You are on page 1of 12

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |1

UNIT 9 MATEMATIK BAGI MURID MURID BERKEPERLUAN KHAS


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, pelajar dapat: 1. Mengetahui dengan lebih jelas mengenai pengajaran matematik bagi murid-murid berkeperluan khas

PENGENALAN
Keperluan murid-murid bermasalah pembelajaran ke arah kehidupan bermakna boleh dicapai melalui kurikulum dan kaedah pengajaran yang berkesan di samping kesediaan guru Pendidikan Khas untuk mengubah suai kurikulum dan pengajaran. Perkhidmatan Pendidikan Khas yang disediakan sewajarnya melahirkan individu yang mampu berdikari, berdisiplin, bersikap positif, bermoral, beretika, berkemahiran, berketrampilan, produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Pendidik dalam bidang Pendidikan Khas merupakan seorang pakar sumber, konsultan, guru bergerak, guru bilik darjah Pendidikan Khas, jurulatih pekerjaan, jururawat, guru diagnostik atau pentadbir. Mereka bekerja bersama ahli psikologi, ahli terapi pekerjaan, jururawat dan ramai lagi personel lain. Kaedah kolaborasi ini membolehkan muridmurid berkeperluan khas mendapat pendidikan sempurna dalam persekitaran pendidikan tidak terhalang, menggunakan kurikulum biasa dan mencapai tahap kebolehan maksimum. Individu utama dalam pendidikan seumpama ini tentu sekali pengetua dan guru besar kerana mereka mewakili sekolah. Semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan murid-murid berkeperluan khas mendapat pendidikan berkualiti. Sebagaimana yang diketahui, murid-murid bermasalah pembelajaran termasuk dalam kategori murid berkeperluan khas. Oleh kerana saya lebih banyak terlibat dengan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, maka penulisan buku ini lebih berfokus kepada kurikulum dan perancangan pengajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Perkhidmatan untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran menjadi tanggungjawab tiga buah kementerian, iaitu (1) Kementerian Kesihatan, (2) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta (3) Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkhidmatan pendidikan bagi

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |2

golongan kanak-kanak ini dikendalikan oleh dua buah kementerian, iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pelajaran kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah cacat fizikal teruk, rencatan akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan serta kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia pula menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran serta murid pemulihan khas. Kategori murid-murid bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sindrom down, autisma ringan, gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan, terencat akal minima dan bermasalah pembelajaran spesifik, seperti disleksia. Oleh kerana tahap pencapaian pendidikan murid-murid bermasalah pembelajaran secara am rendah dan peningkatan pencapaian mereka perlahan, maka objektif yang terdapat dalam kurikulum kebangsaan terlalu tinggi untuk dicapai oleh mereka. Justeru, perancangan dan penggubalan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mengambil kira kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) Bahagian II 3(2) (Malaysia 1996) yang menyatakan: Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh satu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti Program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri Program Pendidikan Khas, kecuali murid-murid yang berikut: 1. Murid yang cacat anggota, tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar, seperti murid biasa dan 2. Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.

Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) dan Akta 550 (bahagian 1) (Malaysia 1996) memperuntukkan, bahawa: Murid-murid dengan keperluan khas memerlukan satu program yang disediakan sama ada di sekolah khas bagi murid-murid cacat penglihatan atau cacat pendengaran, program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid cacat penglihatan atau cacat pendengaran atau bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri pelajaran di dalam bilik darjah biasa bersama-sama murid-murid biasa.

