You are on page 1of 10

Bahasa adalah alat perhubungan yang paling efektif. Bahasa juga menggambarkan status seseorang .

Penggunaan kata yang sempurna dan tuntas baik secara lisan mahu pun tulisan menjadikan bahasa itu semakin gramatis dan difahami. Penggunaan kata dan wacana dalam ayat yang dituturkan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang lengkap setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui sebaris ayat yang lengkap. Oleh yang demikian, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut amus !ewan "#$$%&, wacana membawa maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta percakapan. Manakala menurut pendapat 'arimurthi "()*#& pula, wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat. +ementara itu, ,aminah 'aji +abran "()*-& dalam bukunya yang bertajuk ajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap. !i dalam tatabahasa, wacana ini diletakkan di tahap paling atas atau tertinggi mengikut hierarki dan boleh dinyatakan seperti rajah berikut.

/ornem morfem Perkataan

/rasa

laus 0yat Wacana

Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, dapatlah dikatakan bahawa setiap bahasa mempunyai bilangan ayat yang tidak terhad. Walaupun begitu, sejumlah ayat tertentu hanya membawa satu tumpuan makna sahaja. Manakala tumpuan makna pula akan membentuk satu fokus pemikiran yang mana di dalam tatabahasa ianya disebut sebagai wacana. +elain itu, wacana juga boleh disebut sebagai rentetan, tautan dan hubungan antara sistem bahasa yang tersusun sehingga menjadi satu bentuk ayat, perenggan, karangan, sebuah no1el, sebuah majalah, buku seminar, bengkel, forum dan sebagainya.

Wacana berasal daripada perkataan 2awa iaitu 3wocono4 atau 3woco4 yang membawa maksud baca. 5erdapat dua jenis wacana di dalam unit bahasa iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar seperti akti1iti perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah dan sebagainya. Wacana jenis ini melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya dalam menyampaikan sesuatu maksud. Manakala wacana tulisan pula berkisar kepada tulisan dan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. omunikasi yang berlaku dalam wacana tulisan ini adalah secara tidak langsung . 6ontoh wacana tulisan adalah seperti tulisan rencana, akhbar, majalah, no1el dan lain-lain lagi.

#.$

/789+: P;808!0 W06080

Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis atau berucap dan ia amat penting dalam sesuatu teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan serta kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga terbentuk kesatuan. !alam lain perkataan, penanda wacana ini digunakan untuk. i& ii& iii& gramatis menyambung ayat dengan ayat< menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain< dan melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, dan bermakna.

,aminah 'j +abran "()*-& melalui bukunya ajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan telah membincangkan tentang fungsi penanda wacana dengan meluas sebagai panduan kepada bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa seluruh negara. 8ik +afiah arim "#$$)& di dalam 5atabahasa !ewan ;disi etiga ada menyebut tentang fungsi penanda wacana ini. Pendapat beliau turut dikongsi bersama oleh +amsu =aakob "#$$)& di dalam bukunya yang berjudul +enarai +emak +istem ;jaan dan 5atabahasa Bahasa Melayu. Menurut mereka ini, di dalam bahasa Melayu, terdapat lima jenis utama penandaan wacana seperti. i& ii& iii& i1& 1& Penanda Penghubung< Penanda rujukan< Penanda penggantian< Penanda leksikal< dan Penanda elipsis atau pengguguran.

Bagi meningkatkan mutu penulisan di kalangan pelajar, mereka seharusnya tahu menggunakan wacana yang sesuai dan pelajar juga perlulah tahu akan fungsi wacana yang digunakan. 5erdapat empat fungsi utama di dalam penanda wacana iaitu. a&. Penghubung tambahan< b&. Penghubung tentangan atau sebaliknya< c&. Penghubung musabab atau sebab< dan d&. Penghubung tempoh masa atau ketika.

#.(

Menunjukkan maksud penghubung tambahan.

