You are on page 1of 15

LATAR BELAKANG Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari

segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. . Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara itu. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar. Ini satu tanggapan yang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikal yang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik untuk memastikan jarak yang maksimum. Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan. Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

ASAL USUL Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abab ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896. Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama.Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas.Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

BERAT PELURU DAN DIAMETER PELURU

UMUR BAWAH 15 BAWAH 17

LELAKI 4 kg 5 kg

PEREMPUAN 3.25 kg 4 kg

Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm

Contoh Peluru

KAWASAN LONTARAN

Pada tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru. Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan. Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini. Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40 pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian. Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di dalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam kawasan yang dikhaskan. Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod. Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran. Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m ( 5mm). Gelong besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.

Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran. Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran. Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan. Peluru mestilah diperbuat daripada besi, tembaga atau sebarang logam yang tidak lembut dari tembaga atau kulit dari bahan yang sama dan diisi dengan timah hitam atau bahan-bahan sejenisnya. Bentiknya mestilah bulat dan licin.

Bulatan Balingan

Kedudukan Pengadil

TEKNIK LONTAR PELURU

Fasa Pergerakan Melontar Peluru Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada: 1) 2) 3) 4) 5) 6) Pegangan peluru Lakuan sedia Lungsuran Kilasan badan Lontaran Pulihan

Pegangan Peluru Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu: i. Teknik memegang peluru dengan tiga jari

Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru. ii. Teknik memegang peluru dengan lima jari

Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru.

Teknik Melontar Peluru Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah: a) b) c) Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran) Gaya melungsur selangkah Gaya Parry O Brien

A. Gaya Berdiri dan Melontar (tanpa lungsuran) Lakuan sedia Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala kea rah lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai (lebih kurang dibawah telinga),peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang. Kilasan badan Ianya dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru. Lontaran Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan)diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dank e atas. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan peluru sehingga peluru itu mendarat. Pulihan Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan badan pula tidak begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.

B. Gaya Melungsur Selangkah Lakuan sedia Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di ntempat yang sepatutnya, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki).Tangan bebas berperanan untuk

mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit. Lungsuran Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok(jangan tegakkan badan semasa melungsur). Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.

Kilasan badan Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang. Lontaran Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran), kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang)menolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar. Pulihan Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

C. Gaya Parry O Brien Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang termuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telahmenjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya daripada segi teknik melontar, Parry O Brien jhuga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.

Lakuan sedia Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelangkan arah lontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga selari dengan tanah. Lungsuran Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan (lutut dibiarkan bengkok) ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong. Kilasan badan Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri) telah bertapak di belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan (teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini). Butiran yang penting ditegaskan ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus-menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat lontaran. Lontaran, ikut lajak dan pulihan Gaya ini sama dan boleh rujuk kepada lontaran dan pulihan dalam gaya melungsur selangkah. Sebenarnya teknik kesemua fasa ini adalah hampir sama.

D. Teknik lontaran sisi Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi atau sisi kiri. Peserta perlu berdiri secara mengereng, dengan mana-mana sisi badannya menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Ini bermakna bahagian hadapan peserta mengarah pada sudut 90 bulatan lontaran. Teknik lontaran ini adalah seperti berikut : i. ii. Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran yang disediakan. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan kedudukan peluru selesa pada tangannya. Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke hadapan Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya. Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan peluru. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya.

iii. iv. v. vi. vii.

E. Teknik membelakangi kawasan lontaran Teknik lontaran secara membelakangi kawsan lontaran atau kawasan pendaratan merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan oleh peserta yang berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak mengalakkan peserta baru menggunakan teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benar-benar mahir dalam melakukannya. Langkahlangkah yang boleh diambil oleh peserta dalam menggunakan teknik lontaran cara ini : i. ii. iii. iv. Bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran Memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran, sambil membengkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke belakang. Mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan. Menurunkan kaki berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan lontaran, sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan mengawal pergerakan dan keseimbangan. Kemudian memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran. Peserta menolak pelur keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas terus mengawal. Mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru mendarat Peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi belakangnya untuk membolehkan pegawai mengukur jarak yang dicapai.

v. vi. vii. viii.

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN Untuk mendapat jarak yang optima, pelontar peluru mestilah mempertimbangkan faktorfaktor berikut : 1. Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah pergerakan peluru 2. Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang sama. 3. Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru dengan tangan lebih lama. 4. Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan. 5. Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektile. 6. Sudut penerbangan adalah bergantung kepada ketinggian seseorang pelontar.

KAITAN PRINSIP-PRINSIP MEKANIKAL DENGAN PERGERAKAN KAEDAH OBRIEN Dalam kaedah fasa persediaan badan dibongkokkan mendatar, sementara kaki kanan dibengkokkan (bagi pelontar tangan kanan). Tujuan badan dibongkokkan adalah untuk membawa pusat graviti seberapa rendah yang mungkin kerana dengan cara ini masa peluru dipegang adalah lebih lama dan jarak pergerakan peluru sehingga dilepaskan adalah lama. Kedua-dua faktor ini akan memberi halaju maksima apabila peluru dilepaskan. Kaki kanan dibnegkokkan untuk membolehkan otot peha mengucup dengan lebih supaya kuasa yang lebih dapat dihasilkan. Pada peringkat ini seluruh berat badan terletak pada kaki kanan. Tangan kiri adalah dalam keadaan bebas dan fungsinya adalah untuk mendapatkan keseimbangan, manakala kaki kiri adalah lurus kebelakang. Tujuannya adalah dalam pergerakan berikutnya kaki ini ditarik kehadapan dan ditendang semula kebelakang. Dalam proses menendang kaki ini ianya akan menghasilkan momentum yang menyebabkan seluruh badan akan ikut bergerak dan diikuti dengan fasa gliding dari kaki kanan. Setelah kaki kiri sampai digarisan pertengahan bulatan ianya akan diluruskan dan dalam masa yang sama pinggang ditarik keatas dan dipusingkan diikuti dengantangan kiri ditari kebelakang dengan dada dibuka seberapa luas yang mungkin. Pada peringkat ini putaran badan berlaku. Pergerakan melurus kaki kanan dan putaran badan akan membekalkan daya untuk penambahan halaju peluru dan dalam masa yang sama pemindahan daya berlaku iaitu daya daya dari kaki kanan telah berpindah kebahagian badan dan seterusnya daya terus ke bahagian lengan kanan, tangan, tapak tangan, jari dan akhirnya peluru. Dalam proses pemindahan daya ini ke bahagian-bahagian yang disebutkan tadi, daya juga harus dibekalkan terus supaya halaju peluru akan bertambah. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah, peluru ditolak menggunakan tangan. Kelajuan peluru pada peringkat ini adalah bergantung pada kebolehan otot-otot di bahagian tangan mengecut dan memanjang dengan serta merta. Untuk menambahkan daya yang dibekalkan kepada peluru, badan juga turut berpusing dan dalam aksi terakhir kaki kanan berada di hadapan.

Kesimpulan semua pergerakan yang dilakukan adalah untuk menghasilkan halaju maksima sewaktu peluru dilepaskan, kerana jarak yang dicapai oleh peluru ini adalah bergantung kepada halaju pelepasannya, iaitu semakin laju ianya dilepaskan, semakin jauh jarak yang dilaluinya

You might also like