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |3

Oleh yang demikian, kita perhatikan apabila menyediakan perkhidmatan bagi muridmurid bermasalah pembelajaran atau murid-murid berkeperluan khas, guru perlu melakukan pengubahsuaian dalam aktiviti malah dalam kurikulum itu sendiri. Perkara ini perlu dilakukan bagi memastikan semua murid dapat belajar mengikut keperluan dan kebolehan masing-masing. Sebagai guru yang mengendalikan program yang bersangkutan dengan pendidikan bagi muridmurid bermasalah pembelajaran, kita perlu peka kepada persekitaran dan polisi. Seharusnya kita memperjuang dan mengadakan program-program yang memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai potensi diri sebenar seperti pendidikan inklusif dan program ke arah transisi kerjaya. Menyisihkan murid-murid bermasalah pembelajaran daripada rakan mereka yang normal seakan menidakkan hak mereka dalam pendidikan. Apabila murid-murid berkeperluan khas mengikuti pendidikan secara formal, pihak berwajib menyediakan kurikulum untuk mereka dan Bab 2: Bahagian I buku ini membincangkan secara mendalam mengenai Kurikulum Pendidikan Khas bagi murid-murid bermasalah pembelajaran. Bagi memastikan murid-murid bermasalah pembelajaran mendapat manfaat daripada kurikulum sedia ada, maka guru-guru seharusnya mengubah suai atau menyesuaikan kurikulum mengikut tahap kebolehan dan keperluan murid.

ISI KANDUNGAN
KURIKULUM KEBANGSAAN

Kurikulum formal mengandungi segala isi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta ko kurikulum yang merujuk kepada aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan unit beruniform di luar bilik darjah. Kurikulum formal dibahagi kepada kurikulum pengajaran dan kurikulum operasi. Kurikulum pengajaran ialah kurikulum formal mengikut pentafsiran guru sendiri manakala kurikulum operasi merujuk kepada kurikulum sebenar melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kurikulum tidak formal disebut juga kurikulum terlindung, kurikulum tersembunyi atau kurikulum tersisip. Kurikulum tidak formal meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara tidak formal seperti penerapan nilai-nilai murni melalui tingkah laku guru, peraturan sekolah, aktiviti bahasa dan budaya sekolah. Kurikulum pengalaman merujuk kepada segala pengalaman daripada pelaksanaan kurikulum formal, ko kurikulum dan kurikulum tidak formal. Musa (1996) menulis bahawa penyusunan kurikulum sekolah telah melalui peringkat perkembangan nan pesat. Ditinjau daripada segi penyusunan, kurikulum sekolah boleh dibahagi kepada lima kategori iaitu kurikulum mata pelajaran terpisah, kurikulum gabungan, kurikulum berbidang luas, kurikulum teras dan kurikulum aktiviti. Kurikulum merupakan perancangan tindakan atau dokumen bertulis yang mengandungi urutan untuk mencapai satu matlamat (Tyler 1949; Taba 1962).