Menurut amus 5atabahasa !ewan ;disi etiga, penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang telah diperkatakan sebelumnya. 0ntara penanda wacana yang terdapat di dalam jenis ini ialah seperti dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan lain-lain lagi. 6ontoh ayat yang boleh dibina adalah seperti.

a&. 5ugas sebagai seorang guru di kawasan pedalaman benar-benar mencabar dan memberi pengalaman baru kepadanya kerana sebelum ini dia merupakan seorang anak orang berada yang tinggal di bandar besar. Malahan dia juga berpeluang beramah-mesra dengan penduduk-penduduk termasuklah petani dan penternak dalam mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.

b&. Pendidik haruslah berusaha membimbing pelajarnya melakukan pelbagai akti1iti kokurikulum secara teori mahupun praktikal. !i samping itu, isi pelajaran yang hendak disampaikan mestilah menarik minat pelajar.

#.#

Menunjukkan maksud sebaliknya atau penghubung tentangan.

Menurut 8ik +afiah arim "#$$)&, penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang baru diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana yang sama. 0ntara penanda wacana yang sering dan boleh digunakan oleh pelajar dalam menulis karangan ialah seperti tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun dan lain-lain lagi. 6ontoh ayat yang menggunakan wacana ini adalah seperti berikut. a&. kecilnya assim telah lama berpindah ke +emenanjung. 8amun hati masih teringat akan negeri di bawah bayu itu.

b&. kecil 'amid

0ni dan ,a>ak adalah anak angkat Pak 'amid yang dipelihara sejak lagi. Walau bagaimanapun, mereka berdua menganggap Pak seperti bapa kandung mereka sendiri.

#.?

Menunjukkan maksud sebab atau penghubung musabab.

Pelajar juga boleh menggunakan wacana yang sesuai bagi menunjukkan sebab berlakunya sesuatu perkara atau peristiwa. 0pabila penanda wacana ini digunakan, jalan cerita akan menjadi lebih gramatis dan menarik dan menunjukkan kematangan pelajar dalam memilih kata-kata yang sesuai di dalam penulisan. 0ntara penanda wacana menunjukkan sebab ini ialah seperti kerana, oleh sebab itu, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu dan lain-lain lagi. Pendapat di atas telah disokong oleh +iti 'ajar binti 0bd 0>i> dalam bukunya Bahasa Melayu :: terbitan O@ford /ajar "#$$)&. 6ontoh ayat yang dapat ditunjukkan dalam bahagian ini adalah seperti di bawah. a&. ejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan taman perumahan di pinggir bandar. +ikap penduduk yang tidak memberikan kerjasama dan tidak mempunyai semangat kejiranan menjadikan masalah ini sukar dibendung. Oleh hal demikian, pihak berkuasa telah mengarahkan ahli ,ukun 5etangga menjalankan kerja-kerja rondaan dengan lebih kerap. b&. lebih kepompong eadaan hidup keluarganya amat daif. Maka itu dia terpaksa bekerja keras untuk membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan.

#.A

Menunjukkan maksud ketika atau penghubung tempoh.

Mengikut ,aihana 'amdan, 0ina ,osli, 0min 8ur 0iman dan +alina 'ussin "#$$%&, dalam buku Bahasa Melayu 7P+, 5eks dan ,ujukan Bengkap turut mengatakan bahawa fungsi wacana adalah merujuk kepada maksud ketika atau penghubung tempoh iaitu penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu peristiwa atau kejadian. 0ntara penanda wacana yang terdapat di dalam jenis ini ialah seperti pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka dan akhirnya.

