You are on page 1of 5

Saling Bergantung Antara Organisma Hidup

1. Habitat adalah tempat tinggal semula jadi organisma, di


mana organisma mendapat tempat berlindung, makanan
dan pasangan.

2. Spesies adalah kumpulan organisma yang mempunyai ciri-
ciri yang sama/ ciri sepunya & boleh membiak sesama
sendiri di kalangan mereka bagi menghasilkan keturunan.

3. Populasi / kependudukan adalah sekumpulan organisma
sama spesies yang hidup di dalam habitat yang sama.
- populasi adalah populasi belalang di sebuah padang.

4. Komuniti / masyarakat terdiri daripada beberapa jenis
populasi bebas daripada organisma yang hidup dan tinggal
bersama-sama dalam satu habitat.
- komuniti sesebuah kolam adalah terdiri daripada semua
mikroorganisma, tumbuhan air dan haiwan yang hidup di
dalam kolam tersebut.

5. Ekosistem terdiri daripada banyak komuniti (benda hidup)
bersama dengan persekitaran bukan hidup seperti air,
udara dan cahaya.

6. Ekologi ialah kajian berkenaan hubungan antara benda-
benda hidup serta hubungan antara benda-benda hidup
dan persekitaran.

7. Semua organisma yang hidup di dalam sesuatu habitat
berinteraksi/ bergantung antara satu sama lain
bagi mengekalkan keseimbangan di dalam habitat tersebut
- membentuk satu ekosistem yang seimbang.






Interaksi antara organisma
1. Interaksi:
a) Mangsa-pemangsa
- Digunakan dalam kawalan biologi populasi haiwan
perosak
- Kawalan biologi

: ialah satu kaedah kawalan populasi
haiwan perosak yang menggunakan pemangsa
semula jadi & bukannya bahan kimia. Ia murah,
selamat & tidak membahayakan alam sekitar dan
haiwan lain.
b) Persaingan

2. Simbiosis:
a) Mutualisme
b) Parasitisme
c) Komensalisme














Jaringan makanan
1. J aringan makanan ialah rantaian yang menunjukkan
bagaimana tenaga dalam makanan dipindahkan daripada
pengeluar kepada pengguna.

2. J aringan makanan terdiri daripada beberapa rantai
makanan yang berhubungan












3. Pengeluar tumbuhan hijau/ alga yang membuat makanan
sendiri.

4. Pengguna haiwan yang memakan tumbuhan/ organisma
lain.

5. Pengurai organisma(bakteria dan kulat) yang
menguraikan oragnisma mati kepada molekul yang lebih
ringkas.

6. Piramid nombor menunjukkan bilangan organisma pada
setiap peringkat rantai makanan.














7. Gangguan pada mana-mana aras piramid nombor akan
mempengaruhi bilangan organisma pada semua aras yang
lain.

Keseimbangan persekitaran
1. Organisma hidup adalah saling bergantung. Contoh
Bekalan gas.
:
- Manusia dan haiwan mendapatkan gas oksigen untuk
pernafasan daripada tumbuh-tumbuhan hijau yang
menjalankan fotosintesis.
- Tumbuhan hijau mendapatkan gas karbon dioksida
untuk fotosintesis daripada manusia dan haiwan
apabila mereka bernafas.

Sumber makanan.
- Tumbuhan adalah sumber makanan yang utama bagi
haiwan dan manusia.
- Haiwan juga adalah sumber makanan kepada
manusia dan haiwan-haiwan lain.

Perlindungan.
- Haiwan seperti monyet dan burung adalah saling
bergantung untuk mendapat perlindungan (pokok).
- Tumbuhan seperti pakis dan lumut juga bergantung
pada tumbuhan lain atau pokok untuk menjadi tuan
rumah.

2. Contoh saling bergantung antara benda hidup dan benda
bukan hidup, adalah:
Tumbuhan memerlukan cahaya matahari & karbon
dioksida untuk menjalankan fotosintesis.
Bumi, air dan mineral terlarut adalah diperlukan untuk
tumbesaran tanaman.
Manusia dan haiwan memerlukan oksigen untuk
bernafas.

Fotosintesis

1. Proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau & alga untuk
membuat makanan dengan menggunakan:
karbon dioksida
air
kehadiran cahaya matahari glukosa + oksigen
klorofil

2. Fotosintesis
a) membolehkan tumbuhan membuat makanan sendiri.
Haiwan bergantung pada tumbuhan untuk sumber
tenaga.
b) adalah penting untuk mengekalkan kandungan karbon
dioksida & oksigen dalam udara.

cahaya matahari
karbon dioksida + air ---------------> glukosa + oksigen
klorofil

Pemeliharaan & Pemuliharaan Organisma Hidup.
1. Memelihara mengekalkannya dalam keadaan asal, tanpa
ancaman.

2. Memulihara melindunginya daripada ancaman

3. Contoh:
a) Menanam semula pokok setelah penyahhutanan.
b) Mengadakan hutan simpanan
c) Mengadakan pusat pembiakkan
d) Melarang pemburuan haram, pembalakan haram dan
penangkapan ikan yang keterlaluan
e) Membina lebih banyak pusat perlindungan haiwan
f) Membina lebih banyak taman alam semula jadi, taman
botani atau taman negara
g) Melaksanakan Akta Perlindungan Hidupan Liar dan
Akta Perhutanan Negara

You might also like