You are on page 1of 13

PENGENALAN Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa.

Kepesatan yang begitu eepat dan eanggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala keeanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bene ana dan kemelut yang meresallkan hampir semua bidang kehidupan so sial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunea dari keeanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia. Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba eanggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sanasini dipaparkan di dalam media cetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia. Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat. Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat
7

apabila Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam seeara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam. KONSEP HEGEMONI DAN GLOBALISASI Istilah hegemoni berasal dari istilah Yunani, iaitu hegeisthai. Konsep hegemoni ini banyak digunakan oleh sosiologi untuk menjelaskan tentang fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa. Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa makna pengaruh atau penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Pengaruh dan dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99). Menurut teori Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan konsep hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu ,iaitu kelas-kelas yang lebih dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral. Ia menggambarkan suatu hubungan yang bersifat monopoli dan dominasi antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa. Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga ideaidea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Simon (1982) memberikan pengertian hegemoni dengan melihatnya sebagai strategi mempertahankan kekuasaan "... the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and maintain it later. "
8

Globalisasi pula dapat didefinisikan sebagai peruntuhan pagar-pagar yang memisahkan antara negara sehingga dengan itu mudah berlakunya pertukaran,

pemindahan dan perkongsian dalam pelbagai lapangan seperti ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama. Walaupun globalisasi pada asalnya bermaksud pertukaran, pemindahan dan perkongsian antara negara, realitinya menunjukkan bahawa ia tidak wujud dalam bentuk dua hala yang dan adil. Sebaliknya, juga terdapat yang negara bersifat yang bersifat mengglobalisasi terdapat negara diglobalisasi.

Mengglobalisasi itu adalah negara yang menyebarkan ilmu, pemikiran, eko nomi, kebudayaan dan agama mereka kepada negara lain. Ada pun diglobalisasi, ia adalah negara yang bersifat hanya menerima ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama dari negara yang mengglobalisasi tanpa menilai sama ada ia membawa manfaat atau mudarat.

HEGEMONI BARAT Pada abad ke-21 ini, sedar atau tidak sedar sebenarnya dunia masa kini telah dipengaruhi oleh hegemoni Barat dan globalisasi dalam kehidupan kita.

Mengapakah pengaruh hegemoni barat ini telah menular dengan meluas sekali di dunia? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku? Imperialisme baru merupakan suatu fenomena kebangkitan semula

perasaan ingin menguasai dan meluaskan semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia. Dengan fenomena inilah yang menjadi salah satu punca pengaruh hegemoni Barat makin meluas. Mereka berhasrat untuk menjadi kuasa nombor satu di dunia yang menjadikan semua negara lain tunduk dan berada dibawah pengaruh mereka. Kuasa Barat ini telah bertindak seperti polis dunia yang kononnya memelihara keamanan dan keselamatan dunia. Mereka merasakan bahawa telah menjadi tanggungjawab mereka untuk memusnahkan senjata pemusnah besar-besaran yang ada pada negara-negara yang menjadi musuh kuasa Barat yang boleh mengancam keselamatan dunia. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai matlamat untuk memperluaskan pengaruh hegemoni mereka. Kuasa Barat mempunyai semangat dan dasar yang sentiasa merancang untuk menjajah mana-mana negara islam yang mempunyai potensi untuk bangkit menjadi sebuah kuasa besar dan boleh mencabar hegemoni mereka. Kuasa Barat mempunyai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dan meluaskan jaringan dan pengaruhnya melalui media, ekonomi, sosial, dan juga hak asasi manusia. Proses globalisasi pada hari ini menjadi peluang keemasan bagi kuasakuasa Barat untuk mengekalkan hegemoni mereka. Dengan kepantasan

perpindahan maklumat kini, Barat dapat menguasai media dan komunikasi Barat dan memberi implikasi terhadap dunia seperti Cable News Network (CNN), dan British Broad-Casting Corporation (BBC). Wartawan-wartawan tempatan juga menunggu dan menggunakan berita daripada media Barat. Berita-berita yang disebarkan oleh media Barat merupakan persepsi dari Barat sendiri. Secara tidak langsung pengaruh mereka terhadap dunia juga makin meluas.

