You are on page 1of 24

PENGENALAN

Satu perniagaan (syarikat, perusahaan atau firma) adalah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan , atau kedua-duanya, kepada pelanggan, perniagaan dan entiti-entiti kerajaan. Perniagaan adalah ekonomi kapitalis yang utama. Kebanyakan perniagaan adalah milik

persendirian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari keuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya. Pemilik-pemilik dan pengendali suatu perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau penjanaan satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan penerimaan risiko. Pengecualian penting termasuklah perusahaan kerjasama dan perusahaan milik negara. Perniagaan juga boleh dibentuk menjadi tanpa keuntungan atau menjadi perusahaan milik negara.

OBJEKTIF 1. Untuk mengkaji tentang jenis-jenis pemilikan perniagaan dan mengetahui lebih terperinci mengenai sesuatu pemilikan. 2. Faktor yang perlu dipertimbangkan apabila ingin menjalankan perniagaan di Malaysia. 3. Mengetahui langkah atau dokumen yang perlu diambil kira sebelum daftar perniagaan dilakukan.

KAJIAN KES

Jenis Pemilikan Perniagaan

a) Milikan Tunggal : Dimiliki oleh seorang individu Modal daripada simpanan sendiri atau pinjaman Diurus sendiri oleh pemilik Ditubuhkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Liabiliti tidak terhad Segala untung rugi ditanggung sendiri Cukai yang dikenakan adalah cukai pendapatan

perseorangan. Cara Menubuhnya : Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 1. Permohonan carian nama Borang PNA 42 2. Permohonan mendaftar nama perniagaan Borang A 3. Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan mempamerkan - Borang D

b) Perkongsian : Ahli terdiri dari 2-50 orangModal diperolehi melalui sumbangan rakan kongsiDiuruskan oleh rakan kongsi aktif. Ditubuhkan dibawah Akta Perkongsian 1961Semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhadAgihan keuntungan mengikut nisbah yang telah ditetapkan. Cukai pendapatan berdasarkan cukai pendapatan perseorangan. Ada tiga jenis rakan kongsi 1. Rakan kongsi aktif menyumbang modal dan terlibat aktif dalam perniagaan 2. Rakan kongsi lelap menyumbang modal tetapi tidak terlibat dalam perniagaan. 3. Rakan kongsi nominal tidak menyumbang modal tetapi membenarkan nama disenaraikan sebagai salah seorang pemilik.

Cara Menubuhkan Perkongsia Sama seperti penubuhan Milikan Tunggal kecuali mengisi Borang A Halaman 3 1. Permohonan carian nama Borang PNA 42 2. Permohonan mendaftarkan perniagaan Borang A 3. Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan

c) Syarikat Sendirian Berhad : Bilangan ahli terdiri dari 2-50 orang- Modal daripada jualan syer kepada ahli-ahlinya- Penubuhannya tertakluk kepada Akta Pendaftaran Syarikat1965- Liabiliti terhad- Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantikSyarikat dan pemegang syer merupakan dua entiti

yangberasingan- Untung rugi akan diagihkan dalam bentuk dividen- Cukai berdasarkan cukai syarikat. Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad Ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965 1. 2. 3. 4. Permohonan untuk carian nama Borang 13A Permohonan untuk mendaftar syarikat dengan mengemukakan: Tatawujud syarikat dokumen mengenai faktapenubuhan syarikat Tataurus syarikat mengenai peraturan dan prosedur pengurusan dalam syarikat 5. 6. 7. 8. 9. Borang 6 (Perakuan Pematuhan) Borang 48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja) Borang 48 F (Pengakuan sebelum perlantikan sebagai setiausaha) Serahan dokumen. Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan syarikat Borang D pemerbadanan

