You are on page 1of 30

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pendahuluan 2
2.0 Tingkah Laku Bermasalah 3
2.1 Tidak Berminat Belajar
2.2 Disruptif
2.3 Bergantung
2.4 Distruktif
2.5 Degil dan Tidak Menghiraukan Arahan serta Teguran Guru
3.0 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tingkah Laku Bermasalah 9
3.1 Faktor Pelajar
3.2 Faktor Guru
3.3 Faktor Bilik Darjah dan Sekolah
3.4 Faktor Masyarakat
4.0 Cara-cara Menangani Masalah Tingkah Laku
4.1 Kemahiran Komunikasi 18
4.1.1 Gaya Kepimpinan Guru
4.1.2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
4.1.3 Bahan Bantu Mengajar
4.2 Pengurusan Disiplin 24
4.2.1 Tingkah Laku
4.2.2 Humanistik
4.2.3 Kognitif
6.0 Penutup 28

1
1.0 Pendahuluan

Pengawalan kelas merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi
perhatian oleh seseorang guru sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas. Guru
pastinya tidak dapat lari daripada menyentuh hal berkaitan soal disiplin murid-murid
disebabkan perkaitannya yang sangat rapat dengan pengawalan kelas. Dalam hal ini,
Omardin Ashaari (1999) berpendapat bahawa kaedah yang paling berkesan dalam
mengawal kelas dan lazimnya digunakan oleh guru ialah menggunakan kekuatan dan
ketegasan yang ada pada diri mereka sendiri. Misalnya, terdapat ramai guru yang
melantangkan suara mereka untuk menyuruh murid-murid diam apabila masing-masing
sibuk berbual ketika beliau sedang mengajar dan ketika keadaan kelas mula sukar
dikawal.

Murid-murid di dalam sesebuah kelas umumnya mempunyai pelbagai perbezaan


latar belakang dan sikap yang tersendiri sama ada positif atau negatif. Perbezaan
tersebut kadang kala membawa kepada tingkah laku bermasalah dan guru seharusnya
peka serta berempati terhadap murid-murid tersebut. Cabaran yang biasanya dihadapi
oleh guru-guru di sekolah ialah bagaimana hendak mengenal pasti tingkah laku
bermasalah dan seterusnya merancang serta melaksanakan strategi dan teknik yang
sesuai bagi memodifikasi tingkah laku yang tidak diingini agar hal tersebut tidak
menjejaskan kelicinan atau keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran demi
menjaga iklim bilik darjah yang kondusif.

2
2.0 Tingkah Laku Bermasalah

Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah


laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat.
Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkah laku
desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku
pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan
menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan
mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal.
Manakala Mok Soon Sang (2003) merujuk tingkah laku bermasalah dari konteks
pendidikan sebagai sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di bilik darjah. Tingkah laku
bermasalah di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku
bermasalah negatif semata-mata tetapi juga merangkumi tingkah laku bermasalah
positif iaitu seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.

Walau bagaimanapun, di dalam tugasan ini, fokus diberikan kepada tingkah laku
bermasalah negatif yang merangkumi tingkah laku disruktif (anti sosial), distruptif
(mengganggu) dan bergantung termasuklah hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran
diri dan pengasingan diri.

2.1 Tidak Minat Belajar

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh Cikgu Aishah ketika mengajar Kelas 4
Melati ialah terdapat di kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran
yang lemah dan sering tidak membawa buku. Dalam hal ini, Omardin Ashaari (1999)
menyatakan bahawa biasanya murid yang lemah dalam pelajaran mempunyai hubung
kait dengan soal minat, sikap, kaedah mengajar, kesihatan dan kelembapan pemikiran
serta kesukaran pelajar mengikuti pengajaran guru. Justeru, guru hendaklah mengenal
pasti murid yang mempunyai masalah tersebut dan bijak merancang serta mengambil
3
kaedah dan strategi yang sesuai agar dalam masa yang sama tidak menjejaskan
pembelajaran murid-murid yang sudah cekap dalam pelajaran.

Di samping itu, guru juga seharusnya sentiasa memberi galakan dan rangsangan
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada murid yang lemah sebagai
motivasi agar mereka sedar dan berusaha meningkatkan tahap pembelajaran mereka.
Jika tahap pembelajaran murid masih di tahap yang sangat lemah dan tidak mampu
diatasi dengan melalui kaedah pemulihan yang dijalankan di dalam kelas, guru boleh
mengadakan kelas pemulihan untuk memberi perhatian khusus kepada murid yang
bermasalah tersebut agar mereka tidak keciciran sebaliknya mereka mampu mengikuti
pembelajaran mengikut keupayaan mereka.

2.2 Tingkah Laku Distruktif

Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku
anti sosial yang amat merbahaya kerana pelaku bukan sahaja melakukan aktiviti
jenayah tetapi juga mengancam keselamatan orang lain dan kemudahan-kemudahan
sekolah. Sikap agresif mereka dapat dilihat dalam bentuk tingkah laku merosakkan
sama ada melalui sindiran atau perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh,
melukai atau menyakiti seseorang yang lain dan hal ini boleh membawa kepada
permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Pelaku juga mungkin bertindak agresif kepada
pihak lawan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam.

Zirpoli & Melloy (2001) dalam Nora Mislan (2007) menjelaskan bahawa tingkah
laku distruktif boleh berlaku tidak kira sama ada secara lisan, bukan lisan atau fizikal
yang boleh mencederakan orang lain secara sengaja ataupun tidak. Dipercayai semua
bahasa badan yang ditunjukkan oleh pelajar untuk kesemua tingkah laku yang distruktif
dan agresif ini menunjukkan kemarahan, keberangan, kekecewaan, kehinaan atau
sebagainya yang menyebabkan kelakuan distruktif . Ciri-ciri pelajar yang distruktif
secara lisan ialah memberi arahan secara kasar kepada orang lain, mengejek dan
mengkritik kerja orang lain. Manakala ciri-ciri pelajar yang distruktif secara fizikal pula
4
ialah menendang, memukul, meludah, menggigit, merampas, melempar dan bergaduh.
Contohnya di dalam Kelas 4 Melati, pasangan kembar Roslina dan Roslini
menunjukkan tingkah laku bermasalah disruktif apabila mereka saling bersaing dan
bergaduh sesama mereka semata-mata untuk menarik perhatian guru.

