You are on page 1of 9

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tajuk 1

Pengenalan Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Sekolah Rendah

Sipnosis
Tajuk pertama ini memberi tumpuan kepada tiga tajuk kecil iaitu Sejarah dan Kepentingan Pendidikan Moral di Malaysia; tajuk kedua ialah Pengenalan kepada Sukatan Pelajaran Pendikan Moral KBSR dan tajuk ketiga ialah Perincian Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR. Dalam tajuk pertama akan dibincangkan tentang mengapa Pendidikan Moral penting dan sejarahnya, manakala tajuk kedua akan dibincangkan tentang matlamat dan objektif Pendidikan Moral, rangka konsep dan organisasi kandungan sukatan pelajaran dan akhirnya dalam tajuk ketiga akan dijelaskan isi kandung salam Sukatan secara terperinci, dengan hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti bagi setiap topik pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui sejarah dan kepentingan pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Moral di sekolah 2. Memahami isi kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Moral KBSR (dan KSSR sebagai isi kandungan tambahan) 3. Mengkaji secara terperinci rangka huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Kerangka konsep tajuk

Pengenalan Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral

Sejarah dan kepentingan Pendidikan Moral.

Pengenalan Kepada Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR & KSSR

Huraian terperinci isi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR & KSSR

1.0

Sejarah dan Kepentingan Pendidikan Moral di Malaysia


Di Malaysia, pembangunan dan kemajuan Ilmu pengetahuan dan kemahiran

diolah dengan baik melalui satu sistem pendidikan yang menyeimbangkan pembangunan dan kemajuan ilmu dengan pembangunan dan kemajuan nilai murni insan. Ini dapat dilihat melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Bagi mencapai hasrat yang mulia ini, maka sistem pendidikan di negara ini dibentuk bagi melahirkan insan yang berilmu dan beramal dengan nilai-nilai murni mengikut acuannya sendiri. Pembinaan insan yang harmonis boleh direalisasikan melalui pengamalan dan penghayatan nilai-nilai murni. Oleh yang demikian, matapelajaran Pendidikan Moral diperkenalkan kepada pelajar-pelajar bukan Islam dan Pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar Islam. Tujuan pendidikan moral adalah untuk membentuk individu yang berperibadi mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni masyarakat Malaysia Rakyat. Malaysia terdiri dari pelbagai kaum yang ingin mahu maju dalam semua bidang. Dalam mencapai hasrat ini, rakyat Malaysia akan 2

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya dalam mengekalkan budaya,adat dan nilai-nilai murni. Oleh itu Pendidikan Moral digubal untuk membentuk

masyarakat seperti berikut:

1.0.1 Mengamalkan Nilai-nilai Murni

Asas pendidikan moral adalah amalan nilai-nilai murni. Melalui penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni mewujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi. Nilai murni individu wujud melalui ilmu dan kepercayaan agama. Di

Malaysia, kepercayaan kepada Tuhan adalah rukun yang perlu diamalkan dan dihayati oleh setiap rakyat di Malaysia. Rakyat negara ini terdiri dari pelbagai kaum dan Islam merupakan agama rasmi negara, menurut perlembagaan persekutuan perkara tiga(1). Jadi walaupun pelbagai kaum dan agama rasmi Islam, setiap

rakyat harus menghormati peraturan ini dan perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang mengajar kita semua hormat-menghormati agama, adat, bahasa dan kepercayaan kaum yang lain. Jadi,pendidikan moral memainkan peranan penting dan besar dalam mencapat matlamat ini.

1.0.2 Cinta dan Setia kepada Negara

Pendidikan Moral menekankan nilai cinta dan setia kepada negara. Melalui amalan kesetiaan kepada negara, setiap rakyat rela berkorban demi

mempertahankan negara daripada anasir luar. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara adalah salah satu faktor yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang laum keturunan, bangsa dan agama.

