You are on page 1of 11

LITERASI BAHASA

Bengkel Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

4.0

PENGENALAN

Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya, kaedah ini memerlukan kanak-kanak menghafal pola-pola suku kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Uniknya bahasa Melayu adalah kerana pola-pola suku katanya jelas dan terdapat lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 suku kata merupakan satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.

4.1

KAEDAH PANDANG SEBUT

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini juga dikenali dengan nama pandang sebut kerana aktiviti utamanya iaitu memandang dan menyebut. Mengikut kaedah ini, pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenalkan dengan perkataan dan gambar. Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai suku kata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya; ba bi bu be bo (untuk 2 huruf ) ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf) bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)

Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola suku kata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad
42

LITERASI BAHASA

Bengkel Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya, kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto photographic memory . Sebab itulah, hanya dengan imbasan setiap perkataan dapat dalam ingatan dan dikeluarkan apabila diperlukan.

4.2
4.2.1
Contohnya :

APLIKASI KAEDAH DAN PANDANG SEBUT


MENYEBUT PERKATAAN

Murid ditunjukkan gambar ayam. Murid-murid diminta menyebut perkataan ayam. Kemudian mereka ditunjukkan kad perkataan ayam. Kedua-dua objek membawa bunyi yang sama iaitu ayam.

Selepas itu, mereka ditunjukkan kad perkataan ayam sahaja tanpa gambar ayam dan minta mereka menyebut ayam.

Setelah murid dapat menyebut perkataan ayam, barulah diperkenalkan huruf-huruf atau abjad yang membentuk perkataan ayam.

Cara ini diteruskan dengan perkataan lain.

43

LITERASI BAHASA

Bengkel Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

4.2.2

MENCERAKINKAN PERKATAAN
Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai, murid dikehendaki mencerakinkan perkataan menjadi suku kata Kaedah mencerakinkan perkataan turut bertujuan untuk memperkenalkan kata dan memperkenalkan huruf

4.2.3

MEMBINA DAN MEMBACA AYAT


Dengan menggunakan bahan bantu belajar, bimbing murid untuk membina ayat. Seterusnya, teruskan aktiviti membaca dengan membaca ayat yang lengkap

44

LITERASI BAHASA

Bengkel Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

4.3

KELEBIHAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Murid-murid tidak dikehendaki menghafal nama-nama huruf yang abstrak. Mereka didedahkan dengan bahan yang konkrit atau bermakna. Mereka memahami apa-apa yang dibaca oleh mereka.

4.4

KELEMAHAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kemahiran mengenal huruf yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat. Murid-murid agak lambat mengenali huruf. Murid-murid membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf tapi berdasarkan gambar.

Mereka sebenarnya menyebut nama gambar, bukannya membaca apa-apa yang ditulis. Kadang-kadang mereka keliru dengan gambar yang kurang jelas. Kaedah ini lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan sistem ejaan yang bersifat logografik.

45

LITERASI BAHASA

Bengkel Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

4.5
4.5.1
AKTIVITI

Pelaksanaan aktiviti
LATIHAN MENYEBUT PERKATAAN
: UJI MINDA

PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT PELAKSANAAN :

1. Para pelajar diminta untuk duduk dalam dua kumpulan iaitu kumpulan murid lelaki dan kumpulan murid perempuan. 2. Dengan menggunakan Powerpoint, para murid akan didedahkan dengan aktiviti menyebut perkataan. Gambar akan ditunjukkan kepada para murid terlebih dahulu, kemudian guru akan menyebut perkataan yang mewakili gambar tersebut. Guru akan meminta murid menyebut kembali perkataan yang disebut oleh guru. 3. Kemudian, perkataan yang mewakili gambar tadi pula akan ditunjukkan kepada muridmurid. Guru akan menyebut perkataan yang terdapat pada slaid tersebut dan diikuti oleh murid. Aktiviti ini diulang untuk gambar yang lain pula. 4. Selepas kesemua gambar dan perkataan telah diajar kepada murid, guru akan menguji minda dengan memanggil murid secara rawak untuk menyebut kembali perkataan yang telah diajar tadi dengan menggunakan kadbod gambar dan kadbod perkataan

46

LITERASI BAHASA

Bengkel Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

AKTIVITI

: PADANKAN AKU

PERUNTUKAN MASA : 15 MINIT PELAKSANAAN :

1. Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan diberikan kotak yang mengandungi kad-kad perkataan yang telah diajar di dalam aktiviti satu. 3. Gambar-gambar yang telah diajar dalam aktiviti satu tadi pula akan ditampal di sekitar kelas. 4. Murid-murid akan dikehendaki memadankan dan melekatkan kad perkataan yang mereka perolehi di bawah gambar-gambar tersebut.