d) Syarikat Awam Berhad : Bilangan ahli terdiri dari 2 hingga tidak terhad.Modal daripada jualan syer kepada orang awam dan Penubuhannya tertakluk kepada Akta Pendaftaran Syarikat 1965.Liabiliti terhad Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik Syarikat dan pemegang syer merupakan dua entiti yang berasingan Untung rugi akan diagihkan dalam bentuk dividen cukai berdasarkan cukai syarikat Tertakluk kepada kawalan dan seliaan Pendaftar Syarikat. Cara Menubuhkan Syarikat Awam Berhad Sama seperti syarikat sendirian berhad tetapi: 1. Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15, Akta Syarikat 1965 2. Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9 3. Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti berkaitan prospektus dan penyenaraian syer di bursa saham. 4. Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus 5. Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer dipohon melebihi jumlah yang ditawarkan. 6. Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar Syarikat.

e) Koperasi : Bilangan minimum 100 orang dan tiada had maksimum Modal diperolehi dari jualan syer kepada ahli ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 Liabiliti terhad Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik Keuntungan diagihkan dalam bentuk lebihan tidak dikenakan cukai. Prinsip koperasi: 1. 2. 3. 4. 5. keanggotaan secara sukarela dan terbuka kawalan secara demokratik oleh anggota kebebasan dan autonomi penglibatan dalam pendidikan latihan dan sebaran maklumat koperasi perhatian terhadap kebajikan masyarakat dan sosial.

Berasaskan prinsip tolong-menolong dan mementingkan kebajikan anggotanya Jenis koperasi seperti koperasi kredit, koperasi bank, koperasi pengguna Contoh Syarikat Koperasi Guru-Guru Malaysia Pemilik ialah pemegang syer dan bilangan minimum pemegang Syer ialah 100 dan tiada had maksimum.

Setiap anggota tidak boleh memiliki syer melebihi 28%. Koperasi ditubuhkan mengikut Akta Koperasi Malaysia 1993 Koperasi dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipilih semasa mesyuarat agung. Agihan lebihan (keuntungan), 12 % disimpan sebagai Simpanan Kumpulan Wang Rezab dan baki diagih dalam bentuk dividen.

Rebat dibayar berasaskan jumlah belian. Koperasi dikecualikan cukai

Cara menubuhkan koperasi: a) Permohonan menubuhkan koperasi melalui Jabatan Pembangunan Koperasi b) Menubuhkan jawatankuasa penaja c) Mengadakan mesyuarat agung d) Memohon mendaftar koperasi kepada Pendaftar Negeri. e) Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran.

f) Perbadanan Awam : Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan modal disumbang oleh kerajaan liabiliti tidak terhad diuruskan oleh majlis yang dilantik oleh menteri cabinet tidak dikenakan cukai. Ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan di bawah tanggungjawab menteri yang membentuk satu lembaga untuk pengurusan. Contoh perbadanan awam ialah KWSP dan JKR.

g) Penswastaan

Merupakan satu proses pemindahan kuasa kawalan, kepentingan dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Sektor swasta dijadikan sebagai rakan kongsi sektor awam dalam pembangunan negara dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Contoh: Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad. Tujuan : a. b. c. d. e. Mengurangkan beban kewangan kerajaan Menggalakkan pertumbuhan ekonomi Meningkatkan kecekapan dan produktiviti Menggalakkan agihan dan penggunaan sumber lebih cekap Memberi manfaat kepada kakitangan dan rakyat

Ciri-Ciri Milikan Tunggal

a) Dimiliki oleh individu secara bersendirian atau perseorangan b) Mudah ditubuhkan kerana tidak perlu mematuhi syarat penubuhan yang ketat c) Pemilik menentukan dan melaksanakan semua dasar dan keputusan tentang perniagaan pemilik hanya membayar cukai pendapatan peribadi yang rendah berbanding dengan syarikat berhad yang mesti membayar cukai syarikat d) Pemilik akan menangung liabiliti yang tidak terhad

