You are on page 1of 21

Laporan Tentang Kepentingan Mempelajari Tajuk Asas Pengurusan Data Serta Aplikasinya Dalam Kehidupan Seharian. 1.

0 Pendahuluan

Kami dikehendaki menyiapkan satu laporan tentang kepentingan mempelajari tajuk-tajuk yang terdapat dalam subjek KRM 3043 Asas Pengurusan data yang terdiri daripada tajuk Sejarah dan kegunaan statistik, Pengumpulan dan pengurusan data, Perwakilan data, Sukatan Kecenderungan Memusat dan Sukatan Serakan. Kami dikehendaki menyatakan kepentingan tajuk-tajuk tersebut serta bagaimana mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian bagi menyiapkan tugasan laporan ini, kami membahagikan tugasan ini kepada setiap ahli kumpulan agar semua dapat bekerjasama bagi menyumbang idea untuk menyiapkan laporan ini. Dalam laporan ini juga , ada disertakan contoh-contoh statistik dan data bagi bidang-bidang tertentu yang memerlukan penggunaan data dalam kehidupan seharian. Hasil laporan tugasan kami adalah seperti berikut.

1.1

Sejarah dan Kegunaan Statistik

1.1.1 Sejarah Statistik Sejarah statistik bermula sejak dari zaman dahulu lagi. Perkataan Statistik merupakan satu perkataan yang asalnya daripada perkataan latin yang membawa maksud status iaitu negeri dan statista bermaksud negarawan. Penggunaan statistik dalam kehidupan seharian telah bermula sejak zaman Iskandar Zulkarnain. Namun begitu, maklumat tersebut tidak diterbitkan dan dibukukan sehinggalah pada tahun 1600 oleh John Graunt di dalam bukunya yang bertajuk Natural and Political Observation on the Bills of Mortality.

Statistik adalah kaedah saintifik dalam mengumpul, menyusun, menghurai, menganalisis data bernombor dan juga membuat kesimpulan daripada hasil penganalisisian data tersebut. Mengikut sejarah, statistik ini asalnya datang daripada perkataan state yang memberi makna sebuah negara atau pemerintah. Statistik digunakan pada mulanya oleh pemerintah untuk mengetahui dan mendapat maklumat tentang penduduk di bawah pemerintahnya. Maklumat seperti bilangan penduduk, jumalah anak dalam sesebuah keluarga, bilangan orang dewasa, jumlah padi yang dihasilkan dan sebagainya. Matlamat utama adalah supaya pemerintah dapat
1

mengguanakan maklumat yang terkumpul ini untuk mengawal dan menguruskan pemerintahan negara. Bidang statistik boleh dibahagikan kepada dua bidang iaitu statistik perihalan dan statistik pentadbiran. Statistik perihalan merangkumi aspek mengumpul, membentang (dalam bentuk jadual, carta dan graf) serta meringkaskan data. Contohnya keputusan peperiksaan pelajar mengikut pencapaiannya. Maklumat ini seterusnya boleh disajikan dalam bentuk jadual, cerita atau graf supaya mudah difahami umum. Seterusnya nilai purata, sisihan piawai serta ukuran kedudukan boleh dihitung untuk menjelaskan lagi perihalan data. Statistik pentadbiran menggunakan data untuk membuat anggaran, sebagainya. Bahagian statistik ini memerlukan pengetahuan matematik yang agak kukuh. Contoh keputusan, ramalan, ujian hipotesis dan

pencapaian pelajar boleh dikumpul untuk beberapa tahun dan analisis dilikukan dengan menggunakan pelbagai kaedah statistik yang sesuai bagi mendapatkan hasil bagi membuat keputusan atau ramalan tentang pencapaian pelajar. Keputusan yang diperoleh mungkin boleh digunakan untuk membuat polisi bagi menentukan atau mengubah syarat kemasukan pelajar ke universiti. Dua ahli statistik yang banyak menyumbang dalam perkembangan awal bidang ini ialah Karl Pearson (1857-1936) dan Ronald Fisher (1890-1962). 1.2 Kegunaan Statistik

Kebanyakan daripada kita, rata-rata mengetahui statistik digunakan untuk menganalisa sesuatu data berangka. Apabila seseorang pengacara dalam televisyen menyebut statistik perlawanan bola sepak Liga Perdana, sebenarnya ia bermaksud angka-angka skor dalam perlawanan itu. Pada setiap hari kita sering membaca laporan tentang angka-angka kematian dan kelahiran dalam surat khabar dan bagaimana data yang menunjukkan kadar kematian kemalangan jalan raya di Malaysia. Semua perkara tersebut sebenarnya mengaplikasikan statistik untuk merumus dan memperolehi data yang lebih bersistem.

