You are on page 1of 175

MEE SEGERA Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya

di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat popular di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang kekeringan poket.. Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan

bahawa

individu

yang

alah

kepada

MSG

mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil MSG produk yang tinggi. mengandungi yang

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga risiko dikatakan mampu mempertingkatkan

serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus. Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula

dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak? Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan berkhasiat. 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam dengan makanan lain yang lebih

natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera: Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda. 1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun 3) Kalsium buangan berbanding 100% alkohol rawatan tulen. sisa

Oksida: Digunakan dan dalam

racun

serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma. 7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci

paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene

Glycol: Pelarut

sintetik

yang

dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang. 9) Polydimethylsiloxane:

Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang dalam kalangan kepada hiperaktiviti kanak-kanak;

mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas222.

Ujian rujukan normaUjian rujukan criteria Kuiz PEMERHATIAN Salah satu cara pentaksiran yang dijalankan adalah dengan cara membuat pemerhatian secarasistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodkannya dengan tepat.Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap: TINGKAHLAKU

BERMAINMENGIKAT TALI KASUTBERLARI SAMBIL MELOMPATMENYELESAIKAN MASALAH BERSAMA RAKANMEMBUAT KOLAJ DALAM KUMPULAN PERBUATAN DAN INTERAKSI INTERAKSI MURID DENGAN PERANANBERCERITA DAN JAWABNYANYIAN BAHANMAIN BERSOAL

HASIL KERJA MURID LUKISANTULISANBUKU SKRAPKRAFTANGANBUKU KECILMODEL SOAL SELIDIK Soalan-soalan yang diberikan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara.Contohnya soal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankandalam

bentuk soalan-soalan yang memerlukan jawapan .SKEL ANGKA4 CEMERLANG3 - BAIK2 SEDERHANA1 - PERLU BIMBINGANSKEL ABJAD CEMERLANGB - BAIKC - SEDERHANAD MEMUASKAN MENTAKSIR KEBOLEHAN PEMBELAJARAN ASASPENGAMATAN (penglihatan,pendengaran kinestetik , taktil dan haptic)Konsepsualisasi dan OrganisasiKepantasan pemerosesan maklumatPenglihatan Aspek-aspek yang boleh diperhatikanKeadaan mataMasalah rabunMelihat objek jauhMelihat objek dekatMembezakan saiz, warna,

bentukBoleh membezakan bentuk asal sesuatu bentukKebolehan mengagak jarakKebolehan menyelaras pergerakan mata tangan PENGAMATAN PENDENGARAN Kebersihan telinga dijaga atau tidakAda atau tidakmengalami ciri-ciri masalah pekakAda mengalami pekak konduktif ( tidak mendengar bunyi yang bernada rendah )Kebolehan mengenal bunyiKebolehan mengenal arah bunyiKebolehan mengingat bunyiKebolehan mengulang corak bunyi Petanda-petanda tertentu pelajar yang perlu dirujuk kepada doktor. Mengikut AmericanSpeech-Language hearing association remaja perlu merujuk kepada atau doktor sekiranyaMerasakan orang disekeliling anda mengguman atau pertuturannya adalah tidak jelas,atau anda

hanya mendengar sebahagian sahaja daripada pertuturan berkenaan.Anda sering meminta diulang apa yang diperlukanRakan dan keluarga menyatakan anda tidak dapat mendengar dengan baikAnda tidak respon terhadap sesuatu cerita kelakar kerana anda tidak mendengarsebahagian besar daripada cerita berkenaanAnda terpaka bertanya rakan mengenaai butiran mensyuarat kelas yang anda hadiriOrang lain menyatakan anda bermain permainan muzik dan tv terlalu kuatAnda tidak mendengar deringan telepon atau loceng pintuTahap masalah pendengaran1. biasa-10 sehingga + 15 decible2. kehilangan pendengaran minima16 hingga 25 decible3. ringan26 hingga 40 decible4. sederhana41 hingga 55 dicible

5. sederhana hingga teruk56 hingga 70 decible6. teruk71 hingga 90 decible7. sangat teruk91 deciblePENGAMATAN KINESTETIKKebolehan menyatakan objek yang disentuhKebolehan membezakan saiz objek yang disentuhKebolehan menyatakan permukaan yang disentuhKebolehan membezakan bau yang dihiduKebolehan membezakan rasaPENGAMATAN taktilKecacatan motor kasar dan motor halusAda atau tidak mengalami masalah dalam mengendalikanmotor kasar dan motor halusKebolehan melompatKebolehan berlariKebolehan merangkakKebolehan bergerak bebas

ISU PENGLIBATAN IBU BAPA PENDIDIKAN KHAS Isu Penglibatan Ibu bapa:

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007). Ianya mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan afektif. Ada segelintir ibu bapa malu mempunyai anak yang ada kad OKU dan tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka terpaksa memikul beban seumur hayat mereka dengan jenama OKU tersebut. Sebahagian Ibu bapa beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar bersungguh-sungguh kerana mereka sedar anak mereka memang begitu. Memadai hanya pergi ke sekolah , bergaul dengan rakan dan ibu bapa boleh membuat tugas lain sementara anak ke sekolah. Itulah tanggapan yang paling pahit untuk

dterima oleh seorang guru Pendidikan Khas. Perasaan kasih sayang itu bertukar kepada kasihan maka sebab itu anak mereka tidak dapat menunjukkan perkembangan dan kebolehan yang sebenar mengikut keupayaan mereka. Kesibukan ibu bapa sehingga mengurangkan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak mereka. Bosan menghantar anak mereka ke sesi terapi yang pada mereka tidak membawa makna apa-apa. Pada hal mereka tidak menyedari perkembangan yang berlaku pada anak-anak mereka. Malahan ibu bapa tidak menjalankan sesi tersebut di rumah secara berterusan . Ada juga sebahagian daripada mereka tidak memberikan sokongan dan idea kepada program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Program permuafakatan

sebagai medan berbincang dan bertukar pendapat cuma dianggap satu pembaziran masa yang dianggap tidak bermakna oleh mereka. Maka oleh yang demikian ada sebahagian ibu bapa tidak mendapat maklumat yang secukupnya dari pihak sekolah. Guru menghadapi kesukaran untuk mendedahkan keupayaan anak mereka dalam pelbagai aspek. Ini kerana mereka hanya melihat ketidakupayaan anak mereka dari satu sudut sahaja. Kurang kesedaran dalam ibu bapa kerana kebanyakan anak-anak Pendidikan Khas ini terlalu dimanjakan sehingga tidak pandai mengurus diri dengan baik. Masih ada ibu bapa tidak percaya dengan keupayaan guru-guru menguruskan anak-anak mereka sehingga sanggup tunggu bersama di sekolah hanya semata untuk memberikan makanan dan menghantarkan ke tandas. Pihak sekolah sebenarnya boleh menolak

penempatan anak mereka sekiranya mereka tidak boleh mengurus diri dengan baik. Ibu bapa terlalu bergantung kepada pihak sekolah dalam aspek pengurusan diri. Ini sedikit sebanyak telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semasa ketiadaan khidmat pembantu pengurusan murid dulu, semua tugas tersebut terpaksa dilakukan oleh guru-guru Pendidikan Khas. Maka timbul pula isu di mana guru-guru Pendidikan Khas hanya mengasuh murid sahaja bukannya mengajar seperti guru lain. Selain daripada itu, ada dalam kalangan mereka telah menyalahgunakan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Kelengkapan sekolah anak tidak disediakan dengan secukupnya dan anak kerap tidak hadir ke sekolah. Sikap yang

sedemikian akan membantutkan usaha guru memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka. Kebanyakkan juga ibu bapa tidak menitikberatkan pengetahuan asas agama kepada mereka. Anggapan bahawa mereka ini tidak mengetahui apaapa tentang mempelajari agama adalah silap . Ini kerana adalah satu kewajiban bagi ibu bapa memberikan pendidikan agama supaya mereka dapat membezakan dosa dan pahala serta perkara baik dan buruk.

Cadangan mengatasi: Pihak sekolah dan PIBG perlu berusaha mengatur program yang mampu memberikan kesedaran dan keinsafan

kepada ibu bapa dan penjaga tentang amanah yang telah Allah kurniakan kepada mereka. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa sangat penting dalam merancang proses pembelajaran yang berterusan . Selain itu juga, ibu bapa perlu diberi kursus khas oleh pihak badan bukan kerajaan atau pun pihak kerajaan bagi memantapkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan di rumah. Hal ini kerana, pengetahuan yang diberi ini akan memudahkan ibu bapa mengajar anak-anak mereka dengan metodologi yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan anak-anak mereka. Ibubapa tidak perlu merasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Adalah digalakkan ibu bapa melibatkan diri dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan masalah

anak,contohnya Persatuan Syndrome Down, NASOM dan lain-lain lagi. Tindakan ini akan mendedahkan ibu bapa kepada perbincangan dengan ibu bapa lain yang mempunyai masalah yang hampir sama dengan apa yang ditanggung oleh ibu bapa iaitu berkisar dari masalah kesihatan, perkembangan anak dan pendidikan anak-anak. Hal ini akan memberi rasa kelegaan dan idea baru dalam mendidik anak-anak khas anda. Ibu bapa perlu banyak berbincang dengan professional perubatan seperti dokor di hospital atau para-profesional yang lain seperti ahli psaikology, jurupulih cara kerja atau audiology. Ibu bapa digalakkan membuat dairi atau catatan perkembangan sesuatu peringkat perkembangan anaknya. Seterusnya berbincang dengan pihak perubatan atau kesihatan dan maklumkan perkembangan yang telah anak anda capai. Maklumat yang terperinci boleh membantu pihak

doktor membuat analisa tentang masalah perkembangan anak. Gunakan kesempatan masa berjumpa doktor yang terhad dengan memberi maklumat yang boleh membantu ibu bapa ke arah didikan atau terapi yang merangsang pertumbuhan fizikal atau minda yang selari dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain itu ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak bekeperluan khas ini. Mereka memerlukan lebih perhatian dan bimbingan yang berterusan supaya menjalani kehidupan yang kebih bermakna. Ilmu agama itu sangat penting kepada mereka kerana adalah tugas ibu bapa mendidik anakanak mereka menjadi anak yang soleh dan memahami peratutan-peraturan dalam hidup. Pendedahan mengenai cara menguruskan kanak-kanak berperluan khas juga perlu

diajar dan diberi dengan padat dan mapan kepada ibu bapa. Hal ini mampu memberi ilmu dan pengetahuan yang berguna kepada ibu bapa berkenaan. Apabila ibu bapa sudah tahu mengurus dan memahami anak mereka yang istimewa ini, maka perasaan terbeban dengan karenah anak mereka ini akan menjadi kurang dan sebaliknya mereka akan merasakan sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab yang harus dijalankan dengan hati yang mulia dan murni. ISU SOKONGAN PIHAK SEKOLAH KEPADA PROGRAM PPKI Isu Sokongan Pihak Sekolah. Sokongan dari pihak pentadbiran memberikan makna yang besar kepada guru-guru dan murid-murid masalah

pembelajaran. Kita mengakui kecemerlangan akademik sangat penting dalam melonjakkan prestasi sekolah secara keseluruhannya. Namum demikian kadangkala pihak pentadbiran terlupa bahawa kecemerlangan boleh datang dalam pelbagai rupa bukan hanya fokus kepada akademik sahaja. Persepsi negative melingkari keseluruhan Program Pendidikan Khas Integrasi. Pihak sekolah selalu menuding jari kepada guru-guru Pendidikan Khas kerana gagal melahirkan murid-murid yang boleh manaikkan nama sekolah. Malahan menganggap kehadiran mereka tidak memberi makna dalam kepimpinan mereka. Guru Besar dan pentadbir lain sedikit sebanyak telah dimaklumkan mengenai program Integrasi ini. Malahan pihak Jabatan Pelajaran Negeri sentiasa menyebarkan maklumat melalui seminar dan mesyuarat di