Tiwi Kamidin (2004) berpendapat bahawa tingkah laku distruktif sering berlaku di
kalangan pelajar berusia 10 hingga 15 tahun. Kebiasaannya tingkah laku distruktif di
kalangan pelajar pada usia 15 tahun dianggap membahayakan kerana berkemungkinan
besar mengakibatkan kecederaan pada individu yang dimusuhi. Sekiranya melibatkan
klik, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian pukul bukan sahaja di
dalam bahkan di luar sekolah. Hal ini mungkin berpunca daripada konflik keluarga,
terpengaruh dengan suasana persekitaran, keganasan yang dilihat daripada televisyen,
bergaul dengan pelajar yang nakal yang bertujuan ingin mendapatkan perhatian.

2.2 Tingkah Laku Disruptif

Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku
yang mengganggu dan membahayakan orang lain seperti hiperaktif, kelakuan nakal,
bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif sama ada secara lisan atau
fizikal. Manakala Kerr & Nelson (1998) dalam Nora Mislan (2007) pula menyatakan
perlakuan disruptif sebagai apa sahaja perlakuan yang mengganggu proses
pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam bilik darjah. Cara-cara tingkah laku
disruptif ini termasuklah untuk mendapat perhatian tidak kira positif atau negatif,
mengelak dari melakukan tugasan, berkelakuan agresif dan kasar.

Tiwi Kamidin (2004) menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tingkah laku
disruptif akan sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran
dan pembelajaran. Tingkah laku menganggu ini bukan sahaja berlaku di dalam bilik
darjah tetapi juga di luar bilik darjah sama ada terhadap adik beradik atau rakan
sebaya. Jika tidak dikawal, tidak mustahil tingkah laku tersebut membawa kepada
tingkah laku distruktif dan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya. Jenis-
5
jenis tingkah laku disruptif antaranya termasuklah hiperaktif, terlalu membuat bising,
pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta
menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, pelaku adalah
daripada kalangan murid lelaki berusia 10 hingga 11 tahun.

Merujuk situasi di dalam kelas 4 Melati, didapati beberapa orang murid


mempunyai tingkah laku bermasalah disruptif contohnya Ahmad yang agak nakal sering
mengganggu rakan-rakannya yang sedang belajar dan Razali pula suka mengusik
murid-murid perempuan. Keadaan seperti ini akan mengganggu tumpuan murid-murid
sekelas yang lain seterusnya menyebabkan guru sukar untuk mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut. Sekiranya masalah perlakuan
disruptif bermula di bilik darjah ini tidak ditangani dengan berkesan maka tidak mustahil
pelbagai perlakuan destruktif pula yang akan berlaku di dalam dan di luar bilik darjah.

2.4 Tingkah Laku Masalah Bergantung

Menurut Tiwi Kamidin (2004), tingkah laku bermasalah juga mungkin berbentuk
pergantungan berlebihan yang menunjukkan murid tidak dapat berdikari sebaliknya
amat bergantung kepada orang lain dan kumpulannya. Tingkah laku bermasalah ini
biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah
tetapi ada kalanya berlarutan sehingga usia remaja. Mereka mudah berasa cemas,
takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang dilakukannya jika tidak berada di
samping orang yang diharapkan.

Antara simptom-simptom yang ditunjukkan oleh murid yang mempunyai tingkah


laku masalah bergantung adalah seperti sukar untuk membuat keputusan seharian
tanpa mendapatkan nasihat dan jaminan dari orang lain, memerlukan orang lain untuk
bertanggunjawab ke atas kebanyakan perkara dalam kehidupan, tidak berani untuk
mengambil sesuatu tindakan kerana kekekurangan keyakinan diri dan tidak yakin akan
kebolehan diri, mengambil langkah yang berlebih-lebihan untuk mendapatkan sokongan
dari orang lain sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia sesuatu yang
6
tidak baik, merasa tidak selesa atau lemah apabila bersendirian kerana takut tidak
dapat menjaga diri sendiri dan sebagainya. Contohnya di dalam Kelas 4 Melati, Amalina
yang sering berdandan di dalam kelas selalu menjerit bila diejek oleh murid lelaki. Ini
menunjukkan dia mempunyai masalah bergantung kerana tidak cuba untuk mengatasi
masalah yang dihadapi tetapi sebaliknya terlalu bergantung dan mengharapkan guru
untuk bertindak membelanya dari diganggu.

Selain itu, murid yang mempunyai tingkah laku masalah bergantung biasanya
mudah mengikut percakapan orang lain dan dipengaruhi. Pendirian mereka juga kurang
tegas khasnya apabila berkaitan dengan sesuatu pendapat Hal ini akan menimbulkan
masalah pembentukan personaliti dan kendiri diri khasnya apabila mudah dipengaruhi
oleh orang lain. Kesannya mungkin akan menimbulkan tingkah laku bermasalah yang
lebih agresif seperti desruptif atau destruktif akibat terlalu bergantung kepada klik.
Kebanyakan individu yang mempunyai masalah tingkah laku bergantung merupakan
seorang yang pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan
tekanan. Ia mungkin berpunca daripada sikap ibu bapa yang mengamalkan
perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang tegang, autokratik dan tidak
mempercayai kanak-kanak.

2.5 Degil dan Tidak Menghiraukan Arahan serta Teguran Guru

Secara umumnya, sikap degil dan tidak menghiraukan arahan guru di kalangan
murid kerap kali dilihat dalam senario bilik darjah walaupun tidak semua murid bersikap
demikian termasuklah sebahagian besar murid-murid di kelas 4 Melati. Malah Kamarul
yang selalu membawa VCD lucah untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan adalah
contoh kedegilan yang sangat ketara.

7
Menurut Omardin Ashaari (1999), golongan murid bersikap degil ini gemar
menentang guru dan apa yang dilakukan hanya untuk menjaga kepentingan diri
semata-mata. Mereka mempunyai nilai yang berlainan dalam hidup mereka. Sifat ini
mungkin berpunca daripada salah didikan dan pengaruh persekitaran. Jika tidak
dikawal, mereka mungkin menjadi lebih liar di luar bilik darjah. Malah masalah akan
menjadi lebih berat lagi jika mereka berjaya mempengaruhi rakan-rakan lain di dalam
dan luar sekolah.

8
3.0 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tingkah Laku Bermasalah dan Kaitan
dengan Pendekatan Teori.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku bermasalah di


kalangan murid-murid. Justeru, guru perlu mengetahui pendekatan teori yang berbeza
agar dapat memahami faktor tingkah laku bermasalah di kalangan pelajar dan sebab
berlakunya perkara tersebut. Seterusnya dengan maklumat yang diperolehi,
membolehkan guru membuat penyesuaian langkah intervensi yang wajar diambil.
Terdapat teori-teori tertentu yang mempunyai pendekatan yang sesuai dapat dikaitkan
dengan tingkah laku bermasalah ini antaranya Teori Sosial Albert Bandura, Teori
Tingkah Laku Behaviorisme yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh popular iaitu
Ivan Petrovich Pavlov, John B. Watson, Edward L. Thorndike dan B. F Skinner, Teori
Humanistik seperti Teori Motivasi Maslow yang terkenal dengan Hierarki Keperluan
Maslow dan Teori Kognitif.

