You are on page 1of 15

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Team Teaching sebagai Langkah Melindungi Masa Instruksional

Puan Noraini Binti Ibrahim Guru Cemerlang, Memangku DG44 SK Tengku Mahmud

Puan Nurul Syafinaz Binti Ishak Guru Penolong, DG 41 SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut

( Seminar Melindungi Masa Instruksional 30 Oktober 2012 )

Abstrak

Melindungi masa instruksional merupakan tanggungjawab penting pengurusan sekolah dan para guru dalam memastikan setiap murid mendapat hak instruksional mereka. Namun begitu, perubahan besar dalam senario pendidikan hari ini memperlihatkan beban tugas guru yang makin merumit hingga hampir mengorbankan core business asal seorang guru iaitu mengajar di dalam kelas. Justeru itu, team teaching di lihat sebagai pendekatan bijak untuk mengatasi masalah melindungi masa instructional. Gabungan dua atau lebih guru dalam satu kelas dan masa yang sama akan dapat mengekang pembaziran masa instruksional akibat dari ketiadaan guru matapelajaran di dalam kelas. Kajian kes yang dibentangkan berdasarkan pengalaman penulis kedua di SM Imtiaz Besut hasil dari pengimplemantasian selama tiga tahun strategi Team Teaching bagi calon PMR dan tahun pertama untuk calon SPM. Walaupun kekangan ketiadaan guru di SM Imtiaz begitu mendesak, namun strategi Team Teaching telah memperlihatkan hasil yang signifikan dengan pengekalan prestasi cemerlang calon PMR selama tiga tahun berturut-turut.

1|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

1.0

Pengenalan
Kertas kerja ini disediakan bagi membincangkan tentang strategi pengajaran Team Teaching yang boleh diimplementasikan di sekolah bagi melindungi masa instruksional murid. Masa instruksional didefinisikan sebagai jumlah masa dalam kelas yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan ilmu. Masa pengajaran tidak termasuk masa yang digunakan oleh guru untuk menguruskan bilik darjah yang dianggap sebagai masa luang (off-task). Manakala melindungi masa instruksional pula membawa maksud untuk mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancangkan dan memastikan kualiti masa intruksional yang menjamin pembelajaran bermakna dan berkesan dalam kalangan murid yang dilaksanakan oleh guru. Ini boleh dilakukan dengan memastikan displin dijaga dan polisi sekolah berkaitan dengan penjagaan masa dilaksanakan. Ianya perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid bagi membangunkan modal insan kritis, kreatif dan inovatif.

Masa yang dihabiskan seorang murid dalam sehari persekolahan mereka boleh dikategorikan kepada empat seperti mana jadual di bawah:

Kategori masa Masa persekolahan Masa bilik darjah

Perjelasan Jumlah masa murid hadir ke sekolah Jumlah masa murid berada dalam kelas.Ianya tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu malan tengahari dan lain-lain. Ia merupakan subkategori masa persekolahan.

Masa instruksional

Jumlah

masa

yanng

digunakan

untuk

insrtuksional. Ianya tidak termasuk gangguan dan pengurusan rekod. Masa pembelajaran akademik Jumlah masa instruksional di mana murid memberi perhatian dan menerima pengajaran pada tahap penguasaan pembelajaran tertentu bermakna serta dan

berlakunya berkesan. Jadual 1: Kategori masa murid

Tugas mengajar seorang guru akademik dalam skim perkhidmatan pendidikan menyatakan bahawa seorang guru seharusnya mengajar antara 22 hingga 30 waktu seminggu (Pekeliling Perkhidmatan JPPA, 2007). Pihak penggurusan sekolah pula akan merangka masa instruksional yang ideal merangkumi jadual waktu, perancangan pengajaran harian, mingguan dan tahunan. 2|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Namun begitu, masa yang telah diperuntukkan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti dan berkesan. Hal ini disebabkan faktor faktor gangguan yang berlaku di sekolah dan dalam bilik darjah. Sebagai contohnya ketiadaan guru disekolah kerana mengikuti kursus atau bercuti, guru ada di sekolah tetapi bukan di atas urusan pengajaran dan pembelajaran dan guru ada di sekolah tetapi pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku.

Jadual 2 berikut mengkategorikan faktor-faktor gangguan masa instruksional.

