You are on page 1of 6

Adab dan Peranan Pelajar menurut Imam Al-Ghazzali1

Diringkaskan dan diterjemahkan oleh Al-Haqir Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali

Imam Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad Ibn Muhammad Al-Tusi Al-Ghazzali (450 505H) merupakan tokoh ulama yang tidak asing dalam kalangan umat Islam di nusantara Melayu, malah dalam dunia Islam keseluruhannya. Sehingga ke hari ini umat masih lagi menatap dan mengambil manfaat daripada pelbagai karya tinggalan beliau, terutamanya magnum opus yang diberi judul Ihya cUlum Al-Din iaitu menghidupkan ilmu-ilmu agama. Dalam menyusun panduan bagi epistemologi Islam, Imam Al-Ghazzali telah menyenaraikan sepuluh adab utama yang perlu dituruti oleh para pelajar Islam untuk memaksimakan keupayaan intelektual sebagai salah satu ibadah aqliyyah di hadapan Tuhan Rabb Al-Jalil. Adab-adab itu adalah seperti berikut:

.1 .
Mendahulukan kesucian batin diri daripada akhlak-akhlak yang tercela dan sifat-sifat terhina kerana ilmu pengetahuan itu adalah ibadat hati, solat batin dan pendekatan jiwa kepada Allah Ta'ala. Sepertimana tidaklah sah solat yang merupakan amalan anggota badan yang zahir melainkan dengan penyuciannya daripada hadas-hadas dan kotoran-kotoran; begitulah juga tidaklah sah ibadat batin dan pemakmuran hati dengan ilmu melainkan selepas penyuciannya daripada kotoran-kotoran akhlak yang tercela dan sifat-sifat yang terkeji.

.2 2
1

Dipetik dan diterjemahkan daripada Al-Ghazzali, Muhammad Ibn Muhammad. n.d. Ihya cUlum AlDin. Beirut: Dar Al-Macrifah. Hal. 48 58. 2 Al-Quran Al-Karim, Surah Al-Ahzab 33: Ayat 4.

.
Hendaklah mengurangkan hubungannya dengan urusan duniawi, menjauhkan diri daripada kaum keluarga dan kampung halaman sebab semua hubungan itu akan mempengaruhi dan memalingkan hati daripada yang lain. [Allah tidak menciptakan dua hati dalam dada bagi seseorang], jadi selagi mana pemikirannya terbahagi, maka akan terputuslah (pemikirannya) daripada mengetahui kebenaran. Oleh sebab itu dikatakan: Ilmu itu tidak akan memberikan separuh daripada dirinya sehinggalah engkau menyerahkan seluruh dirimu kepadanya. Maka, apabila engkau telah mnyerahkan seluruh dirimu kepadanya, hanya separuh sahaja daripada dirinya yang diserahkan kepadamu.

.3 .

Janganlah menyombong dengan ilmunya dan menentang gurunya, tetapi menyerah seluruhnya kepada gurunya dengan keyakinan kepada segala nasihat guru sebagaimana seorang pesakit yang bodoh, yakin kepada seorang doktor yang ahli dan berpengalaman. Seharusnya seorang penuntut tunduk kepada gurunya dan mengharapkan pahala serta kemuliaan dengan berkhidmat kepadanya.

.4 . . .

Pelajar pada tingkat permulaan hendaklah menjaga diri daripada mendengar pertentangan orang tentang ilmu pengetahuan, sama ada dalam ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Hal ini kerana yang demikian itu meragukan fikirannya, menghairankan

hatinya, melemahkan pendapatnya dan membawa kepada berputus asa daripada terus mengetahui dan mendalaminya. Bahkan, pada peringkat permulaan, sepatutnya seorang pelajar itu menekuni satu saja jalan yang yang terpuji dan diredhai seperti yang ditunjukkan oleh ustaznya, kemudian selepas itu barulah mendengar kepada pandangan mazhab-mazhab dan syubhah-syubhah yang lain.

.5 3

Tidak meninggalkan suatu mata pelajaran pun dari ilmu pengetahuan yang terpuji dan tidak suatu macam pun daripada pelbagai jenisnya, selain dengan pandangan di mana ia memandang kepada maksud dan tujuan dari masing-masing ilmu itu. Kemudian jika penuntut itu berumur panjang, maka dipelajarinya secara mendalam, kalau tidak maka diambilnya yang lebih penting serta disempurnakan dan dikesampingkan yang lain. Ilmu pengetahuan itu bersifat saling menyokong dan sebahagian daripadanya terikat dengan sebahagian yang lain. Penuntut ilmu terus memperoleh faedah daripada ilmunya, iaitu terlepas daripada musuh ilmu itu iaitu kebodohan; kerana manusia itu bermusuhan dengan apa yang tidak diketahuinya seperti firman Allah SWT: [dan setelah mereka tidak dapat menerima petunjuk Al-Quran itu, (Mereka memusuhinya) lalu mereka mencacinya Dengan berkata: "Al-Quran ini ialah rekaan dusta Yang sudah lama".]