10

Aplikasi dan perancangan Zionis juga menjadi faktor wujudnya pengaruh hegemoni Barat dalam era globalisasi ini. Zionis mempunyai matlamat utama untuk mengukuhkan kedudukan mereka di serata dunia. Pemimpin Yahudi merancang untuk menguasai mata wang dan ekonomi dunia supaya kuasa Barat ini dapat mencampuri urusan secara tidak langsung terhadap pasaran saham antarabangsa. Gerakan Zionis Yahudi turut mempunyai ideologi untuk merosakkan masyarakat dunia dengan menyebarkan fahaman mulhid atau ateis dan falsafah sekular. Kerana itulah pengaruh mereka makin berleluasa dan wujud golongan yang tidak mempercayai Tuhan (fahaman ateis). Sedangkan sejak berabad-abad lamanya telah wujud kepercayaan dan agama dalam masyarakat dunia sebagai pegangan hidup. Masyarakat masa kini telah wujud 2 golongan yang telah merosakkan dan mencalarkan imej islam seperti golongan ultra moden yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barat dengan menerima nilai Barat sepenuhnya dan golongan konservatif yang menjaga status mereka dalam masyarakat. Golongan seperti inilah yang merosakkan reputasi dan perkembangan orang-orang islam. Mereka menjadikan fahaman Barat sebagai idola dan ikutan dalam kehidupan mereka. Faktor inilah juga yang menyebabkan hegemoni Barat makin kukuh di dunia. Kebanyakan negara yang majoritinya adalah umat islam kini pentadbirannya lebih mengikut peredaran zaman yang jelas sekali telah dimonopoli dan dipengaruhi oleh hegemoni Barat. Pentadbiran negara tersebut tidak lagi berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Selain itu, keadaan ekonomi yang lemah menyebabkan kuasa Barat mempunyai peluang untuk menguasai ekonomi dunia dengan pengaruh hegemoni mereka. Contohnya Amerika Syarikat lebih banyak memasarkan produk-produk mereka ke pasaran global. Bahkan, kebanyakan produk yang dijual di pasaraya tempatan juga terdiri daripada pelbagai jenis produk-produk dari negara Barat. Hegemoni Barat ini berlaku juga disebabkan oleh kesan penjajahan mereka terhadap negara-negara yang lemah ketika berabad-abad lamanya dahulu. Negara Barat telah membawa perubahan dan kemajuan suatu ketika dahulu terhadap negara-negara yang dijajah. Maka akibat daripada penjajahan tersebut, ia telah meninggalkan kesan dan implikasinya terhadap masyarakat setempat yang masih
11

mempunyai pengaruh daripada Barat. Dengan itu hegemoni Barat adalah lebih mudah lagi dikekalkan. Masyarakat dunia islam kini tidak lagi selalu melakukan pentarbiyahan dalam hati dan jiwa untuk memelihara hati dan diri daripada mudah terpengaruh dengan budaya dan kuasa Barat dalam kehidupan. Masyarakat tidak menjadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran di masa hadapan dan kurang berhati-hati bagi mengelakkan hegemoni Barat dalam globalisasi dunia masa kini. Menurut Amir Shakib Arsalan, seorang pemikir islam Druzl, masyarakat islam kini mempunyai semangat yang lemah untuk berkorban demi islam atau kata lain ialah berjihad mempertahankan kehidupan yang berlandaskan islam.

KESAN-KESAN HEGEMONI BARAT Terdapat banyak kesan hegemoni Barat berlaku pada satu dunia khususnya di Asia dalam pelbagai aspek antaranya dari sudut media, ekonomi, politik, sosial, dan hak asasi manusia.

1. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Media

Barat telah pun menguasai media dari seluruh dunia sama ada media cetak mahupun media elektronik. Perkara ini berlaku kesan daripada perkembangan pesat teknologi dan hasilnya maklumat disebarkan ke seluruh dunia begitu pantas sekali.
12

Lebih-lebih lagi, pada masa kini surat khabar dari pelbagai negara boleh dibaca di skrin komputer dengan mudah. Selain itu,media juga boleh menjatuhkan dan menaikkan populariti seseorang dengan mudah sekali. Sebagai contoh, dalam rancangan realiti American Idol, bagaimana mudahnya media menaikkan nama seseorang daripada tidak terkenal kepada seorang selebriti yang mempunyai pendapatan berjuta-juta setahun. Media juga mempengaruhi pandangan dan sikap masyarakat tempatan atau dunia dimana jelas pada masa kini, Islam telah pun dipandang serong disebabkan media Barat telah menyebarkan berita yang memburuk-burukkan agama ini. Keadaan ini jelas menunjukkan media Barat telah memberikan kesan yang sangat besar kepada masyarakat dunia. Oleh kerana kesannya terhadap dunia begitu berkesan, Barat telah pun menubuhkan media-media antarabangsa seperti Cable News Network (CNN),