3.1 Faktor Pelajar

Faktor pelajar dilihat sebagai faktor yang paling utama dan dominan penyebab
tingkah laku bermasalah. Jika dilihat lebih luas lagi, faktor ini merangkumi beberapa
aspek yang berkait rapat dengan diri pelajar itu sendiri iaitu latar belakang pelajar dan
pengaruh keluarga khususnya peranan ibu bapa dalam membentuk diri pelajar serta
faktor sosio-ekonomi keluarga .

Omardin Ashaari (1999), menjelaskan bahawa keluarga khususnya ibu bapa


memainkan peranan penting dalam memberi perhatian terhadap pembelajaran pelajar
kerana mereka mempunyai pengaruh kuat terhadap cara hidup pelajar. Sebagai tenaga
penggerak dan sumber ilham kepada pelajar, mereka hendaklah sentiasa memberi
galakan dan perangsang kepada pelajar untuk berjaya dengan cemerlang dalam
pencapaian akademik. Persengketaan yang wujud dalam sesebuah keluarga pasti
sedikit sebanyak menimbulkan ketidaktenteraman dalam fikiran pelajar sekaligus

9
menjejaskan ketenangan jiwa lantas menjadi penyebab masalah disiplin di dalam dan
luar bilik darjah.

Selain itu, masalah tingkah laku pelajar juga mungkin berpunca daripada faktor
sosio ekonomi keluarga sekaligus boleh dikaitkan dengan masalah penyesuaian diri.
Hal ini biasanya berlaku di kalangan pelajar yang datang daripada keluarga kelas sosio-
ekonomi rendah. Mereka akan membawa nilai-nilai yang menjadi kebiasaan dan
diamalkan di rumah semasa di sekolah seperti dalam soal pengurusan masa, pergaulan
dan sebagainya. Kehidupan mereka di rumah sememangnya menjadi pengaruh besar
kepada faktor tingkah laku mereka di sekolah. Teori Humanistik menekankan tentang
kebolehan dan potensi dari keputusan yang pelajar ambil dalam mengawal kehidupan
mereka. Manakala Teori Motivasi Maslow dibangunkan oleh Abraham H. Maslow
melalui Hierarki Keperluan Maslow pula merupakan salah satu Teori Humanistik yang
boleh membantu guru memahami sebab mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian.
Melalui teori ini, Maslow menegaskan bahawa seseorang individu perlu memenuhi
keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder.

Menurut Nora Mislan (2007), Abraham Maslow telah membahagikan keperluan


manusia kepada lima peringkat iaitu keperluan fisiologi dan biologi (air, makanan,
udara, tempat tinggal, tidur dan sebagainya), keperluan keselamatan (dilindungi
daripada elemen ancaman, undang-undang, limitasi, stability dan sebagainya),
keperluan dibelai dan disayangi (kasih sayang dari keluarga, sekolah, rakan-rakan dan
sebagainya), keperluan estim (keperluan estim kendiri, pencapaian, masteri, berdikari
dan sebagainya) serta kesedaran kendiri (kesedaran dalam potensi diri,
mengembangkan kebolehan dan mencapai apa yang diinginkan). Walau
bagaimanapun, teori ini menekankan bahawa keperluan asas, keselamatan, kasih
sayang dan penghargaan kendiri manusia perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum
seseorang itu dapat menceburkan diri ke dalam hierarki kesempurnaan kendiri,
maklumat dan estetik.

10
Mengikut Prof. Madya Dr. Aminah Ayob dari Universiti Sains Malaysia (USM),
terdapat segelintir ibu bapa yang tidak cuba untuk memahami dan mendalami
kesukaran yang dihadapi oleh anak-anak mereka di sekolah. Mereka kurang
memberikan perhatian terhadap anak-anak dari segi perasaan dan bimbingan
akademik. Oleh sebab itu pelajar ke sekolah hanya untuk memenuhi kehendak autoriti.
Akibat tiada dorongan, pelajar tidak bersemangat untuk belajar apatah lagi untuk
mencapai kejayaan atau berlumba-lumba dalam pendidikan. Kajian beliau yang
seterusnya mendapati kesibukan mencari rezeki menyebabkan ibu bapa tidak
mempunyai cukup masa berkualiti dengan anak-anak. Perasaan tidak puas hati, marah,
geram, sedih dan lain-lain mulai bercampur baur lantaran tidak siapa yang ambil peduli.
Oleh itu, pelajar bertindak mengeluarkan dan meluahkan perasaan melalui tindakan
yang dilarang. Teori kognitif menyatakan manusia mempunyai keupayaan mental untuk
mengelola, menyusun dan mengeluarkan semula pengalaman mereka. Teori ini lebih
menekankan kepada penggunaan pemikiran seseorang bertujuan membentuk struktur
kognitif dalam ingatan dan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam
ingatan. Ia adalah suatu proses mental dalaman.

Menurut Asmah Bee Mohd Noor (1999), ahli teori kognitif percaya bahawa
pemikiran mempengaruhi perasaan dan tingkah laku manusia. Jika individu mengubah
cara berfikir, maka perasaan dan tingkah lakunya juga akan mengalami perubahan
melalui modifikasi tingkah laku. Oleh itu, teori ini memfokuskan kepada proses di
sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhatikan
adalah petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini
menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan
penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat
oleh pelajar (Prof. Aminah Ayob, 2005).

Justeru, ibu bapa perlu sedar hakikat kepentingan membentuk peribadi anak-
anak. Perhatian yang lebih serius secara keseluruhan terhadap perkembangan mereka
dari pelbagai aspek harus diberikan. Mereka perlu lebih terbuka dalam melayani
pertanyaan anak-anak, berbincang dan memberi peluang kepada anak-anak mereka
11
untuk memberikan pandangan dan pendapat, membuat pilihan serta menyatakan
sebab-sebab mengapa mereka menggemari sesuatu atau sebaliknya dalam usaha
membentukan peribadi dan tingkah laku pelajar yang positif.

3.2 Faktor Guru

Masalah tingkah laku di dalam bilik darjah turut mempunyai hubungkait dengan
faktor guru dari segi sikap dan keprihatianan guru, gaya kepimpinan dan kaedah serta
bahan pengajaran guru. Ini disebabkan guru merupakan individu yang
bertanggungjawab dalam mengendalikan sesebuah pengajaran dan pembelajaran serta
memastikan kelicinannya sekaligus mempunyai autoriti dalam mengawal tingkah laku
murid di dalam kelas.

