You are on page 1of 2

Cara direkodkan dan dilaporkan data penilaian ( kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa) dalam gred sekolah saya

dahulu dan sekarang mempunyai pelbagai peringkat dan perubahan yang mana ianya mengikut peredaran zaman yang semakin canggih terutama teknologi terkini. Pada seawal tahun saya bertugas sebagai seorang guru pada tahun 2005, data penilaian pelajar bagi ujian dan peperiksaan direkodkan dan dilaporkan dengan cara guru merekod di dalam buku rekod mengajar bagi setiap kelas yang diajar mengikut mata pelajaran. Selalunya guru kelas akan merekod dan melaporkan markah, gred, peratus dan kedudukan pelajar dalam kelas pada kad kemajuan bagi semua mata pelajaran dan sekolah akan adakan hari menandatangani kad kemajuan pelajar, ibu bapa atau penjaga digalakkan untuk hadir bagi mengetahui perkembangan akademik anak mereka. Guru kelas juga yang biasanya akan menasihati pelajar dan menyarankan ibu bapa kaedah untuk memperbaiki prestasi anak mereka. Namun masa telah berubah, data penilaian direkodkan dan dilaporkan pada kad kemajuan pelajar telah ditukarkan kepada buku kemajuan pelajar. Buku kemajuan pelajar ini bukan sahaja merekod dan melapor markah, gred, peratus dan kedudukan dalam kelas pelajar dalam ujian dan peperiksaan, malah kehadiran ke sekolah dan ulasan guru terhadap pelajar disertakan sekali. Semua markah ujian oral bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan lain-lain turut dimasukkan dalam buku kemajuan pelajar. Dan lebih menarik lagi, segala adap sopan dan disiplin dimuatkan di dalam buku kemajuan pelajar. Daripada buku kemajuan ini, ibu bapa dapat mengetahui lebih banyak maklumat berkaitan perkembangan anak mereka. Apabila teknologi semakin canggih, maka data penilaian dapat direkodkan dan dilaporkan dengan lebih mudah, cepat dan efisyen. Maka sekarang, setiap guru di sekolah akan merekod dan melaporkan markah dan gred di dalam buku rekod mengajar seperti biasa dan kelainannya pula adalah guru mesti merekod dan melapor di dalam komputer menggunakan sistem sekolah yang diguna pakai. Daripada sistem ini, data penilaian pelajar, kelas dan sekolah boleh dianalisis secara auto dan tepat. Jadi, data penilaian pelajar akan dicetak oleh unit peperiksaan yang mana guru kelas akan memastikan markah, gred, peratus, kedudukan dalam kelas, kehadiran dan ulasan disemak dan dibuat. Kemudian, data penilaian yang dicetak akan dimasukkan di dalam fail kemajuan pelajar. Pada tahun berikutnya, Kementerian Pelajaran Malaysia, telah mewajibkan guru merekod dan melaporkan data penilaian pelajar di dalam sistem SAPS secara online selepas tamat tarikh ujian atau peperiksaan bagi semua sekolah. Segala data penilaian pelajar, kelas dan sekolah dapat diketahui oleh pihak kementerian dan segala analisis penilaian dapat dibuat dan sistem ini dapat membantu banyak pihak bagi meningkatkan prestasi pelajar. Di dalam sistem SAPS itu juga boleh melihat markah, gred, peratus, kedudukan pelajar dan ulasan guru dan sedia untuk dicetak. Tambahan pula, ibu bapa dan penjaga juga dapat menyemak data penilaian anak mereka di dalam sistem SAPS secara online dan boleh juga datang ke sekolah pada hari menandatangani dokumen kemajuan pelajar di dalam fail. Untuk mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu bagi Peperiksaan Menengah Rendah iaitu tingkatan 3, 60% markah adalah direkod dan dilaporkan sebagai markah peperiksaan bertulis objektif melalui summatif assessment. Markah peperiksaan ini akan dicampur dengan markah kerja kursus iaitu 40%. Kerja kursus ini adalah hasil kerja membuat projek

kayu dan hasil kerja mengikut elektif, seperti contohnya bagi kemahiran hidup bersepadu elektif Kemahiran Teknikal yang membuat kerja kursus projek elektronik, melukis lukisan teknik dan sebagainya. Pelajar juga akan mendokumentasikan hasil kerja di dalam fail kerana markah akan diberikan oleh guru yang mengajar dan akan dipantau oleh pentaksir luaran iaitu guru daripada sekolah lain. Pada tahun 2012, pelajar tingkatan 1 telah mula dinilai dan segala data penilaian akan direkod dan dilaporkan di dalam sistem baru iaitu sistem penilaian PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) secara online. Sistem ini tidak ada ujian dan peperiksaan sepanjang tahun dan sistem bagi SAPS juga sudah tidak digunapakai. Namun, PBS ini dijalankan didalam kelas iaitu lebih kepada formatif assessment, yang mana selepas mengajar pelajar, guru akan menguji pelajar sama ada amali, bertulis atau lisan dan markah diberi mengikut dokumen standard prestasi yang diarahkan oleh pihak lembaga peperiksaan malaysia. Markah yang diberi adalah dalam bentuk band. band 6 adalah skala yang paling baik dan guru mata pelajaran akan merekod dan melaporkan di dalam sistem PBS secara online. Sekiranya pelajar mendapat band 6 dalam semua mata pelajaran, ini bermakna pelajar tersebut adalah pelajar yang cemerlang. Setakat ini, sistem PBS berjalan seperti biasa di dalam kelas, Cuma sistem PBS secara online agak lambat kerana banyak sekolah yang terlibat. Ibu bapa dan penjaga juga boleh menyemak markah PBS anak mereka secara online. Namun, pihak sekolah boleh dan ada membuat ujian dan peperiksaan pada tahun ini untuk tingkatan 1, 2 dan 3 kerana hendak menguji pelajar secara summative walaupun mereka hanya perlu membuat PBS di dalam kelas. Markah ujian tersebut dimasukkan ke dalam sistem komputer di sekolah dan markah ujian bagi tingkatan 4 dan 5 masih menggunakan sistem SAPS.

You might also like