Namun tahukah anda bahawa perkatan statistik berasal dari perkataan Latin moden frasa statisticum collegium (syarahan mengenai keadaan semasa), manakala dalam bahasa Itali statistik berasal daripada perkataan statista, yang bererti "negarawan" atau "ahli politik". Daripada dua terjemahan di atas, pastinya tidak terlintas di fikiran kita bahawa statistik
2

merupakan salah satu cabang matematik yang banyak diaplikasikan dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari. Menurut Micahael Orkin statistik juga boleh didefinasikan sebagai pengkuantitian kaedah bagi mentafsir serta memahami fenomena rawak. Tahukah anda setiap hari kita sebenarnya banyak menggunakan aplikasi statistik dalam kehidupan seharian kita? Setiap kali anda memakai tali pinggang kaledar, cuba untuk meramal keadaan cuaca, memakan vitamin C disebabkan anda merasa selsema atau anda memilih untuk menunggu dalam barisan terpendek dalam sebuah bank yang sesak, tanpa disedari anda telah menggunakan asas-asas ilmu statistik dalam kehidupan anda. Statistik (atau perangkaan) adalah sains dan aplikasi dalam membangunkan pengetahuan manusia melalui penggunaan data empirikal. Atau lebih tepat lagi statistik merupakan kaedah saintifik dalam mengumpul, menyusun, menghurai, menganalisis data bernombor dan juga membuat kesimpulan daripada hasil analisis data tersebut melalui gambar rajah. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang diperolehi, atau ia juga turut dikenali sebagai teori keputusan. Penggunaan statistik semakin meluas dalam kehidupan seharian dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sains dan teknologi, sains pertanian, sains industri, sains fizik dan gunaan, sains sosial dan bidang-bidang lain. Lazimnya, semua keputusan analisis untuk dikuantitatifkan serta disorot dari sudut statistik, seperti membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Jadi, bukan sahaja statistik wajar di pelajari sebagai matapelajaran wajib malahan semua golongan perlu mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan asas dalam bidang statistik. aplikasi statistik dalam kehidupan sosial manusia. Pelbagai kegunaan statistik di dalam kehidupan seharian kita sama ada dari persepsi pendidikan , sains sosial , ekonomi , perubatan , politk dan lain-lain lagi. Bagi fahaman individu statistik bermaksud angka yang direkodkan mengikut kategori tertentu. Contohnya statistik kemalangan jalan raya akan memberikan maklumat kekerapan kejadian kemalangan jalan raya yang dibahagikan kepada beberapa kategori tertentu seperti kemalangan maut , cedera parah , cedera ringan dan sebagainya. Melalui data yang dikumpul individu tersebut akan dapat membuat kesimpulan kadar kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di sesuatu tempat itu.
3

Pelbagai contoh

Statistik banyak digunakan dan diaplikasikan dalam pelbagai bidang. Oleh itu terdapat banyak kepentingan statistik dalam kehidupan seharian. Statistik berfungsi sebagai alat bantu untuk meringkas laporan baik laporan pentadbiran maupun laporan hasil penelitian ilmiah, yang berupa atau terdiri daripada angka-angka dan bilangan-bilangan. Statistik juga menjadi jadi alat bantu di dalam menyusun perncanaan terutamma perencanaan yang memerlukan bahan-bahan keterangan yang berupa angka-angka. Selain itu Statistik jugan digunakan untuk membuat penilaian terhadap gejala, peristiwa, atau keadaan dan sebagainya. Kepentingan mempelajari sejarah statistik dan kegunaannya kepada para guru ialah guru dapat membuat ramalan pencapaian murid-murid dalam sesuatu peperiksaan. Dengan adanya pengurusan data ini para guru dapat mengenalpasti permasalahan murid tersebut dengan lebih baik lagi. Terdapat pelbagai ilustrasi secara visual dalam statistik yang memudahkan guru melihat hasil maklumat yang di kumpul dan dapat membuat pembandingan dengan lebih mudah. Statistik juga memberi pendedahan kepada murid tentang betapa pentingnya menggunakan statistik dalam kehidupan seharian kerana iannya melibatkan semua urusan seharian seperti umur, , tinggi, berat, tahap kesihatan dan sebagainya. Kepentingan statistik juga tidak terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah murid dapat menganalisis tentang bidang lain seperti bidang pertanian, peniagaan, dan lain-lain lagi. Penggunaan statistik memberi informasi terkini dalam kehidupan seharian kita tentang sesuatu perkara yang berlaku.