Guru hendaklah mempunyai sikap dan sahsiah yang positif agar dihormati
pelajar. Selain itu, bagi menjadi guru yang berkesan, popular, disukai ramai dan
disanjung pelajar, mereka perlu menguasai dan sentiasa berusaha meningkatkan
kemahiran komunikasinya bagi membolehkan pelajar mudah bergaul dengan mereka
dan lebih terbuka dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan di antara kedua-
duanya. Secara tidak langsung, murid akan berasa diri mereka dikasihi, dihargai dan
dimuliakan (Abdullah Hasan, 1999). Hal ini pastinya dapat membantu guru dalam
mengatasi masalah tingkah laku di kalangan murid-murid di dalam bilik darjah.

Abd. Rahim b. Abd Rashid (1999) menyatakan bahawa punca tingkah laku
bermasalah di kalangan pelajar ialah wujudnya proses ‘demoralizing’ pelajar di dalam
kelas. Terdapat amalan yang tidak sihat dan bersifat demoralizing pelajar sama ada
secara sengaja atau tidak sengaja oleh guru dan juga dalam amalan sistem sosial yang
tidak sihat di sekolah. Demoralizing adalah proses yang meruntuhkan moral pelajar
sehingga mereka merasakan diri tidak berguna, tidak dihormati, dan tidak dihargai.
Kecaman yang sering dilemparkan oleh guru terhadap pelajar serta memburuk-
burukkan pelajar boleh membunuh segala motivasi dan harga diri pelajar. Pelajar
menjadi benci dan anti sosial kepada sekolah dan masyarakat. Memberi gelaran yang
12
buruk dan menghina adalah satu proses demoralizing yang boleh memusnahkan
maruah pelajar. Motivasi diri menjadi hancur disebabkan proses demoralizing yang
dialami secara berterusan oleh individu.

Omardin Ashaari (1999) menjelaskan guru yang bersifat autokratik dan


melaksanakan tugas secara kuku besi dan terlalu dominan dalam tindak tanduk mereka
ketika mengawal bilik darjah boleh menyebabkan pelajar tidak bebas dan berfikir.
Pelajar perlu diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan
pembelajaran seperti mengeluarkan pendapat dan saranan agar tidak menjejaskan
keupayaan dan kemampuan mereka untuk menerima pelajaran. Jangkaan guru yang
rendah dan negatif terhadap pelajar juga boleh menjadikan mereka lebih suka mengikut
daripada berfikir. Hal ini kerana jangkaan guru yang rendah dan negatif memberi kesan
buruk terhadap pencapaian pelajar. Pelajar akan berasa guru kurang menunjukkan
perhatian dan minat untuk membantu meningkatkan kebolehan mereka. Sikap atau imej
negatif ini terbentuk disebabkan jangkaan guru yang tidak mendorong kemajuan pelajar
terutama di kelas-kelas yang lemah. Persepsi negatif guru dan jangkaan guru yang
rendah pastinya melemahkan lagi semangat dan harapan mereka. Motivasi menjadi
berkecai dan lumpuh disebabkan jangkaan guru yang tidak merangsangkan kemajuan
pelajar-pelajarnya.

Teori tingkah laku behaviorisme yang dipelopori oleh ahli-ahli psikologi


behavioral seperti John B. Watson, Ivan Pavlov, Edward L. Thorndike dan B. F. Skinner
merupakan teori pembelajaran yang mengaitkan pembelajaran dengan perubahan
tingkah laku. Mereka menjalankan kajian ke atas haiwan bagi membuktikan teori ini dan
kemudian mengaplikasikannya terhadap tingkah laku manusia yang boleh dilihat dan
diukur di dalam pembelajaran dengan tujuan untuk menghurai, menerang, meramal dan
mengawal tingkah laku manusia. Melalui teori ini, tokoh-tokoh ini berpendapat bahawa
tingkah laku adalah hasil daripada interaksi antara baka dan persekitran dan boleh
diperhatikan, dikawal serta diramal melalui penggunaan konsep peneguhan dan jadual
peneguhan. (Nora Mislan, 2007) Mereka juga menekankan bahawa perkaitan gerak
balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran demi
13
membentuk sesuatu tingkah laku yang baru dan teori pembelajaran ini disebut sebagai
Teori Rangsangan dan Gerak Balas. (Mok Soon Sang, 2003)

Skinner melalui Teori Pelaziman Operan Skinner (1953) telah menekankan


tentang proses pembiasaan dalam membentuk tingkah laku dan mengemukakan
beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia. Menurut beliau, pembelajaran
berlaku melalui pelaziman dan peneguhan positif pula merupakan rangsangan yang
penting dalam menambahkan kebarangkalian gerak balas pelajar. Oleh itu, peneguhan
positif perlu diberi dari semasa ke semasa untuk mengubah tingkah laku yang tidak
diingini sekaligus menjayakan proses pembiasaan ini. Manakala peneguhan negatif
pula membawa kesan yang tidak menyeronokkan dan pelajar akan mengulangi tingkah
laku operan yang diingini. Beliau berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran,
konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.

Selain itu, kaedah dan bahan pengajaran guru yang kurang atau gagal menarik
perhatian murid juga menjadi faktor penyebab masalah tingkah laku murid di dalam bilik
darjah. Murid mungkin sukar untuk menerima dan memahami pengajaran yang
disampaikan atau murid merasakan isi dan kandungan pelajaran yang disajikan
membosankan kerana kurang mencabar. Kamaruddin Haji Husin (1994) menyatakan
bahawa hal ini kerana kesediaan guru amat penting bagi menjamin ketenteraman serta
tingkah laku pelajar. Guru yang kreatif mampu menarik minat pelajar dan seterusnya
menghindarkan masalah tingkah laku di kalangan mereka. Oleh itu, guru perlu
menggunakan kaedah dan bahan pengajaran yang sesuai untuk meransang murid
memberi tumpuan terhadap penyampaian pengajaran mereka.

Menurut Mok Soon Sang (2003), berdasarkan rumusan teori tersebut, guru
disaran melaksanakan modifikasi tingkah laku berpandukan kepada langkah-langkah
berikut:
1. Mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditonjolkan oleh pelajar dalam bilik
darjah.
2. Menetapkan matlamat tahap pencapaian tingkah laku yang dikehendaki.
14
3. Memilih dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk
memodifikasikan tingkah laku yang dikenal pasti. Sehubungan dengan itu, Teori
Pembelajaran Operan Skinner menjadi pertimbangan asas untuk proses
pembiasaan itu.
4. Peneguhan positif hanya diberi selepas perubahan tingkah laku negatif kepada
positif mengikut matlamat tahap pencapaian yang ditentukan. Sekiranya pelajar
masih menonjolkan tingkah laku yang tidak diingini, guru perlu memastikan tiada
sebarang peneguhan diberi dan melalui proses penghapusan ini, lama kelamaan
tingkah laku negatif ini akan lenyap sama sekali.