0ntara contoh ayat yang dapat dibina dalam wacana jenis ini ialah seperti. a&. Pertama, ibu saya sakit. edua, kereta saya rosak dan ketiga, hujan lebat ketika itu. :tulah antara sebab-sebab saya tidak dapat hadir mesyuarat petang semalam.

b& +ebaik sahaja rombongan kami tiba di Bapangan 5erbang 0ntarabangsa +epang, kami dibawa ke balai menunggu. +ejurus selepas itu, kami diberi taklimat ringkas oleh ketua rombongan. +emua ahli rombongan mendengar

penerangan yang disampaikan dengan penuh minat. +elepas membawa bagasi ke tempat pemeriksaan.

itu,kami diarahkan

+elain daripada yang telah dinyatakan di atas, penanda wacana yang terdapat di dalam bahasa Melayu ialah seperti penanda permulaan karangan, penanda memulakan isi baharu, penanda huraian isi karangan, penanda memberi contoh, penanda menutup isi, penanda menulis dua huraian dalam satu ayat, penanda memulakan perenggan penutup, penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbe>a dan penanda memulakan atau memasukkan peribahasa.

+etelah diteliti kesemua fungsi wacana yang telah dinyatakan di atas, jelaslah kepada kita bahawa fungsi-fungsi wacana ini sebenarkan mempunyai makna yang berbe>a antara satu wacana dengan wacana yang lain mengikut kategori yang telah ditetapkan.

?.$

P;808!0 W06080 !0B0M P;,;89908

Berikut adalah contoh-contoh perenggan yang dipilih untuk melihat penggunaan wacana di dalam petikan.

?.(

Petikan (

Perenggan ini adalah dipetik daripada buku 36akna Bestari4 terbitan 2abatan Pelajaran 8egeri edah "#$((& di bawah tajuk CMencipta :no1asi +ebagai Pendekatan Baru D Menyubur ecerdasan Bogik Matematik Berformula Pengalaman =ang 0mat BermaknaE, muka surat ((.

Pembelajaran dengan modul Program 0sas 5:P ,:89 O8+;P ? menulis karangan. +emasa mengaplikasinya, saya menjelaskan makna /O,M7B0 O8+;P ? yang mencakupi ? perkara, iaitu pertama pengamalan, kedua isi dan ketigakesimpulan. +etiap karangan mesti memenuhi disiplin ? komponen tersebut. omponen pengenalan mempunyai ? ciri iaitu pertama isu berdasarkan tajuk, keduahuraian isu dan ketiga arahan atau respons soalan daripada tajuk. !alam omponen :si, pertama murid saya perlu menyatakan isi mengikut arahan soalan, keduamenghuraikan isi dan ketiga mereka memberi contoh yang berkaitan isi. Begitu juga pada omponen esimpulan, pertama mesti menyimpulkan tajuk berdasarkan pendapat murid, kedua huraian cadangan terhadap isu dan ketiga jelaskan harapan kepada isu.

Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa penanda wacana yang boleh dikesan dalam ayat-ayat yang digunakan. 0ntara penanda wacana yang ditemui ialah seperti 3semasa4, 3 pertama4, 3 kedua4, 3 ketiga4 , 3 setiap4, 3dalam4 dan begitu juga. Penanda wacana atau perkataan 3semasa4 yang terdapat di dalam ayat tersebut membawa maksud atau menunjukkan sesuatu tempoh atau ketika sesuatu perkara itu dinyatakan. Manakala perkataan atau penanda wacana 3pertama4, 3kedua4 dan 3ketiga4 pula membawa maksud urutan masa atau turutan peristiwa atau kronologi sesuatu perkara yang diterangkan oleh penulis. Manakala penanda wacana 3begitu juga4 pula membawa maksud persamaan erti dalam ayat-ayat yang terdahulu. !i dalam petikan tersebut, penulis kerap-kali mengulangi penanda wacana 3pertama4, 3kedua4 dan 3ketiga4 kerana terdapat banyak perkara yang terpaksa disentuh oleh penulis berdasarkan formula konsep yang diperkenalkan dan perlu diterangkannya supaya pembaca memahami dengan lebih mendalam. Penanda wacana yang digunakan oleh penulis di dalam petikan tersebut sememangnya mudah difahami oleh pembaca dan maksud yang hendak disampaikan adalah jelas. 8amun begitu, di dalam ayat, 3!alam komponen isiFF4, adalah tidak begitu sesuai digunakan di dalam petikan tersebut. Penulis sepatutnya menggunakan 3sementara komponen isi,F..4 bagi menerangkan urutan penerangan yang akan disampaikan bagi menampakkan wacana yang menarik.