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |4

Sejak beberapa dekad yang lalu, definisi kurikulum dan matlamat pendidikan semakin berkembang tetapi struktur perkembangan kurikulum dilihat sebagai satu proses penambahbaikan. Perubahan dalam pendidikan dan sosial perlu difahami daripada segi sumber dan tujuan perlunya perubahan dijalankan. Perubahan mungkin berlaku disebabkan oleh bencana alam, tekanan luaran, seperti inovasi dalam teknologi, nilai dan perpindahan. Perubahan turut berlaku akibat daripada keadaan dalaman yang membawa kepada pembaharuan dan keperluan sosial. Didapati bahawa semakin kompleks sesuatu masyarakat, maka tekanan ke atas perubahan pendidikan semakin meningkat (Genus 1998). Dua perkara penting timbul apabila memperkatakan tentang sumber perubahan, iaitu siapa yang mendapat manfaat daripada perubahan pendidikan dan bagaimana bentuk perubahan yang ingin diterapkan. Perubahan sepatutnya berkait rapat dengan keperluan, kemampuan kewangan, tidak berkait dengan tekanan politik dan birokrasi. Misalannya, pelancaran Sputnik oleh kerajaan Rusia sebagai sejarah perubahan yang paling ketara sehingga memaksa kerajaan Amerika menyemak semula sistem pendidikan mereka. Perubahan berlaku dalam pelbagai dimensi yang melibatkan pengetua sekolah, pengajaran guru, murid-murid, matlamat pendidikan yang jelas, persekitaran sekolah, pemantauan yang berterusan dan penglibatan ibu bapa (Fullan 2001). Untuk memastikan kejayaan dalam perubahan pendidikan, sumber daripada semua peringkat pendidikan harus memainkan peranan kerana tujuan perubahan seharusnya mempunyai hubungan dengan tujuan persekolahan (Sharifah 2000). Perkembangan kurikulum meliputi pelbagai proses yang kompleks dan perlu digarap mengikut pola tertentu dalam sesuatu organisasi. Perkembangan kurikulum perlu dilihat sebagai satu proses induktif yang lazimnya dipikul oleh guru. Kurikulum diubah suai untuk mencapai matlamat pendidikan dengan mengambil kira kemampuan dan keperluan murid-murid. Perubahan melibatkan banyak pihak yang berada dalam persekitaran murid dan kita juga mendapati bahawa kebanyakan model pengajaran menekankan persekitaran dan sosiobudaya murid. Dengan mengambil kira model-model pengajaran yang telah dibincangkan, saya akan menterjemahkan teori perkembangan kognitif Vygotsky dari perspektif sosiobudaya ke dalam kurikulum dan pengajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Pada pemerhatian saya, murid-murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah mempelajari kemahiran baru kerana mereka berada dalam satu zon yang dinamakan Vygotsky sebagai zon perkembangan terhampir. Bagi melepasi zon ini, mereka perlu dibantu oleh guru menerusi aktiviti pembelajaran (AP) yang telah dirancang dengan teliti mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan Rajah 2.6, apabila murid-murid bermasalah pembelajaran pertama kali diajar kemahiran baru mereka sebenarnya berada dalam posisi 1, di mana seolah-olah mereka berada dalam satu belon besar dan tidak dapat keluar dari posisi ini. Dalam posisi 2, murid-murid bermasalah pembelajaran melalui sesi aktiviti pembelajaran bersama guru dan mereka mula belajar sedikit demi sedikit kemahiran

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |5

baru. Guru perlu menyediakan sokongan dalam pengajaran masing-masing dan sokongan ini boleh disediakan menerusi bimbingan dan menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian untuk murid-murid bermasalah pembelajaran. Dalam posisi 3, murid-murid telah menguasai kemahiran yang diajar dan mereka berjaya melepaskan diri dari belon besar. Dalam posisi 4, mereka berada semula dalam belon besar atau zon perkembangan terhampir masing-masing apabila kemahiran baru diperkenalkan. Proses sebegini berlaku berulang kali sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

1.

AP

2.

AP

3.

AP

4.

4.

AP

Rajah 2.6 Bagi memahami konsep zon perkembangan terakhir, kita perlu memahami teori pembelajaran yang terbahagi kepada dua, iaitu teori tingkah laku dan teori kognitif. Ahli teori kognitif mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perubahan dalam struktur mental seseorang yang membentuk kapasiti untuk menunjukkan perubahan tingkah laku. Membentuk kapasiti bermaksud pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan serta merta dalam tingkah laku dan perubahan dalam struktur mental juga mungkin berlaku lewat (Eggen dan Kauchak 2007). Teori pembelajaran kognitif berfokus kepada proses mental apabila berlaku pemerolehan pengetahuan dan kemahiran baru. Konsep scaffolding atau sokongan yang diutarakan oleh Vygotsky menerusi zon perkembangan terhampir (zone of proximal development) merupakan satu contoh teori pembelajaran kognitif (Good dan Brophy 1997). Teori pembelajaran tingkah laku pula menekankan perubahan tingkah laku nyata disebabkan oleh perkaitan stimulus dan respon. Konstruk utama teori ini ialah respon peneguhan yang diberi semasa pembelajaran (Slavin 1997). Meskipun setiap murid bermasalah pembelajaran berada dalam tahap kefungsian berbeza, malah ada antara mereka hanya mampu mengulang perkataan yang didengar, mereka mempunyai hak untuk mendapat kesamarataan pendidikan mengikut tahap kebolehan dan keperluan mereka. Mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran bukan satu perkara yang mudah seperti yang disangka kerana setiap murid mempunyai tahap kebolehan dan keperluan berbeza.