Omardin Ashaari (1999) menjelaskan bahawa peneguhan dapat menarik


perhatian pelajar untuk memahami pengajaran guru di samping menggalakkan pelajar
untuk lebih giat mencuba dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Peneguhan juga
membantu pelajar untuk menghayati bahan dan fakta pelajaran yang disajikan oleh
guru mereka. Secara tidak langsung, pelajar akan lebih bermotivasi untuk
mempertingkatkan tahap pembelajaran pelajar sekaligus mampu memperoleh kejayaan
dalam bidang tersebut. Tingkah laku negatif yang timbul di kalangan pelajar dapat
dikurangkan dan disiplin pelajar akan dapat diperbaiki jika guru konsisten dalam
mengamalkan konsep peneguhan. Pelajar akan terus menunjukkan perubahan ke arah
tingkah laku positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial. Malah keyakinan diri
pelajar juga akan dapat dipertingkatkan dan dipupuk seterusnya dapat membentuk
pelajar yang berilmu pengetahuan, cinta membaca dan berakhlak mulia.

3.3 Faktor Fizikal Bilik Darjah dan Sekolah

Menyentuh isu fizikal bilik darjah, Prof. Atan Long (1980) berpendapat bahawa
keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan
menyebabkan masalah tingkah laku di kalangan pelajar. Kelas yang terlalu ramai,
dengan alat kelengkapan yang tidak sesuai, cuaca yang panas, alat bantu mengajar
yang tidak mencukupi, gangguan dari luar semuanya boleh menimbulkan
ketidakselesaan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas. Pelajar juga tidak dapat
15
memberi tumpuan kepada pengajaran guru sehingga menyebabkan pelajar mengambil
kesempatan untuk bertingkah laku yang tidak baik seperti menganggu kawan, berbuat
bising dan sebagainya. Perkara ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat menerima isi
pelajaran dengan baik yang menjadikan mereka melakukan perlakuan yang tidak
sepatutnya di dalam bilik darjah.

Manakala dari segi keadaan sekolah pula, Omardin Ashaari (1999) berpendapat
keadaan ceria di persekitaran sekolah pula perlu diwujudkan untuk pelajar bergiat
cergas dalam aktiviti pembelajaran.Persekitaran sekolah seperti organisasi, struktur dan
suasana persekitaran belajar yang kurang baik dan kurang sesuai akan mendorong
terjadinya masalah disiplin. Hal ini biasanya berlaku di kalangan pelajar yang lemah
pencapaian akademik di mana keadaan tersebut akan mengurangkan motivasi serta
tidak memberi peransang untuk mereka belajar.

3.4 Faktor Masyarakat

Menurut Mok Soon Sang (2003), masyarakat merupakan alam kehidupan


manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi
seseorang individu dari aspek sosio emosi, personaliti dan mental. Misalnya, perbezaan
nilai hidup membentuk falsafah hidup di kalangan individu dan perbezaan kebudayaan
serta agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia. Masyarakat
yang sihat mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti
bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai
kerohanian yang sempurna. Manakala masyarakat yang mementingkan kebendaan
pula akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap
materialistik serta mengabaikan nilai kerohanian dan kejiwaan.

16
Teori Pembelajaran Sosial yang diasaskan oleh Albert Bandura menyatakan
bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan agen penentu
persekitaran. Teori pembelajaran sosial kognitif ini menekankan peranan kognitif dan
persekitaran atau masyarakat dalam perkembangan individu. Secara khususnya, teori
ini mengatakan bahawa kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian
terhadap permodelan. Melalui proses memerhati orang lain, seseorang individu akan
membentuk satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya.
Menurut teori ini lagi terdapat empat unsur utama yang telah dikenalpasti dalam proses
pembelajaran melalui pemerhatian dan permodelan iaitu tumpuan, penyimpanan,
penghasilan dan seterusnya motivasi.

17
4.0 Cara-cara Menangani Masalah Tingkah Laku

Tugas penting guru dalam pengurusan bilik darjah ialah mencorakkan sikap dan
tingkah laku yang baik serta bertanggungjawab. Mengubah sikap pelajar pastinya
memerlukan kesabaran dan ketegasan. Namun begitu, guru juga perlu memiliki
beberapa kemahiran berkaitan agar dapat meringankan bebas tugas yang dipikul.
Kemahiran komunikasi dan pengurusan disiplin merupakan dua kemahiran yang patut
dikuasai oleh guru serta perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

4.1 Kemahiran Komunikasi

Menurut Mok Soon Sang (2003), komunikasi di bawah konteks pendidikan boleh
ditakrifkan sebagai sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara
dua individu atau di antara seorang individu dengan sekumpulan orang. Dengan
perkataan lain, komunikasi merupakan satu interaksi sosial di antara orang melalui
aktiviti pemindahan mesej. Komunikasi boleh berlaku sama ada secara lisan atau
bukan lisan. Khairul Azam Bahari (2005) mentakrifkan komunikasi lisan sebagai suatu
bentuk komunikasi yang menggunakan suara dan bahasa (percakapan) sebagai
medium dalam perhubungan. Manakala komunikasi bukan lisan sebagai suatu bentuk
komunikasi yang menggunakan pergerakan anggota badan sama ada badan dan
memek muka. Intonasi suara juga dikategorikan sebagai salah satu daripada bentuk
komunikasi bukan lisan.

Di dalam bilik darjah, komunikasi biasanya berlaku di antara guru dengan murid
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau di antara murid dengan murid
semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Contohnya guru menyampaikan pengajarannya
dengan suara yang jelas, kuat dan lantang serta menggunakan perkataan-perkataan
yang ringkas dan mudah difahami. Di samping itu, guru juga dapat memberikan
peneguhan positif kepada murid melalui komunikasi bukan lisan bagi memberi
dorongan kepada pelajar untuk meningkatkan usaha mereka dalam pembelajaran
seperti mengangguk kepala dan senyuman setelah melihat mereka mencuba sesuatu.
18
Justeru, amat penting bagi guru untuk menguasai kemahiran komunikasi dan
mempertingkatkan kemahirannya dari semasa ke semasa kerana komunikasi yang
tepat membantu guru meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) menegaskan bahawa guru yang cekap
semestinya perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Sifat peramah serta
dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai kelompok sosial yang berbeza memerlukan
guru menguasai kemahiran komunikasi yang baik. Penguasaan dan penggunaan
bahasa yang baik dan cekap sangat penting bagi mewujudkan komunikasi yang
berkesan. Kemahiran komunikasi juga sangat penting bagi membolehkan seseorang
guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan lancar, jelas dan mudah difahami.
Adalah lebih baik sekiranya, seseorang guru mampu menguasai beberapa bahasa agar
dapat mendedahkan dirinya dengan dunia sosial yang lebih luas dan intelektual yang
lebih menyeluruh.

