksanakan Strategi Bagi menentukan kejayaan sesebuah organisasi apa yang

menjadi kayu ukur kepada kejayaan dalam setiap pelaksanaan strategi organisasi ialah berdasarkan reka bentuk dan struktur organisasi yang baik dan berkesan. Melalui struktur organisasi, ianya berperanan menjelaskan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu atau kumpulan di dalam organisasi dalam usaha mereka mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

2.7.

Bagaimana Untuk Memahami Sebuah Organisasi Pendidikan Jasmani Dan Sukan Menurut Daft (1989) dan Robbins (1990)sesebuah organisasi sukan itu adalah ibarat sebuah institusi sosial yang terlibat dalam industri sukan ianya mengarah kepada matlamat yang ingin dicapai. Ianya memiliki struktur organisasi yang tersusun Berikut dan adalah terarah beberapa

bagi mencapai matlamat yang diinginkan.

elemen utama yang wujud dalam sebuah organisasi sukan dan yang berkaitan:

Sebuah Institusi Sosial Kesemua organisasi sukan adalah terdiri daripada sekumpulan manusia yang berinteraksi antara satu sama lain dan setiap anggotanya memainkan peranannya yang tersendiri dalam pelbagai program dan aktiviti dalam organisasi tersebut

Penglibatan dalam Secara Terus dalam Industri Sukan Apa yang membezakan sebuah organisasi sukan dan organisasi yang lain seperti bank, kilang, perniagaan dan lain-lain ialah, penglibatannya secara terus (direct ) dalam sukan antaranya seperti pengendalian latihan, penganjuran kejohanan dan sebagainya. Kita juga tidak menidakkan penglibatan organisasi lain seperti bank dan perniagaan

40

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

dalam sukan, penglibatan mereka bukan secara terus (indirect ) sebagai contoh terlibat dalam memberikan penajaan dan sebagainya.

Mempunyai Matlamat yang Ingin Dicapai Semua organisasi sukan wujud berdasarkan matlamat yang ada. Antara contoh matlamat yang sering digariskan oleh organisasi sukan banyak berkisar seperti membangunkan aktiviti sukan dari pelbagai aspek seperti kejurulatihan, bakat ataupun melahirkan atlet yang bertaraf antarabangsa. Matlamat yang digariskan oleh kebanyakan organisasi sukan ini sebenarnya agak sukar untuk dicapai kerana beberapa halangan tertentu yang membataskan pencapaian prestasi. Mencapai matlamat yang dimaksudkan ini bukan hanya terletak kepada individu sahaja tetapi ianya adalah usaha yang diwujudkan secara kolektif.

Mempunyai Struktur Organisasi dan Sistem Tersendiri Setiap organisasi sukan memiliki struktur organisasi dan sistemnya yang tersendiri. Organisasinya bukan dibentuk secara sambil

lewa tetapi ianya merupakan usaha yang digembleng untuk memajukan sesuatu disiplin sukan atas dasar untuk memajukan sukan itu sendiri.

2.8.

Pengendalian Mesyuarat

Pendahuluan Mesyuarat ialah satu aktiviti yang berdasarkan komunikasi dua hala antara individu dalam situasi formal. Mesyuarat diadakan dengan tujuan untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat, menyelesaikan masalah berbangkit, membuat keputusan, memberikan maklumat dan

mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak. Mesyuarat yang baik dikendalikan dalam suasana yang baik, bersopan dan beradab. Semua butir percakapan akan direkodkan untuk semakan, rujukan dan
41

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

tindakan selanjutnya. Kejayaan sesuatu mesyuarat itu pula banyak bergantung pada persediaan dan penglibatan ahli-ahli yang hadir, sama ada sebagai pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli biasa atau ahli yang diundang.

Organisasi Mesyuarat Mesyuarat yang baik ialah mesyuarat yang dirancang dengan teliti. Hal ini melibatkan penentuan butiran mesyuarat dan peranan jawatankuasa pengurusan mesyuarat yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli mesyuarat. Penentuan Butiran Mesyuarat Sebelum mesyuarat, perkara-perkara yang berikut perlu diambil kira. Tarikh Tarikh yang sesuai ditetapkan dan dimaklumkan kepada semua ahli yang terlibat terlebih dahulu supaya mereka sempat membuat persediaan. Masa Masa juga hendaklah sesuai supaya hal-hal yang akan dibincangkan dapat dijalankan dengan sempurna. Tempat Tempat yang selesa memang diperlukan untuk aktiviti

mesyuarat. Jika bilangan anggota mesyuarat tidak ramai, eloklah dijalankan mesyuarat dalam susunan duduk yang membolehkan interaksi secara terbuka. Misalnya, mesyuarat meja bundar dengan pengerusi dan setiausaha duduk bersebelahan anggota mesyuarat yang lain. Kehadiran Bilangan orang yang akan menghadiri mesyuarat telah

ditetapkan terlebih dahulu. Jika sesuatu mesyuarat diadakan untuk membuat keputusan, bilangan yang hadir perlulah tidak kurang daripada tiga perempat jumlah semua ahli. Jika jumlah itu
42