1.3

Pelbagai contoh aplikasi statistik dalam kehidupan sosial manusia. Antaranya ialah:

i)

Statistik dan Kemalangan Jalan Raya

STATISTIK OPS SIKAP 25 STATISTIK KEMALANGAN JALAN RAYA DAN KEMATIAN KESELURUHAN MALAYSIA BERTARIKH : 24/1/2012 (SELASA)
JUM KEMALANGAN MAUT (TOTAL FATAL ACCIDENTS)

JENIS JALAN (TYPE OF ROAD)

JUM KEMALANGAN (TOTAL ACCIDENTS)

JUMLAH KEMATIAN(TOTAL FATALITY)

LEBUHRAYA(EXPRESSWAY) JALAN PERSEKUTUAN (FEDERAL ROAD) JALAN NEGERI (STATE ROADS) JALAN BANDARAN (MUNICIPAL ROAD) LAIN-LAIN JALAN (OTHER ROAD) JUMLAH (TOTAL)

114 240

2 4

2 6

146

321

69

890

13

15

* Sumber daripada Cawangan Trafik Bukit Aman

Setiap tahun, ratusan orang menemui maut di jalan raya Malaysia. Statistik ini adalah peringatan kepada diri anda serta semua pengguna jalan raya. Statistik banyak digunakan dalam perangkaan kemalangan jalan raya agar kita tahu jumlah kemalangan yang terlibat. Dengan ini sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, kita boleh mengambil langkah berhatihati. Malahan pihak berwajib juga boleh meningkatkan usaha agar dapat menangani masalah ini.

ii)

Statistik dan Jenayah

Melalui statistik kita dapat menanalisa kes jenayah disekeliling kita. Bagaimana statistik berfungsi untuk memberitahu umum tentang kadar jenayah di negara kita dengan lebih tepat dan bersistem. Dengan ini kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan serta pihak berwajib boleh berusaha meningkatkan penguatkuasaan undang-undang agar kes-kes jenayah di Malaysia dapat dikurangkan.

2.0

Kepentingan mempelajari tajuk statistik

serta aplikasinya dalam kehidupan

seharian dalam bidang :\

2.1

Pendidikan

Di dalam pendidikan pula statistik boleh digunakan untuk mengumpul data bilangan pelajar yang mendapat gred tertentu. Melalui pengumpulan data ini guru boleh mengenalpasti bilangan pelajar yang lemah , sederhana , dan juga bilangan pelajar yang cemerlang. Maklumat ini boleh dibentang di dalam bentuk jadual , grafik , histogram/carta pai .Dari hasil statistik ini guru boleh

merancang strategi dan menentukan kaedah untuk langkah berikutnya. Pengetahuan statistik juga dapat digunakan oleh guru untuk memahami kajian-kajian yang ditulis dalam bentuk empirikal. Dalam pendidikan juga, analisis data digunakan untuk mengubah dan menyemak sesuatu maklumat(data) dengan pandangan untuk mencapai sesuatu kesimpulan untuk memberi sesuatu situasi atau masalah . Analisis data boleh dibuat melalui beberapa kaedah berdasarkan kepada keperluan dan kehendak . Contohnya , jika ada pengetua sekolah yang ingin tahu samaada ada sesuatu hubungan antara prestasi pelajar dalam bahagian penilaian penulisan dan tahap sosioe konomik mereka . Dalam perkataan lain , adakah pelajar dari latar belakang sosio ekonomik yang rendah menunjukkanyang lemah , yang harus kita percayai? atau adakah beberapa tanggungjawab berubah untuk prestasi penulisan berbeza? Lagi , satu analisis hubung kait yang mudah akan menolong menggambarkan prestasi pelajar dan menjelaskan hubungan antara prestasi dan tahap sosio ekonomik. Analisis tidak sepatutnya melibatkan statistik yang kompleks .Analisis data dalam sekolah melibatkan data terkumpul dan menggunakan data untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran . Menariknya ,ada pengetua dan guru memudahkannya . Dalam banyak kes, data terkumpul telah pun siap . Sekolah selalunya mengumpul kehadiran data , rekod tulisan ,rujukan disiplin , gred semester dan lain data yang berguna. Berbanding daripada statistik yang kompleks formula dan ujian , ia selalunya , purata ,peratus ,kadar yang minat dipelajari . Contoh aplikasi statistik dalam bidang pendidikan khasnya guru di sekolah adalah seperti dibawah.

