You are on page 1of 9

TEKS UCAPAN Mohon perhatian bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, hadirin diminta untuk mematikan

telepon bimbit atau memastikanya dalam pengaturcaraan senyap.

Apabila diumumkan ketibaan dif2x jemputan hadirin diminta berdiri.

SElamat malam dan salam sejahtera kepada semua hadirin yang sudi hadir ke malam pementasan teater Malam Istana Kasih Mahligai Warisan Baiklah Kami pihak penganjur ingin menguar-uarkan kepada anda Pada malam ini kami akan menobatkan seorang penonton lelaki sebagai Putera Bergaya manakala seorang penonton wanita akan dinobatkan sebagai Puteri Anggun Oleh itu, jangan malu jangan segan untuk memperagakan pakaian anda yang anggun lagi bergaya itu. Antara aspek yang akan dinilai ialah: 1) Pakaian yang kreatif dan memakai pakaian tradisional

Mengumumkan ketibaan dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan.

Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari pulau mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Dari johor hendak ke pecah, Singgah di lipis membeli haruan, Semanis senyuman kami hamparkan,
1

Buat bingkisan salam perkenalan. Assalamualaikum W.b.t Salam sejahtera Salam 1 malaysia dan Salam suluh budiman Yang berbahagia : . .. .. . Sebelum itu,kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi ke majlis yang penuh dengan pengisian adat istiadat melayu ini. Tetak buluh panjangnya 7, Buat menjolok sarang penyengat, Angkat tangan jari sepuluh, Doa dipohon supaya berkat. Bagi memaklumkan pementasan kita pada malam ini, majlis menjemput. Untuk memimpin kita dalam bacaan doa. (DOA) Amin2x ya rabbal alamin. Dayung sampan dulu-duluan, Singgah berlabuh di tanjung jati Ucapan sebagai alu-aluan, Mari tuan sama amati. Majlis dengan sukacitanya menjemput En. Ghazali b.Din selaku penasihat bagi program ini dalam kursus Kesenian dan Kebudayaan Semester 1
2

Sesi 2012/2013, bagi memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Malam Istana Kasih Mahligai Impian dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. (UCAPAN) Terima kasih diucapkan kepada En. Ghazali b. Din atas ucapan perasmian itu tadi.

Sebagai persembahan pembukaan, mari sama-sama kita saksikan persembahan tarian daripada Jalinan Anak Sarawak Majlis mempersilakan. Demikianlah tadi persembahan dari jalinan anak Sarawak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Dan kini. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu Dari sabah sampai ke perak, Sastera melayu kita angkatkan, Semester 1 jadi penggerak, Budaya melayu kami pentaskan. Sayangi bangsa lindungi budaya, Warisan bangsa kami himpunkan, kami bersatu mengangkat budaya, Peradapan melayu kami persembahkan. Inilah dia pementasan teater Malam Istana Kasih Mahligai Warisan (PEMENTASAN BERMULA)

BABAK 1 : PERKENALAN Amat dan rakan2nya dalam perjalanan pulang ke rumahnya


3

Dalam keasyikkan dia berbual dengan rakan2nya Dia terpandang akan seorang gadis jelita di halaman rumah yang sedang berbual bersama rakan2nya

BABAK 2 : DI RUMAH Sampai di rumah, Amad menyatakan hasratnya ingin mengahwini gadis yang di temuinya pada petang tadi kepada orang tuanya

BABAK 3 : MERISIK Beberapa minggu kemudian, kedua Ibubapa Amad pun mengambil keputusan untuk datang merisik gadis yang dimaksudkan oleh Amad dahulu Lalu kedua IbuBapa Amad datang merisik ke rumah gadis tersebut.

Selepas pulang ke rumah Pak Abu dan Mak Kiah terus memberitahu Amad bahawa gadis tersebut masih belum berpunya.

BABAK 4 : BERTUNANG Beberapa bulan kemudian, pihak gadis tersebut tidak memulangkan cincin merisik Maka itu tandanya pihak gadis tersebut bersetuju dengan lamaran daripada pihak lelaki # Rombongan meminang sampai ke rumah pihak perempuan.

Selesai sudah majlis pertunangan diantara Amad & Atiq.

