You are on page 1of 1

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KESUKARAN PELAJAR MEMBAHAGI NOMBOR EMPAT-DIGIT DENGAN NOMBOR DUA-DIGIT BAGI TAHUN 4 ABSTRAK

Operasi bahagi merupakan salah satu kemahiran asas Matematik. Kepentingan kemahiran ini sekiranya tidak dikuasai oleh pelajar pada peringkat sekolah rendah, akan membantutkan penguasaan kemahiran-kemahiran Matematik pada peringkat yang lebih tinggi lagi. Oleh yang demikian, satu kajian dibuat untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kesukaran pelajar membahagi nombor empat-digit dengan nombor dua-digit bagi mata pelajaran Matematik Tahun Empat. Untuk itu, kajian dijalankan ke atas enam puluh tiga orang pelajar tahun empat dan mereka datang dari dua kelas yang berbeza. Namun begitu, tahap pencapaian mereka adalah hampir sama, iaitu di tahap yang sederhana. Responden dipilih daripada kalangan pelajar tahun empat kerana pada ketika inilah kemahiran membahagi nombor dengan dua digit mula diperkenalkan. Responden yang terpilih diberi sebanyak dua kali ujian, iaitu ujian diagnostik dan ujian pos. Kajian ini telah berjaya mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan kesukaran pelajar membahagi nombor empat-digit dengan nombor dua-digit. Cadangan untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan yang telah dikenal pasti turut disertakan dalam Bab 5.

You might also like