peringkat daerah dan negeri. Namun begitu masih ada dalam kalangan mereka sengaja tidak mahu faham dan memberi tanggapan negatif kepada guru-guru Pendidikan Khas. Malahan mereka sanggup meminta guru Pendidikan Khas meninggalkan kelas mereka dan menggantikan guru yang tidak hadir di kelas aliran perdana. Anggapan bahawa murid-murid Pendidikan Khas tidak penting kerana bilangan mereka sedikit dalam satu kelas jika dibandingkan dengan aliran perdana. Pihak pengurusan sekolah juga sering menyalahgunakan peruntukan kewangan Pendidikan Khas. Kemudahan kemudahan yang sepatutnya diutamakan dalam kelas Pendidikan Khas diabaikan. Kebijaksanaan pihak pengurusan menggunakan peruntukan tersebut mengikut peraturan-peraturan kewangan tanpa ada keraguan. Tetapi sebenarnya

wang yang diperolehi tidak digunakan untuk Pendidikan Khas. Berbagai-bagai aktiviti dan projek mega yang dijalankan dengan menggunakan peruntukan Pendidikan Khas. Murid-murid Pendidikan Khas yang terencat akal ini tidak perlu berbelanja banyak kerana ianya tidak mendatangkan hasil kepada kecemerlangan sekolah. Pihak pengurusan sekolah juga memberikan layanan kelas kedua kepada program inklusif kerana mereka bimbang tidak dapat mencapai target seperti yang diharapkan sekiranya murid-murid Pendidikan Khas menduduki peperiksaan awam. Kebanyakan mereka sukar menerima hakikat bila ada murid Pendidikan Khas yang lebih baik daripada murid aliran perdana. Mereka sukar menerima jika ada murid Pendidikan Khas yang boleh mengambil peperiksaan UPSR. Bimbang sangat prestasi sekolah akan

jatuh hanya semata murid Pendidikan Khas menduduki peperiksaan. Sedangkan selama ini prestasi sekolah tidaklah cemerlang mana pun. Selain daripada itu pihak sekolah memberikan beban tugas yang sangat berat kepada guru-guru Pendidikan Khas. Ini semua hanya kerana bilangan muridnya sedikit dan keadaan murid tersebut menyebabkan mereka merasakan murid Pendidikan Khas ini tidak perlu diajar dengan bersusah payah. Oleh sebab itu tugas membawa murid keluar dalam aktiviti kokurikulum semuanya terbeban atas bahu guru Pendidikan Khas. Kesannya mereka selalu tinggalkan kelas dan lebih fokus kepada tugas lain. Sedangkan mereka lupa bahawa mereka telah dibayar elaun lebih untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas.

Cadangan mengatasi: Semua guru Pendidikan Khas tidak perlu putus asa, anggaplah persepsi negatif guru besar itu sebagai satu cabaran. Pulihkan martabat diri dengan berusaha lebih gigih dan ikhlas. Lakukan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komited supaya mereka menyedari bahawa guruguru Pendidikan Khas lebih cemerlang dalam segala aspek. Berikan kerjasama yang sebaiknya supaya mereka yang menyisihkan Pendidikan Khas akan malu sendiri. Kesanggupan guru Pendidikan Khas menjalankan pelbagai tugas membuktikan kemampuan dan kecemerlangan yang tidak dapat dilakukan oleh guru lain. Pihak sekolah (guru besar, guru dan murid) perlu menerima secara positif murid-murid tersebut dan membenarkan mereka belajar menurut tempoh dan kemampuan masing-masing. Mereka mempunyai hak

yang sama untuk mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap optimum. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri tidak boleh lepas tangan dalam hal ini. Sekiranya guru-guru sanggup berhadapan dengan pelbagai situasi maka mereka perlu selangkah ke hadapan memberi pengetahuan dan makluman supaya tidak berlaku salah faham lagi. Pihak pentadbir sendiri perlu ada kesedaran dan bersikap positif terhadap Pendidikan Khas kerana mereka juga mempunyai hak untuk mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain. Kecacatan bukan satu penghalang untuk mendapatkan pendidikan kerana mereka semua boleh dididik dengan apa cara sekalipun.

Kewujudan program-program Pendidikan Khas di sekolah biasa, merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh guruguru kelas dan pentadbir di sekolahsekolah biasa (Marozas dan May, 1988). Sikap positif semua personal memainkan peranan penting bagi mewujudkan program percantuman Pendidikan Khas yang efektif. Di sini, guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas. Paling utama sekali ialah peranan Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan satu sumber kuasa secara dokumentasi dan jelas mengenai peranan sekolah dan pentadbir lain yang mempunyai program integrasi. Juga di peringkat kementerian juga perlu mengambilkira pengalaman seseorang

pegawai dalam bidang Pendidikan Khas supaya mereka lebih memahami dan mempunyai jiwa terhadap keperluan Pendidikan Khas.

Isu Pendidikan Inklusif. Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996) Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajarpelajar berkeperluan khas di sekolahsekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran,

pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996). Ramai yang tidak faham mengapa murid Pendidikan Khas perlu belajar bersama dengan murid aliran perdana. Guru Pendidikan Khas dibayar elaun untuk mengajar mereka . Anggapan itulah yang selalu didengariatas alasan tidak mahu menerima hakikat bahawa murid pendidikan Khas belajar bersama dengan murid aliran perdana. Kebanyakan guru yang tidak faham merasa terbeban kerana kehadiran murid tersebut didalam kelas

mereka. Selalu timbul persoalan kenapa guru Pendidikan Khas sendiri tidak mengajar anak murid mereka, kenapa perlu dihantar ke kelas aliran perdana dan pelbagai persoalan lagi. Kadangkala tekanan yang hebat juga diterima dari pentadbir yang langsung tidak membenarkan program inklusif dijalankan. Dasar yang telah ditentukan dalam Akta Pendidikan ini tidak memberi banyak makna kepada guru Pendidikan Khas kerana tekanan yang mereka diterima lebih menyakitkan. Persepsi negatif dalam kalangan pentadbir menjadi duri kepada guru-guru Pendidikan Khas meneruskan agenda pendidikan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ramai antara rakan kami tidak inklusifkan murid mereka kerana tidak sanggup menghadapi tekanan yang sedemikian.

Masalah lebih berat lagi jika ada guru aliran perdana yang tidak mahu menerima murid inklusif tersebut kerana mereka sudah ada target dan tov untuk murid mereka. Bagi kebanyakan guru aliran perdana sukar menerima mereka kerana terpaksa menyediakan pelaporan dan dokumentasi. Bagi guru Pendidikan Khas cabarannya ialah terpaksa mengajar dengan menggunakan dua sukatan yang berbeza. Sukatan aliran perdana untuk murid inklusif dan sukatan alternatif bagi murid Pendidikan Khas. Modifikasi dalam sukatan tersebut tidak menjadi masalah sebenarnya , guru Pendidikan Khas sanggup menyahut cabaran tersebut asalkan murid berjaya. Namun demikian isunya tidak tamat begitu sahaja. Timbul pulamasalah pemberian markah dan kewibawaan guru Pendidikan Khas dipertikai dalam menyemak kertas soalan dan kelayakan memberi markah mengikut skema mereka.

JIka markah tinggi guru Pendidikan Khas dikatakan memberi jawapan dan membantu murid dalam peperiksaan. Begitulah tanggapannya seolah murid Pendidikan Khas tidak layak belajar apaapa pun dan guru Pendidikan Khas tidak ada kelayakan sebagai seorang guru. Malahan paling menyedihkan hak murid untuk mendapatkan masa tambahan dalam peperiksaan dinafikan kerana tenaga guru Pendidikan Khas juga digunakan dalam peperiksaan aliran perdana. Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah bersikap negatif terhadap pendidikan inklusif. Penerimaan guru aliran perdana terhadap murid yang belum didiagnosis lebih positif berbanding murid yang sudah dilabel dengan sesuatu masalah.

Cadangan mengatasinya: Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajarpelajar berkeperluan khas di sekolahsekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996) Penambaikannya bergantung terhadap sokongan dan komtmen pihak sekolah sendiri. Pihak pentadbiran perlu

menunjukkan kesungguhan terhadap program inklusif dan kemudian barulah guru-guru aliran perdana yang terlibat akan rasa bertanggunjawab dengan murid Pendidikan Khas. Pihak sekolah juga perlu merasakan bahawa murid inklusif ini juga akan membantu menaikkan prestasi sekolah. Dengan demikian mereka juga akan turut fokus kepada murid inklusif . Keperluan pendidikan pelajar-pelajar berkeperluan khas berorientasikan kepada komuniti sebenar. Mereka sememangnya berhak untuk belajar seiring rakan-rakan normal yang sebaya dengan mereka di sekolah- sekolah biasa. Guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas.

Kementerian Pendidikan, (1997) menyebut satu program bagi pendidikan murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa yang dinamakan program inklusif. Pendekatan integrasi dilaksanakan iaitu kanak-kanak ketidakupayaan belajar bersama-sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka (LynGow 1990) Guru pendamping memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana bekerjasama dan saling membantu dalam membantu meningkatkan prestasi murid. Guru pendamping harus bersikap positif dan professional, tidak mudah marah dan serta mempunyai kesabaran yang tinggi. Komitmen yang ditunjukkan akan memberi ruang dan masa untuk guru-guru aliran perdana menghormati sikap dan pendirian

guru pendidikan khas. Dalam pelbagai aspek kita sebagai guru pendamping tidak perlu terlalu berkira dalam menjalankan tanggungjawab. Sekiranya guru aliran perdana boleh menerima baik anak murid kita maka janganlah kerana kebaikan itu kita mengambil kesempatan yang tidak professional. Guru-guru Pendidikan Khas perlu menjaga hubungan baik dengan guru-guru aliran perdana supaya maklumat-maklumat mengenai pendidikan inklusif dapat disampaikan dengan jelas . Mereka perlu diberi pengetahuan bagaimana perjalanan program inklusif tersebut dan kenapa program tersebut perlu dijalankan. Apabila diberi ruang dan peluang seperti yang dikehendaki maka perbuatlah dengan bersungguh-sungguh agar mereka tidak memandang mudah kepada tugas dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas.

GARIS PANDUAN PELAKSAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

INKLUSIF

1.0 APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF? Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994). Abraham, Morris and Wald (1993): one in which children with and without disabilities learn and play together. Bowe (1995): an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in

rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities. 2.0 PENCALONAN Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khasyang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh : 1. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana 2. Bersosialisasi 3. Menduduki peperiksaan awam 3.0 KONSEP DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF Berkaitan dengan pendemokrasian pendidikan dan konsep keadilan kepada:

i. ii. iii. iv.

Kanak-kanak persamaan

mempunyai

banyak mengajar

Agen yang baik boleh semua jenis kanak-kanak.

Semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualit pendidikan yang tinggi. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid/childcentered. 4.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN INKLUSIF. I. Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yg sama dalam pendidikan. II. Menempatkan pelajar pendidikan khas ini daalm persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuknya. III. Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam

semua aspek kurikulum dan kokurikulum sejak dari awal. IV. Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan rakan-rakan yang normal. V. Membolehkan mereka berdikari mengikut kelaziman normal. hidup orang

VI. Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

5.0 PENEKANAN INKLUSIF

DALAM

PENDIDIKAN

I. Pemupukan budaya ilmu, iaitu melalui amalan membaca berfikir, berkarya dan belajar. II. Penerapan nilai-nilai murni. III. Pendidikan teknik dan vokesional spt pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajaran Reka Cipta. IV. Pendidikan sains teknologi penguasaan bahasa lain. V. Pemupukan keusahawanan. budaya niaga serta &

VI. Menanam semangat kenegaraan melalui sifat patriotisme dan perpaduan. VII. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer.

6.0 PERLAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF.

I. Fleksibel dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian kurikulum mengikut aras dan keupayaan pelajar. II. Berasaskan kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke kompleks. III. Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi. IV. Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya tahan. Sediakan aktiviti P&P yg menarik. V. Berikan penekanan kurikulum bersepadu. kepada

VI. Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph adalah sama. VII. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas keputusan mesyuarat . mengikut

VIII. Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. IX. Pelajar berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di program pendidikan inklusif. X. Penilaian: Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian formatif dan sumatif dari aspek:

a. Tingkah laku b. Sosial c. Akademik Pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program pendidikan inklusif. Pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.