Kategori faktor gangguan Faktor sekolah

Kelompok

Contoh gangguan

pengurusan Guru tiada

Guru tiada di sekolah, guru ada di sekolah tetapi tidak berada dalam kelas, guru tidak mencukupi, guru hadir kursus atau tugasan luar, guru menduduki peperiksaan, aktiviti kokurikulum

Gangguan fizikal

Gangguan dari pembesar suara, susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah dan persekitaran.

Gangguan luar jangka

Guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan murid belajar, kesediaan guru mengajar, melaksana tugas sampingan.

Gangguan adhoc

Menghadiri mesyuarat, dipanggil ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan,

menjalankan tugas jurulatih utama, sambutan lawatan pelawat. Faktor guru instruksional Kualiti murid pembelajaran Kesediaan murid belajar, kualiti guru, proses PnP, sikap guru, guru bukan opsyen,

kompetensi guru, kesediaan guru mengajar. Kualiti guru pengajaran

Proses melindungi masa instruksional memerlukan kerjasama erat antara pengurusan sekolah dengan guru dan antara guru dengan guru. Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dipetik telah mencadangkan beberapa strategi jangka panjang dan 3|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) strategi jangka pendek sewaktu menyampaikan ucaptama bertajuk Melindungi Masa Intruksional di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Beliau telah mencadangkan beberapa program khas bagi melindungi masa intruksional iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. Pengajaran rakan sebaya Program Guru Muda Modul guru ganti Kelas tambahan Jual beli jadual waktu pengajaran Pemantauan dan penilaian pengajaran guru secara berterusan.

Satu analisis-meta yang melibatkan 10,000 hasil statistik oleh Wang, Haertal dan Walberg (1993;1997) telah menunjukkan pengaruh langsung mempunyai impak yang lebih besar atas pembelajaran murid jika dibandingkan dengan pengaruh tidak langsung. Pengaruh langsung di sini adalah sikap dan karakter guru-guru yang mampu membawa perbezaan yang signifikan. Ini boleh dilakukan dengan membina budaya sekolah yang menggalakkan amalan pembelajaran dan pengajaran yang penting dan bagus. Oleh itu, kertas kerja ini mencadangkan amalan team teaching dijadikan budaya di sekolah bagi melindungi masa konstruksional dan seterusnya memainkan peranan dalam peningkatan prestasi murid dalam bilik darjah.

2.0

Isi Kandungan 2.1 Konsep Pengajaran Team Teaching


Dalam literasi, team teaching selalunya dijalankan di dalam kelas inklusif untuk mengajar murid kurang upaya (Tannock, 2009). Goetz ,2000 dipetik dua kategori team teaching telah dikenalpasti iaitu: Kategori A: Dua atau lebih guru mengajar murid yang sama pada masa yang sama dan dalam kelas yang sama. Kategori B: Dua orang guru saling bekerjasama tetapi tidak semestinya mengajar kumpulan murid yang sama atau pada masa yang sama.

2.2 Model Pengajaran Team Teaching


Kertas kerja ini lebih fokus kepada team teaching mengikut kategori A. Dalam kategori A terdapat beberapa model yang berbeza iaitu:

4|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Traditional Team Teaching guru dengan secara aktif berkongsi kandungan pengajaran dan kemahiran dengan semua murid. Sebagai contoh, seorang guru mempersembahkan kandungan pelajaran yang baru kepada murid manakala seorang guru lagi membina peta minda ataupun menulis nota penting di papan putih sewaktu murid mendengar penjelasan guru yang pertama. Complementary / Supportive team teaching ianya berbeza dengan model Traditional team teaching yang mana seorang guru bertanggungjawab mengajar kandungan pelajaran manakala seorang guru lagi menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan topik tersebut. Collaborative team teaching ianya hampir sama dengan Traditional team teaching kerana kedua-dua guru terlibat dalam merekabentuk pengajaran. Perbezaannya pada proses pengajaran apabila kedua-dua orang guru mengendalikan pengajaran bersamasama dengan bertukar-tukar idea dan teori dihadapan murid. Aktiviti seperti teknik pembelajaran berkumpulan, kerja dalam kumpulan kecil, perbincangan berpusatkan murid adalah beberapa aktiviti yang bisa digunakan oleh model ini. Parallel instruction kelas dibahagikan kepada dua atau lebih kumpulan mengikut bilangan guru yang terlibat. Setiap guru memberi arahan secara individu tentang kandungan, bahan dan kemahiran yang sama untuk setiap kumpulan. Differentiated Split Class melibatkan pembahagian kelas kepada kumpulan kecil mengikut keperluan murid. Setiap guru mengajar mengikut keperluan murid. Monitoring Teacher model seorang guru memberi arahan untuk keseluruhan kelas manakala seorang lagi guru bergerak disekitar bilik darjah memantau kefahaman dan sikap murid, mengekalkan displin dan pengurusan kelas. Rosario et. al menggelar model ini One teach, One assist. Guru boleh menggunakan satu atau menggabungkan lebih dari satu model di atas dalam satu kelas yang sama. Namun begitu apa yang dikatakan bukan team teaching? Berikut adalah beberapa keadaan yang tidak sepatutnya dipraktiskan sewaktu team teahing: i. ii. iii. Guru masuk ke kelas tanpa persediaan awal. Guruhanya berdiri sewaktu seorang lagi mengajar. Guru bergerak di dalam kelas dengan untuk membatu aktiviti kumpulan berdasarkan penjelasan sendiri tanpa konsisten dengan rakan guru yang lain. iv. Guru hanya membantu mengagihkan lembarankerja