2.2

Perubatan

Terdapat beberapa sebab kenapa sesorang doktor perlu mengetahui statistik. Sebab pertama adalah kerana bidang perubatan pada masa kini melibatkan perkara yang lebih kuantitatif berbanding dengan masa lalu. Sebab keduanya, kaedah statistik sangat penting bagi merancang, melakukan dan mentafsirkan penyelidikan perubatan. Sebab ketiga pula adalah kerana penulisan perubatan menggunakan statistik bagi menyampaikan hasil kajian mereka. Jadi, pengetahuan statistik diperlukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang ditulis.

Seseorang doktor dalam tanggungjawab hariannya merawat pesakit sentiasa bergantung pada data. Data boleh diperolehi daripada pesakit itu sendiri, seperti sejarah penyakit pesakit, hasil pemeriksaan klinikal dan makmal, atau datangnya daripada orang lain seperti dalam seminar, persidangan, bengkel dan lain-lain lagi. Oleh sebab itulah, seseorang doktor itu mestilah mempunyai pengetahuan dan seterusnya membiasakan dirinya dengan sumber data, kaedah pengumpulan data, penyusunan dan pentafsiran data.
8

2.2.1 Bagaimana Statistik Diaplikasikan Dalam Perubatan? Pelbagai kategori dalam bidang perubatan yang melibatkan statistik. Antaranya ialah:

2.2.2

Bidang Klinikal

Asas dalam statistik digunakan bagi membuat diagnosis, prognosis dan memilih rawatan yang berkesan. Aplikasi statistik digunakan dalam menentukan menentukan diagnosis sesuatu penyakit itu, dua proses berikut terlibat:

a) Proses di mana ahli sains perubatan menentukan sekumpulan gejala penyakit. Sesuatu penyakit itu akan dikelaskan menurut kehadiran mikroorganisma, proses neoplastik sel, kedudukan anatomi dan lain-lain lagi. Penggunaan asas ststistik dan penalaran logik dalam menentukan pengelasan gejala ini. Kumpulan tanda atau gejala diagnostik ini wujud apabila gabungan tanda dan gejala tertentu berlaku bersama-sama lebih kerap daripada yang dijangkakan berlaku secara kebetulan. b) Proses berikutnya merupakan proses melabelkan seseorang itu telah mengalami proses penyakit tertentu. Sebenarnya seseorang individu pun yang tidak akan mempunyai kesemua gejala dan tanda sebagaimana yang dinyatakan bagi sesuatu diagnosis. Setiap pesakit menunjukkan beberapa gejala dan tanda khusus berserta gejala dan tanda-tanda lain yang tidak khusus. Jadi teori kebarangkalian digunakan dalam menentukan penyakit bagi seseorang pesakit. 2.2.3 Bidang Kesihatan Masyarakat

Data kesihatan dapat dijadikan sebagai panduan dan petunjuk kesihatan bagi sesuatu masyarakat atau penduduk di sesebuah kawasan. Seseorang pegawai perlu menentukan status kesihatan bagi penduduk sesebuah kawasan.kProses penentuan status kesihatan dengan menggunakan petunjukpetunjuk kesihatan memerlukan pengetahuan tentang statistik kehidupan.

Contoh Aplikasi Statistik dalam Perubatan

2.3

Sains Sosial

Bidang sains sosial pula statistik juga boleh digunakan untuk menganggar kadar jenayah untuk satu jangka masa , merekod dan mengelaskan kadar jenayah yang berlaku dalam di dalam sesebuah kawasan serta tempoh masa yang tertentu dan sebagainya. Melalui statistik kadar jenayah yang dibuat oleh pihak berwajib adalah mudah bagi masyarakat untuk mengambil langkah inisiatif untuk mengatasi masalah kadar jenayah di kawasan mereka.