47

LITERASI BAHASA

Bengkel Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

4.5.2
AKTIVITI

LATIHAN MENCERAKINKAN PERKATAAN MENJADI SUKU KATA


: BOLA DAN LAGU

PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT PELAKSANAAN :

1. Dengan menggunakan Powerpoint, para murid akan didedahkan dengan aktiviti mencerakinkan perkataan. 2. Gambar akan ditunjukkan kepada para murid terlebih dahulu, kemudian guru akan menyebut perkataan yang mewakili gambar tersebut. Guru akan meminta murid menyebut kembali perkataan yang disebut oleh guru. 3. Kemudian, suku kata-suku kata yang mewakili gambar tadi pula akan ditunjukkan kepada murid-murid. Guru akan menyebut setiap suku kata yang terdapat pada slaid tersebut dan diikuti oleh murid. Aktiviti ini diulang untuk gambar yang lain pula. 4. Kemudiannya, para murid akan duduk di dalam bulatan. Apabila lagu dimainkan, para pelajar diminta untuk menghantar bola daripada seorang murid kepada murid yang lain sehingga muzik yang dimainkan berhenti. 5. Murid yang memegang bola ketika muzik berhenti akan memperoleh sekeping kad yang mengandungi suku kata dan dia akan diminta untuk menyebut suku kata tersebut. 6. Murid yang lain juga akan menyebut suku kata tersebut bersama-sama. 7. Kemudiannya lagu akan dipasang semula dan murid akan bermain sehingga kesemua murid mendapat suku kata masing-masing.

48

LITERASI BAHASA

Bengkel Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

AKTIVITI

: CARI PASANGANKU

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

1. Dalam aktiviti sebelum ini, para murid telah memperoleh suku kata masing-masing. 2. Murid-murid akan diminta memakai suku kata masing-masing di leher dan mereka diminta untuk mencari pasangan suku kata mereka. 3. Kemudian mereka akan diminta untuk berdiri pada gambar-gambar yang diwakili oleh suku kata yang ada pada mereka. 4. Gambar-gambar tersebut telah ditampal di sekitar kelas.

4.5.3
AKTIVITI

LATIHAN MEMBINA DAN MEMBACA AYAT


: ALBUM SAYA

PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT PELAKSANAAN :

1. Dengan menggunakan Powerpoint, para murid akan didedahkan dengan aktiviti membina ayat. Gambar akan ditunjukkan kepada para murid terlebih dahulu, kemudian guru akan menyebut ayat yang mewakili gambar tersebut. 2. Guru akan meminta murid menyebut kembali ayat yang disebut oleh guru. Aktiviti ini diulang untuk gambar yang lain pula. 3. Kemudiannya, para murid akan duduk dalam kumpulan masing-masing dan dibekalkan dengan sebuah kotak yang mengandungi beberapa perkataan. Mereka juga turut akan dibekalkan dengan sebuah album. 4. Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam kotak tersebut, murid diminta untuk memilih gambar yang berkaitan dengan perkataan-perkataan yang mereka perolehi dan kemudiannya membina ayat. 5. Mereka akan menampal gambar yang mereka pilih di atas kad manila dan kemudiannya menampal perkataan-perkataan yang mereka perolehi untuk membentuk ayat di bawah gambar tersebut.
49

LITERASI BAHASA

Bengkel Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

4.6

Rumusan

Dengan terlaksananya aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, diharapkan murid-murid akan dapat mengasah minda mereka dalam mengingat gambar dan perkataan dan seterusnya mereka akan boleh membaca kerana ejaan bahasa Melayu adalah bersifat fonemik (satu huruf boleh dikatakan melambang satu bunyi )

50

LITERASI BAHASA

Bengkel Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

4.7 DOKUMENTASI

51

LITERASI BAHASA

Bengkel Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

52

You might also like