Kebaikan Milikan Tunggal

a) memerlukan jumlah modal yang kecil b) mudah ditubuhkan c) mudah dikawal dan diuruskan d) pemilikan bebas mentadbirkan perniagaan mengikut kehendak sendir e) keuntungan dikenakan cukai pendapatan peribadi f) mempunyai insentif untuk bekerja keras g) boleh meletakkan perniagaan berhampiran dengan rumah pelanggan h) mempunyai hubungan rapat dengan pelanggan i) memberi pekerjaan kepada ahli keluarga j) dapat memberi kredit kepada pelanggan

Kelemahan Milikan Tunggal

a) Modal yang terhad menyekat perkembangan perniagaan b) Tiada pembahagian dan pengkhususan kerja c) Perniagaan mungkin tidak berterusan d) Beban kerja yang berat e) Tidak dapat menikmati kebaikan perniagaan runcit besar-besaran f) Menganggung segala risiko perniagaan g) Menanggung liabiliti tidak terhad

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Memulakan sendiri menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri. usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan. usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan kreativiti.

2. Mengambil alih membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud. perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju. pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut muhibbah (goodwill) dan perlu membayar wang muhibbah.

3. Warisan mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain Globe Silk Store

4. Francais hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya. Syarikat yang diberi hak ialah francaisi. Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor. Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan mematuhi syarat. Contoh Marrybrown, England Optical

5. Diundang usahawan dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan kongsi atau pemegang saham dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.

FAKTOR DIPERTIMBANGKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN Mempunyai minat, pengetahuan dan pengalaman. Memastikan modal mencukupi Memastikan jenis perniagaan diceburi sesuai dengan kelayakan dan berpotensi. Mematuhi syarat dan peraturan perundangan dan akta perniagaan seperti Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan Harga 1973. Lokasi sesuai dan strategik serta mengambil kira kos sewa, kadar upah, persainga , peraturan kerajaan tempatan dan kuasa beli penduduk. Memastikan sumber bekalan mencukupi dan mudah diperolehi. Mengenalpasti bilangan dan kekuatan pesaing serta merancang strategi menghadapinya.

PENGENDALIAN PERNIAGAAN

1. Pengurusan stok Stok ialah barang yang disimpan untuk dijual pada suatu masaakan datang Pengurusan stok melibatkan aspek: a) Mendapatkan bekalan stok b) Memeriksa stok c) Merekod stok d) Menyimpan dan mengawal stok e) Memperaga stok

2. Pengurusan kewangan Melibatkan: a) Penyimpanan rekod perakaunan dengan sempurna Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira

b) Penganalisaan prestasi berdasarkan rekod simpanan (dinilai daripada jumlah untung kasar dan untung bersih serta mencari pulangan modal. c) Pengambilalihan tindakan susulan untuk atasi kelemahan dan meningkatkan prestasi perniagaan. d) Kurangkan perbelanjaan, syarat kredit yang lebih ketat, tingkatkan promosi.

3. Pengurusan sumber manusia

a) Meningkatkan kecekapan pekerja melalui pengkhususan dan latihan kemahiran b) Menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan tempat penginapan, gaji, bonus, perubatan percuma serta kemudahan riadah dan ibadat. c) Mewujudkan majikan. d) Mematuhi undang-undang berkaitan hak pekerja seperti Akta Pekerja 1955. Akta Keselamatan Sosial 1969 dan Ordinan KWSP 1955. hubungan yang baik, mesra dan harmonis antara pekerja dan

4. Pengurusan masa a) usahawan perlu menyusun dan merancang aktiviti menurut penggunaan masa secara produktif keutamaan dan

5.

Pengurusan pelanggan Melibatkan 3 aspek: a) Memahami sifat pelanggan b) Mengenalpasti jenis pelanggan c) Mengetahui cara melayan pelanggan.
10

6. Pengurusan risiko Ada tiga jenis risiko a) Risiko boleh diinsuranskan iaitu kejadian dapat diramalkan seperti kebakaran b) Risiko tidak boleh diinsuranskan iaitu tidak dapat diramalkan secara statistik dan kadar premium tidak dapat ditentukan seperti peperangan c) Risiko yang tidak boleh diinsuranskan tetapi boleh dikawal seperti kerugian yang berpunca spekulasi pelaburan.