1.0.3 Menjunjung Tinggi Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang

Perlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak negara ini.Melalui pendidikan moral, setiap individu dididik untuk menjadi rakyat yang menghormati, menghargai serta memahami perlembagaan negara sebagai satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau pihak. Setiap individu di negara ini

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral dilindungi oleh undang-undang hak dan kebebasan semua rakyat dijamin dan boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang.

1.0.4 Bersopan dan Bersusila Rakyat negara kita yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan, seharusnya hidup hormat-menghormati antara satu sama lain. Kita harus

menghormati budaya seperti pakaian dan perayaan budaya kaum yang lain. Begitu juga halnya dari segi agama dan kepercayaan. Pendidikan moral menekankan

semua rakyat negara kita untuk menghormati kepercayaan dan agama kaum lain.

1.0.5 Menyahut cabaran 2020

Cabaran keempat Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika.Oleh yang demikian Pendidikan moral dalam sistem pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu yang bukan sahaja mempunyai ilmu yang tinggi tetapi juga bermoral dan beretika. selain daripada itu, melalui pendidikan moral juga rakyat yang berbilang kaum dan kepercayaan dapat hidup bersatu padu,rukun damai dan bertolak ansur. keadaan ini bersesuaian dengan cabaran kelima wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat bermoral dan bertolak ansur.

1.0.6 Mengetahui dan Melaksanakan haknya Mengikut Perlembagaan

Hak individu di negara kita telah ditetapkan seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Perlembagaan dalam bahagian 2, telah nyatakan Kita patut mengetahui hak kita

tentang kebebasan asasi rakyat negara kita.

sebagai rakyat Malaysia kerana dengan mengetahui hak kita sebagai warganegara, kita juga dapat menjaga diri kita, masyarakat kita dan harta kita. Kita juga

mempunyai kebebasan hidup dengan aman dan sejahtera. Hak dan kebebasan kita dalam perlembagaan negara dengan jelas menjamin kehidupan yang aman dan harmoni. Melaui pendidikan moral, kita dapat mencari dan mengetahui untuk hak kita dan terus mengamalkan nilai-nilai etika supaya kebebasan kita terjamin dan terus kita mempertahankan hak individu.

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 1.0.7 Mengetahui dan Melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia

Setiap rakyat mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap negara. Kita bertanggungjawab untuk memajukan diri, bangsa dan negara kita. Tanggungjawab utama kita ialah mengekalkan keharmonian dan keamanan serta kemajuan negara kita. Untuk menuju arah tersebut, semua rakyat patut mempunyai semangat dan mengamalkan nilai tolerensi atau tolak ansur antara satu sama lain. Amalan

hormat-menghormati dan kejiranan yang tinggi dapat mengekalkan semangat perpaduan yang menjadi asas kepada keharmonian negara. Melalui pendidikan moral tujuan ini boleh dicapai di kalangan rakyat, jadi pendidikan moral mengajar setiap rakyat mengetahui tanggungjawab terhadap negara.

1.0.8 Amalan Berbudi Bahasa Budi bahasa budaya kita merupakan slogan yang merangkumi nilai -nilai murni yang perlu kita amalkan di negara ini. Nilai-nilai murni dalam amalan berbudi bahasa merangkumi nilai-nilai keikhlasan, kesabaran, tolerensi dan sebagainya. Pendidikan moral dapat membantu kita mengamalkan nilai-nilai berbudi bahasa dan terusnya membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatupadu.

1.0.9 Menjadi Ejen Moral

Pendidikan Moral boleh melahirkan ejen-ejen moral yang berfungsi sebagai pengamal nilai-nilai murni. Individu yang bermoral dan beretika pada diri sendiri, juga boleh dicontohi oleh orang lain. Individu yang cemerlang bukan sahaja merupakan ejen moral tetapi mereka juga adalah penerima moral yang baik. Oleh yang demikian, pendidikan Moral dalam sistem pendidikan kita menekankan nilainilai moral yang diterima oleh semua supaya rakyat negara kita menjadi ejen moral yang dicontohi dan disegani oleh negara lain.

