You are on page 1of 9

Sejarah Pergerakan Pengakap

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. BadenPowell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya BadenPowell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku Aids To Scouting. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.

Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul Scouting For Boys. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. Biodata BP Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di

Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakappada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) Sarawak ( 1915 ) Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia. Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan denga belanja $150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia

Sejarah Pengakap Sabah Sejarah Pengakap di Sabah bermula apabila Rev. Cecil Thomas Alexander menubuhkan kumpulan Pengakap pertama di Sandakan. Beliau juga dikenali sebagai pengasas pergerakan Pengakap di Sabah atau yang dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara. Beliau terus membantu dalam pergerakan ini sehingga tahun 1926 setelah kembalinya beliau ke England.

Sembilan tahun kemudian, daerah Kudat menjadi bandar kedua di Borneo Utara yang menubuhkan Kumpulan Pengakap dan orang yang bertanggungjawab ialah Encik G.L. Gray dan Encik Jules Stephens ( Ayah kepada Allahyarham Tun Haji Fuad Stephen, mantan Ketua Menteri Sabah ). Hanya pada tahun 1923 Kumpulan Pengakap di Jesselton (sekarang dikenali sebagai Kota Kinabalu, Ibu negeri Negeri Sabah ) ditubuhkan. Kumpulan yang pertama yang ditubuhkan ialah Kumpulan Terbuka yang diasaskan oleh Resident G.C. Irving dan G.L. Gray dan Encik Lee Tet Phui sebagai Ketua Kumpulan dan Encik Charles Peter selaku pembantu beliau. Selepas ini terbentuklah beberapa lagi Kumpulan Pengakap. Dalam tahun 1924 Kumpulan Pengakap Pertama ditubuhkan di Lahad Datu oleh Pegawai Daerah Encik H.M. Ince. Beliau juga merupakan seorang pemegang manikayu yang pertama datang ke Utara Borneo. Kumpulan Pengakap Kelana yang pertama diwujudkan ialah di Jesselton pada tahun 1926 dibawah bimbingan Encik G.O Irving dan Encik Chong Thau Fah, seorang ahli Pengakap yang lama Padri Alexander dari Sandakan, yang mana beliau menjadi Ketua Kumpulan, dan Kumpulan Pengakap Anak Serigala (sekarang lebih dikenali sebagai Pengakap Kanak - Kanak ) yang pertama ditubuhkan pada tahun 1930 oleh Encik Simon Yew di St. Micheal, Sandakan. Manakala pada tahun 1937 Kumpulan Pengakap Pertama di tubuhkan di daerah Tawau oleh Datuk Sam Lourdes dan Othman Haji Abu Bakar. Antara pencapaian awal Pengakap ialah melahirkan Pengakap Raja ( ketika itu dikenali sebagai Queen Scout ) dari St. Micheal, Sandakan pada tahun 1927 manakala ahli Pengakap Daniel Hiew dan Micheal Miao dari Kumpulan Pengakap Scared Heart, Jesselton merupakan Pengakap pertama yang telah menawan kemuncak Gunung Kinabalu iaitu pada tahun 1934.

Pada tahun 1935 sebuah tapak perkhemahan Pengakap telah diwujudkan secara rasmi dan ianya bertempat di Lok Kawi. Pondok - pondok telahpun didirikan dan diselenggerakan oleh Pengakap-pengakap Pantai Barat.

Perang Dunia Kedua telah meletus pada tahun 1942 sehingga ke tahun 1945 dan secara langsung telah meletakkan pergerakan pengakap terbantut. Walaupun tidak ada sebarang kegiatan Pengakap diadakan, namun semangat berpengakap masih wujud dikalangan ahli ahlinya. Ramai daripada ahli -ahli Pengakap telah menyertai Pasukan Pembebasan dan ada dikalangan mereka yang tumpas kerana mempertahankan tanahiar yang tercinta. Pergerakan Pengakap telah digabungkan semula sejurus selepas peperangan tamat dan Persekutuan Pengakap Borneo Utara telah diwujudkan pada tahun 1948 dan Encik J.B Winders telah dilantik selaku Ketua Pesuruhjaya yang pertama. Walau bagaimanapun sebelum ini Kumpulan - Kumpulan Pengakap telahpun beroperasi. Adalah difahami bahawa Sacred Heart Jesselton telah bergabung dan bergerak lewat tahun 1946. Lain-lain kumpulan adalah seperti All Saint di Jesselton dibawah bimbingan G.S.M. Simon Yew, Basel Mission Jesselton, 1st Beaufort, 1st Labuan, dan St. Mary, Sandakan. Perlu diketahui bahawa ramai Pemimpin Pengakap yang abadi tidak membuang masa dalam menghidupkan semula Pergerakan Pengakap selepas perang.

