You are on page 1of 10

APLIKASI PEMBEZAAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Mohamad Safwan Bin Renlei Raja Muhammad Azri Bin Raja Ismail

Rajah di atas menunjukkan sebuah akuarium hemisfera yang dibeli oleh Azmi di sebuah kedai akuarium dengan keadaan jejari 12cm. Apabila seekor ikan peliharaannya dimasukkan ke dalam akuarium tersebut didapati bahawa tahap air dalam akuarium h cm meningkat pada kadar 0.100 . Memandangkan akuarium ini berbentuk hemisfera, Azmi telah menghitung kadar

Pertama sekali kita mesti dapatkan luas permukaan air. Jadi andaikan jejari permukaan air sebagai r cm dan A sebagai luas. Daripada PQR seperti dalam gambar rajah di atas dengan menggunakan Teorem Phytagoras. (12-h)2 + r2 =122 144-24h+h2+r2 =144 -24h+h2+r2 =0 r2 =24h-h2 A =r2 =(24h-h2)

Sebelum dapatkan kadar perubahan kawasan air, Azmi perlu mencari pembezaan terhadap luas,A

A =(24h-h2) dA/dh =(24-2h) kadar perubahan yang dinyatakan oleh Azmi ialah 0.100cms-1 Jadi pembezaannya ialah: dh/dt=0.100cms-1
Maka perubahan kawasan permukaan air ialah: dA/dt = dA/dh x dh/dt gantikan h sebagai 6 = (24-2h)x(0.100) = [24-2(6)]x(0.100) = 1.2

Jadi kadar perubahan luas kawasan permukaan air setelah dimasukkan ikan ialah 1.2

Pada suatu petang, Isma dan Amirol telah mandi di sebuah tasik

berdekatan rumah mereka. Isma telah melihat Amirol yang sedang


menyelam ke dasar tasik mengeluarkan gelembung udara. Apa yang peliknya, gelembung udara yang dikeluarkan oleh Amirol semakin membesar apabila menghampiri permukaan air tasik seperti ditafsirkan dalam silinder pada rajah di bawah. Untuk membuktikan kebenaran ini

Isma telah menggunakan konsep pembezaan untuk mencari kadar


peningkatan isipadu air apabila jejari gelembung air ialah 1.5cm. Isma telah mengandaikan jejari gelembung air mengembang pada kadar 0.04cm s-1.

Untuk mengira kadar perubahan isipadu kita perlu tahu isipadu sfera memandangkan gelembung udara berbentuk sfera. Jadi isipadu sfera ialah 4/3 j3 di mana j ialah jejari. Kadar perubahan isipadu sfera diwakili oleh dV/dt dan diwakili dV/dj apabila mengalami perbezaan.

V dV/dj

= 4/3j3 = 4j2

untuk mendapatkan kadar perubahan isipadu gelembung udara, isipadu sfera yang telah mengalami proses pembezaan itu tadi mestilah didarabkan dengan kadar peningkatan jejari gelembung udara.

Jadi kadar peningkatan jejari gelembung udara diwakili oleh. Jadi menggunakan rumus aturan rantai kita dapat mencari kadar perubahan isipadu gelembung udara:
dV/dt = dV/dj x dj/dt = 4j2 x 0.04 = 4(1.5)2 x 0.04 (gantikan j=1.5) = 0.36 cm3s-1

Rumus aturan rantai ialah suatu rumus yang digunakan untuk mengira terbitan komposisi dua atau lebih fungsi dalam kalkulus. Maka hasil pengiraan di atas dapatlah diketahui bahawa kadar perubahan isipadu gelembung udara adalah 0.36 cm3s-1.

You might also like