4.1.1 Gaya Kepimpinan

Selain itu, gaya kepimpinan guru juga dilihat sebagai satu salah aspek yang
perlu diberi perhatian supaya kawalan kelas dapat dilakukan dengan berkesan. Lippit
dan White (1958) menjelaskan bahawa kawalan secara kekerasan dan mengikut
sesetengah golongan menganggapnya sebagai berwibawa. Segala aktiviti pelajar
diarahkan oleh guru dan hanya guru yang akan menentukan pujian dan kritikan
terhadap pelajar-pelajarnya. Namun begitu, Ee Ah Meng (1998) menganggap
kepimpinan guru menerusi pendekatan ini bersifat autokratik dan biasanya pendekatan
sebegini jarang melibatkan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini
kerana guru merasakan penglibatan pelajar boleh mengancam kewibawaan mereka
dan menimbulkan gangguan kepada aktiviti mereka.

19
Terdapat juga guru yang memainkan peranan pasif dan membiarkan pelajar
dalam kumpulannya mempunyai kebebasan penuh untuk melakukan apa yang mereka
suka dan mereka tidak memberi sebarang saranan dan penilaian positif atau negatif
terhadap tingkah laku pelajar (Lippit dan White, 1958). Kepimpinan sebegini pula
dikelaskan oleh Ee Ah Meng (1998) sebagai kepimpinan laissez-faire di mana pelajar
akan menjadi kurang produktif di hadapan guru kerana banyak masa yang dihabiskan
hanya untuk bertanya dan mendapatkan maklumat sahaja.

Adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan pendekatan kawalan terpimpin


yang bersifat sederhana dengan jenis kepimpinan demokratik demi mewujudkan
keadaan kondusif yang sesuai di samping menjamin proses pembelajaran berlaku
dengan lebih berkesan. Omardin Ashaari (1999) berpendapat pelajar perlu diberi
bimbingan dan pimpinan mengikut pelbagai langkah dan peringkat pembelajaran
dengan menggunakan kaedah yang sistematik bagi membolehkan mereka maju
dengan seberapa cepat yang boleh. Ini kerana pelajar adalah organisma yang
berkembang dan guru sepatutnya membiarkan mereka berkembang secara semula
jadi. Oleh itu, pelajar seharusnya belajar melalui peringkat demi peringkat secara teratur
mengikut kehendak dan keperluan mereka untuk menentukan arah yang sesuai bagi
diri mereka sendiri. Pendekatan sebegini menjadikan pelajar lebih matang dan
mempunyai rasa percaya diri kerana pelajar akan mempelajari apa yang perlu mereka
ketahui. Manakala guru pula hendaklah memainkan peranan yang aktif dalam memberi
pandangan dan saranan semasa merancang dan mengelolakan sesuatu aktiviti
pembelajaran.

Jenis kepimpinan demokratik ini bertujuan memberi kebebasan kepada pelajar


untuk bertindak dalam kumpulan. Guru akan memilih ahli dan sentiasa melakukan
penyerahan tugas. Hasilnya, pelajar akan berusaha menghasilkan kerja yang baik dan
aktif dalam semua keadaan tidak kira sama ada dengan kehadiran guru atau
sebaliknya. Perbezaan di antara diri pelajar dengan persekitaran pula membantu
menambahkan ketentuan dan keyakinan diri. Suasana rapat dan mesra dapat

20
diwujudkan hasil sifat toleransi dan kerjasama antara pelajar dan guru malah di
kalangan pelajar itu sendiri.

Menerusi pendekatan kawalan terpimpin yang bersifat sederhana dengan jenis


kepimpinan demokratik, guru perlu memainkan peranan penting dan peka terhadap
setiap pelajar sama ada mereka menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru
atau tidak. Ini kerana kemungkinan terdapat pelajar yang lebih tertarik kepada kejadian
yang berlaku di luar kelas sehingga mengganggu perjalanan pengajaran guru
disebabkan beberapa faktor seperti suara guru kurang lantang atau kaedah pengajaran
kurang berkesan (Omardin Ashaari, 1999). Oleh itu, sekiranya guru dapat mengesan
bahawa pengajaran mereka kurang menarik perhatian pelajar atau membosankan,
maka guru perlu mempelbagaikan teknik, kaedah, strategi dan pendekatan pengajaran
serta menggunakan pelbagai bahan bantu yang sesuai untuk menarik perhatian pelajar.
Selain itu, mereka juga boleh menggunakan kebijaksanaan mereka mengawal bilik
darjah secara aktif seperti melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran dengan
memberikan beberapa soalan kepada pelajar yang dilihat kurang memberikan
perhatian.

4.1.2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Mook Soon Sang (2003), komunikasi secara lisan dan bukan lisan
sering berlaku berlaku semasa guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Misalnya, di dalam aktiviti soal jawab, guru biasanya
mengemukakan soalan secara lisan (komunikasi secara lisan), murid kemudiannya
akan mengangkat tangan sebagai isyarat yang menyatakan keinginannya untuk
menjawab soalan (komunikasi bukan lisan). Murid akan menjawab soalan tersebut
(komunikasi secara lisan), jika jawapan yang diberikan betul, guru akan memberi
peneguhan dengan mengangguk kepala, senyum dan membalas dengan
menggunakan perkataan seperti “baik”, “bagus” dan sebagainya (komunikasi bukan
lisan dan secara lisan).

21
Proses komunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan memainkan peranan
yang amat penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Malah proses tersebut
berlaku dalam hampir semua jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti
soal jawab, perbincangan, membaca, menyanyi, bercerita, penerangan dan
sebagainya. Implikasinya, keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat
bergantung kepada kebolehan murid mentafsir mesej yang disampaikan oleh guru.
Komunikasi berkesan hanya berlaku jika guru menyampaikan pelajaran dengan cara
yang mudah dan mudah difahami pelajar berdasarkan tahap kemampuan mereka. Oleh
itu, guru hendaklah menggunakan suara yang lantang dan jelas serta perkataan-
perkataan yang mudah difahami pelajar semasa menyampaikan pelajaran.