Perkhemahan Pengakap selepas Perang Dunia telah berjaya dianjurkan pada tahun 1949 dan kejayaan ini ditujukan kepada Kumpulan Sacred Heart. Perkhemahan selama lima hari itu telah diadakan di Pulau Sapi berhampiran dengan Pulau Gaya. Perkhemahan ini menarik kerana sistem perhubungan secara terus melalui Perhubungan Radio Tanpa Kabel ( Wireless Radio Communication) telah dibuat dan digunapakai diantara Pulau tersebut dengan tanah besar semasa perkhemahan itu diadakan. Selepas itu pada tahun 1960 Pameran Pengakap telah diadakan di Padang Lumba Kuda Diraja dan telah mengumpul seramai 350 orang ahli - ahli Pengakap dan ini merupakan satu pertemuan atau perkumpulan yang pertama mengumpul ahli - ahli seramai tersebut dan tujuan utama Pameran ini diadakan ialah menyambut hari perpisahan Encik G.L Gray, Pengerusi Majlis Pengakap di Koloni ini. Peperangan Dunia ternyata tidak dapat menghalang pergerakan ini dari berkembang di Sabah. Dalam tahun 1949 itu sendiri, Encik Murshidi Nambi (sekarang Datuk Haji Murshidi Nambi) seorang Pengakap Kelana dari Sarawak telah datang dan menubuhkan Kumpulan Pertama Pengakap di Kota Belud sementara Kumpulan Pengakap Laut yang pertama telah ditubuhkan oleh Encik M.A. Basri. Beliau yang datang dari Johor mendapat pengalaman dalam Pengakap Laut semasa beliau berada di Singapura. Dalam tahun 1955 Kumpulan Pengakap Pertama di Semporna telah ditubuhkan oleh Cikgu Parman (sekarang Datuk Haji Parman ). Adalah diperhatikan bahawa sebelum tahun 1950, semua Pesuruhjaya Daerah bukanlah orang tempatan kerana semua Resident secara automatis menjadi Pesuruhjaya Daerah. Walaubagaimanapun Encik Simon Yew telah menjadi orang tempatan pertama yang telah dilantik selaku Pesuruhjaya Daerah. Beliau bertanggungjawab bagi daerah Pantai Barat. Selepas itu diikuti oleh Encik Sam Lourdes yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Daerah bagi Pantai Timur pada tahun 1955, Encik Tan Tze Tsu (sekarang dikenali sebagai Datuk Haji Farid Tan ) telah menggantikan Encik Sam Lourdes pada tahun 1958 dan Encik Jagendar Singh sebagai Pesuruhjaya Daerah Pendalaman pada tahun 1959.

Ahli Pengakap pertama kelahiran tempatan yang menerima Manikayu ialah Encik Mak Sin Loon pada tahun 1959 manakala bumiputera tempatan yang pertama yang menerima Manikayu ialah Encik Zaini Mohd. Isa (Sekarang Y.B Datuk Haji Zaini Mohd. Isa). Encik Mak Sin Loon seterusnya menerima anugerah D.C.C ( 4 Manikayu ) dan menjadi orang tempatan pertama yang menjadi Jurulatih A.C.C. Pergerakan Pengakap di Sabah telah diiktiraf dimata dunia dan ini terbukti dengan kunjungan - kunjungan orang penting untuk melihat sendiri perkembangan ini diantaranya ialah Lord Rowalan, Ketua Pengakap Komenwel pada tahun 1954 dan Olave Lady Baden Powell pada tahun 1958 dan Lord Charles Maclean juga Ketua Pengakap Komanwel pada tahun 1971. Pada tahun 1963, Pergerakan Pengakap menyambut ulangtahun Emas ( Jubli Emas - 1913 hingga 1963 ) dan telah menganjur Perkhemahan Jubli Emas. Ia merupakan pertemuan atau perkumpulan Pengakap Kedua terbesar selepas perkhemahan Patrol Sistem yang telah diadakan pada tahun 1960. Ahli - ahli Pengakap yang hadir datangnya dari seluruh Borneo Utara dan juga dari Brunei dan Sarawak. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh G.W Stevens dan ahli - ahli Majlis Pengakap Negeri. Pada tahun ini juga Pergerakan Pengakap cawangan Borneo Utara dibawah naungan Pesekutuan Budak - Budak Pengakap Lelaki Britain telah bersedia untuk bertukar haluan untuk menjadi negeri Sabah yang merdeka dalam Malaysia. Sejak itu Borneo Utara dirujuk sebagai Sabah dan Jesselton dikenali sebagai Kota Kinabalu. Dalam tahun 1964, Perlembagaan Pengakap Malaysia telah dipinda dan memasukkan negeri Sabah dan Sarawak dalam Malaysia sebagai cawangan. Di bawah perlembagaan tersebut Tun Datu Hj. Mustapha Bin Datu Harun menjadi Ketua Pengakap Negeri Sabah yang pertama dan Rev. Cannon Rusted menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah yang pertama. Tidak lama selepas itu ahli - ahli Pengakap tempatan telah mengambil alih tunggak pentadbiran Pengakap Negeri. Tuan Haji Yusuf Shamsudin menjadi orang tempatan yang pertama yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari G.D Muir selaku Pengerusi Majlis Pengakap pada tahun 1965 dan Encik Peter Regis (Datuk Peter Regis) Resident di Pantai Timur menjadi seorang pegawai tempatan yang pertama memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada tahun 1968. Pada tahun 1973, Jubli Intan Pengakap Negeri Sabah ( 1913 - 1973 ) telah diadakan. Setiap daerah telah menganjur perkhemahan daerah mereka sendiri sebagai menyambut perayaan ini. Sebuah lencana Perayaan Jubli Intan telah dikeluarkan bagi mengenangkan perayaan ini di negeri Sabah. Ada beberapa orang ahli - ahli Pergerakan Pengakap yang telah mengabadikan kehidupan mereka kearah pembangunan Pengakap di Sabah. Salah seorang daripada mereka ialah mendiang Datuk Simon Chong Yew. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1898 di China dan telah menjadi Pemimpin Pengakap sejak tahun 1919 di Foochow dan pada tahun 1923 beliau telah berhijrah ke Borneo Utara. Beliau telah menerima waran beliau pada tahun 1923 daripada Ketua Pengakap iaitu Pengasas Pengakap itu sendiri, Lord Baden Powell