7. Pengurusan maklumat

a) Maklumat perniagaan perlu disimmpan, dianalisis dan dikawal demi menjamin keberkesanan pengurusan. b) Pengurusan teknologi maklumat (komputer) dapat membantu pengurusan maklumat dengan cekap.

11

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

12

Mendaftarkan Perniagaan Sebagai Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Sendirian Berhad adalah satu entiti sah yang berasingan, terpisah dari identiti pemegang saham, pengarah ataupun ahli-ahlinya. Oleh itu, barang-barang yang dimiliki oleh syarikat adalah hakmilik syarikat dan bukannya hakmilik orang perseorangan. Begitu juga dengan hutang yang harus dilangsaikan syarikatlah yang bertanggungjawab menyelesaikannya. Sebaliknya, dalam kes pemilikan tunggal, pemilik perniagaan itu bertanggungjawab sepenuhnya bagi aset dan juga liabiliti syarikat. Ada beberapa sebab memilih dan berikut adalah di antara sebab-sebab utamanya: Liabiliti Menurut Perundangan Sebuah syarikat Sdn Bhd dan pemiliknya adalah dua entiti yang berasingan dari segi perundangan. Jika seseorang menyaman syarikat itu atas sebab-sebab tertentu, pemilik syarikat itu berkemungkinan hanya akan kehilangan apa yang dia telah laburkan dalam syarikat. Modal Yang Besar Diperlukan Bagi perniagaan yang memerlukan modal yang besar, syarikat Sdn Bhd membolehkan pembahagian saham kepada para pemegang saham. Dalam ertikata lain, terdapat lebih ramai orang yang boleh melabur dan menyalurkan dana tambahan. Pemilik syarikat pemilikan tunggal pula terpaksa mencari sumber kewangannya sendiri. Pinjaman Bank Kelulusan pinjaman bank bagi kedua-dua syarikat pemilikan tunggal dan syarikat Sdn Bhd adalah bergantung kepada jaminan yang boleh diberi kepada pihak bank - TETAPI SYRIKAT SDN BHD - LEBIH DI UTAMAKAN.

13

Kesinambungan Perniagaan Syarikat Syarikat Sdn Bhd akan terus wujud walaupun selepas kematian pemegang saham, pengarah ataupun ahli-ahlinya. Saham orang yang meninggal dunia boleh diserahkan kepada orang lain, sepertimana yang dituliskan dalam surat wasiat, dan kewujudan syarikat itu tidak terganggu. Tiada persoalan mengenai pembahagian aset syarikat kepada waris pemegang saham yang meninggal dunia. Atas kehendak waris, saham itu boleh dijual dan pemilik baru saham tersebut akan menjadi pemegang saham syarikat. Tetapi dalam kes pemilikan tunggal, apabila pemiliknya meninggal dunia, keseluruhan perniagaan itu, beserta dengan aset dan liabilitinya akan diuruskan mengikut wasiat atau dibahagi-bahagikan seperti yang termaktub dalam Surat Pentadbiran. Pelepasan Cukai Pendapatan Kesemua perbelanjaan yang terbabit dalam pemerolehan pendapatan sebuah syarikat Sdn Bhd itu boleh diberi pelepasan bagi tujuan cukai pendapatan. Pelepasan termasuklah faedah ke atas pinjaman yang diambil bagi modal pusingan, gaji pekerja, komputer, kereta dan yuran audit dan cukai. Persepsi Am Secara amnya, sebuah syarikat Sdn Bhd itu dilihat sebagai lebih profesional. Salah satu sebab bagi persepsi ini mungkin kerana syarikat Sdn Bhd memastikan kesinambungan syarikat berterusan. Ini meyakinkan pelanggan yang mungkin berasa bimbang kalaukalau syarikat dengan mana mereka berurusan itu tiba-tiba lenyap.