10

2.4

Ekonomi

Di dalam menjana ekonomi Negara data statistik mampu membantu peniaga membuat keputusan yang lebih berkesan .Contohnya para peniaga boleh mengumpul dan merekod jualan dan keuntungan sesuatau barangan jualannya. Melalui data ini para peniaga boleh membuat tindakan susulan bagi memperkembangkan perniagaannnya. Data statistik juga boleh digunakan di dalam bidang kejuruteraan dan proses pembuatan dalam mengawasi mutu sesuatu produk. Data boleh dikumpul dan direkod untuk memastikan kualiti produk sentiasa terjamin.

2.5

Politik

Data statistik juga mampu membantu perkembangan politik sesebuah Negara. Sesebuah Negara akan membuat statistik bilangan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bagi kerajaan yang memerintah akan memastikan politik tidak akan mereka tergugat dengan memastikan populasi dibawah naungannya tidak akan terjejas jika berlakunya sesuatu wabak penyakit yang burukdan boleh menyebabkan berubah saiz penduduk. Oleh itu mereka mengumpul data tentang kelahiran, perkahwinan dan kematian. Begitu juga dengan data pengundi semasa pilihanraya. Dengan adanya data ini , maka ahli politik ndapat memantau jumlah pengundi dan peratus pengudi yang keluar untuk mengundi berdasarkan statistik yang dibuat oleh Surunhanjaya Pilihan Raya.

11

2.6

Penggunaan Statistik Dalam perniagaan.

Selain itu terdapat juga kepentingan lain tentang mempelajari tajuk statistic iaitu a. Bidang pengeluaran Sebuah firma melakukan pengumpulan data-data adalah bertujuan mengkaji tentang akibat penggunaan pengawalan kualiti pengeluaran, perkembangan pengeluarannya, stok dan inventori, kos seunit dan kos bahan-bahan mentah.

b. Bidang pemasaran Firma-firma mengumpulkan data daripada penyelidikan pemasaran, pengiklanan, keputusankeputusan jualan, kos-kos pengagihan , peletakan harga, keluaran ,agihan dan ramalan-ramalan pasaran.

12

c. Bidang kewangan Kewangan perniagaan meliputi aspek pelaburan, kadar pinjaman, keuntungan dan kerugian dan percukaian.

d. Bidang pengurusan sumber manusia Keterangan mengenai bilangan pelatih-pelatih, kadar upah , gaji pekerja dan pusing- ganti pekerja pekerja , perpindahan keluar masuk pekerja, kadar kemalangan yang dialami Kesimpulannya, statistik ini secara tidak langsung memang amat berkait rapat dengan

kehidupan seharian kita. Di dalam kehidupan kita tanpa kita sedari kita sering mengumpul maklumat atau data dan menganalisis data tersebut serta membina kesimpulan terhadap maklumat yang diperolehi.

2.7

Bidang Kajicuaca

Penggunaan statistik dalam bidang ini bertujuan untuk meramal cuaca menganalsis data kajicuaca yang disimpan dan taburan hujan yang paling sukar diramal kerana ia melibatkan data tentang taburan hujan, suhu, kelajuan angin, tekanan dan sebagainya. Contoh penggunaan statistik dalam bidang kajicuaca.

13

2.8

Bidang penyelidikan

Penyelidik memerlukan pengetahuan statistik untuk merekabentuk(design) sesuatu penyelidikan, seperti merekabentuk eksperimen, dan menentukan kaedah analisis data yang sesuai untuk sesuatu rekabentuk.

3.0

Pengumpulan Dan Pengurusan Data

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan di dalam mengumpul dan mengurus data untuk statistik diskriptif . Data boleh dikumpul dengan pelbagai cara antaranya dengan menggunakan data kualitatif , data kuantitatif data selanjar dan data diskret. 3.1 Kepentingan mempelajari tajuk pengumpulan dan pengurusan data serta aplikasinya dalam kehidupan seharian ialah :

3.1.1 Meringkaskan maklumat Terdapat pelbagai kaedah dan teknik didalam pengumpulan data antaranya adalah menggunakan data kualitatif , data kuantitatif data selanjar dan data diskret. Data ini dikumpul dan diringkaskan melalui pemerhatian ke atas pembolehubah kualitatif dan pembolehubah kuantitatif, data diskret dan data selanjar. Data tersebut dikumpul dan dipersembahkan di dalam bentuk jadual yang ringkas dan mudah difahami.