7.0 BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF 7.1

Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa

pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa. Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam 7.2 Pendidikan Separa Inklusif

Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas. Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa. Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestas atau RPI oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau sebaliknya.

8.0 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF 1.Model A Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan

pengubahsuaian kurikulum dan strategi P&P. 2.Model B Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas. 3.Model C Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/BilikResos/ Pusat Sumber. 4.Model D Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelasSatellite di sekolah biasa.(OctopusModel) 5.Model E Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas. 6.Model F Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

9.0 KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF

1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan. 2. Dapat berinteraksi pelajar normal. dengan semua

3. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu. 4. Semua pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos. 5. Meningkatkan kerjasama pentadbir dengan guru-guru. antara

6. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah. 7. Memungkinkan pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat. 8. Menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas

untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan. 10.0 KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF I. Kurangnya tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas. II. Guru mata pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada pelajar pendidikan khas. III. Pelabelan terhadap pelajar pendidikan dalam kalangan rakan sebaya dan guru aliran perdana. IV. Sikap guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi kerjasama. V. Kurangnya komitmen antara guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas.

VI. Pelajar pelajar pendidikan khas belum bersedia sepenuhnya dalam pnp kelas inklusif. VII. Kurang penyeliaan dari pihak pentadbiran. VIII. Kurang kerjasama dari ibu bapa. yang besar dalam IX. Jurang kurikulum . 11.0 GARIS INKLUSIF

PANDUAN

PELAKSANAAN

Peranan Dan Tanggungjawab A. Pengetua/Guru Besar i. Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah. ii. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif. iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif.

iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan programpendidikan inklusif di sekolah. v. Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid programpendidikan inklusif di sekolah. vi. Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah. vii. Merancang Program Motivasi pendidikan inklusif. dan melaksana murid program

B. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK) i. Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah.

ii. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif. iii. Bertanggungjawab Polisi dan Objektif . terhadap

iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah. v. Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan pelajar program pendidikan inklusif di sekolah. vi. Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah. vii. Merancang dan Program Motivasi program pendidikan inklusif. B. Guru Kelas melaksana pelajar

i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif . ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa . iii. Menerima berkeperluan khas. iv. kemasukan pelajar

Membuat penilaian.

v. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas. C. Guru Mata pelajaran i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif . ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa . iii. Menerima berkeperluan khas. iv. kemasukan pelajar

Membuat penilaian.

v. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas. C. Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing) i.Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif . ii.Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru mata pelajaran. iii.Mengenalpasti kesediaan pelajar berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra inklusif. iv.Merancang dan melaksanakan P&P di pra inklusif v.Menilai mengambil sewajarnya. pelaporan prestasi tindakan susulan dan yang

vi.Membimbing pelajar berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas Pendidikan Khas semasa dan selepas

pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana. vii.Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada pelajar berkeperluan khas selepas pengajaran dan pembelajaran di aliran perdana. viii.Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan penempatan ke progran pendidikan inklusif. D. Murid Berkeperluan Khas i. Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). ii. Tiada masalah tingkah laku berat. iii. Bersedia belajar di kelas aliran perdana. iv. Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik.

E. Rakan pembimbing i. Menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kelas. ii. iii. Rakan Pembimbing. menjadi role model.

F. Ibu bapa i. Memberi sokongan moral terhadap pelajar berkeperluan khas. ii. Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas. iii. Membantu pelajaran di rumah. mengulangkaji

iv. Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif. 12.0 PRA INKLUSIF DI KELAS PENDIDIKAN KHAS

Pra Inklusif merupakan penempatan sementara pelajar berkeperluan khas sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek : 1. Kurikulum perdana 2. Masa pembelajaran 3. Asas kemahiran

13.0 MESYUARAT JAWATANKUASA INKLUSIF 1. Ahli jawatankuasa inklusif terdiri daripada: a. Pengerusi: Pengetua/Guru Besar b. Naib pengerusi: Guru Penolong Kanan Kurikulum/Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas c. Setiausaha: guru pendidikan khas d. Ahli jawatankuasa: i. Guru kelas

ii.

Guru mata pelajaran pembimbing bimbingan (guru dan

iii. Guru pendidikan khas) iv. kaunseling v. Guru

Ibu bapa / penjaga yang

2. Menetapkan kelas sesuai berdasarkan pencapaian pelajar berkeperluan khas.

3. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa 4. Merancang dan membina instrumen penilaian. 5. Menetapkan mata pelajaran bersesuaian bagi pelajar berkeperluan khas dalam pendidikan separa inklusif. yang

program

14.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF 14.1 Sebelum Program 1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif . 2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan pelajar berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. 3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang akan mengikuti Program Inklusif. 4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM . 5. Penolong Kanan Pendidikan Khas

mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar pelajar Pendidikan Khas tersebut. 6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa. 7. Membuat perjumpaan dengan semua pelajar yang berkenaan. 8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas pendidikan khas. 9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana. 10. Penolong kanan PPKI memaklumkan

pada semua pelajar aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal.Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan. 11. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guruguru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka. 12. Kedudukan pelajar berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya. 13. Semua mata pelajaran wajib diinklusifkan. 14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.

15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif atau kelas pendidikan khas. 14.2 Semasa Program 1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa. 2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan. 3. Pelajar pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan pelajar lain. Semua pelajar khas digalakkan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. 4. Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu

mengajar yang sama dengan pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama . Pelajar pemdidikan khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan pelajar pendidikan Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan. 6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi, pelajar pendidikan khas ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pelajar lain dan boleh bersosialisasi dengan aktif .Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah. 7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guruguru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran pelajar pendidikan khas.

14.3 Selepas Program 1. Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi. 2. Penilaian keberkesanan program terhadap pelajar pendidikan khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat. 3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar. 4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga. 5. Keputusan peperiksaan pejar Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas PPD dan JPN. 15.0 Program Mentor Mentee 1. Program Mento Mentee diadakan bagi

membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran . 2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada pelajar. 3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang diperlukan dan mengadakan kelas tambahan serta semasa sesi menjalankan RPI. 4. Guru pendidikan khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumat bagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar. 5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar pendidikan khas yang terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang.

ISU PROFESIONALISMA GURU PENDIDIKAN KHAS Suatu masa dulu isu kekurangan guru dalam Pendiidkan Khas begitu ketara sekali. Jabatan Pelajaran pernah membuka iklan secara terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengajar ke kelas Pendidikan Khas. Malangnya sambutan yang diterima sangat mengecewakan. Kalau ada pun yang dihantar ke kelas Pendidikan Khas ketika itu adalah guru-guru yang bermasalah kesihatan, disiplin, dan guru yang dianggap tidak berguna dalam aliran perdana. Kesannya sangat meningglkan beban dalam kelas Pendidikan Khas kerana bertentangan dengan kehendak dan keperluan murid. Bagaimana seorang guru dapat membentuk diri murid Pendidikan Khas sedangkan mereka sendiri bermasalah dan tidak boleh memperbaiki diri sendiri. Maka

lagilah orang sekeliling memandang sinis kepada Pendidikan Khas dengan anggapan murid dan guru adalah sama sahaja. Ada juga sebilangan kumpulan guru menawarkan diri untuk mengajar kelas Pendidikan Khas bukan kerana minat tetapi kerana hendak melarikan diri daripada beban tugas di aliran perdana. Mereka menganggap di kelas Pendidikan Khas tidak banyak tugas yang perlu dilakukan. Namum demikian setelah menjadi warga Pendidikan Khas barulah mereka menyedari hakikat sebenarnya yang dialami oleh guru-guru Pendidikan Khas selama ini. Maka tiak hairanlah ada yang mohon kembali semula ke aliran perdana atau bertukar sekolah sebagai guru akademik.

Berikutan dengan kekurangan guru tersebut maka, Kementerian Pelajaran telah membuka peluang kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Pendidikan Khas mula menerima guru-guru KPLI ini yang datang dari pelbagai opsyen. Sedikit sebanyak guru-guru lama merasa agak lega kerana persepsi mungkin akan berubah bila Pendidikan Khas mula diajar oleh guru berijazah. Kita tidak menafikan ada sebahagiannya sangat komited tetapi bilangan itu sangat sedikit jika dibandingkan dengan pelbagai masalah lain yang timbul selepas itu. Tidak berminat , terpaksa mengajar juga kerana tiada pekerjaan , tidak boleh memberikan komitmen sepenuhnya dan gagal mengajar dengan baik adalah antara yang menjadi masalah utama dalam Pendidikan Khas. Tempoh masa yang diperuntukan untuk melatih mereka ini sangat tidak relevan untuk menjadi

seorang guru lebih-lebih lagi guru Pendidikan Khas. Kurangnya pengetahuan dan pengalaman menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berkesan dan ada sebahagiannya merasa tidak selesa bersama dengan murid Pendidikan Khas. Inilah kesannya daripada temuduga yang dijalankan secara tidak telus. Ramai pegawai atasan menggunakan kuasa mereka memilih saudara- mara atau ahli keluarga menceburi bidang ini kerana opsyen yang mereka miliki menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan lain. Campurtangan yang sedemikian juga melahirkan ramai guru Pendidikan Khas yang hanya makan gaji dengan pendidikan tetapi mempunyai komitmen lain seperti perniagaan dan sebagainya. Seolah olah mereka tidak mamapu berbuat apa dan setiap hari hanya menunggu masa untuk balik sahaja sama

seperti murid Pendidikan Khas. Jika dulu guru-guru lama membuat semua perkara dengan sendiri termasuk bahan bantu mengajar dan pengurusan kelas. Kumpulan guru baru yang ada sekarang sangat terhad pengalamannya kerana semua kerja-kerja yang sepatutnya tugas guru di serah kepada pembantu pengurusan murid. Maka lahirlah guru-guru yang tidak berkualiti dan tidak mampu mengurus dengan baik. Mereka juga gagal mewujudkan hubungan baik dengan guru-guru lama dan tidak mahu belajar atau bertanya mengenai proses pengajaran yang berkesan. Ini kerana jelas mereka sangat kekurangan kemahiran dan pengetahuan ilmu keguruan. Mereka kurang berjaya mengaplikasikan strategi dan pendekatan yang sesuai dengan murid Pendidikan Khas. Mereka juga cepat berputus asa dengan murid dan bersikap kurang sabar

serta cepat jemu. Maka oleh sebab itu guru-guru yang sedemikian lebih fokus pada tugas-tugas lain seperti kokurikulum dan sebagainya. Guru pendidikan khas merupakan guru yang dianggap guru yang paling mudah bekerja. Tidak perlu menyemak soalan yang berlambak, tidak perlu memikirkan strategi untuk murid lulus cemerlang, dan hanya terdapat beberapa orang murid sahaja di dalam kelas. Mungkin tekaan itu betul jika guru tersebut mengambil mudah apa yang akan diajar kepada murid pendidikan khas, namun tidak mudah sekiranya guru tersebut benar - benar ingin mengajar muridnya berilmu dan menerima sesuatu apabila hadir ke sekolah setiap hari. Maka semua tugas-tugas penting dipertanggungjawab kepada guru Pendidikan Khas. Kesibukan dan beban tugas yang bukan hakiki menyebabkan

perhatian ke atas murid dan Pendidikan Khas terabai dan terbiar.

kelas

Guru Pendidikan yang bertanggungjawab akan pandai membahagikan masa dengan baik dan tahu mana satu tugas yag perlu diutamakan. Tetapi ada juga Pendidikan Khas yang mengambil kesempatan dengan menumpukan sepenuhnya pada tugas-tugas luar selama beminggu-minggu tanpa rasa bersalah terhadap murid Pendidikan Khas. Ini memberi kesan kepada guru-guru Pendidikan Khas yang lain merasa tertekan kerana terpaksa bersama murid sepanjang masa tanpa mengukit giliran jadual. Cadangan mengatasi: Bagi meningkatkan profesionalisma guruguru Pendidikan Khas pihak sekolah,

Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri perlu merangka programprogram atau kursus serta bengkel bagi menambah input input yang sesuai dengan program pendidikan. Ianya juga perlu dilihat dari aspek agama atas segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada semua golongan guru. Guru perlu memiliki pengetahuan profesional yang serdahana bagi melaksanakan tugas sebagai guru dengan jayanya. Pengetahuan profesional ini perlu bagi memandu pemikiran guru dan bertingkah laku di dalam bilik darjah dan keputusan tentang pembelajaran dan pengajaran, kurikulum dan fenomena bilik darjah. Sejajar dengan ini, guru seharusnya sentiasa mengemaskini perkembangan pendidikan diri dengan bacaan dan inkuiri diri yang meluas terutama bidang kepakaran masing-masing. Guru juga disarankan mengamalkan ciri-ciri

penyelidikan profesion yang sentiasa berkembang. Penyelidikan membawa kepada inovasi dalam pendidikan diri seorang profesional. Guru perlu menganjak dan merubah paradigma melalui amalan penyelidikan yang kukuh. Guru bersikap terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang menyulitkan tentang sebab-sebab dan hubungan sebab musabab melaksanakan tugas ini. (Prof. Madya Dr. Salleh Abd. Rashid) Guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pegetahuan pedagogi am,pengetahuan kurikulum, pengetahuan konten pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri ,pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan.