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

kurang daripada tiga perempat, mesyuarat tidak boleh membuat keputusan tetapi boleh mengadakan perbincangan. Agenda Agenda ialah senarai perkara yang dikemukakan untuk

perbincangan dalam mesyuarat. Lazimnya, agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mesti mengandungi: o Ucapan alu-aluan pengerusi. o Pengesahan minit mesyuarat yang lepas. o Perkara-perkara berbangkit. o Hal-hal lain.

Pengerusi o Perlu memiliki sifat peribadi yang tenang dan peramah, boleh berfikir secara objektif, berpengetahuan cukup tentang tatacara mesyuarat, mesra dan berkeupayaan mengawal diri. o Beberapa mesyuarat: Kuasa pengerusi mengatasi semua yang hadir dalam sesuatu mesyuarat. Keputusannya muktamad. Jika ahli mesyuarat hilang kepercayaan kepada seseorang pengerusi cara untuk menyingkirnya adalah seperti yang berikut : Seorang ahli mesyuarat mesti mengemukakan satu ketetapan, Bahawa mesyuarat ini hilang kepercayaan kepada pengerusi. Ketetapan tersebut perlu disokong dan dikemukakan kepada mesyuarat oleh setiausaha. Jika ketetapan ini mendapat sokongan majoriti, pengerusi mesti mengosongkan kerusinya.
43

peraturan

asas

dalam

mempengerusikan

tentang

tatacara

mesyuarat

adalah

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Mesyuarat perlu mengambil keputusan sama ada ditangguhkan atau melantik pengerusi baru. Undi tidak percaya hanya berkuat kuasa untuk satu mesyuarat .

Pengerusi mempunyai undi pemutus untuk digunakan apabila keputusan undi antara yang menyokong dan membangkang sesuatu ketetapan adalah seri atau sama.

Jika

pengerusi

bertanding sebagai

untuk

mempertahankan dia tidak boleh

kedudukannya

pengerusi,

mempengerusikan mesyuarat tersebut semasa pengundian sedang dijalankan. Naib pengerusi atau seorang pengerusi sementara akan mengambil alih tempatnya. Sekiranya dia dilantik semula, dia bolehlah mempengerusikan semula mesyuarat seterusnya jika disetujui oleh ahli-ahli mesyuarat. o o Pengerusi perlu berdiri apabila bercakap dalam mesyuarat kecuali dalam mesyuarat jawatankuasa. Pengerusi perlu menegaskan setiap soalan, komen atau pandangan jawatankuasa o mestilah ditujukan kepada pengerusi dan bukan kepada orang tertentu dalam mesyuarat. Kecuali dalam mesyuarat jawatankuasa, seseorang yang berucap hendaklah berdiri dalam setiap jenis mesyuarat. Apabila seseorang ahli yang dikemukakan oleh hadirin atau

mesyuarat sedang berucap kepadanya, pengerusi perlu duduk kerana peraturan menentukan bahawa tiada sesiapa pun dibenarkan bercakap ketika pengerusi sedang berdiri. Ahli-ahli mesyuarat dan jawatankuasa hendaklah

menggunakan pe mbuka kata yang betul untuk memulakan ucapan. o Pastikan mesyuarat dimulakan tepat pada waktunya dan ditangguhkan secara rasmi supaya setiap ahli yang hadir tahu bahawa mesyuarat tersebut telah tamat Pengerusi perlu berhubung rapat dan bekerjasama dengan setiausaha
44

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Perkara-perkara yang patut dilakukan dan dielakkan oleh pengerusi: Belajarlah bercakap sesuatu keadaan dengan tenang walaupun boleh menyakitkan hati. Hindarkan ketidaksabaran atau bahasa yang kasar khasnya kepada mereka

menggunakan

Tonjolkan diri dengan air muka yang manis dan berhati-hati supaya tidak tertidur semasa mendengar ucapan yang membosankan. Berpakaian kemas dan bersopan. Jangan tunjukkan kegelisahan diri kerana sikap ini akan mengganggu ketekunan para hadirin. Jangan bersandar di meja hal ini akan menyebabkan seorang pengerusi kelihatan lemah dan menimbulkan rasa kurang yakin kepada suara seseorang pengerusi.

