You are on page 1of 19

Praktikal 2 Tujuan

: TAKSONOMI DAN BIOKEPELBAGAIAN :untuk mengkaji pengelasan haiwan bedasrakan ciri-ciri sepunya.

Bahan dan radas : 1 set spesies moonmorphs, gunting, gam, kertas Teori : Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian,organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratusratus juta tahun dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupusatau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Biokepelbagaian ini biasanya dikaji pada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesis dan kepelbagaian ekosistem. Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yangpakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagipemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis.Pengelasan ialah pembahagian

kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. Suatu ciri yang penting ialah nama yang diberikan kepada kumpulan tumbuhan dan haiwan dalan pengelasan prasaintifik. Pengkelompokan tidak didasarkan secara menyeluruh pada morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah digunakan dalam pengenalan, tetapi didasarkan juga pada bau, rasadan nilai pemakanan. Nama diperlukan sebagai titik rujukan dan pada waktu yang samadi sebalik nama terdapat suatu siri andaian yang banyak bahawa terdapat suatu kumpulan individu yang

berkongsi beberapa ciri tertentu yang sama sehingga satu tumbuhan ditentukan sebagai tergolong dalam spesies yang tersebut maka kemumgkinan besar ia mempunyai cirri- ciri yang sama dengan individu dalam spesiesitu. Semua organisma di dunia dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang dinamakan alam. Lima alam ini ialah Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia. Hipotesis Prosedur : Spesies yang berlainan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. :

1. Spesis yang telah dikenalpasti dikelaskan kepada empat kumpulan. Satu kumpulan haiwan dikeluarkan dan dikumpulkan dalam satu spesis. Andaian dibuat dengan menyatakan semua spesis adalah pada tahap matang dan tiada perbezaan dapat dilihat diantara spesis jantan dan betina. 2. Morphs Bulan telah dibahagikan kepada empat kumpulan. 3. Set haiwan yang dikumpulkan telah dipotong dan dikumpulkan mereka ke dalam spesies. 4. Ciri-ciri yang ditekankan apabila pengumpulan diperhatikan. 5. Spesies ini telah dikumpulkan mengikut ciri-ciri yang boleh kita lihat.

Kumpulan

Ciri-ciri Umum Spesis dengan badan berbonjol

MoonMorphs

Bilangan spesies

1,16,17,24,27

Spesis dengan badan bercorak

2,3,4,5,12,18,22,23

Spesis dengan badan panjang

19,20,26,29

Spesis dengan badan pendek

6,7,8,9,10,11,13, 14,15,21,25,28

12

PENGELASAN: Kumpulan A : Spesies Dengan Badan Berbonjol

Kumpulan B : Spesies Dengan Badan Bercorak

Kumpulan C : Spesies Dengan Badan Panjang

Kumpulan D : Spesies Dengan Badan Pendek

KUMPULAN A : SPESIES BADAN BERBONJOL

Spesies yang dikelaskan dalam kumpulan ini dikenalpasti mempunyai badan

Badan berbonjol di bahagian abdomen mereka, bermata dua, mempunyai dua sesungut dan berekor. Ada lima spesies yang termasuk dalam kumpulan ini. Spesies yang terlibat adalah bernombor 1,16, 17, 24 dan 27. Mereka kemudiannya dikelaskan pula mengikut ciri-ciri yang lebih terperinci .

Moonmorph

Ciri-ciri sepunya

Badan berbonjol dua sesungut Bermata Satu Bermata panjang Saiz badan kecil Ekor bercantum

Badan berbonjol Dua sesungut Bermata satu Bermata bulat Saiz badan besar Ekor tidak bercantum

Badan berbonjol Dua sesungut Bermata dua Mata berasingan Ekor tidak bercantum Saiz badan kecil

Badan berbonjol Dua sesungut Bermata dua Mata melekat Ekor bercantum Saiz badan besar

Badan berbonjol Dua sesungut Bermata dua Mata berasingan Ekor bercantum Saiz badan besar

KUMPULAN B : SPESIES BADAN BERCORAK

Spesies yang dikelaskan dalam kumpulan ini dikenalpasti mempunyai badan bercorak , bermata dua, mempunyai dua tangan berjari, berkuku dan ada dua kaki.

Ada lapan spesies yang termasuk dalam kumpulan ini. Spesies yang terlibat adalah bernombor 2,3,4,5,12,18,22 dan 23. Mereka kemudiannya dikelaskan pula mengikut ciri-ciri yang lebih terperinci.