Pemilihan dan pengambilan guru pelatih perlu diperketatkan lagi dengan mengambilkira aspek personalti,minat,latar belakang dan kegiatan luar. Ini memberi ruang kepada institusi perguruan membentuk insan guru yang berkualiti dan boleh melaksanakan dasar-dasar negara. Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan guru dapat bertugas dengan dedikasi dan telus. Pemantauan perlu dijalankan secara sitematik dan berterusan supaya guru sentiasa berusaha dengan lebih cemerlang dan berkualiti. Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan ilmu pedagogi tidak mencukupi. Mereka perlu diberi tempoh masa yang lebih lama supaya mereka

dapat mempelajari tenik-teknik pendekatan dalam pengajaran. Dicatat oleh CIKGUSUE PKHAS di 05:46

dan

Isu isu pendidikan khas

1. su-Isu Dalam Pendidikan Khas 1.1 Isu: Program Intergrasi/ Pelabelan dan Pengasingan Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun 1997. Program Pendidikan

Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman. Program ini menempatkan murid kelas khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa (Dr Abdullah Yusoff,2007). Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan keperluan khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin. Walaupun harapan kerajaan semasa mewujudkan intergrasi ini adalah untuk mengintergrasikan murid khas dan murid normal, namun kajian Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati intergrasi sosial di kalangan murid khas dan murid normal berada pada tahap yang rendah atau minima. Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat beberapa isu yang timbul. Melalui pemerhatian di Sekolah A, didapati terdapat beberapa isu yang

boleh dikupaskan dalam program intergrasi yang dijalankan di sekolah ini. Antara contoh-contoh isu yang berbangkit dalam program intergrasi ini ialah murid-murid berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu rehat yang berlainan daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial antara murid-murid berkeperluan khas dengan normal ini. Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain mereka sahaja. Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang normal tidak dapat mengenali dan memahami murid-murid yang istimewa ini. Akibatnya muridmurid yang normal ini tidak mampu memahami murid-murid bekerpeluan khas ini dengan sebaiknya. Isu mengenai pelabelan pada hari ini masih ketara terutama pada golongan anak kurang upaya ini. Definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi

keempat, pelabelan bermaksud mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelabelan juga diertikan sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap sesuatu perkara. Isu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di negara kita. Perkara sedemkian juga wujud di sekolah yang saya telah jalani praktikum yang lalu. Hal ini

2. kerana terdapat murid-murid normal yang memanggil kanak-kanak sindrom down sebagai orang yang cacat yang mempunyai mata yang sepet. Mereka menggelarnya sebagai orang sepet. Keadaan ini boleh menyebabkan kanak-kanak sindrom down tadi berasa rendah diri dan tidak akan selesa berada di persekitaran sekolah. Berkenaan dengan isu pengasingan

pula terdapat pelbagai jenis pengasingan yang berlaku terhadap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Mereka seringkali diletakkan sebagai kumpulan yang asing di sekolah. Menurut kamus Dewan dan Bahasa dan Pustaka ,pengasingan bermaksud perihal atau perbuatan yang mengasingkan atau pun melibatkan pemisahan.(edisi keempat). Pengasingan dalam Pendidikan Khas bermaksud kanak-kanak pendidikan khas diasingkan dari kanak- kanak normal di dalam sistem pendidikan dan juga dari aspek pengajaran dan pembelajaran Selain itu juga, mengenai isu pengasingan pula terdapat kanakkanak berkeperluan khas di program intergrasi ini diasingkan. Mohd X misalnya telah pun diasingkan daripada rakan-rakan semasa berada di dalam kelas. Walaupun sebenarnya tindakan guru adalah untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran yang

dikehendaki oleh beliau namun beliau harus sedar akan kesan buruk terhadap kanak- kanak berkenaan. Menurut guru di situ, tujuan kanak-kanak itu diasingkan adalah bagi mengelakkan kanak-kanak itu mengganggu rakan sekelasnya. Disebabkan itulah kanakkanak itu diasingkan jauh daripada meja rakan-rakan yang lain.

1.2 Isu: Penglibatan Ibu Bapa Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa mengenai masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan

sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian maka wujudlah keciciran murid-murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini terus menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak

3. mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya memberi bebanan kembali kepada keluarga masingmasing. Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai betapa pentingnya memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri atau kemahiran hidup kepada anak-anak yang istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku disebabkan kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak istimewa mereka ini. Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan menjahit, mungkin boleh menyebabkan timbulnya perasaan risau ibu bapa

terhadap anak-anak mereka berada di dapur. Hal ini mungkin disebabkan memikirkan keadaan yang mungkin boleh mengundang bahaya semasa di dapur dan semasa menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan perkara negatif inilah menyebabkan mengapa kanakkanak berkeperluan khas di Malaysia agak ketinggalan. Isu ini juga berkait dengan isu yang melanda di sek A ini. Melalui pemerhatian didapati penglibatan ibu bapa dalam apa jua aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah masih dalam tahap sederhana. Hal ini kerana masih terdapat ibu bapa yang tidak yakin dan tidak mahu memberi peluang kepada anak mereka ini mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contohnya, aktiviti renang yang dijalankan pada hari Jumaat ( 2 kali sebulan) ini tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pihak ibu

bapa. Disebabkan itulah hanya sedikit ibu bapa yang membayar yuran untuk aktiviti renang ini. Apabila perkara ini berlaku maka program terapi berenang yang sepatutnya dijalankan untuk semua murid tidak dapat dijalankan. Maka murid-murid akan tidak mempunyai keseronokan untuk mengikuti aktiviti luar. Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka terutama dalam aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya iaitu tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu menguruskan kanak-kanak tersebut

semasa berada di dalam kelas. 1.3 Isu: Stigma Masyarakat (Isu Sistem Sosial)

4. Negara kita sememangnya mempunyai beberapa kelas lapisan sosial yang tertentu. Walaupun wujudnya jurang sosial antara golongan berada dan golongan pertengahan, masing-masing masih dapat berinteraksi dengan baik dan hidup dengan hormone. Namun begitu, bagi golongan yang tidak berkeupayaan atau pun dikenali sebagai orang kurang upaya, masyarakat di negara kita masih lagi memandang rendah dan mendiskriminasi golongan berkenaan. Di sekolah ini misalnya, masih wujud pandangan negatif mengenai kanakkanak berkeperluan khas ini. Perkara ini dapat dibukti dengan wujudnya ejekan yang mengatakan budak kanak-kanak khas ini sebagai budak lembam dan bodoh. Malah terdapat murid-murid normal yang tidak mahu berkawan

dengan kanak-kanak sedemkian disebabkan dikhuatiri menjadi seperti kanak-kanak berkeperluan khas ini. 1.4 Kepelbagaian Kompetensi Murid Setiap murid berkeperluan khas sudah pastilah mempunyai kepelbagaian kecerdasan dan keupayaan yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini jelas seperti yang diterangkan oleh Howard Garner (1983) yang mengatakan setiap manusia ini mempunyai 9 kecerdasan yang pelbagai. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Bagi kanak-kanak khas sudah pastilah mereka mempunyai kepelbagaian kompetensi tersendiri. Sebagai contohnya, kanak-kanak autism selalunya mempunyai IQ yang

sederhana berbanding dengan kanakkanak sindrom down yang mempunyai IQ yang rendah. Hal ini adalah disebabkan kebiasaannya kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal sejak lahir lagi. Melalui pemerhatian saya ialah, di Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah A wujudnya penempatan yang tidak sesuai berdasarkan kebolehan dan keupayaan murid-murid. Sebagai contohnya, terdapat murid yang mempunyai keupayaan IQ yang terlalu rendah dicampurkan bersama dengan murid yang mempunyai keupayaan yang sederhana. Hal ini boleh menyebabkan murid yang IQ rendah itu akan lebih ketinggalan semasa mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya

5. kanak-kanak tadi tidak lagi berminat untuk menumpukan perhatian dan belajar dengan baik di dalam kelas.

Maka dengan disebabkan itulah terdapatnya murid yang tidak menumpukan perhatian dan mengganggu rakan disebelahnya. 1.5 Isu: Pelaksanaan Pengajaran dan Pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan perkara yang sangat berkaitan dalam aspek pendidikan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan mencapai matlamat pembelajaran atau hasil pembelajaran seperti yang dihasratkan.(Noriati Abd Rashid & etc, 2011). Definisi bagi pengajaran menurut Kamus Dewan dan Bahasa Pustaka edisi keempat ialah berkaitan dengan perihal mengajar dan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Manakala menurut (Slavin ,1997) pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman. Perubahan akibat perkembangan (seperti mengalami

pertambahan ketinggian) bukanlah pengajaran. Manakala menurut (Crow & Crow ,1983) pembelajaran adalah pemerolehan tabiat dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berkait percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru. Sebagai guru kita hendaklah bijak memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap murid. Hal ini adalah demikian bagi memastikan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah. Isu yang seringkali timbul semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah metodologi dan pedagogi yang digunakan oleh pihak guru dalam memastikan muridmurid dapat mencapai matlamat objektif yang telah ditetapkan. Berdasarkan artikel Perancangan Pengurusan Kakitangan

Profesional Pemangkin Kejayaan oleh En Mohd Isa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidakberkesanan pengajaran. Antaranya adalah disebabkan sikap oleh guru sendiri. Ini kerana guru tidak mempamerkan sikap profesionalisme sebagai input yang menjamin kejayaan aktiviti akedemiknya. Akibatnya wujud segelintir guru yang tidak mahu meningkatkan ilmu dan disiplin yang diajar serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran. Maka kesannya teknik pengajaran yang dilakukan tidak berjaya menarik perhatian murid. Akibatnya murid menjadi bosan dan tidak berminat terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