Peranan setiausaha Seseorang setiausaha seharusnyalah penyelenggara yang baik, berdisiplin dan kemas kerjanya, jelas dan tenang pemikirannya serta peramah dan bijak. Antara tugas penting beliau ialah Menguruskan sesuatu mesyuarat, Membuat agenda bersama pengerusi , mencatat

minit-minit mesyuarat, menulis laporan tahunan, melaksanakan semua arahan jawatankuasanya memberikan maklumat kepada setiap ahli yang memerlukannya dan Surat-menyurat.

Peranan Bendahari Tanggungjawab bendahari adalah tentang hal-hal kewangan

bagi sesebuah persatuan. Antara tugasnya ialah mengutip yuran, menyediakan simpan kira Membayar bil-bil, menasihati
45

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

ahli-ahli jawatankuasa tentang kedudukan, kewangan bagi sesebuah persatuan, menyediakan penyata kira-kira untuk mesyuarat agung tahunan. Sentiasa menyediakan penyata kewangan terkini yang ringkas untuk kegunaan setiausaha membentangkannya pada setiap kali mesyuarat jawatankuasa. Beliau tidak perlu hadir pada setiap kali mesyuarat diadakan. Satu kunci kira-kira eloklah disediakan pada setiap tiga atau

enam bulan sekali bagi menyenangkan kerja menyediakan penyata kirakira tahunan untuk kegunaan mesyuarat agung tahunan nanti.

Peranan ahli jawatankuasa dan anggota mesyuarat Ahli jawatankuasa atau anggota mesyuarat perlu mengambil bahagian terhadap sebarang perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat dengan memberikan pandangan sendiri atau

menimbulkan pertanyaan untuk penjelasan lanjut. Jika mesyuarat yang dihadiri melibatkan keputusan, ahli jawatankuasa atau ahli-ahli yang hadir berhak untuk mengundi.

2.9.

Jenis Mesyuarat Dan Cara Mengendalikannya Mesyuarat jawatankuasa Sesebuah persatuan atau organisasi dikendalikan oleh satu

jawatankuasa yang dilantik menerusi mesyuarat agung. Jawatankuasa ini dipanggil jawatankuasa kerja atau jawatankuasa induk.

Jawatankuasa ini boleh mewujudkan jawatankuasa kecil untuk menjalankan tugas-tugas khas.

46

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Mesyuarat Agung Mesyuarat agung lazimnya diadakan sekali setahun. Tujuannya adalah untuk membentangkan aktiviti tahun lalu, meluluskan penyata kira-kira, merancang kegiatan tahun hadapan, memilih ahli-ahli jawatankuasa kerja yang baru dan meluluskan cadangancadangan yang

dikemukakan. Semua pemberitahuan atau notis mesyuarat agung hendaklah dihantar mesyuarat diadakan. kepada semua ahli, iaitu 14 hari sebelum

Mesyuarat Agung Luar Biasa Mesyuarat ini diadakan kerana keperluan yang mendesak daripada ahli-ahli yang mahukan pertukaran jawatan semua ahli jawatankuasa induk, perubahan perlembagaan kewangan persatuan yang secara mendadak, atau hilang

penyelesaian

masalah

mendesak

kepercayaan seluruh ahli jawatankuasa yang lama.

Mesyuarat Khas Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan sesuatu isu penting yang dibangkitkan dalam semasa Mesyuarat mesyuarat jawatankuasa Hari diadakan. dan

Misalnya,

Jawatankuasa

Ucapan

Penyampaian Hadiah Tahunan sekolah telah memutuskan untuk mempercepat tarikh majlis tersebut lalu setiausaha diarahkan oleh pengerusi memanggil mesyuarat khas.

