You are on page 1of 22

UNTUK LEBIH LANJUT, SILA KLIK !

APA ITU NUKLEAR?

VIDEO HOW A NUCLEAR REACTOR WORKS

KELEBIHAN PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR

KEBURUKAN PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR

Istilah nuklear merujuk kepada inti atau nukleus atom. Tenaga nuklear adalah tenaga yang dijana daripada tindakbalas dalam nukleus atom. Ada dua jenis tindakbalas nuklear yang boleh digunakan untuk menjana tenaga, iaitu tindakbalas pembelahan nukleus (nuclear fission) dan tindakbalas pelakuran nukleus (nuclear fusion).

VIDEO HOW A NUCLEAR REACTOR WORKS

KELEBIHAN TENAGA NUKLEAR SEBAGAI SUMBER ALTERNATIF

DAPAT MENJANA TENAGA YANG BANYAK

Penggunaan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak.

Pecahan bekalan tenaga dunia pada tahun 2007. (Sumber: Agensi TenagaAntarabangsa)

SUMBER TENAGA ALTERNATIF BAGI MENGELAKKAN KEBERGANTUNGAN TERHADAP MINYAK DAN GAS.

Sumber tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif boleh digunakan bagi menghasilkan produk nilai tambah yang boleh memberi keuntungan yang lebih besar kepada negara.

Loji tenaga nuklear di Jepun

PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR LEBIH MENJIMATKAN UNTUK JANGKA MASA PANJANG.

Keseluruhan rantaian bagi penjanaan kuasa nuklear daripada perlombongan uranium sehingga kepada pelupusan sisa nuklear, termasuk pembinaan loji janakuasa nuklear serta kemudahan berkaitan, hanya menghasilkan di antara 1 hingga 6 gram karbon bagi setiap kilowatt-jam elektrik yang dijana oleh sesebuah loji janakuasa nuklear.

JENIS LOJI JANA KUASA DAN JUMLAH BAHAN API DIPERLUKAN UNTUK PENJANAAN 1,000 MWE SELAMA SETAHUN
JENIS LOJI JANA KUASA Loji janakuasa arang batu Loji janakuasa minyak Loji janakuasa kitar padu menggunakan gas asli (combined cycle gas turbine) JUMLAH BAHAN API 2,000,000 tan metrik arang batu 1,960,000,000 gelen minyak 87,600,000,000 kaki padu standard (scf)gas asli

Loji janakuasa nuklear berasaskan 30 tan metrik uranium pembelahan nukleus (nuclear fission) Loji janakuasa suria 10 kilometer persegi kawasan panel photovotaic yang berkecekapan 23% (23% efficiency) 3,000 turbin angin berkeupayaan 1 MWe setiap satu 30,000 kilometer persegi kawasan tanaman pokok untuk menghasilkan biomas 800,000,000 ekor ayam bagi menghasilkan biogas

Loji janakuasa angin Loji janakuasa biomas berasaskan kayu-kayan Loji janakuasa biogas berasaskan najis ayam

TEMPOH PEMBINAAN JANAKUASA NUKLEAR YANG SINGKAT

Pembinaan janakuasa nuklear hanya mengambil masa yang singkat iaitu selama lima tahun sahaja. Reka bentuk loji nuklear sekarang boleh bertahan sehingga 70 tahun berbanding hanya 40 tahun menggunakan teknologi lama.

Loji Nuklear di China


Nama Jenis Kapasiti (M/We) Net/Gross 610 / 650 610 / 650 610 / 650 1,000 / 1,087 1,000 / 1,087 1,000 / 1,087 1,000 / 1,250 1,000 / 1,080 Mula Pembinaan Jangkaan Siap Qinshan 2-4 Changjiang 1 Changjiang 2 Fangchenggang 1 Fangjiashan 1 Fuqing 1 Haiyang 1 Hongyanhe 2 CNP-600 CNP-600 CNP-600 CPR-1000 CPR-1000 CPR-1000 AP1000 CPR-1000 January 28, 2007 April 25, 2010 November 21, 2010 July 30, 2010 December 26, 2008 November 21, 2008 September 24, 2009 March 28, 2008 March 28, 2012 2014 2015 2015 December 2013 October 2013 May 2014 2013

Ningde 1 Sanmen 1

CPR-1000 AP1000

1,000 / 1,087 1,000 / 1,115

February 18, 2008 April 19, 2009

December 2012 November 2013

PENYENGGARAAN YANG MURAH


Modal permulaan bagi membangunkan loji tenaga nuklear adalah sama dengan loji yang menggunakan minyak yang mengeluarkan kapasiti sama, namun dalam jangka panjang, penyenggaraan loji nuklear lebih murah dan dapat menjimatkan kos operasi sebanyak 25 peratus. Buat permulaan Malaysia perlu membina loji tenaga nuklear dengan kapasiti kira-kira 700 hingga 800 megawat elektrik iaitu kira-kira lima peratus daripada jumlah penggunaan tenaga elektrik dalam negara.

SANGAT MESRA ALAM


Tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Loji tenaga nuklear tidak akan membebaskan gasgas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi. Mengikut perkiraan, kesemua 439 loji janakuasa nuklear yang sedang beroperasi di seluruh dunia sehingga 30 Ogos 2007 telah berjaya mengurangkan 8% daripada jumlah penghasilan karbon dioksida dunia pada setiap tahun.

Perbandingan Jumlah Pelepasan GHG di Udara

TIDAK MEMERLUKAN KAWASAN YANG BESAR

Pembinaan loji nuklear tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasi yang rendah.

KELEMAHAN PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR SEBAGAI SUMBER ALTERNATIF

BOLEH MEMBERI KESAN TIDAK BAIK KEPADA KESIHATAN MANUSIA.

Tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan.

BAHAN RADIOAKTIF YANG TERHASIL AMAT BERBAHAYA


Bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan elektrik juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioktif ini jika dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia.

RISIKO KEMALANGAN DI LOJI NUKLEAR


Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobly pada April 1986. tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.

ISU KESELAMATAN
Loji nuklear berpotensi untuk disalahgunakan bagi tujuan keganasan. Samaada keganasan berbentuk manipulasi bahan itu untuk tujuan tidak baik ataupun kemungkinan logi diserang dan diambil alih oleh pengganas. Dalam keadaan ini, kawalan keselamatan yang sangat ketat amat diperlukan.

You might also like