6. Penggunaan secara kekerasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid berkeperluan khas juga perlu diambil

kira. Perkara ini sepatutnya tidak boleh diamalkan oleh. Sepanjang pengalaman saya di situ, saya dapati wujud unsur kekerasan yang digunakan oleh guru semasa mengajar murid. Murid-murid berkeperluan khas ditakutkan dengan rotan dan mereka juga dipukul kerana tidak mendengar arahan guru. Isu ini sangat serius kerana boleh menyebabkan murid menjadi takut dan menjadi lebih degil dan tidak mendengar kata. Apa yang diperhatikan, terdapat satu ketika di mana pembantu pengurusan murid (PPM) menakutkan murid yang nakal dengan besi yang panas. Walaupun niat beliau mungkin hanya untuk memberitahu bahawa besi itu panas namun tidak seharusnya beliau membiarkan kanak-kanak berkeperluan khas yang nakal tadi menyentuh besi tersebut. Perkara yang lebih membimbangkan seperti kecederaan boleh berlaku. Ini sekaligus akan

memberi kesan yang lebih buruk terhadap sekolah. 1.6 Isu: Profesionalisme Guru Dewasa kini, isu hangat yang seringkali diutarakan mengenai profesionalisme guru. Perkara ini berkaitan dengan sikap guru yang tidak bermoral, malas dan tidak mempunyai kemahiran pedagogi yang baik semasa mengajar di dalam kelas. Sebagai guru sepatutnya, perlu sedar bahawa pentingnya menjaga profesionalisme guru. Ini kerana profesion keguruan bukanlah satu profesion yang tidak tinggi malah telah pun diiktirafkan sebagai professional. Dalam pendidikan khas, isu yang berkaitan guru ialah kekurangan guru khas yang terlatih. Akibatnya pihak kerajaan termasuk menerima masuk permohonan guru aliran perdana ke dalam aliran pendidikan khas. Apabila ini berlaku maka sudah pastilah akan wujud pertentangan kaedah pengajaran guru tadi terhadap kanak-

kanak khas. Kesannya guru atau murid tadi akan mengalami tekanan dan tidak mampu menghayati dengan perasaan gembira semasa melakukan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Pemilihan kriteria guru yang tidak telus semasa temuduga juga boleh menyebabkan masalah dalam mendidik bakal guru yang betul-betul layak menjadi guru Pendidikan Khas kelak. Kesannya mungkin hanya dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak namun hakikatnya kesannya boleh menyebabkan nasib yang malang

7. kepada murid-murid. Cuba bayangkan sikap guru yang tidak bertanggungjawab dalam mendidik anak didiknya. Maka sudah tentulah akan menyebabkan murid-murid tadi terabai dan sekaligus mendorong masalah yang lain seperti masalah keciciran dan sosial. Isu Guru Sandaran

Tidak Terlatih juga seringkali hangat disebut dalam kalangan pendidik dan juga golongan akademik yang lain. Di sebabkan itulah kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah seperti mengadakan Kursus Dalam Cuti untuk Guru Sandaran Tidak Terlatih (akhbar utusan,27/07/2011). Namun apa yang menjadi persoalan di sinikah apakah kesan terhadap murid-murid yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru yang tidak terlatih tadi semasa mereka dalam proses pembelajaran. Seperti sedia maklum guru yang tidak terlatih ini langsung tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai ilmu perguruan maka sudah tentulah akan berlaku juga kepincangan dan kelemahan dalam mendidik anak-anak murid. Dalam Pendidikan Khas misalnya, kurangnya pengetahuan mengenai kanak- kanak berkeperluan khas boleh menyebabkan guru menggunakan

kaedah dan teknik yang salah. Disebabkan itulah wujudnya guru Pendidikan Khas yang merotan dan memukul murid. Perkara ini sangatlah memalukan golongan guru kerana guru tidak mampu memahami keperluan dan ketidakupayaan murid-murid berkeperluan khas itu tadi Kejadian sebegini juga sebenarnya berlaku di sekolah yang saya jalani praktikal yang lalu. Terdapat murid yang dipukul dan dirotan oleh guru semasa guru mengajar di dalam kelas. Pada pandangan saya tindakan ini tidak sesuai kerana murid berkeperluan khas adalah murid yang istimewa. Maka sudah tentulah layanan yang diberikan kepada mereka sepatutnya lebih istimewa dan bukannya dikasari dengan sewenang-wenangnya. 1.7 Isu: Ujian pentaksiran Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod , memberi skor

dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,2000). Segala maklumat yang diperolehi yang diperolehi oleh pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.

8. Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Ujian pentaksiran juga seringkali dilakukan terhadap kanakkanak berkeperluan khas. Pentaksiran dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Tujuan pentaksiran juga adalah untuk memberi pengetahuan akan kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Disinilah guru-guru, ibu bapa dan pihak sekolah dapat mengenalpasti daya dan kompentensi murid-murid berkenaan. Di Malaysia, ujian

pentaksiran kebiasaanya dijalankan bagi tujuan membantu murid untuk penempatan kelas khas atau pun sebagai salah satu cara untuk mengetahui tahap kebolehan muridmurid tersebut. Apa yang menjadi isu di sini ialah, keberkesanan pentaksiran yang dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini. Kebanyakan ujian pentaksiran yang diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas ini adalah secara umum dan bersifat meluas. Hal ini mungkin disebabkan kita banyak mengambil contoh-contoh ujian pentaksiran daripada negara luar untuk dilaksanakan kepada murid-murid di sini. Akibatnya mungkin setengah ujian yang diberi sebenarnya tidaklah bersesuaian dengan pengetahuan murid-murid di Malaysia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidaksesuaian itu , antaranya adalah disebabkan persekitaran yang berbeza. Persekitaran yang berlainan

sememangnya mampu memberi impak yang besar terhadap kebolehan dan pengetahuan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu persekitaran yang berbeza juga akan memberi perbezaan mengenai bagaimana murid itu mengurus diri. Contohnya di negara beriklim sejuk, cara membersihkan diri mungkin berbeza dengan cara membersihkan diri di iklim negara panas. Maka ujian yang ingin dilaksanakan mestilah bersesuaian dan dapat diterima secara universal oleh murid-murid berkeperluan khas. Kekurangan bahan yang mencukupi semasa melakukan pentaksiran juga mampu menjejaskan kepercayaan hasil pentaksiran yang dijalankan. Bahan yang baik perlulah disediakan bagi membantu ibu bapa, guru atau pihak sekolah yang ingin melakukan pentaksiran terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebagai contoh, untuk mentaksir

kemahiran membaca, selain daripada mempunyai buku-buku yang bersesuaian guru juga sepatutnya memerlukan bilik atau ruang yang sesuai untuk

9. menjalankan ujian terhadap murid. Keadaan yang tidak sesuai atau buku yang tidak sesuai dengan tahap pengetahuan murid akan menjejaskan sedikit hasilnya nanti. Isu yang berkaitan pentaksiran di sekolah saya ialah mengenai ujian bulanan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Apa yang saya dapati, pihak sekolah membuat ujian bulanan terhadap murid istimewa ini berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan. Pada pandangan saya seharusnya ujian ini perlulah dilakukan berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dab bukannya berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Kesannya keputusan pentaksiran nanti

mungkin tidak dapat memberi gambaran kebolehan yang sebenar murid-murid berkeperluan khas. Jadi ketidakjituan dalam memperolehi keputusan pentaksiran hasil penilaian boleh menyebabkan guru salah merancang strategi yang sesuai bagi meningkatkan kebolehan murid itu lagi. Selain itu, Ujian Penilaian Sekolah Rendah juga menjadi masalah kepada kanak- kanak yang berkeperluan khas ini. Terdapat ibu bapa yang beranggapan bahawa dengan mengambil ujian ini anak mereka mungkin dapat berjaya dan menjadi lebih bijak. Memang benar terdapat murid istimewa memperolehi keputusan yang baik namun hanya beberapa bilangan sahaja. Sepatutnya ujian ini harus dikaji semula untuk kanak-kanak khas. Walaupun ujian ini boleh dipilih sama ada hendak menduduki atau tidak namun kesan pandangan ibu bapa terhadap Ujian Penilaian Sekolah

Rendah ini hendaklah diubah dengan cara yang lain.

1.8 Isu: Bahasa dan Komunikasi. Bahasa dan komunikasi memainkan peranan penting dalam menjalankan interaksi antara dua pihak. Bahasa juga digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dengan baik disamping berkongsi maklumat Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Abdullah Hassan (1998) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan.Dengan itu bahasa dan komunikasi menjadi tautan yang perlu dijalani bersama.

10. Isu yang seringkali menjadi perhatian dalam bahasa dan komunikasi ialah kesukaran untuk berhubung dan berkomunikasi dengan murid-murid berkeperluan khas. Murid yang kategori autism misalnya sangat sukar untuk berinteraksi dengan guru atau rakan sebaya yang lain. Hal ini adalah disebabkan kanak-kanak autism ini lebih cederung untuk berada dalam dunia mereka sendiri. Selain itu mereka juga mempunyai bahasa sendiri seperti ekolalia yang bersifat pengulangan dan juga nada yang sterotaip. Kesan daripada itu, guru dan rakan sebaya sangat sukar memahami mereka. Apa yang saya perhatikan di dalam kelas khas Sekolah A, isu yang berkaitan bahasa dan komunikasi adalah berkaitan dengan pembantu murid dengan kanak-kanak berkeperluan khas ini. saya dapati pembantu murid tidak dapat memahami dengan jelas mengenai bahasa isyarat tangan yang

ditunjukkan oleh sesetengah murid. Hal ini menyebabkan murid-murid seringkali menjerit atau menangis sekiranya ingin ke tandas. Selain itu juga, terdapat murid-murid yang langsung tidak boleh berkomunikasi disebabkan masalah aphasia yang dihadapi. Aphasia adalah disebabkan kecederaan atau pun kecacatan pada otak yang menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk berbahasa. Akibat daripada itu, murid yang mengalami Aphasia iaitu D seringkali ditinggalkan dan agak ketinggalan di dalam kelas. Murid-murid lain juga sukar memahami dan berinteraksi dengan beliau. Keadaan ini sekaligus boleh memberi kesan yang lebih buruk kepada kanakkanak ini.

1.9 Isu:Kemudahan Fizikal Kemudahan fizikal memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Menurut Woolfolk (200:427) persekitaran bilik darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua faktor tersebut perlu diambil kira oleh guru dalam menyediakan pelan bilik darjah lantai. Di negara kita, isu yang seringkali timbul mengenai kemuddahan bilik darjah adalah seperti kelas yang sempit, bahan kemudahan fizikal yang digunakan dan kedudukan ruang fizikal yang diguna pakai dalam system bilik darjah. Perkara sedemikian juga berlaku di Sekolah A Masih banyak kemudahan yang perlu ditingkatkan. Kemudahan jalan kerusi roda masih belum dibina dan disediakan di sekolah ini. Seharusnya pihak sekolah perlu peka akan keperluan murid-murid

11. berkeperluan khas yang menggunakan kerusi roda. Akibatnya

akan menyusahkan pembantu murid dan juga murid itu sendiri. Keadaan kelas yang sempit dan tidak selesa menggangu proses pembelajaran dan pengajaran guru. Sepatutnya bilik dan kelas perlu dibina secara berasingan. Akan tetapi disebabkan kurangnya kemudahan kelas yang kosong maka satu bilik yang besar itu telah pun dipisahkan dengan hanya menggunakan papan lembut sebagai pembahagi bagi setiap kelas. Hal ini jelas tidak mampu mengawal kelantangan suara yang dilontarkan oleh guru atau pun murid di kelas yang bersebelahan. Akibatnya murid kelihatan terganggu dan terpingapinga untuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru. Selain itu saya juga dapati bahawa sekolah ini sangat kekurangan alatan permainan yang sesuai untuk diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas. Seharusnya alatan permainan untuk

kanak-kanak istimewa ini mestilah bersifat lebih selamat dan tidak merbahaya. Alatan itu mestilah lebih bersifat ringan dan lembut. Akan tetapi saya dapati, guru di sekolah berkenaan menggunakan alatan bola yang keras dan berat. Bola sebegini jelas tidak memenuhi spesifikasi keselamatan untuk kanak- kanak berkeperluan khas. Kita sedia maklum bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak semuanya mampu menggunakan alatan yang serupa dengan murid yang normal. Sebagai contoh murid B yang mempunyai kemahiran motor halus yang rendah tidak mampu menangkap bola yang keras dan kasar. Jadi ini akan menyebabkan kecederaan kepada murid-murid berkeperluan khas. 1.10 Isu: Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun memberi peruntukan sebanyak rm150 sebulan kepada setiap kanak-kanak berkeperluan khas. Elauan yang diberi

ini adalah bertujuan untuk membantu golongan kanak-kanak berkeperluan kanak-kanak yang tidak berkeupayaan ini untuk menampung kos hidup mereka. Selain itu elaun ini juga bertujuan untuk meringankan bebanan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kurang upaya ini. Seperti yang sedia maklum perbelanjaan untuk menampung kanakkanak berkeperluan khas sebenarnya agak memerlukan jumlah wang banyak. Hal ini termasuklah kos perubatan dan juga terapi yang melibatkan pertuturan atau pun fisioterapi.