Mesyuarat Tergempar Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan sesuatu isu dan memerlukan kata putus segera daripada ahli-ahli jawatankuasa. Misalnya, melucutkan keahlian anggota yang melanggar disiplin atau mencemarkan nama baik persatuan atau rganisasi. Belanjawan dan Pengurusan Kewangan
47

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Minit Mesyuarat Tugas setiausaha yang utama ialah mencatat segala perkara yang dibincangkan dan keputusan yang diambil dalam sesuatu mesyuarat atau ringkasnya dikatakan sebagai minit mesyuarat. Oleh itu, setiausaha perlu menguasai kemahiran bahasa yang baik supaya minit mesyuarat yang dinyataka

Ciri-ciri minit mesyuarat yang baik: Penulisan hendaklah tepat, ringkas dan padat. Semasa menulis minit mesyuarat, ayat-ayat yang digunakan perlu menggambarkan keputusan yang dibuat berdasarkan keputusan ahli-ahli mesyuarat.

Misalnya:Mesyuarat telah bersetuju untuk menerima. Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa. Dalam hal-hal yang memerlukan tindakan, nama atau jawatan orang yang dipertanggungjawabkan perlu dicatat. Waktu ditangguhkan mesyuarat perlu dicatatkan dalam minit mesyuarat dan perlulah digunakan ungkapan ditangguhkan bukannya ditamatkan kerana mesyuarat akan disambung pada masa akan datang, melainkan mesyuarat itu ialah mesyuarat yang terakhir. Pada bahagian

akhir/penutup mesyuarat, hendaklah dicatatkan nama dan jawatan penyedia minit mesyuarat serta nama dan jawatan orang yang mengesahkan minit mesyuarat itu, iaitu pengerusi dengan persetujuan ahli-ahli mesyuarat.

48

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

2.10. 2.11.

LAWATAN ILMIAH KE AGENSI-AGENSI SUKAN NEGARA Agensi Sukan Nasional Kementerian Belia dan Sukan Majlis Sukan Negara Majlis Olimpik Malaysia MSSM Persatuan-persatuan Sukan di Malaysia

2.12.

Agensi Sukan Antarabangsa Agensi sukan di peringkat antarabangsa menyelaraskan semua pentadbiran dan program terhadap pembangunan penyelarasan serantau serta

ertanggungjawab

dan keseragaman

permainan, undang-undang dan pengiktirafan kejohanan peringkat dunia.

FIFA : Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa

The

Federation

Internationale de Football Association (FIFA) telah diasaskan penubuhannya pada 21May 1904 di Paris. Idea penubuhan badan antarabangsa ini diilhamkan berdasarkan dari penubuhan Football Association (FA) diEngland sejak tahun 1863.

49

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

IAAF : Persekutuan olahraga amatur antarabangsa

Persekutuan olahraga amatur antarabangsa Amateur Federation (IAAF) adalah merupakan

Athletic badan

utama antarabangsa mengawal selia aktiviti sukan olahraga di peringkat antarabangsa.

FIH : Persekutuan Hoki Antarabangsa.

Penubuhan menjadi badan utama dunia kepada kemajuan sukan hoki di dunia. Penubuhan bada nantarabangsa yang pertama untuk sukan hokit telah diinspirasikan penubuhannya oleh Persatuan Hoki England dan Belgium. Pada tahun 1909 di mana kedua-dua negara mula bersetuju menerima pelaksanaan udang-undang yang seragam di peringkat antarabangsa

50

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

ITF : Persekutuan Tenis Antarabangsa

ITF merupakan sebuah badan dunia yang bertanggungjawab kepada pembangunan dan perkembangan sukan tenis di peringkat antarabangsa. ITF kini dianggotai oleh

203 persatuan tenis diseluruh dunia termasuk Malaysia. ITF diperingkat zon kawasan diwakili oleh enam badan utama

IRB :

IRB bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan sukan ragbi di seluruh dunia.

Kementerian Belia dan Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam
51

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

pembangunan Kementerian ini

Belia bermula

dan

Sukan.

Sejarah penubuhan Bahagian

dengan

tertubuhnya

Kebudayaan di bawahKementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953. Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan

dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dengan Pemindahan ini juga dua lagi bahagian telah diwujudkan iaitu Bahagian Sukan dan Bahagian Belia. Memandangkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan dalam oleh konteks

Bahagian Belia dan Bahagian

Kebudayaan

pembangunan, kerajaan telah menggabungkan tiga aspek penting iaitu Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dikendalikan dibawah satu Kementerian yang dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1972. Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi Kebudayaan telah berubah, pula di mana Bahagian di bawah portfolio

dipindahkan

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Fungsi:

melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dalam pembangunan Belia dan Sukan Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi

membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan baik melalui berbagai program yang diadakan diperingkat daerah, negeri,

kebangsaan dan antarabangsa Melengkapkan beliadengan latihan, vokasional , sifat kemahiran

keusahawanan dapat berdikari melalui

kursus secara formal di Institut-Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Tingkatkan rakyat amalkan cara hidup sihat melalui konsep Sukan Untuk Semua dan "Malaysia Cergas"

52

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Tingkatkan kecemerlangan sukan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Berkualiti bagi keperluan industri negara lahirkan tenaga kerja mahir.