14

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

Ciri-ciri syarikat sendirian berhad ialah :a) Bilangan ahli/pemegang saham mestilah sekurang-kurangnya 2 orang tetapi tidak boleh melebihi 50 orang pada satu-satu masa. b) Ada kuasa tertentu untuk memindahkan milik saham ahli-ahli. c) Pelawaan pembelian saham atau debentur tidak boleh dilakukan kepada orang ramai. d) Tidak boleh mempelawa orang ramai untuk mendepositkan wang. e) Halangan-halangan ini adalah telah diperuntukan di bawah Seksyen 15(1) Akta Syarikat 1965 dan mesti dinyatakan di dalam Tataurus Syarikat. f) Mesti menggunakan perkataan Sdn. Bhd. atau Sendirian Berhad di penghujung nama perniagaanya.

Kehendak-kehendak wajib bagi syarikat sendirian berhad ialah :-

a) Tataujud Syarikat (Memorandum of Association) b) Tataurusan Syarikat (Articles of Association) c) Modal Saham yang dibenarkan yang berbayar

d) Ahli/Pemegang Saham e) Lembaga Pengarah f) Setiausaha g) Juruaudit h) Pejabat yang didaftarkan i) Materi Syarikat j) Power of Attorney (Surat Kuasa)

15

Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad ialah :a) Mudah mendapatkan modal melalui penukaran hak milik saham. b) Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan. c) Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan

perniagaan. d) Tanggungjawab pemilik/pemegang saham adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja. e) Hayat syarikat terjamin kerana syarikat tidak perlu dibubarkan oleh sebab kematian atau penarikan diri seorang pemegang saham. f) Potensi mengembangkan perniagaan adalah luas. g) Syarikat adalah satu entiti yang berasingan dan oleh itu ia boleh didakwa dan mendakwa di atas namanya sendiri. Kelemahan syarikat sendirian berhad ialah : a) Perjalanan operasi adalah dalam kawalan pendaftar syarikat. b) Saham syarikat tidak boleh dijual beli melalui pasaran saham. c) Berbagai jenis cukai terpaksa dibayar. d) Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit yang bertauliah dan dokumendokumen mestilah lengkap dan dikemaskinikan.

16

PENDAFTARAN PERNIAGAAN Setiap perniagaan yang ingin ditubuhkan di Malaysia adalah tertakluk di bawah peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Bagi perniagaan milikan tunggal dan perkongsian adalah tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1979) manakala bagi perniagaan berbentuk syarikat pula adalah tertakluk di bawah Akta syarikat 1965. Manakala peniagapeniaga yang disebutkan di bawah ini adalah dikecualikan iaitu:1. Penjaja kecil-kecilan seperti pasar malam atau perniagaan bersabit dengan pelancongan atau perniagaan perkhidmatan yang diberi kuasa pada setengah-setengah agensi kerajaan. 2. Syarikat yang telah berdaftar dengan pendaftaran syarikat 3. Perniagaan yang berbentuk perkhidmatan professional seperti Jurutera, Arkitek, Akauntan dan Peguam. Pihak-pihak yang ingin memulakan perniagaan perlu mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

17

PROSEDUR PENDAFTARAN Para pemohon harus terlebih dahulu mendapatkan kelulusan nama dari pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pemohon harus mengisi borang A dalam tempoh 21 hari dari tarikh kelulusan nama perniagaan. Maklumat-maklumat yang perlu diisikan di dalam Borang A ialah: Maklumat berkenaan nama pemohon Tarikh perniagaan bermula Cawangan perniagaan Jenis perniagaan

BIL 1

JENIS PERNIAGAAN

BAYARAN

Perniagaan milik tunggal menggunakan nama RM 30.00 peribadi mengikut kad pengenalan