5|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) v. Guru keluar dan masuk ke kelas sesuka hati dan membiarkan rakan guru menangani kelas sendirian. Kesimpulannya, dengan hanya mempunyai dua orang guru dalam satu kelas yang sama masih tidak mencukupi. Ianya bukan team teaching.Team teaching memerlukan perancangan, pengajaran dan tugasan secara bersama.

2.3 Pernyataan Isu Bagaimanakah cara terbaik untuk melindungi masa instruksional yang membolehkan guru terus mendampingi pelajar secara bermakna agar

instruksional boleh berlangsung dengan efektif dan matlamat pencapaian murid yang dihasratkan tercapai? Dr Shirley (2011) memetik Goetz (2000) mendefinisikan Team Teaching sebagai sekumpulan yang terdiri daripada dua orang guru atau lebih yang bekerjasama dalam merangka pelan, melaksanakan dan membuat penilaian aktivi pembelajaran bagi sekumpulan murid yang sama. Manakala, Quinn and Kanter (1984) dipetik oleh Goetz (2000) mendefinisikan Team Teaching

sebagai kerja berkumpulan di antara dua guru terlatih, bersama-sama membuat satu pengajaran kepada sekelompok audien. Untuk itu, kertas kerja ini disediakan bagi membincangkan bagaimana melindungi masa instruksional melalui strategi Team Teaching di SM Imtiaz Besut berdasarkan definisi yang telah dinyatakan di atas. Terdapat beberapa isu yang boleh dibincangkan mengaitkan Team Teaching: Adakah Team Teaching dilaksanakan secara sukarela atau diwajibkan oleh pengurusan sekolah ? Team Teaching dilaporkan boleh dilaksanakan dengan jayanya apabila guruguru sendiri yang menginisiatifkan strategi ini. Terdapat sesetengah guru yang tidak yakin dengan pelaksanaan Team Teaching seterusnya tidak berpuas hati sekiranya pihak pengurusan mewajibkan pelaksanaan strategi ini untuk diguna pakai di sekolah mereka. ( Goetz,2000) yang mencari rakan mengajar. Adakah guru diberi kebebasan memilih pasangan mengajar ?

