You are on page 1of 2

KAEDAH: PEMERHATIAN BORANG CATATAN PEMERHATIAN TAJUK KAJIAN: SUKAN TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH MEMUPUK PERPADUAN DALAM KALANGAN

PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI PELEK, SEPANG, SELANGOR. Nama Penyelidik Tarikh Hari Masa Lokasi : Oon Khai Shian : 2 Julai 2013 : Selasa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang : Padang Sekolah SMK Sungai Pelek, 43950 Selangor

Item Pemerhatian

Catatan

Situasi sekolah sebelum : 1) Semua pelajar sibuk dengan tugasan masing(pra) kejohanan masing. Ada yang berada di tapak perhimpunan melatih formasi perbarisan, ada yang

menyediakan hiasan untuk pasukan perbarisan rumah sukan dan para atlet kelihatan sibuk memanaskan badan di padang. Kelihatan pelajar yang membantu guru iaitu Quarter Master(QM) sibuk dengan urusan penyediaan seperti

mengurus alatan sukan, senarai nama atlet yang bertanding dalam pelbagai acara dan lain-lain. Kesemua pelajar menjalankan tugas dan

tanggungjawab bertugas bersama-sama tanpa mengira kaum. 2) Pelajar yang bertugas memberi rawatan cemas (BSMM) juga sedang menyediakan peti

kecemasan dan ubat-ubatan serta ais batu. Taklimat juga diberikan kepada para ahli BSMM tentang situasi dan pembahagian tempat untuk bertugas. Situasi semasa kejohanan : 1) Semua pelajar berada di padang melihat atlei rumah sukan masing-masing bertanding. Mereka

bersorak apabila rakan dari rumah mereka menang dan alangkah indahnya apabila pelajar Cina berpelukan dengan pelajar Melayu dan India meraikan kejayaan rumah sukan mereka. 2) Atlet-atlet juga menunjukkan semangat

kesukanan yang tinggi. Andai atlet rumah lain tewas, mereka menepuk-nepuk bahu meredakan kekecewaan rakan mereka. Ahli BSMM yang berlainan kaum membantu atlet yang mengalami kecederaan. Sukan sememangnya menyatukan semua! Situasi Selepas Kejohanan : 1) Guru-guru dan pelajar bekerjasama mengemas dan membersihkan padang serta alatan sukan. Mereka tetap bergelak ketawa, bergurau senda walaupun keletihan jelas tergambar di wajah mereka. 2) Pelajar-pelajar Melayu, Cina dan India cekap mengutip sampah di kawasan padang dan sekitar sekolah, jelas menggambarkan sikap mereka yang dedikasi menghabiskan tugasan yang diamanahkan. Rumusan Pengkaji : 1) Sukan tahunan yang sangat berjaya menyatukan ketiga-tiga kaum di SMK Sungai Pelek. 2) Sukan tahunan yang diadakan sangat berjaya merapatkan hubungan antara guru dan pelajar, antara pelajar dengan pelajar berbilang bangsa serta merapatkan hubungan silaturrahim antara semua warga SMK Sungai Pelek. Dengan ini disertakan foto sukan tahunan sekolah. Tandatangan: __________________ (OON KHAI SHIAN) Tarikh:

You might also like