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

1.1

Pengenalan sukatan pelajaran Pendikan Moral KBSR & KSSR


Matlamat dan objektif Pendidikan Moral Rangka konsep Organisasi kandungan sukatan pelajaran

1.1.1 Jumlah Bidang dan Nilai yang perlu diajar sepanjang tahun (KBSR)

Tema

Nilai

1. BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10

Kepercayaan Kepada Tuhan Kebersihan Fizikal dan Mental Harga Diri Kerajinan Hemah Tinggi Kasih Sayang Kesederhanaan Kejujuran Baik Hati Berterima Kasih

2. BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA

2.1 2.2

Kasih sayang terhadap keluarga Hormat dan taat kepada anggota keluarga

2.3

Tanggungjawab terhadap keluarga

3. BIDANG PEMBELAJARAN 3 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT

3.1

Tanggungjawab terhadap masyarakat

3.2 3.3 3.4

Toleransi dalam ,masyarakat Semangat Bermasyarakat Peka terhadap isu sosial

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

4. BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR

4.1

Kebersihan dan keindahan Persekitaran

4.2 4.3

Menyayangi Alam Sekitar Peka terhadap Isu Ala, Sekitar

5. BIDANG PEMBELAJARAN 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA

5.1

Hormat dan setia kepada pemimpin

5.2

Patuh kepada Peraturan dan Undang-Undang

5.3 5.4

Cinta akan Negara Keamanan dan Keharmonian

1.1.2 Jumlah Bidang dan Nilai yang perlu diajar sepanjang tahun (KSSR)

TAHUN

TEMA

NILAI

TAHUN 1

DIRI SAYA

1. Kepercayaan kepada Tuhan 2. Baik hati

TAHUN 2

SAYA DAN KELUARGA

3. Bertanggungjawab 4. Berterima kasih 5. Hemah tinggi

TAHUN 3

SAYA DAN SEKOLAH

6. Hormat 7. Kasih sayang 8. Keadilan

TAHUN 4

SAYA DAN JIRAN

9. Keberanian 10. Kejujuran

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 11. Kerajinan TAHUN 5 SAYA DAN MASYARAKAT 12. Kerjasama 13. Kesederhanaan 14. Toleransi TAHUN 6 SAYA DAN NEGARA

Oleh sebab Pendidikan Moral KSSR telah dilaksanakan bermula tahun 2011 untuk murid Tahun Satu, dan pada tahun yang sama, Pendidikan Moral KBSR masih dilaksanakan untuk murid Tahun 2, 3, 4, 5 & 6, anda dinasihatkan supaya menguasai isi kandungan bagi kedua-dua versi sukatan. - Rujuk sukatan pelajaran Pendidikan Moral KBSR dan KSSR, kumpulkan maklumat-maklumat dan buat nota mengenai ketigatiga tajuk di atas (iaitu Matlamat dan objektif Pendidikan Moral, Rangka konsep, Organisasi kandungan sukatan pelajaran). - Bandingbezakan kedua-dua versi sukatan tersebut. (1 jam)

1.2

Perincian huraian sukatan Pendidikan Moral KBSR.

Tujuan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral ini ialah untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan pelajar. Ianya juga sebagai panduan guru melaksanakan Kurikulum Pendidikan Moral di bilik darjah dengan lebih berkesan

Perkembangan isi kandungan Cadangan isu dan situasi Nilai 8

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral Kandungan akademik Hasil pembelajaran Cadangan aktiviti

Dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR bagi Tahun 5 dan Tahun 6, serta Pendidikan Moral KSSR bagi Tahun 1 dan Tahun 2, bincangkan kesemua tajuk di atas dan mengumpulkan bahan-bahan berkaitan untuk disimpan dalam Folder P&P Pendidikan Moral ELM3102 anda. (1 jam)

You might also like