6|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Memetik dapatan ( Dr.Shirley, 2011) daripada sumber ( Costin,2002; Rea and Connel, 2005; Murawski,2010) Guru yang memilih pasangan mengajar sendiri iaitu seseorang yang mereka kenali atau senang untuk bekerja lazimnya tidak akan menimbulkan banyak masalah. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak pengurusan yang membentuk pasangan dan menggariskan peraturan untuk mereka; tanpa sebarang pendapat daripada mereka atau pun tanpa sebarang makluman akan pada satu ketika menimbulkan masalah untuk mengendalikan masa instruksional bersama. Adakah guru-guru tersebut memahami dengan mendalam tugas dan tanggungjawab mereka dalam masa instruksional? Kebanyakan para guru yang terlibat dalam Team Teaching tidak memahami peranan khusus mereka; adakalanya berasa janggal dalam pelaksanaan masa instruksional. Adakah guru mempunyai masa yang cukup untuk sesi perancangan dan persediaan ? (Anonymous,1997) Masa merupakan faktor yang penting kepada setiap guru untuk merancang masa instruksional yang berkesan, perbincangan teknik dan kaedah pelaksanaan dan juga pencapaian murid. Hal ini memandangkan para guru terikat dengan arahan tugas rasmi di luar seperti kursus, seminar dan mesyuarat yang perlu dihadiri dan juga tugas mengiring pelajar ke pertandingan dan juga program. Menurut Dr Shirley,2011 satu dapatan kajian oleh Walther-Thomas and Christine S (1997) juga membincangkan permasalahan masa. Masa untuk persediaan masa instruksional bersama-sama amat sukar dilaksanakan terutamanya pada waktu persekolahan malahan menjadi masalah yang serius di kebanyakan sekolah memandangkan masa perancangan dan persediaan guru tidak boleh diselaraskan dengan mudah berdasarkan faktor-faktor di atas. Adakah persoalan interpersonal pasangan mengajar dititik beratkan? Isu interpersonal individu amat serius apabila dikaitkan dengan Team Teaching. Hal ini adalah kerana setiap individu mempunyai idea, cara penyampaian dan kemahiran tersendiri dalam mempelbagaikan kaedah dan
7|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

teknik pengajaran. Menurut kajian Schamber (1999) pasangan mengajar kadangkala akan menemui jalan yang rumit dan sukar memandangkan setiap mereka mempunyai professional preferences tersendiri berbanding

pasangannya yang lain. Guru seharusnya mempunyai nilai mneghormati yang tinggi antara satu sama lain dalam menggerakkan sesuatu aktiviti terutamanya pelaksanaan masa instruksional yang seia kearah satu matlamat yang sama. Selain itu, Goezt, 2000 turut menyatakan bahawa pasangan Team Teaching mestilah mempunyai kepercayaan dan rasional antara satu sama lain untuk menjadikan mereka jelas tentang tanggungjawab dan peranan mereka. 2.4 Team Teaching di SM Imtiaz Besut - Pengenalan Senario pendidikan di Malaysia menuntut pengurusan sekolah mempunyai perancangan yang dinamik dan strategik serta setiap warga sekolah memainkan peranan mereka dalam memastikan matlamat yang satu dicapai dengan cemerlang. Tempiasnya turut dirasai oleh pihak pengurusan SM Imtiaz Besut tatkala buat pertama kalinya sekolah ini dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik PMR 2009 kategori Sekolah Agama Peringkat Kebangsaan dengan diikuti Anugerah Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi untuk Kohort 2. Dengan mempunyai motto Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia, pihak pengurusan Imtiaz, guru-guru, kakitangan dan seluruh warga SM Imtiaz cuba menggarap kecemerlangan dari pelbagai sudut dengan amanah dan kepercayaan yang telah dianugerahkan tersebut. Sebagaimana yang dimaklumi umum, 60% pengiktirafan SBT ini adalah berdasarkan pencapaian akademik terutamanya peperiksaan awam. Namun, kadar keluar masuk guru ke sekolah juga meningkat apabila pelbagai kursus bagi sekolah-sekolah SBT di bawah penganjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, BPSBPSK. Selain itu, pihak pengurusan juga turut disediakan sesi percambahan ilmu dan pengukuhan pengurusan sekolah di bawah anjuran Institut Aminuddin Baki , IAB; antara mereka ini turut mengajar kelas peperiksaan PMR dan juga SPM.

8|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Senario yang merisaukan ini agak menjejaskan prestasi murid untuk seketika apatah lagi untuk SM Imtiaz mengekalkan prestasi PMR untuk melestarikan status SBT. Melihatkan situasi ini dan juga motto yang diletakkan, kami melaksanakan beberapa strategi di dalam masa instruksional bagi

