You are on page 1of 6

1.

Nama, Markah dan Gred bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris


NO.

NAMA

MARKAH

GRED

01

ALICIANAH PAJU

29.5

02

DELWYN MUSTENE

41.5

03

FAIZAL SELAMAT

38

04

JENNY RASID

27

05

LERYSON APUH

32.5

06

MARKUS AROK

25

07

WELLMARITA MIKLAS

44.5

Analisis keseluruhan
Bagi set ini, sebanyak 28.57% iaitu bersamaan dengan dua orang murid,
mendapat gred C manakala yang selebihnya mendapat gred D. Rata-rata menunjukkan
kelemahan pada kertas 2 dan beberapa bahagian pada kertas 1.
Bagi Kertas 1, kekurangan kosa kata dan pengetahuan tentang tatabahasa
merupakan penyebab kepada markah rendah yang diperolehi. Rata-rata murid-murid
hanya memperolehi kurang dari 20 markah untuk Kertas 1. Hampir semua muridmurid mengalami masalah untuk menjawab soalan berkaitan perbualan harian pada
bahagian B dan penggunaan tatabahasa yang betul, ejaan dan tanda baca yang sesuai
pada bahagian C dan D.
Bagi kertas 2, semua murid-murid mengalami kesukaran untuk menjawab
bahagian A dan C. Murid-murid mengalami masalah untuk membuat ayat-ayat mudah
dan ayat yang mempunyai kesinambungan untuk dijadikan satu perenggan lengkap.
Secara keseluruhannya, murid-murid tahun 6 SK. Lubang Buaya memerlukan
banyak latihan yang melibatkan Kertas 1 dan Kertas 2.

PAPER 1 (18 / 02 / 2013)


NO.

NAME

SECTION A

SECTION B

SECTION C

SECTION D

SECTION E

TOTAL

01

ALICIANAH PAJU

13

02

DELWYN MUSTENE

21

03

FAIZAL SELAMAT

18

04

JENNY RASID

12

05

LERYSON APUH

15

06

MARKUS AROK

10

07

WELLMARITA MIKLAS

23

PAPER 2 (18 / 02 / 2013)


NO.

NAME

SECTION A

SECTION B

SECTION C

TOTAL

01

ALICIANAH PAJU

02

DELWYN MUSTENE

10

10

03

FAIZAL SELAMAT

11

11

04

JENNY RASID

05

LERYSON APUH

10

10

06

MARKUS AROK

10

10

07

WELLMARITA MIKLAS

10

10

Untuk kertas 1, bahagian A (S01-S10), terdapat dua orang murid yang mendapat
markah terendah iaitu dua markah. Bagi markah tertinggi pula, terdapat dua orang
murid yang mendapat lapan markah. Selebihnya mendapat markah sekitar 4 dan 5.
Soalan-soalan

pada

bahagian

ini

memerlukan

murid-murid

menggunakan

pengetahuan am dan pemahaman mereka terhadap gambar yang disediakan.


Untuk bahagian B (S11-S15), markah tertinggi adalah dua daripada lima soalan.
Hampir semua murid mendapat markah dua dan hanya seorang murid yang mendapat
satu markah. Soalan-soalan pada bahagian ini memerlukan murid-murid memilih ayat
yang terbaik dan sesuai dengan dialog yang tersedia. Kebanyakan murid ternyata
mengalami masalah untuk memahami dialog tersebut.
Untuk bahagian C (S16-S25), markah tertinggi adalah 7 manakala markah
terendah adalah 0. Bahagian ini melibatkan pengetahuan murid-murid tentang
tatabahasa dan ejaan yang betul. Kebanyakan murid mengalami masalah untuk
menentukan ejaan dan tanda baca yang betul.
Untuk bahagian D (S26-S30), markah tertinggi adalah 3 dan yang terendah adalah
1. Rata-rata murid mengalami masalah untuk memilih perkataan yang betul sesuai
dengan tatabahasa yang digunakan dalam perenggan yang disediakan. Murid-murid
juga mengalami masalah untuk memberikan nama benda dengan specifik walaupun
dengan bantuan gambar.
Untuk bahagian E (S31-S40), markah tertinggi adalah empat manakala markah
terendah adalah dua. Soalan-soalan pada bahagian ini menguji kefahaman muridmurid terhadap bahan yang diberi. Rata-rata murid tidak dapat memahami teks atau
iklan yang disediakan. Kegagalan untuk mencari kata kunci merupakan penyebab
markah yang rendah pada bahagian ini.

Bagi kertas dua, bahagian A, murid-murid mengalami masalah untuk membuat


ayat mudah tentang gambar yang diberi. Semua murid gagal untuk mendapatkan apaapa markah pada bahagian ini. Ayat-ayat yang diberikan salah dari segi tatabahasa dan
sususnan perkataan. Murid-murid juga kurang menggunakan kata-kata kunci yang
disediakan dalam kotak.
Bagi bahagian B pula, rata-rata pelajar dapat menjawab soalan 1 dengan betul dan
berjaya mendapat sekurang-kurangnya 9 dan 10 markah daripada 15 markah yang
diperuntukan. Bagi soalan dua pula, murid-murid mengalami masalah untuk membuat
ayat berkaitan dengan topik yang disediakan.
Bagi bahagian C pula, murid-murid mengalami masalah untuk membuat ayat
walaupun dengan bantuan kata-kata kunci yang tersedia. Kelemahan dari segi
pembinaan ayat yang betul dari segi tatabahasanya menyebabkan murid-murid gagal
untuk membuat ayat yang mempunyai kesinambungan untuk dijadikan satu perenggan
lengkap.

You might also like