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |6

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran ialah satu perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran secara integrasi di sekolah bantuan kerajaan. Hatta kurikulum kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan muridmurid bermasalah pembelajaran kerana tahap pencapaian pendidikan mereka secara amnya amat rendah dan peningkatan pencapaian mereka juga perlahan, maka terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan, proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid bermasalah pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia 2004). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah disediakan oleh Unit Pendidikan Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian kurikulum ini disediakan bagi menjelaskan cara pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid bermasalah pembelajaran. Dalam melaksanakan kurikulum Pendidikan Khas, guru-guru boleh melakukan pengubahsuaian terhadap kaedah pengajaran, pendekatan pengajaran, pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Oleh yang demikian, menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang sama tidak bermakna pelaksanaan kurikulum di semua program serupa kerana setiap program mempunyai visi dan misi mereka tersendiri. Senario ini dilihat telah menjadi kebiasaan dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Malaysia. Guru-guru Pendidikan Khas yang mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan kemahiran dan kecekapan berbahasa. Tugas yang digalas bukanlah mudah kerana selain buku Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, bahan bacaan khusus disediakan sebagai panduan pengajaran masih di tahap rendah. Situasi ini menyebabkan guruguru Pendidikan Khas perlu menyediakan sendiri bahan bantu mengajar dan memilih isi kandungan yang sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid mereka.

Matlamat kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan serta kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna (Kementerian Pendidikan Malaysia 2004). Rajah 1b menunjukkan Model Konseptual Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang dibina berlandaskan tiga prinsip utama, iaitu (1) pendidikan menyeluruh dan bersepadu, (2) pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna serta (3) pendidikan sepanjang hayat. Tiga prinsip berkenaan dilaksanakan pula

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |7

melalui satu proses yang melibatkan tiga aspek, iaitu (1) bidang pembelajaran, (2) pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta (3) penilaian yang berteraskan kepada keperluan individu.

Model Konseptual Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia 2004 Kurikulum Alternatif
Salah satu daripada empat bidang yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah ialah bidang akademik berfungsi. Dalam bidang ini terdapat empat komponen iaitu komponen bahasa Melayu, komponen Bahasa Inggeris, komponen matematik dan komponen multi media. Terdapat tujuh kemahiran bahasa digariskan dalam komponen Bahasa Melayu, iaitu (1) kemahiran mendengar, (2) kemahiran bertutur, (3) kemahiran prabacaan, (4) kemahiran membaca, (5) kemahiran pratulisan, (6) kemahiran menulis dan (7) kemahiran komunikasi.

Komponen Bahasa Melayu juga menekankan kemahiran prabacaan bagi membolehkan muridmurid bermasalah pembelajaran menguasai tiga objektif, iaitu (1) mengenal persamaan dan perbezaan objek dari segi rasa, warna, bentuk dan saiz, (2) mengelaskan benda mengikut jenis

