You are on page 1of 4

NAMA UNIT

: CHING SUIT LI : S5PISMP BC/PJ/KH 1 AMBILAN JAN 2012

Kenal pasti agensi yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan peringkat kebangsaan.

Nama Agensi

: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

Sejarah Ringkas Penubuhan PBSM di peringkat dunia lebih dikenali sebagai PALANG MERAH. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALNG MERAH. Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera.

Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau telah menerbitkab buku bertajuk " Kenangan Di Solferino". Dengan bantuan beberapa orang yang berminat, Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu PALANG MERAH yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut.

Pada tahun 1876,ketika berperang dengan Rusia, Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam. Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah

Keamanan ( Peace Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910 ,beliau telah meninggal dunia di Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan.

Objektif Agensi 1. Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang.Ini akan membawa keseronokan dan memberi peluang kepada pelajar untuk bergaul dan memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. 2. Menanam nilai kesihatan dan kecergasan dalam diri pelajar 3. Pengajaran dan pembelajaran ilmu pertolongan cemas akan

membolehkan pelajar berkemahiran untuk menolong diri dan orang lain. 4. Menanam semangat bekerjasama, tanggungjawab, taat setia dan cintakan sekolah dan negara. 5. Mencungkil dan memupuk bakat kepimpinan di kalangan pelajar dalam pengurusan unit dalam pertubuhan di sekolah. 6. Memupuk tali persahabatan di antara ahli-ahli. 7. Melalui latihan kawad dan pertandingan, pelajar dapat mematuhi peraturan, undang-undang dan disiplin.

Anggota Yang Terlibat Dalam Agensi Murid sekolah rendah yang berumur dari 10 hingga 12 tahun. Murid sekolah menengah yang berumur dari 13 hingga 18 tahun. Orang awam yang telah mendaftar menjadi ahli PBSM.

Sumbangan Di Peringkat Negara & Luar Negara

Peringkat Negara

400 keluarga mangsa banjir terima sumbangan


KUALA NERANG: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dengan kerjasama CIMB Foundation dan Nestle Malaysia menyampaikan sumbangan berbentuk barangan peribadi dan makanan kepada 400 keluarga mangsa banjir di Daerah Padang Terap di pekarangan Masjid Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai, di sini, semalam. Majlis penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan Pengerusi PBSM Kedah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim. Setiap keluarga menerima sebuah kotak berisi tuala wanita, ubat gigi, sabun basuh, tuala mandi, sabun mandi, pisau cukur dan pek minuman coklat. Sementara itu, Pengurus Pengurusan Bencana Ibu Pejabat PBSM Kebangsaan, Nasir Khan Abdul Rahman berkata, PBSM yang bertindak sebagai badan penyelaras dalam menyalurkan bantuan itu menyifatkan sumbangan yang disampaikan mampu meringankan beban ditanggung mangsa banjir. Beliau berkata, sebanyak 1,000 keluarga mangsa banjir di seluruh Kedah akan menerima sumbangan itu yang dilakukan secara berperingkat bermula di daerah Padang Terap dengan membabitkan 400 keluarga. Ketika ini banyak agensi dan syarikat yang prihatin sedia menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kedah, Perlis dan PBSM menyifatkan ia usaha mulia pihak terbabit membantu mangsa bencana di negara ini. Justeru, PBSM akan melakukan proses pemilihan bagi memastikan setiap keluarga mangsa banjir mendapat bantuan sewajarnya, katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2010/11/29

Luar Negara

ARKIB : 15/03/2011

PBSM sumbang RM102,000


JOHOR BAHRU 14 Mac - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cawangan Johor melalui Jawatankuasa Khidmat Kemasyarakatan Kebangsaan hari ini menyampaikan sumbangan RM102,000 kepada Pejabat Konsulat Jepun di sini bagi membantu mangsa tsunami di negara itu. Dana itu hasil sumbangan orang ramai termasuk orang persendirian, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sekolah melalui tabung bencana kemanusiaan yang diwujudkan PBSM hari ini. Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah kepada Konsulat Jepun di Johor, Yoichiro Nishimura di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini. Ia diserahkan kepada Persatuan Palang Merah Jepun bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung mangsa bencana alam Jumaat lalu. Tuanku Raja Zarith Sofiah bertitah, tabung yang diwujudkan itu merupakan sebahagian usaha untuk membuktikan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap masyarakat Jepun yang ditimpa bencana itu. "Sumbangan ini adalah bukti kesungguhan dan keprihatinan kita dalam memberi bantuan kepada mangsa tsunami di Jepun. "Sewaktu banjir melanda Johor pada 2006, masyarakat Jepun di negeri ini banyak membantu rakyat kita dengan memberi sumbangan makanan serta keperluan harian dan sekarang tiba masanya untuk kita membantu mereka," titah baginda.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Neger i&pg=dn_19.htm#ixzz2vVpInwDh Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like