12. Namun begitu, apa yang menjadi isu di sini ialah penyalahgunaan wang elaun yang diberikan kepada kanakkanak berkeperluan khas ini oleh ibu bapa. Ada ibubapa yang menggunakan wang elaun tersebut untuk urusan peribadi dan kemudahan keluarga masing-masing. Seharusnya

perkara itu tidak harus berlaku dan perkara ini seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk menjaga wang saku yang diberi oleh kerajaan dengan sebaiknya. Elaun yang hangat diperkatakan dalam dunia Pendidikan Khas juga ialah berkaitan dengan elaun khas yang diberikan oleh kerajaan kepada guruguru pendidikan khas. Tujuan elaun ini diberikan adalah sebagai ganjaran kepada guru-guru pendidikan khas yang bersabar dan tabah menghadapi karenah murid-murid khas di sekolah. Namun elaun yg diberikan ini seringkali diambil oleh kesempatan oleh pihak tertentu. Misalnya wujud guru-guru aliran perdana yang memohon masuk ke aliran khas dengan bertujuan untuk mendapatkan elaun khas itu bagi kepentingan diri. Akibat daripada itu, maka akan wujudlah kurangnya kualiti dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dikehendaki beliau.

Disebabkan itulah terdapat pengabaian terhadap murid-murid khas ini disebabkan oleh sikap guru yang sedemikian. Jelas di sini membuktikan bahawa pemberian elaun khas kepada guru juga boleh menyebabkan guruguru bekerja semata-mata untuk mendapatkan elaun sahaja. Perkara yang berkaitan kewangan juga seringkali dikaitkan peruntukan yang diberikan kepada sekolah dalam menjayakan program di sekolah bagi membantu golongan kanak-kanak berkeperluan khas. Misalnya penggunaan terapi di sekolah masih lagi tidak meluas disebabkan kekurangan wang atau bajet untuk menampung tenaga pakar daripada ahli terapi yang berkebolehan. Disebabkan itulah murid-murid di sekolah terutama di luar bandar kurang memperoleh peluang untuk mengikuti mana- mana terapi kerana desakan wang atau pun peruntukan.

Kemudahan yang tidak lengkap disebabkan kekurangan wang juga sering menghantui mana-mana sekolah yang mempunya program intergrasi di sekolahnya. Jika kita lihat di kebanyakan sekolah yang mempunyai program pendidikan khas, kebanyakannya mempunyai kemudahan fizikal yang asas sahaja. Keperluan fizikal yang berbentuk sampingan seperti bilik terapi, bilik snoozlen dan kolam mini renang tidak dapat disediakan akibat bajet yang kurang dan tidak mencukupi.

13. Hal ini juga dapat dilihat dengan jelas di sekolah yang pernah saya menjalani praktikal yang lalu iaitu Sek A. Di dapati di sekolah itu, kemudahan bilik terapi, bilik mainan dan bilik snoozlen masih tidak disediakan. Apabila disoal penyelaras disitu, belia mengatakan bahawa peruntukan tidak mencukupi. Selain itu kewangan daripada pihak

Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga berada dalam keadaan minima. Maka banyak program bagi membantu murid-murid berkeperluan khas ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Akibat daripada itu, maka kebanyakan program yang dijalankan adalah bersifat dalaman sahaja kerana memerlukan belanjawan yang rendah. Namun kesan kepada murid pula mungkin murid akan mudah bosan dengan kaedah yang sama sahaja digunakan oleh pihak guru di sekolah berkenaan. 1.11 Isu:Pentadbir dan Pentadbiran Sekolah Pentadbir adalah merupakan orang yang mentadbir dan mengurus sekolah atau pun sesuatu institusi. Dalam bidang pendidikan pentadbir adalah seperti guru besar atau pun pengetua. Manakala pentadbiran pula melibatkan delegasi tugas yang bersangkutan dengan tanggungjawab kesemua kakitangan yang berada di sekolah atau pun

institusi. Dalam bidang Pendidikan Khas pentadbir memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai program dan rancangan yang menarik untuk disediakan kepada Program Intergrasi Pendidikan Khas di sesuatu sekolah. Walaupun begitu terdapat beberapa isu yang seringkali berkait rapat dengan pentadbir dan pentadbiran sekolah dengan dunia Pendidikan Khas hari ini. Antara isu yang hebat diperkatakan di kebanyakan sekolah ialah mengenai isu petempatan kanak-kanak berkeperluan khas ini ke dalam system Pendidikan Khas di sekolah. Hal ini adalah kerana terdapatnya murid yang tidak layak dimasukkan ke dalam program intergrasi di sekolah namun atas dasar peribadi antara ibu bapa dan pihak tertinggi pengurusan di sekolah (sama ada di aliran perdana atau aliran khas) , murid ini diberi peluang untuk mendudukan Program Pendidikan Khas di sekolah. Kesannya akan

menyusahkan guru terutama dalam menyediakan Pengurusan Tingkah Laku dan merancang intervensi kepada murid berkenaan. Selain membebankan guru

14. sudah pastilah guru juga akan mengeluh dan tidak akan memberi komited sepenuhnya kepada murid sedemikian rupa. Jadi kesan buruk akan berlaku kepada murid itu dan juga guru. Kesilapan penempatan murid dalam pembahagian kelas juga misalnya mampu kesan buruk kepada murid berkenaan. Sebagai contoh murid yang mengalami masalah pendengaran dimasukkan bersama dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya murid sudah pasti ketinggalan dan tidak mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan sempurna. Menurut temuramah dengan guru Pendidikan Khas di sekolah yang saya jalani praktikum itu

iaitu Puan B, beliau mengatakan bahawa pentadbiran di sekolah ini tidak begitu membantu program Pendidikan Khas di situ. Hal ini mungkin disebabkan pihak pentadbiran beranggapan bahawa murid-murid ini tidak pun mampu menyumbang kepada peratus kenaikan sekolah. Di sebabkan itulah kurangnya pemerhatian dan dana diberikan kepada program Pendidikan Khas di sekolah berkenaan. .

15. PENGENALAN Dalam dunia pendidikan pada hari ini, terdapat banyak isu-isu yang diketengahkan samada melalui media cetak dan elektronik serta media massa. Pendidikan di Malaysia juga tidak terkecuali namun tidak ramai yang tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang isu-isu yang terdapat dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Oleh itu, setiap dari kita perlu

segera membuka mata dan minda supaya kita dapat memberikan tumpuan sejenak untuk menyelami duania kecil pendidikan di Malaysia iaitu Pendidikan Khas.

2.0 ISU DALAM PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH 2.1 PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH Pihak pengurusan merupakan tunjang kepada sesebuah organisasi termasuklah di sekolah-sekolah. Malang jika sesebuah program yang diadakan di sekolah tidak mendapat sokongan daripada pihak pengurusan khususnya program seperti Pendidikan Khas. Masalah ini merupakan masalah utama yang boleh terdiri daripada beberapa isu berbangkit iaitu isu pertama: isu layanan kelas kedua yang diterima oleh guru-guru dan murid Pendidikan Khas daripada pihak pentadbir. Kenapa guru Pendidikan Khas? Jawapannya kerana

mereka tidak menerima layanan yang sepatutnya apabila sering diperkecilkan oleh guru-guru daripada aliran perdana. Contohnya, guru Pendidikan Khas diperlekeh kerana mengajar murid-murid yang rata- rata terencat akal, mempunyai masalah tingkahlaku dan masalah pengurusan diri. Guruguru dari aliran perdana menganggap tugas mengajar murid-murid ini tugas yang sia-sia dan tidak kurang juga yang merasa jijik. Selain itu, isu elaun yang diterima oleh guru Pendidikan Khas turut menjadi pertikaian kerana melalui anggapan mereka mengajar muridmurid khas lebih senang berbanding mengajar murid aliran perdana. Manakala murid-murid khas pula dipinggirkan dan tidak diberikan perhatian dimana Guru Besar sekolah tidak mengamalkan pendemokrasian pendidikan. Contohnya Md Aziz B. Haji Lani (n.d.) melalui dapatan yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan

Negara, mendapati terdapat Guru Besar yang merasakan tumpuan perlu diutamakan kepada murid aliran perdana yang ramai berbanding muridmurid khas yang sedikit.

16. Isu kedua berkaitan pihak pengurusan sekolah ialah dari aspek peruntukan kewangan. Setiap sekolah akan mendapat peruntukan dimana peruntukan ini merupakan salah satu perkara utama yang dirancang dalam Rancangan Malaysia sejak dari Rancangan Malaysia pertama bertujuan menaiktaraf kemudahan sekolah serta bantuan kepada muridmurid yang memerlukan. Namun, adakah semua pihak mendapat manfaat daripada peruntukan yang diberikan ini terutamanya program Pendidikan Khas?. Perkara begini menyulitkan para guru Pendidikan Khas untuk menjalankan pelbagai aktiviti untuk murid-murid khas seperti aktiviti

lawatan sambil belajar kerana kekurangan sumber kewangan. Selain kesulitan menjalankan aktiviti-aktiviti, kemudahan yang terdapat di program Pendidikan Khas juga tidak dapat dibaikpulih. Rata-rata kelas yang digunakan untuk Program pendidikan Khas mempunyai ruang yang sempit dan tidak kondusif yang akan mempengaruhi proses pembelajaran murid-murid. Isu ketiga pula adalah berkaitan dengan peperiksaan yang diambil oleh murid-murid Pendidikan Khas. Ari (2008) menyatakan Isu ini timbul kerana rasa kurang senang pihak pentadbiran apabila murid khas mengikuti peperiksaan umum di negara kita seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil pelajaran Malaysia(SPM). Pihak pentadbiran tidak begitu menggemari situasi ini kerana mereka takut perkara ini akan menjatuhkan graf peperiksaan sekolah. Isu keempat pula merupakan isu

berhubung aspek pembangunan fizikal sekolah. Fokus isu keempat ini adalah kepada program Pendidikan Khas terutamanya program Integrasi dimana aspek pembangunan fizikalnya tidak mengikut keperluan murid-murid khas. Secara umumnya berdasarkan pengalaman semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan sekolah(PBS) dan praktikum, kebanyakan kelas-kelas di program Pendidikan Khas mempunyai ruang yang terhad dan keadaan biliknya pula sangat uzur. Ruang yang terhad menyekat pergerakan murid untuk melakukan aktiviti dan masalah yang serupa berlaku kepada guru Pendidikan Khas. Sedangkan murid-murid normal pun berasa tidak selesa belajar di kelas yang sempit, apatah lagi mereka yang terdiri dari murid khas. tambahan lagi, program pendidikan Khas selalunya ditempatkan di