?.#

Petikan #

Perenggan ini pula adalah dipetik daripada buku 36akna Bestari4 terbitan 2abatan Pelajaran 8egeri edah "#$((& di bawah tajukEPusat +umber +M 6on1ent +ebelum :no1asiE, muka surat -(. edudukan P++ +M 6on1ent tidak strategik kedudukannya kerana terletak di tingkat empat bangunan belakang. Pun begitu, P++ tetap berdiri megah tanpa pelanggan.Walaupun agak ceria dan bersih, tetapi P++ bergerak sendirian dan bersifat terasing. +elalunya jumlah pengawas P++ lebih ramai berbanding pengunjung. /aktor koleksi buku yang tidak terkini, pengawas P++ yang tidak cekap menjalankan tanggungjawab, ketiadaan promosi dan galakan amalan membaca menyebabkan P++ hanya sekadar bilik pameran tanpa pelanggan. Malahan, P++ menjadi medan guru-guru memenuhi waktu ganti "relief&. 8amun begitu, murid-murid murid-murid masih menggunakan P++ hanya mengikut waktu perpustakaan sahaja dan mereka masih tetap tidak menunjukkan minat yang mendalam untuk membaca.'al yang demikian ini terbukti apabila jumlah pinjaman buku sangat minimum. !alam petikan ke dua ini pula, penulis artikel tersebut telah menggunakan beberapa penanda wacana yang agak berbe>a daripada petikan pertama tadi. !i dalam petikan tersebut, beberapa penanda wacana yang telah dikesan adalah seperti 3pun begitu4, 3walaupun4, 3selalunya4 3malahan4, 3namun begitu4 dan 3hal yang demikian4.

Penanda wacana 3pun begitu4 adalah merujuk kepada maksud pertentangan di mana menceritakan tentang P++ yang terdapat di situ tetapi tidak ada pengunjung yang datang atas sebab-sebab tertentu. Penanda wacana 3walaupun4 pula memberi maksud tentang pendapat yang berbe>a atau sebaliknya iaitu tentang P++ yang kelihatan ceria tetapi masih tidak dapat menarik pengunjung datang ke situ. Perkataan 3kebiasaannya4 membawa maksud atau memberi gambaran tentang keseluruhan serta rumusan pendapat penulis tentang P++ yang dinyatakan itu. +ementara itu, perkataan 3malahan4 merujuk kepada maksud penanda keterangan atau huraian kejadian sebaliknya di mana P++ digunakan oleh guru-guru untuk 3berehat4 ketika waktu jadual ganti dan bukannya waktu untuk mengajar. Penanda wacana 3hal yang demikian4 pula merujuk kepada rumusan sebab di mana ia menerangkan tentang bilangan peminjam yang berkurangan walaupun P++ kelihatan ceria. Penulisan petikan kedua ini menampakkan satu wacana yang menarik dan pembaca boleh memahami isi yang hendak disampaikan dengan jelas. Perkataan 3selalunya4 dilihat adalah kurang tepat digunakan di dalam ayat dan boleh digantikkan dengan perkataan atau penanda wacana yang lebih sesuai seperti 3kebiasaannya4 dan memperlihatkan penanda wacana yang lebih menarik untuk digunakan.

?.?

Petikan ?

+ementara perenggan ketiga pula adalah dipetik daripada buku 36akna Bestari4 terbitan 2abatan Pelajaran 8egeri edah "#$((& di bawah tajuk C8ilai Membentuk 9enerasi BerilmuE, muka surat *#-*?.