British Cable News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC), Reuters, Broadcasting Corporation (BBC), dan Reuters.Mereka berada di manamana di seluruh dunia sehinggakan liputan yang dibuat pantas dan menyeluruh sehinggakan wartawan tempatan negara bergantung kepada mereka sebagai sumber bahan berita. Selain daripada berita, media Barat juga membuat filem dan hiburan yang mempengaruhi masyarakat dunia dan mewujudkan Hollywood yang telah pun menjana pendapatan berbillion dollar. Dalam filem mereka terbitkan, watak utama Barat khususnya Amerika Syarikat adalah seorang yang baik, pejuang keadilan, bertimbang rasa dan pasti akan menang dalam setiap peperangan yang wujud. Keadaan ini jelas telah mempengaruhi pandangan masyarakat dunia terhadap masyarakat Amerika Syarikat dimana keadaan realiti dunia begitu jauh sekali

daripada yang difilemkan.

13

2. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Ekonomi

Dari sudut ekonomi pula, Barat telah pun menguasai ekonomi dunia sejak dulu lagi. Menguasai ekonomi sama seperti mengusai dunia kerana mereka boleh memanipulasi ekonomi dunia yang boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain itu juga, Barat telah pun menubuhkan kelab ekskulsifnya iaitu G7 dimana kelab ini hanya boleh disertai oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Perancis. Keadaan ini akan menyebabkan negara-negara yang memerlukan bantuan tidak akan dapat kerana disishkan daripada negara maju yang boleh membantu mereka dari segenap aspek. Barat juga telah menubuhkan syarikat-syarikat multi-nasional yang beroperasi seluruh dunia bagi memastikan ekonomi dapat dikawal oleh Barat dengan menguasai ekonomi sesebuah negara tersebut selain mengaut keuntungan secara maksimum. Kesan daripada penubuhan syarikat tersebut, Barat telah menubuhkan World Bank dan International Monetary Fund (IMF) untuk memperkukuhkan pengusaan mereka. Matawang mereka diguna pakai seluruh dunia khususnya apabila hendak melakukan perniagaan antarabangsa. Impak daripada penguasaan ekonomi tersebut, Barat berjaya menguasai kekayaan dunia dan jurang antara kaya dengan miskin semakin ketara.

14

3. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Politik

Dari sudut politik pula, Barat telah berusaha pelbagai cara untuk memastikan mereka terus berkuasa termasuklah mewujudkan blok-blok negara tertentu seperti Blok Komunis dan Blok Amerika Syarikat. Bagi mengukuhkan lagi penguasaannya, kuasa Barat telah pun mewujudkan Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu kononnya menjaga keamanan dan kepentingan bersama ahli namun pertubuhan ini hanyalah untuk kepentingan pihak Barat sahaja. Tidak cukup dengan kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak Barat telah mewujudkan kuasa veto atau kuasa mutlak dimana hanya dinikmati oleh kuasa-kuasa besar seperti Perancis, United kingdom dan Jepun. Kuasa veto ini mempunyai kuasa yang tinggi sehinggakan berkuasa untuk tidak mengesahkan apa jua bentuk perbincangan atau persetujuan antara negara lain tanpa berbincang dengan negara lain. Kuasa veto juga memberikan mereka bertindak bersendirian untuk menyerang negara lain seperti peperangan Amerika syarikat dengan Iraq dan Afghanistan. Mana-mana negara yang bersekutu dengannya akan diberikan pelbagai kemudahan dan nikmat namun untuk negara yang membangkang barat khususnya Amerika Syarikat akan mengalami pelbagai bentuk sekatan yang dikenakan seperti mana yang berlaku pada Iran apabila meneruskan program nuklearnya. Keadaan ini jelas menujukkan hegemoni barat berat sebelah.