~SALINGAN~

Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada yang satu, Mula berkenalan kemudian bertunang, Akad dilaksana sama bersatu. Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan ini, Mula berkenalan dihalaman rumah si gadis yang cantik, Perkenalan yang tidak disangka itu akhirnya memutik rasa cinta dalam hati kedua pasangan ini. Setelah mendapat restu keluarga, maka keluarga si lelaki pun datang merisik. Setelah itu, kedua Pihak si jejaka dan juga si gadis akhirnya bersetuju dengan perhubungan mereka. Lalu mereka pun mengikat tali pertunangan yang penuh dengan adat istiadat melayu. Pantun sebagai pemanis bicara, Cincin sebagai tanda upacara. Hantaran sebagai memenuhi budaya bangsa itulah indahnya adat orang melayu. Adat berkasih cinta cemburu, Sayang2x benci2x, Sepasang kekasih kini bersatu, Untuk membina mahligai kasih. Risik sudah tunang pun sudah, Nikah berlangsung mengikat kasih, Adat nikah tibalah sudah, Untuk satukan pasangan kekasih. Dan kini Tibalah masa majlis akad nikah antara Amad & Atiq.

BABAK 5 : AKAD NIKAH Selang beberapa bulan kemudian, Majlis akad nikah pun dilangsungkan di
5

sebuah masjid.

Demikianlah tadi majlis akad nikah yang telah menyatukan Amad & Atiq.

ANUGERAH PUTERA BERGAYA DAN PUTERI ANGGUN Hadirin Sementara menanti majlis persandingan, Kami akan mengumumkan siapakah yang layak bergelar putera bergaya dan puteri anggun Seperti yang telah janjikan, ditangan saya sekarang ini terdapat 2 nama yang akan dinobatkan sebagai pemenang bagi putera bergaya dan puteri anggun . Bagi putera bergaya pemenangnya ialah.. Bagi puteri anggun pula pemenangnya ialah.. Dijemput . naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kita pada malam ini.

CABUTAN BERTUAH Sekarang kita teruskan lagi dengan 1 kejutan kepada hadirin sekalian. Kami telah meletakkan sekeping kertas berwarna putih di bawah kerusi anda. Bagi sesiapa yang bertuah Anda diminta naik kepentas untuk menerima hadiah anda. Sebelum itu Dijemput . naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kita pada malam ini.

BABAK 6 : PERSANDINGAN
6

Majlis menyambut ketibaan pasangan raja sehari Amad dan Atiq masuk kedalam dewan. Diiringi paluan kompang, berjalan kearah pentas, pasangan yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan raja sehari Amad syafiq bin Abu bersama gadis pilihannya Atiq binti Saddam.

Sama cantik sama padan, Sama tampan sama jelita, Sama muda sama bergaya, Ibarat pinang dibelah 2

Bagai Adam dengan Hawa, Bagai Uda dengan Dara, Bagai Rama dengan Sita, Bagai Laila dengan Majnunnya, Bagai raja dengan permaisurinya, Ibarat merpati 2 sejoli. Kalau tidak kerana bulan, Tidak bintang terbit pagi, Kalau tidak kerana perempuan, Masakan lelaki hendak berbini.

PERSEMBAHAN SILAT & TARIAN

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan upacara menepung tawar kepada pasangan pengantin.. Dijemput ibubapa pihak pengantin lelaki untuk menepung tawar. Dijemput ibubapa pihak pengantin perempuan untuk menepung tawar.
7

Seterusnya dijemput naik kepentas untuk menepung tawar kepada pasangan mempelai Dipersilakan

BABAK 6 : BERENDOI Selepas 2 tahun kemudian, pasangan Amad & Atiq telah dikurniakan seorang cahaya mata. Adat melayu diteruskan lagi dengan salah satu adat yang kini jarang diadakan. Adat tersebut ialah adat berendoi dan cukur rambut yang diadakan bertujuan untuk menyambut kelahiran bayi yang baru dilahirkan.

Dengan berakhirnya ucapan itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada malam ini Kalau ada wajah yang tersalah pandang, Kalau ada nama yang tersalah sebut, Kalau ada gelar yang tersalah ucap, Kalau ada duduk yang tersalah tempat, kalau ada hidang yang tersalah bekas, kalau ada air mawar yang tersalah renjis, Kalau ada gelas yang tersalah letak, Kalau ada nasi yang tersalah tambah Maka kami ulit perkara itu dengan ungkapan : Bunga sakura si bunga jepun, Ditanam nyonya berpohon-pohon, Tersilap tersalah harap diampun, Terkasar bahasa maaf dipohon. Sekian saja dari kami pelajar semester 1 saya Lerry David dan saya Shafiqa Nur Fatin menutup majlis ini dengan.. wabillah dan selamat malam.
8

You might also like