membolehkan sesi itu berjalan dengan lancar dan murid mendapat bimbingan guru secara langsung. Guru muda yang puratanya berumur 30-an begitu komited dengan kerja buat mereka bagi memastikan hasrat yang satu dapat dicapai walaupun dengan pengalaman yang cetek dan ilmu yang sejengkal. Harapan ibu bapa yang tinggi menggunung apabila berusaha untuk memastikan anak mereka melepasi ujian kemasukan ke SM Imtiaz Besut bagi menempatkan anak mereka di institusi ini lebih menggerunkan guru-guru muda ini. 2.5 Pelaksanaan Pada tahun 2011, guru-guru memberi cadangan awal kepada pihak pengurusan untuk mencuba strategi Team Teaching ini bagi kelas-kelas peperiksaan awam, Tingkatan 3. Dengan mengadakan beberapa sesi percambahan idea, pada semester ke-2 tahun 2011 strategi Team Teaching mula diperkenalkan untuk masa instruksional kelas Tingkatan 3. Jawatankuasa jadual waktu mengambil tanggungjawab ini sebagai memulakan langkah pertama dengan mengatur jadual guru-guru supaya ia lebih bersifat fair and square dan tidak terlalu membebankan serta untuk memastikan tiada pertindanan jadual . Guruguru juga berkorban lebih masa apabila berlakunya penambahan masa instruksional di antara 3 5 masa setiap orang. Sebagai langkah rintis , strategi ini diguna pakai untuk beberapa subjek memandangkan SM Imtiaz Besut menghadapi kekangan guru. Pada tahap ini, guru-guru mula kreatif dalam mempelbagaikan teknik dan kaedah instruksional memandangkan murid-murid turut memberi maklumbalas positif. Dengan adanya dua orang guru di dalam kelas, murid-murid menjadi lebih fokus dan aktif dalam penglibatan dalam kelas seperti bertanya soalan, memberi maklumbalas kepada instruksional. Tahun 2012 juga merupakan tahun yang lebih mencabar memandangkan tahun pertama bagi SM Imtiaz Besut mempunyai calon SPM. Sekali lagi strategi
9|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Team Teaching menjadi pilihan guru-guru terutamanya bagi kelas Tingkatan 3 dan 5. Strategi ini diperluaskan dengan memfokuskan kepada subjek-subjek kritikal dan subjek Bahasa. Hal ini dilihat sebagai satu transformasi yang positif baik dalam kalangan guru dan murid-murid. Melalui strategi ini juga, kaedah enrichment cluster dan differentiation diimplementasi memandangkan kekuatan kami pada hari ini ialah dua orang guru di dalam satu kelas dan peluang yang ada di depan mata. Jadual waktu di bawah adalah deskripsi bagaimana Team Teaching diaturkan di dalam jadual :Kategori A : Dua orang guru dalam satu masa instruksional

Jadual 3: Contoh Jadual Waktu 1

10 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Jadual 4: Contoh Jadual Waktu 2 Kategori B : Kelompok dipecahkan kepada yang lebih kecil dan ditempatkan yang berasingan serta melaksanakan instruksional berbeza.

Jadual 5: Contoh Jadual Waktu 3

Jadual 6: Contoh Jadual Waktu 4

Bil. 1.

Tingkatan 5 Ibn Amir/ 5 Ibn Kathir

Subjek B.Inggeris

Guru 1. Nurul Syafinaz Bt Ishak 2.Khairuddin Bin Muda

2.

5 Ibn Amir / 5 Ibn Kathir

B.Melayu

1. Yuhaina Binti Yunus 2. Hasmah Binti Ali

3.

5 Ibn Amir / 5 Ibn Kathir

B. Arab

1. Abdul Hadi Bin Shafie 2.Abdul Ghani Bin Hassan

11 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

4.

3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 3 Genggam Gemilang

Matematik

1. Nor Aini Binti Che Mahmood 2.Nurulhani Binti Baharudin 3. Suhaila Binti Salleh

5.

3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 3 Genggam Gemilang

Sains

1. Wan Ramlah Binti Mamat 2.Halisa Binti Mohd Darus

6.

3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 3 Genggam Gemilang

K.Hidup

1. Mohd Azri Bin Ismail 2. Azizan B Harun 3. Nor Suzilaini Binti Hussein

7.

3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 3 Genggam Gemilang

Geografi

1. Mohd Azri Bin Ismail 2. Kauthar Binti Abdullah 3. Nor Suzilaini Binti Hussein

Jadual 7 dibawah menunjukkan contoh rangka jadual masa instruksional bagi Tingkatan 3 dan 5. Jadual 7: Rangka jadual masa instruksional bagi Tingkatan 3 dan 5.

