You are on page 1of 1

Makanan Sunnah

Berikut adalah cara pengambilan 4 supplement dalam diet harian anda: 1) Madu asli - dituang atas telapak tangan kanan kemudian dijilat. Ambil sebelum sarapan dan sebelum tidur malam. 2) Kurma - dimakan setiap hari sekurang-kurangnya 1 biji sehari. 3) Garam bukit - ditumbuk halus. Diambil sedikit setiap kali sebelum makan dan selepas makan. Awal dan akhir dengan garam (sila rujuk hadis). 4) Habbatus sauda - diambil sedikit (dikunyah) setiap kali sebelum makan. Lebih elok jika kesemua bahan-bahan ini diruqyahkan dahulu. Rasanya banyak produk-produk komersial di pasaran yang mixed kan semuanya sekali dalam satu botol. Tetapi saya lebih mengesyorkan supaya pesakit buat ramuan sendiri dan ambil secara manual seperti diterangkan di atas. Pemakanan ini adalah amalan sunnah. Semua orang perlu amal, bukan untuk pesakit sahaja. Lakukan amalan dengan istiqamah dan penuh kesabaran. Jika sakit belum diizinkan Allah untuk sembuh, anda tetap mendapat ganjaran pahala. Pesakit dinasihatkan supaya tidak berhenti mengambil ubat klinik/hospital. Jangan risau, 4 perkara tersebut tidak akan konflik dengan mana-mana ubat-ubatan.

Rujukan kajian Urban Muallij tulisan PM25:

http://akrine.blogspot.com/2009/09/pengalaman-merawat-25-makanan-sunnah.html

http://urbanmuallij.blogspot.com

You might also like