You are on page 1of 2

Setiausaha, Jawatankuasa Program Bina Insan Guru (BIG), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Semester 3 Ambilan

Januari 2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu.

En. Hazmin bin Mohd Yusof, Pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu. Melalui, Ketua Jabatan, Jabatan Kemahiran Hidup, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu.

03 FEBRUARI 2013

Tuan, PERMOHONAN MENGADAKAN CERAMAH BENGKEL BINA INSAN GURU BAGI PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 3 2012. Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), semester 3, ambilan Januari 2012, ingin mengadakan bengkel bagi memenuhi tuntutan Bina Insan Guru semester ini. 3. Sehubungan itu, kami ingin menjemput pensyarah berkenaan dari jabatan tuan untuk menjadi penceramah bagi bengkel Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini. Butiran bengkel adalah seperti berikut: Tarikh Masa Tempat Tajuk : 26 Februari 2013 : 12.15 p.m 2.15 p.m : Dewan Kuliah Al-Khindi : Tertib di Meja Makan & Pengendalian Majlis Rasmi

4.

Kerjasama dari pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian. SEDERAP SEPAKAT, MENJANA KUALITI Yang menjalankan tugas, _____________________ (MUHAMAD AMIRUL ASYRAF BIN MAH HASSAN) Setiausaha, Jawatankuasa Program Bina Insan Guru (BIG), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Semester 3 Ambilan Januari 2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu.

You might also like