Moonmorph

Ciri-ciri sepunya Badan bercorak Berkuku Tidak bertanduk Hidung pendek Berkuku bulat Badan bercorak Berkuku Bertanduk Berkuku tajam

Badan bercorak Berkuku Bertanduk Berkuku bulat

Badan bercorak Tidak berkuku Tangan bengkok Berjari tiga Badan bercorak Berkuku Tidak bertanduk Berhidung panjang Berkuku tajam Badan bercorak Tidak berkuku Tangan lurus Berjari bulat

Badan bercorak Tidak berkuku Tangan bengkok Berjari dua

Badan bercorak Tidak berkuku Tangan lurus Berjari runcing

KUMPULAN C : SPESIES BADAN PANJANG

Spesies yang dikelaskan dalam kumpulan ini dikenalpasti mempunyai badan yang

Badan panjang , mempunyai dua sesungut dan mempunyai struktur bersayap. Ada empat spesies yang termasuk dalam kumpulan ini. Spesies yang terlibat adalah bernombor 19, 20, 26,29. Mereka kemudiannya dikelaskan pula mengikut ciri-ciri yang lebih terperinci .

Moonmorph

Ciri-ciri sepunya

Berbadan panjang Tidak berekor Sesungut tidak bercantum Bersayap pendek

Berbadan panjang Tidak berekor Sesungut bercantum

Berbadan panjang Tidak berekor Sesungut tidak bercantum Bersayap panjang

Berbadan panjang Berekor Sesungut tidak bercantum Sesungut pendek

KUMPULAN D : SPESIES BADAN PENDEK

Spesies yang dikelaskan dalam kumpulan ini dikenalpasti mempunyai badan yang pendek , mempunyai dua tangan dan berekor. Ada dua belas spesies yang termasuk dalam kumpulan ini. Spesies yang terlibat adalah bernombor 6,7,8,9,10,11,13,14,15,21,25 dan 28. Mereka kemudiannya dikelaskan pula mengikut ciri-ciri yang lebih terperinci.

Moonmorph

Ciri-ciri sepunya

Berbadan pendek Bermata Tangan tidak bergulung Ekor bercabang Ekor bergaris

Berbadan pendek Tidak bermata Kepala berlipat Kepala bercabang

Berbadan pendek Tidak bermata Kepala berlipat Kepala tidak bercabang Kepala bentuk segiempat Ekor tidak bercantum Tangan bulat

Berbadan pendek Bermata Tangan tidak bergulung Ekor tidak bercabang

Berbadan pendek Tidak bermata Kepala berlipat Kepala tidak bercabang Kepala bentuk segitiga bertangan

Berbadan pendek Bermata Tangan tidak bergulung Ekor bercabang Ekor tidak bergaris

Berbadan pendek Tidak bermata Kepala berlipat Kepala tidak bercabang Kepala bentuk segiempat Ekor bercantum Berbadan pendek Tidak bermata Kepala berlipat Kepala tidak bercabang Kepala bentuk segiempat Ekor tidak bercantum Tangan segitiga Berbadan pendek Tidak bermata Kepala berlipat Kepala tidak bercabang Kepala bentuk segitiga Tidak bertangan

Berbadan pendek Tidak bermata Kepala tidak berlipat

Berbadan pendek Bermata Tangan bergulung Ekor bercabang Ekor tidak bergaris

Perbincangan : 1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat? Mengapa ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain? Sewaktu pengelasan dibuat, cirri fizikal diutamakan untuk mengelaskan moonmorph tersebut. Kerana jantina dan genetic tidak dapat dikenalpasti. Cirri yang digunakan adalah bentuk abdomen, bentuk kepala, jenis kaki, jenis tangan, bentuk mata, dan juga ekor. Melalui pemerhatian yang dibuat, saya membahagikan kepada 4 kumpulan utama iaitu, badan bentuk berbonjol, badan bercorak, badan panjang dan badan pendek. Bentuk badan merupakan ciri yang perbezaan paling utama dan dominan berbanding dengan ciri yang lain Hal ini kerana bentuk badan memberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain seperti bilangan sesungut, panjang ekor ataupun bentuk kepala.

2. Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu sama lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesis tersebut? Sesuatu spesies itu nampak seperti serupa tetapi ada kelainan antara satu sama lain. Hal ini kerana di dalam sesuatu spesies ada variasinya. Beberapa variasi boleh diterima dalam satu-satu spesies dan perlu diterima kerana ahli taksanomi mrengelaskan mereka sebagai subspesies yang berbeza atau akaum yang berbeza tetapi mereka boleh membiak sesama mereka. Sebagai contoh kumpulan spesis yang berbadan panjang dikecilkan lagi dengan ciri spesis berekor dan tidak berekor. Seterusnya, sesungut bercantum atau tidak bercantum dan mempunyai sayap yang panjang atau pendek.