Di SM Imtiaz Besut pelbagai kaedah yang dilaksanakan oleh guru-guru di setiap kelas dalam memastikan objektif masa instruksional tercapai. Kesemua kelas yang melaksanakan Team Teaching adalah dikendalikan oleh dua orang guru yang masing-masing memainkan peranan, melengkapkan antara satu sama lain dan juga memberi sokongan kepada pasangan mereka. Kelas

lazimnya dimulakan dengan seorang guru memulakan set induksi serta memulakan konsep yang kemudiannya bersambung dengan aktiviti, arahan dan kesinambungan daripada konsep awal secara bergilir-gilir antara dua orang guru. Seterusnya, proses diteruskan dengan membahagikan pelajar

kepada kelompok bagi aktiviti pengukuhan dan pengayaan melalui pengendalian bersama dengan kaedah Enrichment Cluster mengikut minat pelajar atau kaedah Differentiating iaitu mengikut pencapaian dan prestasi pelajar. Proses ini dilaksanakan melalui beberapa model pengajaran yang diperkenalkan seperti traditional team teaching, complimentary or supportive, collaborative, parallel instruction dan differentiated split class. Kesemua model ini dipilih oleh guru-guru terbabit mengikut kesesuaian isi kandungan, masa insruktional dan kumpulan murid. Dalam kebanyakan waktu, murid akan
12 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

berada di dalam kelompok yang lebih kecil daripada biasa. Ini membuka peluang yang luas untuk murid bertanyakan guru kerana segelintir murid mempunyai low self-esteem untuk mengemukakan soalan dalam kelas yang rata-rata bilangan muridnya antara 28-30 orang. Sebaliknya menyebabkan mereka untuk lebih banyak bertanya kerana guru berada sama ada di sebelah mereka atau di hadapan dengan jarak yang dekat. Murid juga mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menyertai aktiviti dalam masa instruksional sama ada secara individu,berpasangan mahu pun berkumpulan bagi mendapatkan jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan atau

perbincangan di dalam tempoh yang singkat. Dr Shirley,2011 dalam satu kajian tindakannya tentang pengendalian Team Teaching di sekolahnya menyatakan bahawa murid-murid menunjukkan keseronokan dan keterujaan dalam masa instruksional berlangsung membuktikan strategi ini memberi satu impak positif. Ironinya, peningkatan dari kuantiti dan kualiti dicatat bagi dua tahun ini bermula daripada TOV, OTI 1, OTI 2, Gerak Gempur, Tambah Nilai, percubaan dan juga peperiksaan awam sebenar iaitu PMR. Hal ini menjadi satu penanda aras yang baik kepada SM Imtiaz Besut untuk melestarikan strategi instruksional ini kerana ia menimbulkan suasana pembelajaran bermakna walau pun kami masih menghadapai kadar keluar masuk guru dan pengurusan atas urusan rasmi yang masih kerap dan membuktikan Team Teaching telah banyak membantu guru-guru mengatasi masa instruksional yang terbuang begitu sahaja akibat ketiadaan guru. 3.0 Cadangan Kejayaan kami dari sudut akademik yang dilaksanakan di SM Imtiaz Besut merupakan satu bukti bahawa strategi Team Teaching antara cadangan terbaik untuk melindungi masa instruksional di sekolah. Namun, hal ini tidak akan berlaku sekiranya pengurusan, guru-guru dan murid tidak bergerak ke arah itu; apatah lagi tidak memahami kenapa strategi ini dipilih. Pengurusan bersedia juga untuk menambah masa instruksional dan berusaha untuk mengatur jadual waktu agar tidak terlalu membebankan, tiada pertindanan dan adil pada semua. Guru-guru dengan ikhlas menerima tambahan masa instruksional mereka dan berusaha menginovasikan
13 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

pendekatan, teknik dan kaedah instruksional dengan peluang ini. Murid-murid pula sanggup mencuba satu strategi baru dan rela diasing-asingkan walau pada mulanya berasa rendah diri kerana berpendapat kelompok mereka adalah kelompok yang corot dan diasingkan.

14 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

4.0 Rujukan Shirley T.S.H ( 2011). Building Succesful Teams in a Challenging Environment. Courage Leadership for Positive Change. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Nasional ke-18, Julai 2011. IAB, Genting Highlands. Goetz ( 2000).Instructional Leadership of Team Teaching. Ashley N.Y.M ( 2012). Kepimpinan Instruksional dan Peningkatan Sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kepimpinan Instruksional Hallinger, P.( 1982). Resource Manual : The Principal Instructional Management Scale. Center for the Advance Study of Educational Leadership, Vanderbilt. University, Nasville, USA

Pengurus Strategik SM IMTIAZ BESUT : Bab Pengurusan Kurikulum, 2011

15 | M u k a S u r a t

You might also like