17. blok bangunan-bangunan lama yang keadaannya teruk dan uzur, tidak kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Isu kelima ialah isu berkenaan mencipta rangkaian perhubungan dengan pihak yang sepatutnya berkenaan program Pendidikan Khas. Pihak pentadbiran sekolah khususnya guru-guru daripada program Pendidikan Khas tidak mengetahui saluran yang perlu dirujuk bagi mendapatkan bantuan berkenaan murid-murid khas. Kadangkala guru buntu dan tidak tahu alternatif lain bagi menambahkan dana supaya dapat melakukan penambahbaikan kepada program Pendidikan Khas sendiri walaupun terdapat banyak saluran yang boleh dirujuk dan sedia membantu guru-guru. 2.2 GURU KHAS Guru khas juga mempunyai isu-isu yang mengganggu tugas mereka bagi membolehkan anak-anak khas menerima pendidikan

seperti murid-murid lain. Isu yang pertama ingin diketengahkan merupakan isu berkaitan bebanan tugas semasa di sekolah. Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran dan ini merupakan perkara yang seharusnya diketahui oleh guru-guru sejak dari mula menjejakkan kaki ke bidang ini lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan program Pendidikan Khas, namun setiap perkara ada batasannya kerana guru juga manusia biasa dengan keperluan sama seperti orang lain. Guru Khas selalunya diberikan dibebankan dengan waktu ganti (relief class) kelas perdana. ini akan mengganggu perjalanan sesi pengajaran guru pendidikan Khas yang terpaksa meninggalkan kelas kerana menggantikan kelas guru aliran perdana yang tidak hadir ke sekolah. Selain itu, guru Pendidikan Khas juga dibebankan dengan tugas-tugas bukan mengajar kerana dilantik memegang

jawatankuasa yang mempunyai tugasan berat seperti setiausaha sukan di sekolah. melalui jawatankuasa seperti ini, guru pendidikan Khas perlu guru sentiasa meninggalkan kelas untuk bermesyuarat dan menjalankan menghadiri aktiviti luar yang akan menyebabkan murid-murid khas terabai. Isu kedua yang membabitkan guru-guru khas ialah berkenaan sikap dan minat mereka sendiri. Sikap guru Pendidikan Khas yang negatif membawa kesan buruk kepada

18. murid-murid khas dan sekolah itu sendiri. Seorang guru Pendidikan Khas yang tidak berminat selalunya menjalankan tanggungjawabnya dengan tidak komited. Bak kata pepatah, seperti melepaskan batuk di tangga. Malang bagi murid-murid khas yang mendapat guru seperti ini. Contohnya, mengajar tanpa menggunakan rancangan

pengajaran harian, tiada inisitif menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar dan lain-lain. Isu ketiga pula merupakan isu kemahiran guru Pendidikan Khas sendiri. Kebanyakan guru-guru yang mengajar di Program Pendidikan Khas adalah tidak terlatih untuk mengajar muridmurid Pendidikan Khas. Melalui kajian yang dilakukan oleh Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Tahar dari fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia melalui petikan akhbar Utusan Malaysia (2007), menyatakan bahawa : Hanya 13.3 peratus sahaja guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai bidang pengkhususan masalah pembelajaran. Secara keseluruhannya 86.7 peratus guru yang mengajar dalam program ini adalah guru yang tidak dilatih mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran, menurut kajian itu. Ini bermaksud bilangan guru yang mengajar pendidikan Khas pada waktu

itu bukanlah guru yang datang dari opsyen Pendidikan Khas yang mana mereka ini tidak terlatih. Contohnya terdapat segelintir manusia memasuki Pendidikan Khas sebagai batu loncatan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dengan mudah, ada yang memasuki bidang khas ini kerana mereka tidak mendapat pekerjaan lain setelah menamatkan pengajian di universiti. Menurut kajian itu lagi, guru perlulah mempunyai ilmu dan kemahiran tentang ciri kanak-kanak supaya perhatian terhadap keperluan mereka dapat ditumpukan dengan berdasarkan keupayaan murid untuk belajar. Kekurangan ilmu dan kurangnya latihan pedagogi untuk mengajar murid-murid khas akan mencetuskan rasa tidak puas hati oleh ibu bapa yang terdiri daripada golongan berpendidikan. Isu keempat adalah isu berhubung kemahiran bersosial guru Pendidikan Khas. Melalui

pengalaman praktikum semasa berada di sekolah, didapati kebanyakan guru yang berada di program Pendidikan Khas tidak mempunyai hubungan interpersonal yang rendah dengan guru-guru daripada aliran perdana. Sudahlah blok bangunan program Pendidikan Khas terletak berasingan dengan bangunan lain, guru-gurunya pula tidak

19. bercampur gaul dengan guru-guru lain walaupun mereka boleh memilih untuk tidak berbuat demikian. Contohnya, mereka lebih selesa makan di bilik rehat yang terdapat di bilik program Pendidikan Khas daripada makan di kantin. Melalui sikap dan tindakan sebegini, mereka akan mengundang persepsi negative dari guru-guru lain. Isu kelima ialah isu kekurangan guru-guru Pendidikan. Guru Pendidikan Khas menghadapi masalah untuk cuba menyelaraskan pelajaran

apabila murid-muridnya terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan malah akan menjadi lebih sukar sekiranya menerima murid-murid yang dalam kategori berat seperti autisme dan hyperaktif. Pada hari ini, seorang guru akan mengajar enam hingga lapan orang murid khas di sebuah kelas dan untuk menjalankan satu sesi pengajaran. Masalah ini boleh diatasi jika terdapat guru Pendidikan Khas yang terlatih dalam bilangan yang ramai.

2.3 MURID KHAS Selain isu yang melibatkan pihak pengurusan sekolah dan guru Pendidikan Khas terdapat juga isu-isu yang datang daripada murid-murid khas sendiri. Isu pertama ialah isu kehadiran murid. Murid-murid khas ini didapati kerap tidak hadir ke sekolah. Antara faktor penyebab kepada masalah ini ialah masalah pengangkutan dan masalah kesihatan.

Terdapat Ibu bapa yang tidak berkemampuan serta tidak memiliki kenderaan yang menyukarkan mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Pernah saya lihat seorang tua yang menghantar cucunya ke sekolah dengan menaiki basikal setiap hari, namun apabila dia jatuh sakit maka cucunya tidak dapat hadir. Namun perkara ini adalah satu masalah kerana kehadiran merupakan salah satu perkara penting yang termaktub dalam undang-undang sekolah dan menjadi perhatian Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah. Isu kedua merupakan isu komunikasi. Kebanyakan murid-murid khas mempunyai masalah komunikasi yang menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran terjadi diantara guru dengan murid. Contohnya masalah tiada nahu tentang bahasa yang mana mereka menghasilkan bunyi yang tidak mempunyai sebarang makna.

20. Isu ketiga pula ialah dari segi Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Isu ini berkenaan keberkesanan pelaksanaan RPI terhadap murid-murid khas di sekolah. Rancangan pengajaran Individu yang terdapat disekolah kurang berkesan dalam membantu murid- murid. Ini kerana bagi seorang pelajar, harus ada seorang penilai supaya perkembangan murid dapat lebih diperhatikan dan dilaksanakan. Isu keempat yang melibatkan murid adalah berkenaan pelabelan murid semasa berada di program Pendidikan Khas. murid-murid khas sering dilabel dengan panggilan- panggilan yang buruk. Ini membuatkan mereka tertekan secara emosi. Kadangkala ia akan menimbulkan masalah tingkahlaku seperti bersembunyi bagi mengelakkan daripada diejek oleh murid-murid lain ataupun terdapat murid yang bertindak

lebih ganas sehingga memukul. Isu kelima pula merupakan isu gangguan seksual dan ketidakseimbangan hormone yang berlaku kepada muridmurid khas. Murid-murid khas yang tidak mengerti apa-apa selalu dijadikan mangsa gangguan seksual oleh rakanrakan malah guru Pendidikan Khas sendiri. Isu ini merupakan isu serius yang perlu diberikan perhatian kerana ia merupakan satu jenayah pedofilia. Lain pula dengan ketidakseimbangan hormone yang berlaku sesama muridmurid Pendidikan Khas. Murid-murid khas juga manusia yang diciptakan oleh tuhan dan mempunyai keinginan untuk berpasangan seperti orang lain, namun mereka tidak pandai mengawal keterujaan mereka sekiranya mereka menyukai seseorang. Contohnya, murid daripada kategori sindrom Down. Isu-isu seperti ini akan membawa kepada masalah-masalah lain jika tidak

dibendung seperti sesame murid.

hubungan

jenis

2.4 IBU BAPA/ WARIS Antara isu-isu yang melibatkan ibu bapa atau waris dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolahsekolah ialah : isu pertama, kerjasama oleh pihak ibu bapa kepada pihak sekolah. Melalui isu ini, pihak ibu bapa didapati tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah khususnya program Pendidikan Khas. Terdapat ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka mengikut program yang dianjurkan oleh pihak program Pendidikan Khas untuk anak-anak mereka. Sebagai 21. contoh, aktiviti luar kelas seperti lawatan sambil belajar dan aktivitiaktiviti yang melibatkan unsure-unsur terapi seperti terapi renang dan terapi berkuda kerana khuatir keselamatan

anak-anak mereka. Malah ada yang tidak membenarkan anak anak mereka mengikuti aktiviti yang diadakan kerana takut jika pihak sekolah meminta bayaran daripada mereka. Selain itu, ibu bapa mahupun waris juga tidak memberikan kerjasama apabila tidak hadir ke program bersama yang dianjurkan di sekolah terutamanya yang berkaitan dengan Pendidikan Khas seperti perbincangan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Isu kedua pula merupakan isu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Maksud tanggungjawab ibu bapa di sini menjadi isu apabila mereka kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak mereka sebaliknya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada guru Pendidikan Khas. Antara contoh yang boleh diperhatikan ialah apabila ibu bapa tidak mengambil inisiatif untuk melakukan tindakan

susulan dirumah seperti aktiviti berbentuk intervensi ataupun bagi yang ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh mendapatkan khidmat daripada pakar-pakar terapi untuk membantu mengurangkan masalah anak-anak mereka. Selain daripada contoh di atas, terdapat ibu bapa yang menganggap program Pendidikan Khas di sekolah sebagai pusat asuhan apabila menghantar anak-anak pada awal pagi tetapi lewat mengambil mereka. Isu seterusnya ialah jangkaan atau harapan ibu bapa yang tinggi terhadap anak-anak dan guru-guru. Isu ini terjadi apabila ibu bapa mendatangkan tekanan ke atas guruguru Pendidikan Khas kerana inginkan peningkatan dalam pencapaian anakanak dalam masa yang singkat. Melalui isu ini, ibu bapa akan sentiasa memberikan komen-komen yang negatif kerana apa yang mereka harapkan tidak menjadi. Isu keempat

merupakan isu penyalahgunaan bantuan murid-murid khas. terdapat ibu bapa yang menyalahgunakan bantuan yang diterima oleh anak-anak mereka terutaamanya ibu bapa yang tidak bekerja. Contoh penyalahgunaan yang melabtkan bantuan kepada muridmurid khas ialah elaun murid-murid khas dan elaun Orang Kurang Upaya (OKU).

22. Isu yang kelima merupakan isu ibu bapa yang tidak mengetahui jenis bantuan dan saluran yang perlu dirujuk bagi membantu anak-anak mereka. Terdapat ibu bapa yang prihatin terhadap keadaan anak-anak mereka dan mereka ingin membantu anakanak mereka namun mereka tidak mengetahui kemanakah hala yang patut ditujui dan apakah jenis bantuan atau khidamat yang boleh diberikan kepada anak-anak mereka selain daripada sekolah. ini juga merupakan

isu yang dihadapi oleh segelintir pihak waris atau ibu bapa.

3.0 CADANGAN MASALAH

UNTUK

MENGATASI

Masalah yang banyak mempengaruhi seorang guru Pendidikan Khas ialah masalah dari aspek pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, saya ingin memberikan cadangan untuk mengatasi isu layanan kelas kedua yang diterima oleh guru-guru dan murid Pendidikan Khas daripada pihak pengurusan sekolah. Terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi isu yang tedapat dalam masalah ini, yang memerlukan penglibatan beberapa pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia dan guru Pendidikan Khas sendiri. Melalui pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, cadangan yang diberikan supaya boleh dilaksanakan ialah dengan

mengeluarkan pekeliling ataupun peringatan kepada sekolah tentang kepentingan program Pendidikan Khas. Pekeliling yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian harus dipatuhi oleh semua guru dan mampu menjadi titik tolak kepada perubahan pemikiran prejudis terhadap guru-guru dan murid Pendidikan Khas.