Majlis Sukan Negara ( MSN ) Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran MSN secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b.

Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya sukan prestasi tinggi diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan,

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Fungsi Majlis Sukan Negara : Bertanggungjawab ke arah penggalakan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di

pertandingan di peringkat tertinggi. Memaju dan mempertingkatkanprestasi atlet Negara daripada peringkat Tunas, Bakat, Pelapis dan Elit bagi menyertai pertandingan-pertandingan peringkat

kebangsaan dan antarabangsa.

53

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan tempatan.

Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas di bidang sukan peringkat negeri dan daerah. Menyediakan program-program perkhidmatan, khidmat nasihat kepakaran, dokumentasi, perpustakaan,

penyelidikan sains serta perubatan sukan. Memperuntukkan Skim Galakan dan ganjaran untuk atlet, jurulatih dan pentadbir sukan sebagai dorongan kearah peningkatan prestasi yang tinggi.

Peranan Dan Tanggungjawab MSN Program Pembangunan Atlet Khidmat Sains dan PerubatanSukan Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan Pengurusan dan Kepegawaian Sukan Kemudahan Sukan Skim Penggalakan dan Anugerah Sukan Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan

Majlis Olimpik Malaysia ( MOM )

54

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah diasaskan penubuhan dan pendaftarannya pada tahun 1953sebagai sebuah badan bukan kerajaandi bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966. Setelah wujudnya Akta Pembangunan Sukan 1997, pendaftaran MOM kini didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. MOM adalah merupakan sebuah organisasi sukan yang yang diiktiraf penglibatan diiktiraf dan penyertaannya dalam

Jawatankuasa Olimpik

Antarabangsa (IOC dan Persekutuan MOM sejak 1954

Sukan Antarabangsa (IFS). Penglibatan

melayakkannya menjadi badan utama di negara ini dalam penyertaan disukan Olimpik. Selain daripada diiktiraf

oleh IOC, MOM juga diterima baik sebagai ahli gabungan oleh beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti: Association of National Olympic Committee (ANOC) Olympic Council of Asia (OCA) Southeast Asian Games Federation (SEAGF) Commonwealth Games Federation(CGF) International Assembly of National Confederation of Sports.

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

MSSM ditubuhkan pada bulan Februari 1958 dengan nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Malaya. (KPM) Pada tahun 1968 ditukarkan nama kepada Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia. Ianya yang ditubuhkan dibawah Kementerian
55

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Pendidikan Malaysia. Antara objektif utama MSSM: Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan. Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah. Menyelaras segala kaedah dan undang-undang

pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri. Bekerjasama dengan mana-mana badan sukan lain atau pertubuhan-pertubuhan sukan jika perlu. Fungsi MSSM: memberi nasihat kepada Menteri Pelajaran berhubung perkara -perkara pembangunan dan pengurusan sukan. mempunyai bidang kuasa mengeluarkan arahan berkaitan kepada Jawatankuasa MSS Negeri, Sekretariat Negeri dan mana-mana pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia atau institusi pendidikan mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan hal ehwal sukan.

Struktur Organisasi MSSM Organisasi MSSM diuruskan oleh sebuah lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Lembaga ini boleh menubuhkan jawatankuasa

atau jawatan tertentu bagi

melicinkan

fungsi MSSM sendiri.

Antara jawatankuasa yang telah diwujudkan adalah seperti : Jawatankuasa Kerja MSSM yang menjadi tunjang kepada kelancaran fungsi MSSM. Jawatankuasa Kewangan MSSM yang mentadbir kewangan MSSM.
56

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Menjadi

urus

setia

kepada

MSSM

dan

Lembaga

Pengurusan. Jawatankuasa MSSM Negeri yang menjalankan fungsi MSSM di peringkat negeri. Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam setiap permainan atau acara yang dipertandingkan di eringkat MSSM.

