You are on page 1of 9

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |1

UNIT 5

NOMBOR
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, pelajar dapat:

1. Mengetahui tentang aktiviti nombor. 2. Mengenal pasti secara lebih jelas proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan nombor.

PENGENALAN
Nombor boleh dikelaskan kepada set yang biasa dipanggil sebagai sistem nombor. Nombor bulat merupakan integer-integer bukan negatif dalam nombor asli, iaitu nombor-nombor yang paling biasa digunakan. Dalam sistem penomboran asas sepuluh yang biasa digunakan, simbol untuk nombor asli ditulis dengan menggunakan sepuluh digit, iaitu 0 hingga 9. Manakala nombor yang lebih besar daripada sembilan mempunyai angka yang dibentuk daripada dua atau lebih digit. Nombor negatif ialah nombor yang nilainya adalah kurang daripada sifar. Nombor harus dibezakan dengan angka kerana angka merupakan simbol untuk mewakili nombor. Nombor lima boleh diwakili dengan angka asas sepuluh, iaitu 5 atau angka Roman, iaitu V. Dalam unit ini, kita akan membincangkan tentang nombor bulat, nilai tempat, pecahan dan perpuluhan.

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |2

ISI KANDUNGAN
Apabila anda mengajar komponen Matematik, anda akan dapati terdapat sekurang-kurangnya 15 tajuk kecil yang perlu diberi perhatian. Komponen ini menekankan berkaitan pendidikan matematik secara umum kepada semua murid bermasalah pembelajaran dan menegaskan penggunaan matematik di dalam situasi harian dan kerjaya. Komponen ini memberikan asas matematik yang diperlukan oleh murid supaya mereka berupaya untuk mempelajari matapelajaran lain. Melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, komponen ini akan menjadikan matematik suatu matapelajaran yang mengembirakan, bermakna, mencabar dan berguna kepada murid-murid. Di samping itu, komponen ini diharap dapat

menyediakan pengalaman pembelajaran matematik bagi murid-murid bermasalah pembelajaran untuk memperkembangkan kemahiran amali supaya dapat berdikari. Komponen ini meliputi dua aspek utama, iaitu Matematik Asas dan Matematik Sosial. Komponen matematik yang

disediakan diharap membolehkan murid (1) mengetahui dan memahami konsep nombor, (2) menguasai dan mengaplikasikan kemahiran tambah, tolak, darab dan bahagi, (3) mengenali bentuk-bentuk asas yang terdapat di dalam alam sekeliling serta ciri-cirinya, (4) menguasai kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan operasi matematik, (5) menggunakan

pengetahuan dan kemahiran matematik dalam pengurusan kehidupan seharian secara berkesan dan bertanggungjawab, (6) menguasai kemahiran mengukur dan menggunakan alat-alat asas matematik, (7) menguasai kemahiran penggunaan wang dalam kehidupan harian dan (8) mengetahui konsep masa dan waktu.

Komponen Matematik bertumpu kepada 15 tajuk, iaitu pranombor, nombor bulat, operasi tambah, operasi tolak, gabungan dua operasi, operasi darab, operasi bahagi, wang, masa dan waktu, bentuk dan ruang, ukuran panjang, jisim, isipadu cecair, pecahan dan penggunaan alat dan teknologi.

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |3

NOMBOR BULAT

Kemahiran pra nombor

Kemahiran pra nombor boleh melibatkan beberapa tajuk kecil seperti: 1. Pengkelasan 2. Turutan/Seriasi 3. Perbandingan kuantiti 4. Pola

Pengkelasan boleh diajar dengan melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan bentuk. Banyak aktiviti boleh dilaksanakan seperti: 1. Mengenal bentuk segi empat 2. Mengenal bentuk segi tiga 3. Mengenal bentuk bulat

Pengkelasan juga boleh diajar dengan melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan warna. Banyak aktiviti boleh difikirkan seperti: 1. Mengenal warna asas seperti merah, biru dan kuning 2. Mengenal warna sekunder 3. Menamakan warna 4. Mencantumkan kad berwarna 5. Mengasingkan warna 6. Mengasingkan objek berdasarkan warna 7. Mewarna mengikut arahan yang diberi

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |4

Pengkelasan juga boleh diajar dengan melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan saiz. Banyak aktiviti boleh dijalankan seperti: 1. Membandingkan saiz objek 2. Menamakan objek bersaiz besar @ kecil 3. Membandingkan objek panjang/pendek 4. Membandingkan objek tinggi/rendah 5. Membandingkan objek tebal/nipis 6. Membandingkan objek berat/ringan 7. Membandingkan objek banyak/sedikit 8. Membandingkan objek sama banyak/tidak sama banyak 9. Membandingkan kumpulan lebih/ kurang 10. Mengkategori objek mengikut saiz 11. Memadankan objek yang sama saiz 12. Mewarnakan objek bersaiz sama