Secara am, terdapat dua jenis data iaitu data kualitatif dan data kuantitatif. Data kualitatif adalah data yang menyampaikan maklumat tidak berangka. Ia menerangkan sifat data, contohnya nombor kad pengenalan pelajar, gred yang diperolehi dalam suatu peperiksaan dan kelayakan akademik seseorang pekerja. Kadangkala nilai berangka digunakan dalam data kualitatif, tetapi ia bertujuan untuk menerangkan kedudukan atau sebagai perwakilan sahaja. Data kuantitatif pula adalah data berangka yang diperolehi melalui pengukuran. Ia boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu data kuantitatif diskrit dan data kuantitatif selanjar. Data diskrit merupakan data berangka yang mana nilai-nilainya adalah nombor bulat sahaja seperti bilangan murid yang mendapat biasiswa dan bilangan guru yang mempunyai ijazah sarjana yang mengajar di sesebuah sekolah yang tertentu. Data selanjar pula adalah data berangka yang mana nilainya

14

adalah dalam bentuk perpuluhan atau nisbah, seperti contoh ketinggian pelajar dan keuntungan yang diperolehi oleh sesebuah syarikat. 3.1.2 Meletakkan data di dalam kumpulan-kumpulan tertentu Data kualitatif adalah data yang diperolehi melalui pemerhatian yang dibuat ke atas atau skor-skor yang tidak

pembolehubah kualitatif yang terdiri daripada angka-angka

mempunyai nilai kuantiti. Ia membolehkan data diasingkan mengikut kumpulan-kumpulan tertentu. Data telah dikelaskan mengikut kategori seperti , nama, jenis, kelas atau pangkat. Contohnya perbandingan jantina angka 1 dikelaskan sebagai lelaki (L) manakala angka 2 dikelaskan sebagai perempuan (2) iaitu boelh difahami sebagai 1=lelaki 2=perempuan. Ia boleh juga digunakan untuk gred peperiksaan seperti 1=A , 2=B , 3=C , 4=D dan lain-lain lagi. Data kualitatif adalah data yang menyukat kualiti dan bukan kuantiti. Ianya dapat menyampaikan maklumat tidak berangka.

3.1.3 Membuat bandingan dan perbezaan Berdasarkan data kepada pembolehubah kualitatif, pembolehubah kuantitatif, data diskret dan data selanjar adalah mudah untuk memahami dan membuat perbandingan antara a) Menyenaraikan kelas-kelas dan kekerapan-kekerapan b) Memudahkan memaparkan data di dalam bentuk graf atau carta pai Secara ringkasnya , Kepentingan Pengurusan Data Yang Berkesan adalah seperti berikut:

a) b) c) d) e) f)

Memudahkan tugasan harian Membantu dalam proses membuat keputusan Membolehkan maklumat diperolehi dengan cepat Memudahkan analisa dan penilaian dibuat Mengurangkan kadar tekanan Memudahkan untuk membuat laporan

Kesimpulannya, Kepentingan mempelajari pengumpulan dan pengurusan data ialah kita dapat mengumpul semua maklumat yang boleh dihitung dan tidak boleh dihitung dengan baik. Kita dapat mengetahui jawapan yang tetap bagi data yang terkumpul dan tidak terkumpul dengan
15

mudah. Ianya memudahkan pengiraan dengan cara pengumpulan dan pengurusan data. Malah dengan menggunakan jadual dan formula yang diberikan dapat memberikan kita maklumat yang tepat serta memudahkan pengiraan kita. Dengan menggunakan jadual pengumpulan dan pengurusan data ini, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan lebih menarik dan mudah difahami khasnya dalam bidang pendidikan.

4.0

Perwakilan Data

Terdapat 4 peringkat dalam perwakilan data yang diterangkan iaitu mengemukakan soalan,pengumpulan data, analisis data dan keputusan interpretasi. Data-data yang dikumpul terbahagi kepada dua jenis iaitu data diskrit dan data selanjar dan ia boleh disusun samaada dengan menggunakan kaedah jadual, senarai (lists) dan penggundal. Data-data boleh diwakili atau dipersembahkan secara visual sama ada dengan menggunakan piktogram,carta palang (carta palang menegak, carta palang melintang dan carta palang berganda), carta pai, histogram, poligon kekerapan atau graf garisan mengikut kesesuaian. Piktogram ialah perwakilan data yang paling mudah dan ia menggunakan gambarajah yang diwakili oleh siri simbol yang piawai (sama nilai). Carta palang ialah graf khas yang menggunakan palang atau bar untuk menunjukkan saiz data terutamanya bagi data kualitatif. Dalam carta palang menegak, palang-palang yang menegak dari bawah ke atasdigunakan manakala bagi carta palang melintang, palang-palang diluis dari kiri ke kanan. Jika terdapat perbezaan di antara sub kategori, carta palang berganda akan digunakan. Carta pai merupakan satu bentuk carta yang berbentuk bulatan yang dibahagi kepada beberapa bahagian atau sektor dan pengiraan darjah sudut perlu dilakukan denganmenggunakan rumus-rumus tertentu. Histogram pula adalah satu bentuk paparan data bergambar khas untuk data kuantitatif seperti data diskret dan data selanjar. Poligon kekarapan mempunyai perkaitan dengan histogram di mana ia merupakan penyambungantitik tengah dengan garis lurus bagi setiap palang kelas histogram.

