You are on page 1of 3

ISL ILMU PENDIDIKAN : KAEDAH PENGAJARAN 12/01/2014 Soalan: Pilih seorang guru yang disayangi.

Senaraikan ciri-ciri dan kaitkan dengan ciri-ciri guru efektif. Bincangkan implikasi apabila guru gagal menjadi seorang guru yang efektif. Perbincangan berhubung peranan guru sebagai pembentuk

persekitaran bilik darjah yang kondusif. Ciri-Ciri Guru: 1. Baik hati 2. Bertanggungjawab 3. Penyayang 4. Setia kawan 5. Peramah 6. Mesra 7. Prihatin Apakah itu guru yang efektif? Menurut Yaakub Isa (1994), guru yang baik, mampu mengajar atau mendidik dengan baik lalu pendidikannya menjadi berkesan sementara objektif pengajarannya tercapai. Menurut Michael Marland, seorang guru dapat dikatakan efektif apabila ia memiliki sikap tajam perhatian dan pantang menyerah, penjelasannya mudah difahami, serta mampu mengelola kelas dengan baik. Ciri-ciri guru yang efektif mempunyai nilai- sifat dan kualiti sifat dan kualiti nilai keguruan sosial professional, bertanggungjawab, budi pekerti sopan, mempunyai semangat, bertoleransi, ramah mesra, ingin tahu yang tinggi, bersifat kepimpinan , merendah diri, berpengetahuan, yakin, mempunyai ikhtisas, adil/tegas semangat untuk, suka membaca, berdedikasi berbakti, kemahiran bertutur berwibawa, jujur yang baik, daya ingatan yang tinggi dan berdaya usaha Guru yang efektif ada kesannya (pengaruhnya) terhadap segala yang dilakukan di bilik darjah, Guru efektif ialah guru yang dapat, Menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Selain itu beliau juga dapat membentuk suatu suasana agar murid terangsang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik. Menggunakan masa P&P dengan efisien

Guru yang efektif juga mempunyai kualiti peribadi. Kualiti (mutu/kelebihan) yang ada pada seseorang individu, kualiti peribadi guru yang efektif merupakan suatu senarai yang panjang. Kualiti ini membantu guru dalam melaksanakan tugas dengan dengan lebih baik di dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun ada antara kualiti ini sememangnya sudah sedia ada dalam diri seseorang guru namun ada pula guru yang perlu dilatih atau diingatkan tentang kualiti yang diperlukan dalam membantunya dalam pengurusan bilik darjah. Guru efektif haruslah bersemangat dan proaktif, dimana mampu memotivasikan muridnya supaya keinginan untuk mengajar dapat dirasakan oleh muridnya, seterusnya murid berasa selamat dan menaruh kepercayaan terhadap guru yang menunjukkan keyakinan dan ketabahan. Guru efektif adalah guru yang Sensitif & Peka Terhadap Perbezaan Cara Belajar & Keperluan muridnya serta mampu untuk mengubahsuai cara pengajarannya dengan mengambil kira perbezaan yang wujud dalam bilik darjah, boleh mewujudkan peluang pembelajaran untuk semua murid, yang akan mendorong murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran apabila keperluan mereka diberi perhatian. Guru Yang Bersikap Peramah, Mesra & Berusaha Mengenali Muridnya Contohnya, Apabila guru memanggil murid dengan namanya, murid merasakan dirinya penting dan dikenali oleh guru. Situasi itu, secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan antara guru & murid. Implikasi sekiranya guru gagal menjadi seorang guru yang efektif. Tidak dapat mengesan perkembangan murid yang menyebabkan murid mundur dalam pelajarannya, masalah disiplin meningkat dimana murid tidak menghormati guru. Wujud jurang antara guru dan murid. Selain itu, kelas tidak terkawal. Murid malas dan tidak mendengar arahan guru. Isi pengajaran juga tidak dapat disampaikan dengan berkesan dan paling teruk sekali, murid tidak faham apa yang diajar oleh guru. Kesan-kesan tersebut akan memberi impak yang sangat besar kepada pembangunan masyarakat dan Negara kerana generasi baru inilah yang akan meneruskan corak kepimpinan Negara pada masa hadapan.

Untuk membentuk sebuah bilik darjah yang kondusif guru harus mengurus murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi dan meja. Guru juga menguruskan bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan serta mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mewujudkan iklim bilik darjah terbuka, iaitu menggalakkan murid bebas berinteraksi antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Selain itu guru perlu membentuk murid dengan sikap dedikasi, berinisiatif, bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif , serta lebih tinggi motivasi.

You might also like