Turutan/seriasi 1. Mengatur objek mengikut jenis 2. Mengatur objek mengikut bentuk

Nombor bulat diajar bagi membolehkan murid menamakan nombor dengan betul. Anda boleh mengajar murid-murid mengenal angka 0 hingga 9, membilang secara tertib menaik dan menurun mengikut tahap kebolehan murid serta membilang dalam gandaan dua, gandaan tiga dan seterusnya. Anda juga boleh merancang supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran menentukan nilai nombor, menulis nombor dan membuat perbandingan nilai nombor.

Nombor memainkan peranan penting dalam kehidupan. Oleh yang demikian, anda perlu lebih memikirkan untuk menyediakan aktiviti yang berfungsi seperti menyebut nombor plat kereta, nombor bas, nombor rumah dan nombor telefon.

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |5

Bagaimana anda merancang pengajaran bagi tajuk nombor?

PECAHAN Nombor nisbah boleh juga sebut sebagai pecahan yang terdiri daripada pengangka integer serta penyebut nombor asli yang bukan sifar. Pecahan a/b mewakili kuantiti yang diperoleh apabila sesuatu benda dibahagikan kepada b bahagian yang sama. Dua pecahan yang berbeza boleh mempunyai nilai yang sama dengan satu nombor nisbah seperti dan adalah sama. Jika nilai

mutlak untuk a adalah lebih besar daripada b, maka nilai mutlak untuk pecahan adalah lebih besar daripada satu. Pecahan boleh mempunyai nilai positif, negatif, atau sifar. Set untuk semua pecahan merangkumi semua integer kerana setiap integer boleh ditulis sebagai satu pecahan dengan penyebut 1.

Tajuk pecahan membolehkan murid menamakan pecahan dan menyelesaikan masalah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah mengenal komponen pecahan, iaitu pengangka dan penyebut. Selain itu, anda juga boleh mengajar murid menamakan pecahan wajar, pecahan tidak wajar dan pecahan nombor bercampur. Murid-murid juga boleh diajar untuk melorek pecahan dan menamakan pecahan tersebut. Anda juga boleh mengajar mereka melukis pecahan yang dinamakan.

1 2

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |6

Bagaimana anda merancang pengajaran bagi tajuk pecahan?

PERPULUHAN

Satu perkembangan dalam sejarah angka ialah perkembangan sistem perpuluhan moden bagi mewakili nombor-nombor yang amat besar. Angka-angka perpuluhan membolehkan kita menyebut nombor secara lebih tepat. Dalam sistem nombor asas sepuluh, nombor ini ditulis sebagai rentetan angka, dengan satu titik perpuluhan.

Bagaimana anda merancang pengajaran bagi tajuk perpuluhan?

Tugasan individu: Pilih mana-mana satu daripada tajuk kecil yang telah dibincangkan dalam unit ini dan sediakan satu modul pengajaran yang sesuai bagi murid-murid pemulihan.

RUMUSAN
Aktiviti pra nombor membolehkan murid-murid mengenal dan mengecam bentuk, saiz dan warna di samping membuat perbandingan antara objek. Aktiviti nombor penting bagi mereka

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |7

supaya mereka dapat mengenal alamat rumah, nombor telefon dan sebagainya. Aktiviti pecahan dan perpuluhan lebih sesuai diajar kepada kanak-kanak yang lebih berkebolehan.

KATA KUNCI
1. Nombor 2. Perpuluhan 3. Pecahan

PENILAIAN KENDIRI
1. Namakan kemahiran pra nombor yang sesuai diajar kepada kanak-kanak pemulihan.
2. Bagaimana anda hendak mengajar kemahiran pra nombor?

PETA KONSEP

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |8

Nombor

Pra nombor

Nombor bulat

Pecahan

Perpuluhan

RUJUKAN
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


1. Kemahiran pra nombor boleh melibatkan beberapa tajuk kecil seperti: a. Pengkelasan b. Turutan/Seriasi c. Perbandingan kuantiti d. Pola 2. Pra nombor boleh diajar menerusi: a. Aktiviti mengenal bentuk b. Aktiviti menggunakan warna c. Aktiviti melibatkan saiz d. Aktiviti lawatan

Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas |9

e. Aktiviti menaiki bas awam

You might also like