2.13. Persatuan-Persatuan Sukan Dimalaysia Kongress Tenpin Bowling Malaysia (MTBC)

Kongres Tenpin Boling Malaysia merupakan persatuan sukan kebangsaan yang mewakili sukan boling di Malaysia. Persatuan ini mendapat pengiktirafan dari Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia. Di samping itu juga persatuan ini juga diiktiraf dan antarabangsa oleh diperakui penglibatannya diperingkat Persatuan

Federasi Bowling Asia (ABF),

Tenpin Boling Dunia (WTBA) dan Federation Internationaldes Quilleurs (FIQ). Objektif utama persatuan ini adalah menggalak dan memperkembangkan sukan boling ke pelbagai peringkat disamping keutamaan cemerlang dalam setiap

penyertaan dalam pelbagai peringkat pertandingan. Persatuan ini disokong oleh penglibatan dari pelbagai syarikat korporat yang menaja program. Melalui program Partner in Sports
57

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

persatuan

ini

mendapat

sumbangan

koperat

dan

tajaan dari Sri Jentayu Sdn Bhd disamping

bantuan

penajaan

lain dari seperti Nestle Products (Milo), Canon Marketing (M) Sdn Bhd, Sports Excel, Malaysia Airlines dan Antioni Sdn Bhd.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ( PKBM )

Sukan Lumba Basikal dipercayai mula diperkenalkan di Malaysia sebelum tahun 1938 oleh tentera British. Namun ianya mula dipertandingkan secara terancang mulai tahun 1938 di sekitar Lembah Kelang melalui acara lumba basikal jalan raya. Selangor menjadi Persatuan Negeri pertama yang ditubuhkan dan seterusnya diikuti oleh negeri lain iaitu Perak, Melaka dan Pulau Pinang. Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ditubuhkan padatahun 1953 oleh Mr. Gurchan Singh dan Kapten C.O

Jennings (seorang pegawai dari tentera New Zealand) dengan keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak dan Pulau Pinang sebagai ahli gabungan dengan pendaftaran persatuan RSM 146/55. Pada 5 Mac 1960, persatuan telah diterima sebagai ahli gabungan kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (Union Cycliste Internationale UCI) dan pada masa yang sama diterima sebagai ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Sukan Lumba Basikal mula menerima bantuan dan sokongan

sepenuhnya apabila sukan in dipertandingkan di dalam Temasya Komanwel dan Temasya Sukan Asia 1998. Bantuan diterima melalui Program Jaya menyediakan
58

atlet ke arah Sukan

Komanwel dan Sukan Asia. Program ini telah dimulakan sejak

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

tahun

2002

bersama-sama Sebahagian

dengan dari atlet

pelancaran Program yang dikumpulkan

Gemilang 2006.

ini telah menyertai skuad pelapes negara sejak tahun1999 iaitu ketika persiapan ke SEA 2001. Pendaftaran semula

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dimana nombor pendaftarannya ialah 002/98 dan didaftarkan pada 8 Mei 1998.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Persatuan Badminton Malaysiamerupakan badan induk yang utama kepada sukanbadminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan kepada Konfederasi Badminton Antarabangsa (IBF), Konfederasi

Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik Malaysia. Persatuan ini telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan kehendak Akta Pembangunan Sukan1997. Antara objektif utama Persatuan

Badminton Malaysia (BAM) adalah: Menggalak, mempromosi dan bertanggungjawab kepada

kemajuan sukan badminton di Malaysia. Mengurus dan mengawasi semua kejohanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh BAM dan organisasi lain. Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan penggunaan kaedah dan undang-udang permainan yang telah ditetapkan

dalam Peraturan yang dikeluarkan oleh BAM.

59

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Sedaya upaya menangani isu-isuyang bersangkutan dengan pertikaian di kalangan anggota gabungan ataupun berhadapan dengan isu-isu semasa.

PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA ( FAM )

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di Malaysia. Bola sepak tiba di Malaya pada masa itu dan di bawa oleh orang-orang British. Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari

permainan berkenaan. Tidak lama selepas itu, ia menjadi permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abd ke-19, bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab sukan di Malaysia. Tetapi ianya tidak distrukturkan. Walaupun Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan, pertandingan hanya terhad kepada kelab-kelab di dalam daerah Kuala Lumpur sahaja. Pejabatnya terletak di Kelana Jaya, Petaling

Jaya, Selangor Darul Ehsan. FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak

Asia dan FIFA. Presidennya sekarang ialah Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah. Terdapa empat belas persatuan bola sepak negeri di Malaysia.

60

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TUGASAN TERARAH
Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan dengan agensi-agensi sukan .

LAMAN WEB

Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

61

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

62

62

You might also like