You are on page 1of 2

Nama : Lau Yan Kelas : PISMP SEM5 BC/PJ/KH 1 Kesan Pengunaan Teknologi Dalam Sukan Teknologi dalam sukan

pada zaman sekarang amat penting. Ini kerana teknologi membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih menarik, lebih teratur, lebih tepat dan lebih selamat. Teknologi diperlukan untuk membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih popular dalam masyarakat dan menarik minat masyarakat untuk mencuba sukan itu. Setiap sukan harus disiarkan di televisyen untuk memperkenalkannya kepada masyakat dan dapat menarik minat masyarakat. Sebagai contoh, sukan sukan yang tidak begitu popular di Malaysia seperti sukan kriket dan ragbi harus disiarkan di kaca televisyen untuk menarik minat lebih ramai orang untuk bergiat di dalam sukan ini. Terdapat banyak sukan yang memerlukan sokongan teknologi seperti sukan lumba basikal dan olahraga. Ada sesetengah situasi dimana pemenang tidak dapat ditentukan melalui mata kasar. Oleh itu, pemenang boleh ditentukan menggunakan masa dan gambar di garisan penamat.. Pada zaman sekarang ini, kanakkanak sudah arif dengan penggunaan internet tidak hanya di rumah akan tetapi dimana sahaja, kanak-kanak dapat mengenali pelbagai jenis sukan melalui internet. Pada aspek jurulatih pula, dengan adanya alat bantuan seperti bowling machine dalam sukan kriket, sofbol dan besbol dapat membantu jurulatih untuk melatih pemain pada kadar yang ramai. Ini secara tidak lansung tidak membosankan pemain untuk menunggu giliran mereka. kita tahu, sukan adalah medium untuk mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan masyarakat. Kita ambil contoh sukan tenis, teknologi TV review terbukti telah banyak membantu pemain untuk melakukan panggilan bola in/out di mana pengadil boleh mengubah keputusan pengadil jika salah. Selain

itu penggunaan teknologi dapat menerapkan sifat adil dan jujur di dalam sukan. Kita ambil contoh di dalam sukan olimpik, para pemain akan diambil sampel darah atau sampel urine untuk ujian dadah. Akhir kata, teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam membantu mempromosikan sukan, menarik minat masyarakat terhadap sukan tersebut, membantu meningkatkan kualiti sukan tersebut dan membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih menarik dan terkenal.

You might also like