+ebenarnya, untuk mendidik dan membimbing seseorang murid mejadi tokoh 8:B0M bukanlah sesuatu tugas yang ringan dan mudah. Banyak halangan dan cabaran terpaksa dihadapi. 6ontohnya, daripada sepuluh orang murid yang dipilih dan dibimbing dari tingkatan satu tersebut, mungkin hanya tiga atau empat orang sahaja yang akan kekal bersekolah hingga ke tingkatan lima. 0da diantaranya akan bertukar ke sekolah lain selepas Peperiksaan PM,. 'al ini demikian kerana murid yang mendapat keputusan cemerlang iaitu %0 dan *0 ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh atau melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik. 0pabila perkara ini berlaku, ada kalanya, calon pilihan utama sekolah yang telah diberi bimbingan dengan ilmu 8:B0M turut bertukar sekolah. +elain itu, cabaran terbesar adalah untuk memilih tokoh 8:B0M daripada kalangan lelaki. +udah menjadi kela>iman di negara kita, murid perempuan lebih gemar membaca berbanding murid lelaki. Oleh itu, pihak sekolah terpaksa berusaha gigih mancari tokoh dalam kalangan murid lelaki untuk diketengahkan sebagai tokoh 8:B0M ini.+ehingga ini, kami hanya berjaya mengetengahkan hanya dua orang calon sahaja.

Penanda wacana atau perkataan yang digunakan di dalam petikan ketiga adalah seperti 3sebenarnya4, 3contohnya4, 3ada diantaranya4, 3hal yang demikian4, 3apabila4, 3selain itu4,4sudah menjadi kela>iman4, 3oleh itu4 dan 3sehingga itu4.

Penanda wacana 3sebenarnya4 membawa maksud mengesahkan atau pengeahan sesuatu maklumat yang disampaikan. Perkataan 3contohnya4 pula adalah bermaksud untuk memberikan contoh seuatu perkara atau benda yang hendak diterangkan dengan lebih mendalam. +ementara perkataan 3hal yang demikian4, 3sudah menjadi kela>iman4 dan3oleh itu4 pula membawa maksud sebab atau musabab atau akibat sesuatu hal dan kejadian yang berlaku. Maksud penanda wacana bagi 3apabila4 dan 3sehingga itu4 pula merujuk kepada penanda waktu atau tempoh masa.

Bagi penanda wacana 3selain itu4 pula membawa maksud memulakan sessuatu isi baru dalam penulisan dan menunjukkan perbandingan sesuatu perkara. Manakala perkataan atau penanda wacana 3selebihnya4 pula membawa maksud penghubung tambahan di dalam sesuatu ayat dan boleh juga menunjukkan sebagai bilangan. Walaupun petikan ketiga ini nampak sempurna, namun penulis boleh menggantikan penanda wacana 3ada diantaranya4kepada penanda wacana yang lebih menarik iaitu 3selebihnya4 kerana ia akan menampakkan masud bilangan dalam wacana yang ingin diterangkan.

!aripada ketiga-tiga petikan yang telah dianalisa mengenai penanda wacananya, dapatlah dirumuskan bahawa penanda wacana ini digunakan di dalam setiap petikan dan mempunyai bermacam maksud mengikut konteks ayat yang dibina. +esuatu penanda wacana tidak hanya membawa maksud yang tetap tetapi boleh berubah mengikut situasi ayat yang dilafa>kan.

A.$ 60!08908 M;8:89 05 08 ;M0':,08 P;89978008 W06080 !: !0B0M 0B08908 P;B020,

Pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya, perlu didedahkan dengan lebih banyak lagi cara-cara meningkatkan kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam akti1iti penulisan. Penggunaan wacana yang lemah akan menjejaskan hasil kualiti sesebuah karya. Menurut amaruddin 'j 'usin "()**& di dalam buku 'BMB ?#$?, 5atabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu keluaran Open 7ni1ersity Malaysia, menjelaskan bahawa beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas menjalankan akti1iti penulisan.