16

Graf garisan adalah graf di mana maklumat ditunjukkan dan disambungkan antara satu sama lain. Jika terdapat lebih daripada satu garisan yang mewakili komponen berbeza, graf garis berganda perlu digunakan. Dalam perwakilan data, kaedah persembahan secara visual ini adalah penting kerana ia menjadikan pembacaan lebih mudah dan efektif. Walau bagaimanapun, kita hendaklah memilih kaedah yang tepat daripada kaedah-kaedah yang ada bagi mengelakkan kekeliruandan kesalahtafsiran data-data yang disampaikan.

4.1 a)

Kepentingan perwakilan data dalam kehidupan harian adalah : Kepentingan yang pertama ialah perwakilan data yang dikumpulkan daripada soal selidik

akan memberitahu kita mengenai dunia di sekeliling kita. b) Kedua, perwakilan data ini juga dapat mengajar kita supaya membuat intepretasi data

bersama rakan-rakan yang lain sebelum data disimpulkan. c) Ketiga, data yang dikumpulkan dan dipersembahkan dalam bentuk seperti jadual, senarai,

gundalan, piktogram, carta palang, poligon kekerapan,carta palang, carta pai dan histogram ini dapat memudahkan kita membua bacaan dan hipotesis tentang aktiviti kehidupan harian kita dengan efektif.

Perwakilan data melibatkan pengumpulan, pengurusan, perwakilan, penganalisisan dan menginteprestasi data yang berkaitan dengan pelajar. Cara terbaik untuk mempelajari cara melaksanakan perwakilan data adalah dengan menjalankan projek di mana sesuai isu diterokai dan diilustrasikan melalui beberapa proses dan kemahiran. Melalui perwakilan data, data secara gambar seperti carta dan graf akan diperkenalkan. Teknik ini digunakan ianya lebih mudah dan dan jelas difahami kerana ia dipersembahkan secara visual.

Melalui pembelajaran perwakilan data, kita dapat memahami pengurusan data dengan lebih baik dan menarik. Penggunaan teknik visual seperti graf, carta, piktogram dan sebagainya dapat menarik minat murid untuk mempelajari matapelajaran ini dan seterusnya memberi pendedahan baru kepada mereka. Data yang dikumpul harus dipaparkan dengan cara yang efektif supaya maklumat yang disampaikan mudah difahami. Data yang dipersembahkan secara visual menjadikannya mudah dibaca dan difahami. Di samping itu juga, penggunaan simbol juga dapat
17

digunakan sebagai mewakili sesuatu perkara. Ini dapat memudahkan pengiraan dan pemahaman murid dalam pembelajaran statistik. Selain itu juga, murid-murid dapat membezakan dan membandingkan taburan kekerapan dengan menggunakan carta seperti car palang. Begitu juga

Kesimpulannya ialah perwakilan data dapat : a) b) c) d) e) Memudahkan pengiraan dengan penggundalan Membaca data dan mendapat maklumat dengan cepat dan tepat Efektif kerana keputusan direkod dengan cepat dan tepat Membina keputusan dan kesimpulan berdasarkan per Lebih efisyen , kreatif dan menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

5.0

Sukatan Kecenderungan Memusat

Sukatan Kecenderungan memusat adalah ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu taburan data. Sukatan Kecenderungan memusat menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada sesuatu kumpulan nombor. Terdapat tiga pengukuran atau statistik yang digunakan bagi Sukatan Kecenderungan Memusat iaitu Min , Median dan Mod.