dan beliau menyertai Kumpulan Pengakap Pertama Sandakan selaku Pemimpin dibawah Rev. T.C. Alexander. Dalam tahun 1936, beliau telah membawa seramai 30 orang ahli Pengakap dari Sandakan ke Jesselton dan berkhemah di Lok Kawi. Beliau juga menghidupkan semula Kumpulan Pengakap All Saint selepas ianya terkubur semasa Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1948. Selepas itu beliau telah dilantik selaku Pesuruhjaya Daerah Pantai Barat pada tahun 1950. Pada masa itu, Jesselton berada dibawah daerah Pantai Barat, yang mana Pantai Barat merangkumi kawasan-kawasan seperti Kudat, Ranau, Papar, Tuaran dan Putatan. Semasa zaman beliau menjadi Pesuruhjaya Daerah Pantai Barat, beliau sering melawat Kumpulan - Kumpulan Pengakap tersebut walaupun sehingga memaksa beliau untuk berjalan kaki merentas hutan belantara untuk masa berhari - hari. Beliau juga telah mengeluarkan sebuah buku atau majalah Pengakap yang diberi judul SCOUTING IN PICTURES dan juga telah memperkenalkan sistem Kerja Minggu ( Job Week ) untuk kali pertamanya. Usaha gigih beliau dalam mempromosi Pengakap, Daerah Pantai Barat telah memberikan beliau anugerah - anugerah Pengakap diantaranya Silver Acorn dari Ketua Pengakap Lord Rowallan pada tahun 1953 dan Honour of M.B.E. dari Ratu Elizabeth pada tahun 1955. Mendiang Datuk Simon bersara dari aktif dalam Pengakap pada tahun 1959 pada usia 61 tahun iaitu selepas 36 tahun berkhidmat di Utara Kepualauan Borneo dan selepas 40 tahun menjadi Pemimpin Pengakap ( Pemimpin Pengakap di Foochow 1919 - 1923 ) Walaubagaimanapun beliau terus menabur jasa dan bergiat aktif dalam Majlis Pengakap Tempatan. Datuk Simon Yew bukan sahaja seorang Pemimpin yang aktif tetapi membuatkan namanya terkenal diperingkat antarabangsa dengan lukisan-lukisannya seperti Gunung Kinabalu dan orkid Phalaenopsis. Selain daripada itu, nama-nama seperti mendiang Datuk Sam Lourdes juga merupakan penggerak utama dalam lipatan sejarah Pengakap Negeri Sabah. Berasal dari Malaya ( kini Semenanjung Malaysia ), beliau berhijrah ke Sabah pada tahun 1936. Beliau merupakan seorang pemegang Anugerah Pengakap Raja dari Klang dan merupakan salah seorang ahli Kumpulan Pengakap Pertama Castle Camp di Kuala Lumpur.

You might also like