Cadangan kedua ialah berkaitan tindakan yang boleh diambil oleh guru Pendidikan Khas untuk mengatasi isu ini. Guru-guru pendidikan Khas perlu mengadakan sebuah ceramah pendedahan tentang program pendidikan Khas di kalangan pihak pengurusan pentadbiran dan guru-guru aliran perdana terutamanya jika sekolah tersebut baru sahaja membuka program Pendidikan Khas. Adalah diharapkan melalui kedua-dua cadangan seperti ini mampu membuka mata dan minda guru-guru lain tentang

kepentingan program Pendidikan Khas di sekolah.

23. 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, setiap pihak mempunyai isu yang perlu diketengahkan dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Maka, pihak tersebut iaitu pihak pengurusan pentadbiran, guru Pendidikan Khas dan ibu bapa perlu menjalankan peranan masing-masing dan melalui kerjasama yang dibentuk, segala isu yang timbul diharapkan dapat diselesaikan. 5. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 1. PENGENALAN TAJUK Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. (Kamariah Jarji, 1994). Abraham, Morris

and Wald (1993): one in which children with and without disabilities learn and play together.Bowe (1995): an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities. INKLUSIF dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah menempatkan murid-murid bekeperluan khas di aliran perdana semasa pembelajaran samada di luar atau dalam bilik darjah. Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum perdana dengan tenaga pengajarnya juga adalah terdiri daripada guru-guru di aliran perdana. Inklusif terdiri daripada dua jenis iaitu inklusif penuh dan inklusif separa. Inklusif penuh membawa erti murid bekeperluan khas berada sepenuh masa di aliran perdana mengikuti semua kurikulum di sana. Inklisif separa pula ialah murid ini berada di aliran

perdana pada waktu mata pelajaran tertentu berdasarkan kemampuan pencapaian mereka. Inklusif bukan sahaja difokuskan kepada mata pelajaran teras malahan boleh dilaksanakan pada mata pelajaran bukan teras. Pendidikan insklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program insklusif akan dapat memastikan: * perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. * peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

6. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 * pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. * pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. * peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. * menerapkan nilai-nilai

murni antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain.

istimewa Falsafah

2. DIFINISI TENTANG Pendidikan Khas

TAJUK

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara. Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris Inclusive yang memberikan maksud merangumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan

maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti muridmurid lain tanpa mengira status. Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluankeperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahanbahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahankemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan

dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatanperkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib,

3. JENIS-JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem pendidikan negara. Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua

yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Kertas ini membincangkan komitmen dan peranan guru aliran perdana dalam menangani murid berkeperluan khas berdasarkan dapatan kajiankajian empirikal yang telah dilaksanakan di negara ini dan kajian rintis yang sedang dijalankan di beberapa sekolah tertentu. Pendidikan Khas melibatkan SEMUA murid-murid berkeperluan khas yang diajar oleh guru terlatih khas. Pendidikan Khas juga melibatkan pelbagai khidmat sokongan untuk membantu murid-murid khas belajar dengan lebih berkesan. Muridmurid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ialah murid-murid bermasalah pembelajaran merupakan

golongan muridmurid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kemahiran-kemahiran berikut :

kemahiran matematik (sumber : Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur) HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 9 kemahiran perkembangan (development skills) penguasaan membaca Keperluan Kesamarataan hak asasi Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanakkanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta

Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah mer.

4. PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH KERAJAAN Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan

inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial. angkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

Keperluan Pendidikan Berkualiti Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi

kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas .

Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk

kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

Keperluan Sosial Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanakkanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa

hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangka masa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

5. PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan

skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.

Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk samasama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain. Jawatankuasa Bersama Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran (The National Joint Commitee on Learning Disabilities, 1988) yang terdiri daripada organisasi

profesional mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah-masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistemsaraf pusat, dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori (kurang upaya pendengaran atau penglihatan), kerencatan mental atau gangguan emosi yang serius.

6. POLISI KERAJAAN MASA KINI

Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan

dasar sedia ada, Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini, Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai individu

berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarangjarang mendaftarkan diri di manamana agensi.

Program (SEIP):

Integrasi

Pendidikan

Khas

Sekolah Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain); 15. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut: Program pendidikan inklusif: Sekolah arus

perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah pendidikan khas. Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran

seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana. yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan

Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille. 7. MAKLUMAT INKLUSIF TERPERINCI MURID

Majoriti guru di sekolah ini yang mengajar Program Pendidikan Khas ini adalah terdiri daripada guru-guru perempuan iaitu 82.5 % dan guru lelaki 17.5% Responden guru biasa yang mengajar kelas Pendidikan Biasa, guru

lelaki 62.7% sementara guru perempuan 37.5%. Jumlah responden yang ramai datangnya daripada guru-guru perempuan yang ramai mengajar kelas Pendidikan Khas ini mungkin kerana guru-guru perempuan mempunyai tahap kesabaran , prihatin, lemah lembut dalam mengajar dan melayani karenah kanakkanak istimewa ini. Dalam kajian ini pengkaji mendapati bahawa, kebanyakan guru-guru yang mengajar kanak-kanak ini mempunyai anak-anak istimewa . Guru ini berpendapat dengan mengajar sendiri anak-anak mereka yang istimewa ini mereka lebih memahami dalam Pengajaran dan Pembelajaran. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 16

PROSEDUR KEMASUKAN MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN PERTAMA Mula Ambil Borang Pendaftaran KanakKanak Berkeperluan Khas di Jabatan

Pelajaran Negeri Isi Borang dan Buat Pemeriksaan Kembalikan Borang Yang Lengkap ke Jabatan Pelajaran Negeri .

Proses Penilaian Temuduga Ibu bapa Tawaran Penempatan Tempoh Percubaan Pengesahan Penempatan 8. KEPERLUAN INKLUSIF LOGISTIK PENDIDIKAN

Bagi memastikan kemahiran serta pengetahuan setiap guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah bersifat up to date tehadap bidang mereka. Selain daripada inisiatif guru itu sendiri perlu mencari maklumat dan kemahiran diri, pihak Jabatan Pendidikan Khas juga perlu peka terhadap keperluan guru guru tersebut. Selain menambah dana penganjuran kurusus sumber manusia dalam negeri, pihak JPK juga perlu membawa guru guru untuk ke luar Negara yang sudah lama dan mahir

dalam bidang pendidikan khas ini. Lawatan keluar Negara adalah lebih bermakna sekiranya melibatkan guru pendidikan khas kerana merekala yang terlibat secara lansung terhadap pengurusan murid ini. Tambahan pengalaman lansung adalah lebih praktikal berbanding hanya mendapat banyangan daripada pihak lain. Jabatan Pendidikan Khas juga perlu berperanan dalam menambah baikkan Dasar Pendidikan Khas atau pekililing yang berkenaan. Adalah tidak mustahil Pendidikan Khas akan memiliki aktanya sendiri seperti mana di Amerika, Individual of Disability Education Act, 2004. Sepertimana JPK, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pengurusan Daerah bukan sahaja perlu lebih peka terhadap keperluan kursus dikalangan guru pendidikan khas. Malah bersifat selektif terhadap pemilihan dan penempatan guru untuk guru pendidikan khas ini. Menjadi

seorang guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran tidak semudah disangka. Selain daripada sabar dengan karenah murid, guru terbut juga perlu berinisiatif dan lebih kreatif untuk menjadikan satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran itu berkesan dan memberi makna kepada murid. Sokongan bersepadu daripada sekolah itu sendiri juga memberi kesan kepada motivasi kerja guru. Selain pihak pentadbir sekolah menganjurkan perkembangan staf, pihak sekolah juga perlu membina dan menggalakkan jaringan dikalangan pentadbir, guru biasa dengan guru pendidikan khas.

Kajian banyak menunjukkan bahawa murid-murid yang diletakkan dalam kelas biasa, belajar dengan kanakkanak normal, adalah menunjukkan pencapaian yang lebih baik dari mereka yang diasingkan. Kelas

Pendidikan Khas yang mana muridmurid diasingkan tidak menunjukkan pencapaian yang diharapkan oleh semua pihak. Daripada pemerhatian juga didapati bahawa murid lebih berjaya jikalau mereka berada dalam kelas biasa hampir sepanjang hari berbanding dengan kelas Pendidikan Khas. Ia merupakan amalan yang paling berkesan dan bermakna untuk anak-anak ini. Anak yang diasingkan daripada rakan sebayanya yang lain, akan dengan sendirinya memberi kesan kepada diri mereka dan juga muridmurid yang lain bahawa mereka adalah sememangnya berlainan Pencapaian pelajar yang lebih baik dengan persekitaran dan suasana bilik darjah yang sesuai dengan bilangan pelajar. Susun atur meja, kerusi dan peralatan adalah factor keselesaan yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau sebaliknya. Persekitaran bilik

darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta keceriaan susun atau yang selesa akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar dan dapat membantu pelajar mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan dengan baik. Sharifah Alwiah (1985) menyatakan suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah dan berwarna warni, selesa, riang dan terdapat interaksi guru murid dan murid-murid yang seronok sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan kekal jika dibandingkan dengan keadaan yang berlawanan.

Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid

berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak

kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas,

9. SOKONGAN YANG DIPERLUKAN Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of EducationOrganisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN) Melalui : ingkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian

menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

22. Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikankhas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM

akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi. Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif. Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru dilengkapi

pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025. RUMUSAN

Pendidikan Inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas, dengan meletakkan kepentingan mengadakan persekitaran untuk pembelajaran inklusif dan menyediaan peluang perkembangan profesional yang mampan melalui warga pendidik yang professional (Stainback & Stainback, 1990). Mengambil kira mandat deklarasi UNESCO (The Salamanca Statement, 1994) berkaitan penempatan pelajar pendidikan khas dalam suasana kurang kekangan, ianya adalah wajar untuk pihak pengurusan menyediakan peluang pembelajaran MBP di dalam kelas inklusif. Dapatlah dirumuskan bahawa program pendidikan inklusif di sekolah harian

adalah bertujuan membangunkan sumber manusia yang terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran untuk kesejahteraan negara. Kejayaan program ini amat bergantung dengan corak pengurusan kepimpinan, amalan pengajaran, sokongan pembelajaran, kolaborasi dan penilaian terhadap program dan murid inklusif. Termasuk juga soal penglibatan keluarga, sosialisasi dan penglibatan pelajar inklusif memerlukan kajian lanjutan yang mengukur amalan dan kualiti pelaksanaannya. Kepentingan kajian ini dari segi ilmu diharap akan menjadi sumbangan pengetahuan mengenai ilmu yang boleh menyokong perkembangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam kehidupan dan pendidikannya. Kajian yang akan dilaksanakan ini dapat memberi informasi baru untuk menambah pengetahuan dan rujukan kepada pelbagai organisasi dan

individu. Penghasilan indikator amalan terbaik pendidikan inklusif (IKATPI) bagi murid PKBP yang dihasilkan dalam kajian ini pula dijangka dapat memberi implikasi dari segi konsep dan teori yang mendasarinya. Profil yang dihasilkan dijangka dapat memperlihatkan aplikasi teoritikal dan praktikal amalan pengajaran guru dalam konteks sebenar pendidikan inklusif bagi murid PKBP di Malaysia khususnya dan di luar negara umumnya. PENUTUP Pada Februari 2013 yang lalu, saya telah menerima tugasan dalam subjek PENDIDIKAN INKLUSIF HBEF 3503 yang menghendaki saya melaksanakan kajian tentang program pendidikan inklusif di sekolah Buat permulaan kerjakerja mencari bahan, membuat kajinan dan rujukan di sekolah . Saya membuat rujukan telah bermula secara individu dan kumpulan.Walaupun pada

peringkat awalnya, saya mengalami sedikit masalah dalam mengum ul bahan , berkat tunjuk ajar daripada pensyarah dan rakan-rakan akhirnya kerja menyiapkan tugasan dapat dijalankan dengan lancar mengikut masa yang ditetapkan. Juga kepada pensyarah, rakan-rakan guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Benut , Pontian yang telah banyak memberikan kerja sama dalam menyiapakan tugasan ini. BIBLIOGRAFI/ RUJUKAN Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi. Ang

Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan, 21,33-50 Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.Tesis Masters

yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

You might also like