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |8

dan kumpulan serta (3) mengenal dan mengecam bentuk serta bunyi huruf pada simbol yang dilihat. Bagi menanam kesedaran terhadap nilai kemanusiaan secara menyeluruh, kemahiran membaca diajar bagi membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai 12 objektif, iaitu (1) membina dan membaca suku kata, (2) membina dan membaca perkataan serta rangkai kata, (3) menambah perbendaharaan kata, (4) membaca dan memahami ayat dalam konteks, (5) membaca dan memahami bahan yang dibaca, (6) membaca mengikut arah dan cara yang betul, (7) bercerita tentang bahan yang dibaca, (8) membuat kesimpulan/rumusan, (9) menghayati puisi mudah dengan gaya, sebutan dan intonasi yang betul, (10) memahami dan memberi pendapat tentang bahan yang dibaca, (11) membina minat untuk membaca dan (12) memperluaskan minat untuk membaca. Pengajaran kemahiran pratulisan diajar bagi membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran (1) menggerakkan tangan tanpa alat tulis, (2) menggerakkan tangan dengan menggunakan alat tulis dan menulis dalam kedudukan yang bersesuaian dan (3) melakukan koordinasi mata dan tangan. Kemahiran menulis dalam komponen Bahasa Melayu diajar supaya murid-murid bermasalah pembelajaran dapat (1) mengenal, menekap, meniru bentuk huruf, suku kata dan perkataan, (2) menulis dan menyalin huruf, suku kata dan perkataan secara terkawal, (3) menyalin dan menulis ayat mudah, (4) melengkapkan perkataan, rangkai kata dan ayat, (5) menyusun dan menulis semula perkataan supaya menjadi perkataan yang betul, (6) menyusun dan menulis semula rangkai kata supaya menjadi rangkai kata yang betul, (7) menyusun dan menulis semula ayat supaya menjadi ayat yang betul, (8) memanjangkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai, (9) membina ayat, (10) menulis karangan, (11) membina minat menulis dan (12) memperluaskan minat menulis. Kemahiran komunikasi dalam komponen Bahasa Melayu bertujuan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat majmuk. Kemahiran komunikasi diajar bagi membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran (1) bercerita tentang diri dan persekitaran, (2) menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan dengan betul, bertata susila dan bersesuaian dengan konteks dan (3) mengaplikasikan kemahiran berbahasa menerusi penggunaan teknologi maklumat. Objektif Umum Komponen Bahasa Melayu dan Pelaksanaannya Objektif umum komponen Bahasa Melayu bertujuan untuk membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran (1) mendengar dan memberi respon kepada pelbagai sumber, (2) bertutur dengan sebutan yang betul dan bertata susila, (3) membaca dan memahami isi bacaan sesuai mengikut perkembangan dan kebolehan murid, (4) menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul dan (5) melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |9

perbualan, permainan, penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan berurus untuk mendapatkan perkhidmatan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2004).

Komponen Bahasa Inggeris Komponen bahasa Inggeris meliputi 20 tajuk, iaitu greeting and social expressions, personal details, family members, places in the school, things in the classroom, things at home, parts of the body, clothings, food, fruits/vegetables, plants, transportation, numbers, calendar, time, colours, shapes, animals, insects dan occupation. Komponen Multimedia Komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi memberi fokus kepada memperkembangkan sifat-sifat ingin tahu, kreatif, ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti pengoperasian komputer membolehkan murid menyatakan idea dan ekspresi diri. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang ini, dapat membantu murid memperolehi maklumat dan berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri. Di samping itu murid berupaya untuk berkomunikasi dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta memperkayakan pengalaman pembelajaran ke arah membina kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran yang diperolehi. Komponen ini meliputi tiga tajuk, iaitu literasi computer, teknologi maklumat dan multimedia. Komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi diajar bagi membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran (1) memupuk minat dan memperolehi pengetahuan serta kemahiran asas computer, (2) menggunakan komputer sebagai medium dalam pendidikan, (3) menggunakan komputer sebagai alat mengakses maklumat dan (4) menguasai sesuatu kemahiran dalam komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

Komponen Matematik Komponen ini menekankan berkaitan pendidikan matematik secara umum kepada semua murid bermasalah pembelajaran dan menegaskan penggunaan matematik di dalam situasi harian dan kerjaya. Komponen ini memberikan asas matematik yang diperlukan oleh murid supaya mereka berupaya untuk mempelajari matapelajaran lain. Melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, komponen ini akan menjadikan matematik suatu matapelajaran yang mengembirakan, bermakna, mencabar dan berguna kepada murid-murid. Di samping itu,

