You are on page 1of 12

BAHASA MELAYU

Insan seimbang merujuk kepada penerapan unsur penting untuk perkembangan potensi individu. Potensi individu ini boleh dibahagikan kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani. Melalui pendidikan, potensi individu boleh di perkembangkan dan di gilap. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdasan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik. Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur terakhir ialah Unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

UNSUR INTELEK
Unsur intelek merangkumi unsur hikmah iaitu ilmu yang sebenar. Ia berdasarkan daya pemikiran yang inovatif, logikal, analitis dan ilmu yang bermanfat. Walau bagaimanpun, unsur-unsur intelek yang diterapkan ke dalam dasar pendidikan negara banyak dipengaruhi oleh pemikiran dan teori barat. Barat menggariskan bahawa ideologi intelek adalah bersifat antroposenik, iaitu kepusatan manusia semata-mata. Ideologi barat misalnya memutuskan hubungan individu dengan Tuhan. Barat menggariskan intelek adalah bersifat sekular yang terdiri daripada enam bahagian iaitu kognitif, mental, pemprosesan maklumat, berasaskan biologi, perkembagan kognitif dan interaksi sosial.

UNSUR ROHANI
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), rohani adalah dierti sebagai batin yang berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani pula merupakan sesuatu yang berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

UNSUR EMOSI
Menurut Freud, seorang ahli psikologi dan psikiatri terkenal telah membahagiakan perkembangan manusia kepada tiga bahagian iaitu id, ego dan superego. Ia merupakan bahagian personaliti tidak sedar yang berfungsi sebagai stor prnyimpanan keinginan manusia dan ia telah didorong oleh tenaga libido. Ego wujud seawal bayi berusia enam bulan dan pada waktu itu ia mengandungi pemikiran realistik, dan logik yang tersusun. Ia berfungsi mengawal supaya keinginan itu tidak akan melanggar nilainilai dan norma-norma masyarakat.

UNSUR JASMANI
2.4.1 PSIKOMOTOR Psikomotor merujuk kepada potensi atau kematangan seseorang dan kesediaan untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru. Seseorang individu dikatakan mempunyai kesediaan psikomotor sekiranya tubuh badannya telah sampai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. Kematangan psikomotor ini meliputi perkembangan otot, tulang, anggota , pengawalan dan penyelarasan pergerakan di seluruh tubuh badan.

2.4.2 KOGNITIF Kognitif merujuk kepada kesediaan mental seseorang untuk belajar sesuatu. Ia berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mengsintesis dan menilai. Biasanya, perkembangan intelek seseorang adalah berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya iaitu murid-murid sekolah rendah hanya perlu bersedia untuk belajar operasi konkrit, dan apabila telah masuk sekolah menengah, mereka mula sanggup bersedia untuk belajar operasi yang kompleks.

APLIKASI ASPEK INTELEK, ROHANI,EMOSI DAN JASMANI DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

INTELEK
Intelek merujuk kamus dewan bermakna kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisa), akal budi, golongan golongan cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar. Di sini jelas Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan yang berintelek tinngi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasamani, rohani.

ROHANI
Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begutu menekankan aspek rohani dan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan aspek rohani ini ke dalam jiwa kanakkanak atau muridmurid. Aspek nilainilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilainilai murni boleh diterapkan ke dalam diri muridmurid seperti nilainilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin, tolenransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Jika nilainilai ini dapat disemat ke dalam diri muridmurid, muridmurid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkaraperkara negatif. Dengan kata lain, sikap mereka akan lebih menjadi positif dan bertambah mulia.

EMOSI

JASMANI
Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek jasmani. Di samping rohani murid yang sihat, aspek fizikal jasmani murid pula perlu sihat dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemenelemen kesihatan. Contohnya pengajaran tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri, kebersihan diri, makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal seperti melakukan lompatan, angkat tangan, memegang sesuatu, dan pelbagai lagi.

You might also like