3. Apakah yang akan terjadi kepada spesis jika menerima variasi individu yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi individu yang sangat rendah? Jika variasi spesies Moon Morphs ini tinggi, maka spesies ini boleh dikelaskan lagi kepada sub spesies manakala jika variasi spesies Moon

Morphs ini rendah, maka spesies ini hanya boleh dipecahkan kepada satu ciri asas sahaja.

4. Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru? Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut.

5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu? Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu antaranya; i. Mutasi: a. Perubahan di adalam struktur genetik pada DNA menyebabkan variasi di dalam spesies tersebut. ii. Ontogenetik: a. Perbezaan kumpulan umur adalah perbezaan yang dihasilkan oleh kehadiran individu yang mempunyai umur yang berbeza di dalam populasi contohnya: kanak-kanak dan orang dewasa di sebelah Timur berbeza ketinggia, namun jika dibandingkan ketinggian kanak-kanak yang sama umur walaupun berada di Timur atau Barat mempunyai ketinggian yang tidak banyak bezanya. iii. Genetik a. Individu yang berbeza biasanya memiliki set gen yang berbeza, perbezaan yang nyta seperti warna kulit, warna mata, atau bilangan jari adalah ciri-ciri genetik manusia yang berbezabeza. Begitu juga dengan gen rama-rama ianya juga

mempunyai set gen yang berbeza dan ini yang menyebabkan

adanya variasi coak, warna sayap, bentuk abdomen dan bentuk sayap yang berbeza-beza. iv. penghijrahan a. konteks genetik dimana individu akan mengawan dengan populasi baru di destinasi yang dituju akan menyumbangkan gamet yang membawa alel yang boleh mengubah jenis alel yang sedia ada. Maka, ini boleh menghasilkan satu variasi baru dalam spesies. v. lklim persekitaran. a. Persekitaran yang berbeza juga mempengaruhi kewujudan variasi dalam sesuatu spesies. Contohnya manusia yang berada di iklim yang sejuk kelihatan berkulit lebih cerah berbanding dengan manusia yang berada di kawasan yang beriklim panas seperti di Afrika Selatan. 6. Bagaimana spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospecies? Ia dipanggil Morfospesis berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan dalam sesuatu spesies. Ia ada;ah kaedah tradisi untuk mengelaskan sesuatu spesies. Namun begitu ia adalah terhad kerana maklumat yang digunakan untuk mengelas sesuatu spesies adalah kecil atau sedikit dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada spesies-spesies yang lain. Contohnya MoonMorphs yang mempunyai ciri-ciri yang sama dikumpulkan di dalam spesies yang sama dengan mengenal pasti ciri-ciri yang serupa antara MoonMorphs.

7. Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis biologi. Spesies Moonmorphs adalah morfospesies keran ainya dikategorikan kepada spesies mengikut ciri-ciri fizikal yang sepunya atau hampir sama. Moon morphs bukanlah spesies reproduktif/ bioligikal kerana tiada maklumat tentang pembiakan Moon Morphs tersebut, oleh itu mereka tidak boleh dikategorikan sebagai suatu spesies. Ini kerana spesies adalah apabila sesuatu hidupan itu berjaya membiak secara semulajdi sesama mereka dan

menghasilkan individu yang subur. Jadi, Moonmorphs adalah bukan spesies biologi. .

Kesimpulan: Spesies yang berlainan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Hipotesis diterima.

RUJUKAN

Buku

1. C.Y. Mah, Dr. Tina S.W.Lim. (2006). Biologi SPM. SASBADI Sdn. Bhd: Petaling Jaya. M.s. 306-311 2. Pollock. S. (1997). Ekologi. Sasbadi Sdn Bhd : Selangor 3. G. W. Yeat. (2007). Biology SPM. Oxford Fajar Sdn Bhd : Selangor 4. Peter H.Raven. (2005). Biology for Matriculation. Malaysia: The McGraw- Hill Companies 5. Mang, C.N. et al. (1997). Kuasai Peperiksaan : Biologi STPM Jilid II. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Internet : 1. No author. (2008). Concept of spesies. Diakses pada 15 Mac 2013 daripada http://www.sjgarchive.org/library/harvard_course/New_Lab4.pdf) 2. Wikipedia. (2011). Species. Diakses pada 16 Mac 2013 daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/Species 3. No author. (____). Variation Within a Species. Diakses pada 20 Mac 2013 daripada http://www.sycd.co.uk/who_am_i/pdf/race/racepupils.pdf)

You might also like