You are on page 1of 10

Praktikal 2: Taksonomi dan Biokepelbagaian

Tujuan

: Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.

Teori :

Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta tahun dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Biokepelbagaian ini biasanya dikaji pada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesis dan kepelbagaian ekosistem.

Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis.

Pengelasan ialah pembahagian kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. Suatu ciri yang penting ialah nama yang diberikan kepada kumpulan tumbuhan dan haiwan dalan pengelasan prasaintifik. Pengkelompokan tidak didasarkan secara menyeluruh pada morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah digunakan dalam pengenalan, tetapi didasarkan juga pada bau, rasa dan nilai pemakanan. Nama diperlukan sebagai titik rujukan dan pada waktu yang sama di sebalik nama terdapat suatu siri andaian yang banyak bahawa terdapat suatu kumpulan individu yang berkongsi beberapa ciri tertentu yang sama

sehingga satu tumbuhan ditentukan sebagai tergolong dalam spesies yang tersebut maka kemumgkinan besar ia mempunyai ciri ciri yang sama dengan individu dalam spesies itu. Semua organisma di dunia dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang dinamakan alam. Lima alam ini ialah Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia.

TUGASAN Seorang ahli sains telah tiba di bulan dan semasa tempoh lima minit yang diperuntukkan untuknya, beliau telah mengumpul beberapa haiwan dari permukaan bulan. Haiwan tersebut telah dibawa balik ke bumi dan akan menjadi sebahagian daripada kandungan buku Biodiversiti Bulan. Anda diberi tugas membahagikan haiwan bulan kepada kumpulan (spesis) yang berbeza.

Kumpulan dibahagikan kepada lima. Satu set haiwan dikelaskan mengikut spesis masing-masing berdasarkan ciri-cirinya dan dicatat bilangannya. Andaikan mereka semua telah dewasa dan tidak ada perbezaan jantina. Maklumat mengenai habitat dan kelakuannya tidak diperolehi, dan haiwan tersebut dikelaskan mengikut ciri-ciri yang boleh dilihat (morfologi).

Adakah terdapat 29 spesis ataupun ada kumpulan individu yang dikelaskan bersamasama di dalam sesuatu spesis?

Prosedur : 1. Spesis yang telah dikenalpasti dikelaskan kepada lima kumpulan. Satu kumpulan haiwan dikeluarkan dan dikumpulkan dalam satu spesis. 2. Andaian dibuat dengan menyatakan semua spesis adalah pada tahap matang dan tiada perbezaan dapat dilihat diantara spesis jantan dan betina.

Keputusan

Kump. Spesis

Ciri-ciri Umum

Moonmorf

Memiliki abdomen yang 1,16,17,24,27 besar.

Mempunyai

kepala,

mata, tangan dan ekor.

2,3,4,5,12,18,22,23 B Memiliki abdomen badan yang bercorak.

Mempunyai kepala, mata, tangan, kuku, abdomen, jari dan kaki.

6,9,10,11,21 C Memiliki bercorak. tangan yang

Mempunyai kepala, mata, abdomen, ekor. tangan dan

19,20,26,29 D Memiliki abdomen yang panjang.

Mempunyai

kepala,

sesungut dan tangan.

7,8,13,14,15,25,28 E Mempunyai kepala yang berbentuk.

Mempunyai abdomen, ekor.

kepala, tangan dan

HAIWAN BULAN (MOONMORF)

A Mata bercantum 1,15 Mata tidak bercantum 17,24,27 3,12 Tajam Kaki berkuku Tumpul 2,4

B Kaki tidak berkuku Itik 22 Katak 5,18,22 Y 6,11,21

C Bentuk ekor

V 9,10

HAIWAN BULAN (MOONMORF)

D Sesungut dan ekor

E Bentuk kepala U Pendek Panjang 8,13,14 7 25 15 28 Pendek Panjang

Bercantum dan berekor panjang


20

Terpisah dan berekor pendek


19,26,29

Perbincangan

1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat? Mengapa ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain? Sewaktu pengelasan haiwan dibuat, ciri-ciri luaran fizikal diberi keutamaan untuk mengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor seperti jantina dan genetik tidak diperolehi. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah bentuk abdomen, corak pada bahagian tangan, bentuk kepala dan sesungut, jenis kaki, bentuk mata dan juga bentuk ekor. Bentuk badan merupakan ciri yang perbezaan paling utama dan dominan berbanding dengan ciri yang lain. Hal ini kerana bentuk badan memberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain seperti bilangan sesungut, panjang ekor ataupun bentuk kepala. Kesemua haiwan tersebut dibahagikan kepada lima kumpulan spesis iaitu Spesis A, Spesis B, Spesis C, Spesis D dan Spesis E.

2. Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu sama lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesis tersebut? Individu di dalam sesuatu spesis itu mempunyai ciri-ciri sepunya yang hampir sama. Untuk spesis A, haiwan tersebut memiliki bahagian abdomen yang besar, bagi spesis B, mereka memiliki perut yang bercorak, spesis C mempunyai tangan yang bercorak, spesis D pula memiliki abdomen yang panjang dan spesis E mempunyai bentuk kepala yang berbentuk.

3. Apakah yang akan terjadi kepada spesis jika menerima variasi individu yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi individu yang sangat rendah? Jika menerima variasi individu yang sangat tinggi, untuk satu spesis hanya akan mempunyai seekor haiwan yang mewakilinya, manakala jika menerima variasi yang sangat rendah pula satu spesis akan mempunyai bilangan haiwan yang terlalu banyak. 4. Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru?

Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut. 5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu? Variasi pada sesuatu individu itu membolehkan saintis membezakan individu dalam spesis yang sama. Ia juga meningkatkan kebolehan sesuatu spesis untuk bermandiri dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Jika terdapat keperluan dan peluang yang wujud, variasi membolehkan sesetengah individu mengeksplotasi sumber yang ada di habitat yang baru. Variasi merangkumi perbezaan dari segi morfologi, fisiologi, genetik dan mental. Variasi berlaku disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak boleh dikawal. 6. Mengapakah spesis Moonmorf ini dipanggil morfospesis? Sesuatu spesies berbeza daripada yang lain melalui morfologi yang merujuk kepada bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek penampilan fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur dalaman bahagianbahagian seperti tulang dan organ-organ. Spesis Moonmorf dikenali sebagai morfospesis disebabkan spesis tersebut dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan dalam sesuatu spesis. Morfospesis merupakan kaedah tradisi yang digunakan sejak dahulu dalam megelaskan sesuatu spesis. Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis adalah sedikit dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain. Selain itu, variasi geografi selalunya tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini.

7. Jelaskan mengapa spesis tersebut bukan spesis biologikal. Spesis tersebut merupakan bukan spesis biologikal kerana maklumat yang diperolehi amat terhad dan tiada data yang ditemui bagi genetik, jantina, DNA, habitat,

kelakuannya serta maklumat lain yang lebih spesifik dan mendalam. Spesis ini hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat seperti sifat fizikal.

Rujukan Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. (2013, Mac 23). Retrieved Julai 19, 2013, from Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Maklumat_Taksonomi_Bersepadu Carley, L. (2009, Julai 17). Scientific Taxonomy and Earth's Biodiversity. Retrieved Julai 19, 2013, from voices.yahoo.com: http://voices.yahoo.com/scientific-taxonomy-earths-

biodiversity-3786392.html Fenneman, J. (2013). INTRODUCTION TO TAXONOMY. Retrieved Julai 19, 2013, from Electronic Atlas of the Flora of British Columbia:

http://www.geog.ubc.ca/biodiversity/eflora/IntroductiontoPlantTaxonomy.html SUNDERLAND, T. (2013, Mei 2). Why taxonomy is important for biodiversity-based science. Retrieved Julai 19, 2013, from blog.cifor.org: http://blog.cifor.org/8746/why-taxonomy-isimportant-for-biodiversity-based-science/#.Ue1STxKJVoY Systematics, taxonomy, classification. (n.d.). Retrieved Julai 19, 2013, from ridge.icu.ac.jp: http://ridge.icu.ac.jp/gen-ed/classif.html

10

You might also like