a) Min adalah purata bagi semua nilai dalam populasi atau sampel. b) Median adalah Nilai cerapan yang berada di tengah apabila semua cerapan disusun mengikut turutan menaik. c) Mod ialah Nilai atau fakta yang mempunyai kekerapan tertinggi dalam set data itu. d) Saiz kelas Beza antara had bawah kelas yang sedia ada dan had bawah kelas kemudiannya. e) Kekerapan tertinggi ialah kekerapan Berulang yang paling banyak

5.1

Kepentingan Min, Median dan Mod dalam kehidupan seharian

Pengiraan Min, Median dan Mod dalam kehidupan seharian bukan sahaja tertumpu kepada bidang pendidikan sahaja tetapi juga dibidang lain seperti yang telah dinyatakan di atas

Contohnya perusahaan, perubatan, perniagaan dan sebagainya.

18

6.0

Sukatan Serakan

Sukatan serakan dapat menghuraikan amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang diperhatikan dengan lebih jelas. Manakala jenis-jenis sukatan serakan seperti julat, sisihan piawai dan varian serta sukatan serakan yang berdasarkan kuartil dan persentil ini akan digunakan oleh para guru pada markah-markah ujian murid-murid di dalam kelas dan data tersebut boleh disimpan sebagai data rujukan dari semasa ke semasa.

6.1

Kepentingan sukatan serakan dalam kehidupan seharian

Sukatan serakan ini akan memberi gambaran sepenuhnya tentang taburan sesuatu set data berbanding dengan sukatan kecenderungan memusat. Selain itu, jenis sukatan serakan seperti varian dan sisihan piawai yang Mempunyai rumus ini akan memudahkan kita menghitung nilainilai daripada data. Akhirnya, sukatan serakan ini juga membawa kepentingan seperti dapat membantu para guru membuat taburan sesuatu set data dengan lebih terperinci walaupun datanya mempunyai nilai-nilai yang besar.

7.0

Kesimpulannya

Statistik merupakan satu kaedah matematik yang boleh membantu penyelesaian masalahmasalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam pentadbiran, pemasaran, perubatan,kejuruteraan, sains sosial atau bidang-bidang yang lain. epada orang ramai, statistik bermaksud angka yang direkodkan mengikutkategori tertentu. Contohnya, statistik kemalangan jalan raya memberikan kita maklumat tentang kemalangan jalan raya, yang pecahkan kepada beberapa kategori, seperti maut, cedera parah, cedera ringan dan sebagainya. Jabatan Kaji Cuaca, misalnya, memberikan statistik hujan/ ramalan hujan setiap bulan. Pihak sekolah pula memberikan statistik pencapaian pelajar, misalnya, bilangan pelajar yang mendapa tgred tertentu dalam peperiksaan SPM. Kepada mereka yang menjalankan kajian pula, statistik merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk menganalisis data kajian. Dalam bidang pendidikan, statistik boleh diguna untuk menyampaikan maklumat dalam pelbagai situasi seperti contoh yang diberikan, statistik boleh diguna untuk menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian. Maklumat ini boleh dibentangkan dengan menggunakan jadual atau grafik seperti histogram/carta pai.
19

Selain itu, kepentingan statistik juga berkaitan dengan komponen statistik. Komponen statistik seperti ilustrasi visual yang digunakan amat penting dalam kehidupan harian kita dan maklumatmaklumat kuantitatif yang dikumpulkan juga dapat membantu perkembangan sesebuah negara. Ini disebabkan statistik memberi pengaruh yang besar dalam pelbagai bidang. Contohnya,

bidang pertanian, perniagaan, penyelidikan, kejuruteraan dan segala hal-hal lain yang berkaitan dengan negara.

20

BIBLIOGRAFI Jabatan Perangkaan Negara (2011). Diperolehi pada Sept 26, 2012 daripada http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view= article&id= 113&Itemid=64&lang=bm

Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mazlini Adnan, Marzita Puteh, Sazelli ab. Ghani (2012), Modul Asas Pengurusan Data. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pengertian Statistik Inferensi (2011). Diperolehi pada Oktober 2, 2012 daripada http://id.shvoong.com/writing-and-speaking/2122743-pengertian-statistika- inferensi/

Rosinah Edinin (2011), Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Statistik (2012). Diperolehi pada Sept 26, 2012 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Statistik

Rosinah Edimin(2011),Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd

Statistik Asas (2012). Diperolehi pada Oktober 3, 2013 daripada http://www.amaljaya.com/guru/PengukuranPengujian/Statistik%20Asas.pdf

21

You might also like