Kementerian pendidikan juga telah meletakkan kaedah pengajaran berpusatkan


pelajar, bahan dan berasaskan aktiviti menjadi fokus utama dalam pengajaran dan
pembelajaran menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dengan
perubahan tersebut, kurikulum latihan perguruan di institusi-institusi perguruan telah
diubahsuai untuk melatih guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi
kandungan yang tinggi malah dapat menguasai kemahiran pedagogi dalam
melaksanakan pengajaran yang memusatkan bahan, pelajar dan aktiviti (Lai Kim
Leong,et. al., 2001) Bahkan kini kerajaan sedang berusaha untuk membestarikan
sekolah-sekolah di negara kita agar lebih banyak sekolah yang dilengkapi dengan
pelbagai sumber pelajaran dan bahan bantu mengajar yang merangkumi pelbagai
media. Ini bertujuan dapat mencetus dan menarik minat pelajar serta dapat
memaksimumkan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran demi
membangunkan potensi pelajar khususnya dari segi kecerdasan, bakat, kemahiran dan
kreativiti pelajar. Sekiranya hal ini tidak dapat dilaksanakan, pelajar akan mudah berasa
bosan dan gelisah, mereka mungkin memberontak dan seterusnya menimbulkan
masalah tingkah laku di dalam kelas sehingga menjejaskan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan. Pendek kata, guru juga perlu kreatif dalam
mencorakkan budaya belajar di bilik darjah.

22
4.1.3 Bahan Bantu Mengajar

Penggunaan bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan


kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar
untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.
Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan alat bantu mengajar yang sesuai
memainkan peranan sebagai suatu medium yang boleh menimbulkan komunikasi di
antara guru dan pelajar.

Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981), bertajuk “Alatan Mengajar Dalam


Pengajaran Bahasa, ‘alat bantu‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang
padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan
antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau
mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar
Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk “cone of experience” di mana proses
pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih
abstrak. Penggunaan bahan bantu mengajar amat penting dan merupakan sebahagian
keperluan daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada pelajar.
Walau apa jua kaedah pengajaran yang digunakan, guru tetap perlu menyediakan
bahan bantu mengajar supaya komunikasi guru dan murid berjalan dengan baik. David
Berlo (Musa Sulaiman, 1999) menyatakan bahawa terdapat empat ciri penting dalam
proses komunikasi iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima. Isi pengajaran
sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, bahan bantu mengajar dan
tulisan. Ciri-ciri tersebut diperlukan bagi pelajar menguasai empat jenis kemahiran
komunikasi iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru perlu
menggunakan pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi,
beberapa bahan bantu mengajar termasuk yang lama dan baru bagi mempercepatkan
proses pengajaran dan pembelajaran.

23
4.2 Pengurusan Disiplin

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sukar untuk dicapai sekiranya


masalah tingkah laku masih tidak dapat ditangani dengan baik. Mencorakkan tingkah
laku positif di kalangan pelajar dapat mengurangkan masalah-masalah yang timbul
sekaligus dapat membantu guru mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Oleh itu, guru sewajarnya komited dengan peranannya sebagai pendidik,
pembimbing, pengubah sikap, pembentuk sahsiah dan pembina generasi bermoral
serta berhemah tinggi. Oleh itu, guru seharusnya bijak menangani masalah yang timbul
dalam menguruskan disiplin pelajar dari aspek tingkah laku, humanistik dan kognitif.

4.2.1 Tingkah Laku

Pengurusan bilik darjah umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana dan


persekitaran pembelajaran yang kondusif, menarik dan ceria. Hal ini penting kerana ia
merupakan satu aspek penting bagi memaksimakan pembelajaran dan meningkatkan
pencapaian serta peluang-peluang pendidikan kepada setiap pelajar untuk mencapai
perubahan dan kemajuan.

Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), selain perancangan dan pengurusan
bilik darjah yang baik, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi keadaan dan
suasana bilik darjah seperti jumlah pelajar, komposisi jantina dan etnik, kegunaan
ruang, interaksi dan pergerakan bilik darjah, organisasi dan keselesaan peranan
kepimpinan guru, sosialisasi pelajar, stail pengajaran, kaedah dan aktiviti pelajar,
disiplin dan peraturan-peraturan bilik darjah, keceriaan dan hiasan serta kebersihan dan
keteraturan bilik darjah.

Selain itu, guru perlu bijak menggunakan pelbagai langkah dan tindakan bagi
membentuk peneguhan dalam usaha manggalakkan tingkah laku positif di kalangan
pelajar. Lazimnya, peneguhan dilakukan dalam bentuk lisan, gerak isyarat dan
sentuhan. Misalnya, guru boleh meminta pelajar mengulang sesuatu perlakuan yang
24
positif bertujuan mengubah tingkah laku pelajar. Manakala dari segi pembelajaran pula,
guru boleh membuat latih tubi untuk mengekalkan pelajaran yang disampaikan oleh
guru agar ia kekal dalam ingatan dan tersemat dalam hati pelajar. Kepelbagaian bentuk
dan jenis peneguhan adalah penting bagi menghindarkan perasaan bosan dan jemu di
kalangan pelajar. Guru juga perlu bijak menentukan jenis dan bentuk peneguhan yang
sesuai bergantung kepada umur dan jantina.

Setiap rangsangan akan mewujudkan gerak balas dan seterusnya proses


pembelajaran akan berlaku. Proses pembelajaran dikatakan berlaku apabila
terdapatnya perubahan tingkah laku. Mok Soon Sang (2003) berpendapat tingkah laku
positif boleh diajarkan dengan rangsangan yang sesuai. Dalam proses pengajaran,
guru hendaklah menggunakan rangsangan yang menyeronokkan dan tidak membawa
kesan yang negatif. Rangsangan yang positif juga berperanan dalam memotivasikan
murid supaya mereka berminat untuk belajar. Terdapat perkaitan langsung antara
rangsangan dan gerak balas iaitu latihan pengulangan yang efektif, ganjaran,
peneguhan, pemulihan, motivasi, persediaan dan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan.

Ganjaran merupakan peneguhan terhadap sesuatu pembelajaran. Sekiranya


sesuatu pembelajaran tiada peneguhan, tingkah laku tersebut mungkin akan terhapus
begitu sahaja. Guru boleh memberikan peneguhan boleh melalui kata-kata pujian atau
penghargaan terhadap seseorang pelajar apabila mereka telah berjaya menyelesaikan
sesuatu latihan atau menjawab soalan dengan betul. Sebagai contoh perkataan
“bagus”, “syabas”, “tahniah”, “teruskan”, “anda berjaya” dapat mempengaruhi minat dan
kesungguhan pelajar untuk terus berusaha atau beralih ke aktiviti-aktiviti lain yang
semakin mencabar. Hal ini akan menjadikan pelajar berasa seronok dan akan berusaha
untuk mencuba menguasai aktiviti pembelajaran seterusnya.
Peneguhan dan rangsangan positif membuatkan pelajar berasa segala usaha
mereka amat dihargai dan hasilnya mereka akan memberi tindak balas dan perilaku
yang menggalakkan dan hubungan antara guru dan pelajar menjadi lebih erat dan

25
mesra. Masalah tingkah laku dapat dikurangkan dan seterusnya melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran .

4.2.2 Humanistik

Menurut Atan Long (1976), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-
keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Pada peringkat yang paling asas
terdapat keperluan keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi barulah
keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat
penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi
keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. Ini
merupakan fitrah manusia termasuklah pelajar yang perlu difahami. Dengan menyedari
keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih
praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.

Dari segi humanistik, Omardin Ashaari (1999) pula berpendapat guru


seharusnya mewujudkan hubungan yang sesuai dan mesra serta kerap berbincang
dengan pelajar untuk menyelesaikan masalah pelajaran mereka di samping
menggalakkan suasana pembelajaran. Guru juga harus tegas dengan arahan dan
ketetapan yang telah dibuatnya. Adalah lebih mudah mengurangkan ketegasan
daripada melebihkannya apabila kekuasaan sudah musnah. Jika guru terlalu rapat
dengan pelajar seolah-olah sebagai rakan biasa dan sentiasa pula mengubah fikiran
dan keputusan, ini akan mengurangkan kesan kepimpinan. Pelajar akan hilang
kepercayaan dan kurang menghormati guru.

Mengikut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) amat penting bagi guru untuk memberi
penghormatan dan penghargaan terhadap kerja-kerja dan sebarang daya usaha yang
ditunjukkan oleh pelajar. Di samping, guru perlu berperanan sebagai pendorong kepada
pelajar kerana sokongan dan dorongan guru amat bermakna kepada mereka. Guru
juga harus sentiasa bermurah hati memberi pujian dan menggunakan pujian bagi

26
mengukuhan konsep kendiri pelajar-pelajar. Pembelajaran di bilik darjah dan sekolah
perlu menyuburkan rasa kejayaan di kalangan pelajar.

4.2.3 Kognitif

Manakala dari aspek kognitif pula, guru perlu memastikan pengajaran dan
pembelajaran pelajar dimulakan dengan prinsip mudah kepada susah dan konkrit
kepada abstrak. Guru perlu memulakan pengajaran yang mudah terlebih dahulu dan
kemudian diikuti dengan bahan pengajaran yang lebih susah. Langkah ini dapat
membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini merupakan
prinsip asas dalam menyampaikan pengajaran guru di bilik darjah. Dengan
menggunakan pendekatan ini juga, pelajar akan dapat mengikuti urutan guru peringkat
demi peringkat. Ini disebabkan pelajar biasanya lebih mudah memahami benda-benda
yang konkrit terlebih dahulu kerana ia lebih khusus dan nyata. Gambaran bahan dan
benda yang konkrit akan memberikan latar belakang terhadap pengajaran guru di
peringkat permulaan dan barulah disusuli dengan benda dan bahan pengajaran yang
bercorak abstrak seperti konsep dan takrif (Omardin Ashaari, 1999).

Selain itu, guru juga seharusnya memaksimumkan penglibatan pelajar secara


aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. dengan menggunakan strategi
berpusatkan pelajar seperti kaedah perbincangan dan menyelesaikan masalah. Ini
boleh diwujudkan melalui kepimpinan guru yang bersifat demokratik di mana murid-
murid digalakkkan untuk berinteraksi di antara satu sama lain, tidak merasa segan
untuk bertanya dan mengemukakan pendapat. Mok Soon Sang (2003) menyatakan di
antara punca timbulnya masalah disiplin di dalam bilik darjah yang berlaku adalah
disebabkan penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai.
Pelajar merasa bosan hingga mereka memberontak dan mencetuskan masalah disiplin
di dalam bilik darjah.

27
5.0 Penutup

Kesimpulannya, kemahiran mengawal kelas perlu dilaksanakan mengikut budi


bicara dan kebijaksanaan guru. Guru bertanggungjawab untuk menyelia dan mengarah
semua aktiviti dalam kelas termasuk disiplin pelajar. Pelajar berdisiplin dapat menjamin
ketenteraman dalam kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan
dengan licin dan berkesan. Sebarang masalah yang wujud semasa mengawal kelas
hendaklah diselesaikan dengan cara mengenal pasti punca masalah di samping
mengenali latar belakang pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan yang
diambil akan memberi kesan yang positif terhadap diri pelajar.

28
BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan et. al (1999), Komunikasi Untuk Guru, Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan et. al (2006), Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd, Selangor.

Abdullah Sani Yahaya (2005), Mengurus Hal Ehwal Pelajar, PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd, Selangor.

Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik


Darjah, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Kamarudin Hj. Husain (1994), Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah, Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Leonard M.S Yong (1996), Guru Yang Kreatif, : Isu-isu Teoritikal & Aplikasi
Praktikal, Arenabuku Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1991), Pedagogi 3 Bahagian A (Pengajaran
dan Persediaan Mengajar, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang (1997), Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2,
Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Omardin Ashaari (1999), Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif, Dewan


Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sulaiman Md. Yassin et. al (2002), Komunikasi dalam Pengajaran dan


Kepemimpinan Pendidikan, Karisma Publications Sdn. Bhd, Shah Alam.

Prof. Dr. Isahak Haron et. al (1982), Asas-asas dalam Amalan Pedagogi, Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

29
Khairul Azam Bahari (2005), Amalan Komunikasi Guru-Murid di dalam Bilik Darjah:
Satu Kajian Kes didapati pada 31 Mac 2008 daripada
http://ppp.upsi.edu.my/eWacana/AmalanKomunikasi.htm

Musa Sulaiman, Back To Basics “Fokus Kepada Inovasi Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran
didapati pada 31 Mac 2008 daripada
http://mpkt.edu.my/penerbitan/04%20Back%20to%20basics.doc

Mengenali Pembelajaran Orang Dewasa didapati pada 31 Mac 2008 daripada


http://pts.com.my/v2/modules.php?name=News&file=print&sid=83

Prof. Aminah Ayob (22 September 2005), Syarahan Umum “Pembelajaran Berasaskan
Minda dan Implikasinya Kepada Pendidikan” didapati pada 31 Mac 2008 daripada
http://www.penerbit.usm.my/pen2006/teks.pdf
Teori Maslow didapati pada 31 Mac 2008 daripada
http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.html

30