15

4. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Sosial

Dari sudut sosial pula,pelbagai bentuk hiburan seperti muzik,nyanyian, filem dan lain-lain telah pun disebarkan ke seluruh dunia sehinggakan hiburan mereka ditiru tidak kira baik atau buruk teruatamnay golongan muda. Pelakon-pelakon dan artis mereka mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia termasuk di negara-negara membangun seperti Malaysia. Oleh sebab mereka juga, wujudnya pelbagai irama muzik antaranya

rock,blues,heavy dan pop.Selain itu juga, budaya makanan disana juga turut berkembang dan yang paling menerima kesan adalah makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald(McD), Coca Cola dan Pepsi. Selain itu, pemakaian berjenama seperti Lewiss Lee dan Adidas pun mengikuti fesyen disana dimana pakaian mereka lebih menjolok mata dan bebas mengikut kehendak sendiri. Keadaan ini jauh daripada pegangan orang Timur dimana lebih mengutamakan kesopanan. Anak-anak muda Timur khususnya Malaysia berasa bangga jika memakai pakaian berjenama Barat dan mempunyai kelas tersendiri.

16

5. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Hak Asasi Manusia

Konvensyen Geneva telah menggariskan hak-hak yang perlu menggariskan hak-hak yang perlu dinikmati oleh semua manusia tanpa dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira bangsa mahupun agama, merdeka mahupun tawanan. Deklarasi ini diterima oleh seluruh masyarakat seluruh dunia yang inginkan keadilan dan dunia yang inginkan keadilan dan kesejahteraan.Adakah piagam ini dipatuhi oleh kuasa-kuasa Barat?

17

KESIMPULAN Hegemoni barat dan globalisasi dilihat membawa banyak keburukan kepada kita semua terutamanya di timur. Ia sudah lama mempengaruhi kita sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang. Pelbagai punca dan sebab berlakunya perkara tersebut seperti fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia, kuasa Barat yang mempunyai semangat dan dasar tertentu, Barat ingin menguasai mata wang dan ekonomi dunia , mempunyai ideologi untuk merosakkan masyarakat dunia, keadaan ekonomi yang lemah dan sebagainya. Kini, budaya barat telah meresap dalam jiwa remaja. Contohnya, budaya hip-hop yang terhimpun di dalamnya beberapa budaya lain seperti rappers, grafity, dan lainlain. Budaya ini merupakan simbol keruntuhan majoriti masyarakat Barat, khususnya dalam pergaulan bebas dan hiburan yang melampau. Ia juga merupakan simbol budaya bagi kebanyakkan disko-disko dan kelab-kelab malam di dunia Barat, khususnya untuk para remaja. Justeru, budaya barat membawa banyak keburukan seperti kemusnahan keluarga, kehilangan maruah, jati diri tiada, kegelisahan jiwa, kecelaruan akal, jenayah dan ketakutan. Malah ia telah memberi kesan daripada sudut media, ekonomi, politik, sosial, dan juga hak asasi manusia. Tambahan pula, ia berjaya menghakis budaya melayu dan islam. Maka, jelaslah bahawa, tamadun Barat tidak mampu untuk menjadi contoh tamadun yang sempurna, kerana ianya dibangunkan secara asasnya, di atas dasar

materialistik. Ini menyebabkan ketandusan nilai-nilai kemanusiaan dalam tamadun Barat. Justeru itu, kita sebagai umat Islam perlu kembali menjadikan tamadun Islam yang dibina di atas acuan Nabawi, sebagai contoh pembangunan sesebuah tamadun manusia yang sempurna. Ini kerana, tamadun Islam yang pernah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di atas dasar Aqidah,Syariah dan Akhlak Islam telah diakui kesempurnaannya, oleh para cendikiawan yang jujur dan telus dalam mengkaji tentang ketamadunan manusia, samada di kalangan umat Islam mahupun orangorang bukan Islam.
18

Tamadun Islam yang diasaskan diatas Al-Quran dan As-Sunnah yang diturunkan Allah kepada Rasul untuk disampaikan kepada umat manusia. Tamadun Islam merupakan tamadun yang paling sempurna dari segenap sudut sesebuah ketamadunan manusia, yang pernah wujud di dunia ini. Maka, hanyalah dengan Islam, sesebuah pembangunan tamadun yang sempurna dapat dibina.

19

You might also like