. .6 . .

(Seseorang penuntut seharusnya) Tidak memasuki sesuatu bidang dalam bidangbidang ilmu secara serentak tetapi perlulah memelihara tertib dan memulakan dengan
3

Al-Quran Al-Karim, Surah Al-Ahqaf 46: Ayat 11.

bidang yang lebih penting. Apabila umur (seseorang penuntut) tidak berkesempatan mempelajari segala ilmu pengetahuan, maka yang lebih utama dipelajari ialah bidang yang terbaik daripada segala ilmu pengetahuan itu dan dicukupkan sekadarnya. Lalu dikumpulkan seluruh kekuatan untuk mempelajari ilmunya tadi kepada

menyempurnakan suatu pengetahuan yang termulia iaitu ilmu akhirat.

.7 . 4 .
(Seorang penuntut ilmu juga seharusnya) tidak berkecimpung dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan sebelum menyempurnakan bidang yang sebelumnya kerana ilmu pengetahuan itu tersusun dengan tertib sebahagiannya menjadi jalan menuju ke bahagian yang lain. Mendapat petunjuklah bagi orang yang memelihara tertib dan susunan itu! Firman Allah: [Mereka yang Kami datangkan kitab kepadanya dan mereka membacanya dengan sebaik-baiknya.] Maksudnya, mereka tidak melampaui sesuatu bidang, sebelum dikuasai sebenar-benarnya, baik dari segi ilmiah dan amalannya. Kemudian dijadikan tujuannya dalam mempelajari setiap ilmu ialah mendaki kepada yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Dan sewajarnyalah ia tidak menghukum dengan batil terhadap sesuatu ilmu kerana timbul perselisihan faham antara ahli-ahlinya, atau kerana kesalahan seseorang atau beberapa orang dalam sesuatu bidang dan kerana berbeza antara perbuatannya dan perkataannya.

. .

. : .8

Hendaklah (seseorang penuntut) mengenal sebab untuk dapat mengetahui ilmu yang termulia. Maka yang demikian itu memerlukan dua perkara: yakni pertama,
4

Al-Quran Al-Karim, Surah Al-Baqarah 2: Ayat 121.

kemuliaan hasilnya. Dan kedua, kebolehpercayaan dan kekuatan dalilnya. Misalnya (dapat dilihat) antara ilmu agama dan ilmu perubatan, di mana hasil salah satu daripadanya (iaitu ilmu agama) ialah untuk kehidupan yang abadi dan yang lainnya (iaitu ilmu perubatan) ialah untuk kehidupan yang fana, maka berolehlah ilmu agama itu kedudukan yang lebih mulia.

.9 . .

Hendaklah tujuan (seseorang penuntut itu) belajar pada waktu ini untuk menghiasi kebatinannya dan mencantikkannya dengan sifat-sifat utama yang terpuji. Adapun tujuan jangka masa panjangnya ialah mendekatkan diri kepada Allah Taala, mendaki untuk mendekati alam yang tinggi dari para Malaikat dan para muqarrabin. Dan tidak dimaksudkan dengan menuntut ilmu itu untuk memperolehi pangkat, harta dan kemegahan, melawan orang yang bodoh dan membanggakan diri di hadapan temanteman.

. -

.01

. .
Haruslah diketahui hubungan pengetahuan itu kepada tujuannya, supaya pengetahuan yang tinggi dan dekat dengan jiwanya itu membawa pengaruh kepada tujuannya yang masih jauh dan yang lebih penting daripada selainnya. Maksud penting di sini ialah sesuatu yang mengandungi kepentingan kepada engkau. Dan tidak ada yang memberi kepentingan kepadamu selain daripada urusanmu di dunia dan akhirat. Sekiranya engkau tidak berupaya menghimpunkan kenikmatan hidup di dunia dan kenikmatan di akhirat seperti yang disebutkan dalam Al-Quran dan disaksikan oleh cahaya mata hati secara jelas, maka yang lebih penting adalah untuk tujuan yang kekal abadi. Ketika

itu, dunia semata-mata menjadi tempat tinggal, badan menjadi kenderaan dan amal perbuatan menjadi usaha ke arah mencapai tujuan. Dan tuiuan itu tak lain iaitu berjumpa dengan Allah Taala. Maka padanyalah seluruh kenikmatan, meskipun dalam alam ini tidak ramai yang mengetahui nilainya (nikmat berjumpa dengan Allah SWT) melainkan sebilangan orang sahaja.

You might also like