A s a s N u m e r a s i D a l a m P e m u l i h a n K h a s | 10

komponen ini diharap dapat menyediakan pengalaman pembelajaran matematik bagi muridmurid bermasalah pembelajaran untuk memperkembangkan kemahiran amali supaya dapat berdikari. Komponen ini meliputi dua aspek utama, iaitu Matematik Asas dan Matematik Sosial. Komponen matematik yang disediakan diharap membolehkan murid (1) mengetahui dan memahami konsep nombor, (2) menguasai dan mengaplikasikan kemahiran tambah, tolak, darab dan bahagi, (3) mengenali bentuk-bentuk asas yang terdapat di dalam alam sekeliling serta ciricirinya, (4) menguasai kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan operasi matematik, (5) menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam pengurusan kehidupan seharian secara berkesan dan bertanggungjawab, (6) menguasai kemahiran mengukur dan menggunakan alat-alat asas matematik, (7) menguasai kemahiran penggunaan wang dalam kehidupan harian dan (8) mengetahui konsep masa dan waktu. Komponen ini bertumpu kepada 15 tajuk, iaitu pranombor, nombor bulat, operasi tambah, operasi tolak, gabungan dua operasi, operasi darab, operasi bahagi, wang, masa dan waktu, bentuk dan ruang, ukuran panjang, jisim, isipadu cecair, pecahan dan penggunaan alat dan teknologi.

Bagaimana anda melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam komponen matematik?

Huraikan mengenai salah satu daripada 15 tajuk yang terdapat dalam komponen matematik.

RUMUSAN
1. Kurikulum kebangsaan hanya diikuti oleh murid-murid normal dan murid-murid berkeperluan khas yang belajar bersama dengan murid-murid normal dalam bilik darjah biasa. 2. Bagi murid-murid bermasalah pembelajaran, mereka mengikuti kurikulum alternative. 3. Komponen matematik termasuk dalam bidang akademik berfungsi.

KATA KUNCI
1. Bidang akabemik berfungsi 2. Komponen matematik

A s a s N u m e r a s i D a l a m P e m u l i h a n K h a s | 11

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan murid dengan keperluan khas yang boleh dididik mengikut Akta Pendidikan 1996,

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) Bahagian II 3(2) (Malaysia 1996).


2. Siapakah murid-murid yang tidak layak untuk menghadiri Program Pendidikan Khas atau mengikuti kurikulum alternatif.

PETA KONSEP
Bidang akademik berfungsi

Komponen Bahasa Melayu

Komponen Bahasa Inggeris

Komponen Matematik

Komponen matematik

RUJUKAN
Baroody, A. J. & Ginsburg, H. P. (1986). The relationship between initial meaning and mechanical knowledge of arithmetic. In Hiebert, J. (ed.), Conceptual and procedural knowledge: The Case of Mathematics. New Jersey: Erlbaum Donalson, M. (1978) Childrens mind. London: Fontana/Croom Helm. Fuson, K.C., Richard, J. & Briars, D.J. (1982). The acquisition and elaboration of number word sequence. In C. Brainerd (ed.) Childrens logical and mathematical cognition. New York: Springer-Verlag. Gelman, R., Meck, E.. (1986). The nation of principle: The case of counting. In Hiebert, J. (ed.), Conceptual and procedural knowledge: The case of mathematics. New Jersey: Erlbaum. Gelman, R and Gallistel, C. R. (1978) The child's understanding of number.

A s a s N u m e r a s i D a l a m P e m u l i h a n K h a s | 12

Cambridge, MA: Harvard University Press. Griffin, S., Case, R and Siegler, R. S. (1994). Rightstart: providing the central conceptual prerequisites for first formal learning of arithmetic to students risk for school failure. In Classroom lessons: integration, cognition theory and classroom practice. Hillsdale, NJ: Erlbaum

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


3. Menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) Bahagian II 3(2) (Malaysia 1996), seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika: a. Dia mampu untuk menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain b. Disahkan oleh satu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti Program Pendidikan Kebangsaan. 2.Murid-murid yang tidak layak untuk menghadiri Program Pendidikan Khas terdiri daripada:

a.

Murid yang cacat anggota, tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar, seperti murid biasa b. Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.

You might also like