Perniagaan milik tunggal dan Perkongsian RM 60.00 menggunakan nama dagang

Jadual : Bayaran yang dikenakan semasa pendaftaran Setiap pemohon akan diberikan sijil pendaftaran perniagaan sebaik sahaja selepas mendapatkan kelulusan dari pihak suruhanjaya. Sijil ini perlu diperbaharui dari masa ke semasa. Pemilik perniagaan yang gagal memperbaharui sijil pendaftaran perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 boleh didenda sebanyak RM 50,000 atau dipenjara tidak lebih dari 2 tahun atau kedua-dua sekali.

18

Rajah 1 : Contoh Sijil daftar Perniagaan.

19

PERKARA Carian nama perniagaan

BORANG Mendapatkan kelulusan nama dari SSM -

BAYARAN

1. RM 30 nama peribadi mengikut Kad Pengenalan Mendaftarkan Perniagaan Borang A 2. RM 60 nama dagang Perubahan Maklumat Perniagaan: Perubahan Alamat Perniagaan Perubahan Jenis Perniagaan Perubahan Maklumat Cawangan Perubahan Maklumat Pemilik/Rakankongsi Penamatan Perniagaan BORANG B1

BORANG B2

RM 20.00

BORANG B3

BORANG B4 BORANG C (Notis Penamatan Perniagaan)

Jadual :Proses Pendaftaran Perniagaan Milikan Tunggal Dan Perkongsian

20

PERBEZAAN MILIKAN TUNGGAL, PERKONGSIAN, SYARIKAT DAN KOPERASI

CIRI

MILIKAN TUNGGAL

PERKONGSIAN

SYARIKAT Sendirian Berhad 2 - 50 pemegang

KOPERASI

Bilangan Pemilik

seorang

2-20 pekongsi

saham Awam Berhad 2 tidak terhad.

50 - tiada had

Modal

Pemilik

Pekongsi

Pemegang Saham Dividen kepada pemegang saham Terhad Berterusan Cukai pendapatan syarikat

Ahli Koperasi

Untung/Rugi

Pemilik

Mengikut perjanjian perkongsian Tidak terhad Tidak berterusan Cukai pendapatan perseorangan Perniagaan profesional, firma seperti perakaunan dan audit, klinik.

Dividen di kalangan ahli Terhad Berterusan Cukai pendapatan koperasi

Liabiliti Kewujudan

Tidak terhad Tidak berterusan Cukai pendapatan perseorangan

Cukai

Perniagaan kedai Contoh makanan, runcit, gerai

Bank, kilang

Koperasi sekolah

21

KESIMPULAN

Setelah kajian ini selesai dilakukan, kami dapat mengetahui perbezaan antara jenismilikan perniagaan. Contohnya, perniagaan tunggal atau perniagaan milikan tunggal adalah entiti perniagaan yang paling asas yang hanya melibatkan seorang individu sebagai pemilik. Perniagaan jenis ini mudah ditubuhkan, tidak memerlukan modal yang besar tetapi sukar untuk berkembang.Sesuatu perniagaan tunggal akan terbubar dengan sendirinya apabila pemiliknya meninggal dunia. Perniagaan tunggal juga akan bubar apabila pemiliknya tidak lagi menjalankan perniagaannya.Perbincangan untuk topik perniagaan milikan tunggal ini berakhir di sini. Walau bagaimanapun individu hendak mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan tunggal, dia bolehlah menggunakan Forum untuk mengemukakan pertanyaan.

22

LAMPIRAN

23

RUJUKAN Internet 1) http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-3-entitiperniagaan/ 2) http://www.scribd.com/doc/14090796/jenis-pemilikan-perniagaan 3) http://tatapanminda.wordpress.com/2011/06/29/perdagangan-tingkatan4bab6-pemilikan-perniagaan/

24

You might also like