Pelajar yang pintar akan membuat persediaan awal sebelum menulis sesebuah karya atau karangan. Mereka sepatutnya melakukan banyak latihan tatabahasa terlebih dahulu dan membaca lebih bahan-bahan tambahan seperti akhbar, majalah, buku-buku ilmiah dan sebagainya bagi mendapatkan idea serta menambah perbendaharaan kata dan mengetahui penanda wacana yang sesuai dan menarik untuk dimasukkan ke dalam hasil tulisan mereka nanti. Pelajar juga patut didedahkan dengan latihan-latihan menyalin semula petikan atau perenggan yang mengandungi penanda wacana yang baik agar mereka dapat memahami serta tahu fungsi penanda wacana yang sesuai di dalam hasil penulisan mereka nanti. Bagi mendapatkan hasil yang baik dalam penggunaan wacana dalam kalangan pelajar ini, guru juga sepatutnya meminta murid melengkapkan ayat atau membina ayat-ayat berdasarkan penanda wacana yang betul. +eterusnya, murid juga perlu diberi latihan menyusun ayat berdasarkan urutan serta meletakkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai. +eterusnya murid diminta untuk melengkapkan perenggan berdasarkan urutan cerita dengan memasukkan penanda wacana yang sesuai dan betul di antara ayat atau perenggan supaya terdapat kohesi dan koherennya.+elain itu, pelajar juga harus tahu serta mengetahui fungsi-fungsi wacana yang hendak digunakan. Wacana yang menarik akan menjamin kesinambungan cerita yang menarik atau kelancaran perjalanan cerita atau idea dari satu perenggan ke satu perenggan. Bagi menghasilkan sesebuah karya yang baik dan menarik, pelajar mestilah menjadikan kamus sebagai 3kawan rapat4. +entiasa merujuk kamus untuk mengetahui erti atau makna perkataan sukar atau perkataan baru yang akan digunakan di dalam penulisan. 9unakan wacana yang betul dan tepat apabila menulis dan dilarang sama sekali menggunakan wacana yang dianggap 3sedap4 bunyinya tetapi tidak diketahui makna dan salah penggunaannya. +etelah pelajar pasti karya yang ditulis telah selesai, pelajar diminta membaca dan menyemak semula hasil penulisan mereka. :ni merupakan penilaian kendiri terhadap hasil penulisan tersebut. Penekanan perlu diberikan kepada format, isi atau huraian, imbuhan yang bersesuaian, struktur ayat, tanda baca serta perbendaharaan kata yang betul. Penanda wacana yang digunakan perlulah diteliti dengan betul agar penggunaannya tepat pada tempat yang betul. 2angan sesekali menggunakan tanda soal di dalam wacana. Baiki segera kelasahan atau membuat penambaikan jika terdapat kekurangan dalam hasil penulisan tersebut. 2ika pelajar dapat memenuhi kesemua cadangan yang dikemukan seperti di atas, pelajar tidak perlu rasa bimbang kerana kemungkinan hasil sesebuah karya yang dibuat telah menepati apa yang diminta. 6adangan di atas telah dinyatakan oleh beberapa orang pemeriksa kertas yang berpengalaman. 5etapi, jika cadangan ini tidak diambil pusing oleh pelajar, besar kemungkinan hasil penulisan akan menjadi lemah dan menyebabkan pelajar tidak memperolehi markah yang tinggi seperti yang diharapkan.

-.$

;+:MP7B08

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain "kohesi& dan mempunyai perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain "koheren&. !aripada pernyataan inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi melahirkan karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat. +emasa berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau pembaca memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan. Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren yang dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri. Penanda wacana tidak boleh digunakan pada tempat-tempat sembarangan, kerana kesalahan penggunaan penanda wacana akan menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu hujah yang ingin disampaikan. Pendengar atau pembaca akan keliru atau tidak memahami idea yang ingin disampaikan itu. +etelah diteliti dengan mendalam, bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di dalam bahasa Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah karya ataupun penulisan. +eseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan faham akan kepentingan wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhi cara pengolahan serta penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa secara keseluruhan. Pelajar seharusnya didedahkan dengan penggunaan penanda wacana yang betul sejak awal lagi agar mereka tidak kekok dan dapat menggunakannya dengan berkesan di masa hadapan. 'al ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak jika kita ingin melahirkan seorang penulis atau karyawan yang berkaliber suatu hari nanti kerana semuanya bermula dengan wacana yang berkesan.

You might also like