You are on page 1of 15

NAMA

MOHD SYAFIQ BIN MOHAMAD

TAHUN
1GAMMA

NAMA GURU PEMBIMBING


PUAN ZULITA

MARKAH

____________
1. Penghargaan…………………………………………...
. 1-2

2. Pendahuluan…………………………………………...
.. 3

3. Objektif Kajian………………………….....................
4

4. Kawasan
Kajian…………………………………………. 5

5. Peta Daerah & Kawasan


Kajian……………………….6-7

6. Kaedah
Kajian……………………………………….....
8

7. Dapatan
Kajian…………………………………………9-14

8. Rumusan
Kajian……………………………………….15

9. Lampiran-lampiran Penting……………………… 16-


20
10. Rujukan
……………………………………………….. 21
3.Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua sekolah saya iaitu Puan
Khalijah Binti Abdul Rahman kerana memberi keizinan atau kebenaran untuk
menjalankan kajian saya.Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Puan Zulita
yang telah banyak memberi segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang
amat berguna kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa saya kerana banyak memberi sokongan moral dan kewangan yang telah diberikan
sehingga saya dapat menjalankan dan menyempurnakan kajian ini. Selain itu, ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Ali Iskandar, Aiman dan Shahrul Hafiz kerana
membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada
pihak luar iaitu Encik harun seorang pekebun kerana dapat memberi sedikit pengetahuan
kepada saya.
4.Pendahuluan

Saya pelajar Tingkatan 1 Gamma di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said,
Alor Gajah, Melaka.Tajuk kajian saya ialah “Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap
Kegiatan Ekonomi Taman Seri Kelemak’.Kawasan kajian saya ialah Taman Seri
Kelemak yang terletak 3 kilometer dari Bandar Alor Gajah, Melaka. Bentuk muka bumi
di kawasan kajian saya ialah tanah pamah. Sebab saya ingin memilih kawasan kajian saya
ialah untuk mengetahui bentuk-bentuk yang ada dalam kawasan kajian saya. Tempoh
masa untuk menyiapkan kajian ini mengambil masa yang amat lama dan saya dapat
menyiapkan kajian ini dalam masa sebulan.
5.Objektif Kajian

Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk memenuhi objektif
berikut:

1.Mengetahui Bentuk Muka bumi dan cirri-cirinya

2.Mengenal pasti potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia

3.Mengetahui Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia

4.Mengesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

5.Mengenal pasti langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

6.Penerapan nilai dan unsure patriotisma terhadap alam sekitar.


6.Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya ialah Taman Seri kelemak yang terletak di Daerah Alor
Gajah,Melaka.Kawasan ini tidak jauh daripada Pekan Alor Gajah dianggarkan dalam
3km meter jauhnya.Kawasan kajian saya berada di tanah pamah yang beralun.Kawasan
saya senang untuk menjalankan kegiatan antaranya ialah pertanian dan
perindustrian.taman seri kelemak terletak di di utara dari Melaka.
Peta Daerah
Peta Kawasan Kajian
7.Kaedah Kajian

Kaedah Rujukan :
Saya membuat rujukan melalui pelbagai sumber iaitu melalui Buku Teks

Geografi Tingkatan Tiga dan Buku Rujukan Total Tingkatan 1,2, dan 3.

Saya mendapat banyak maklumat penting mengenai tajuk yang saya pilih

untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus ini.

Kaedah Soal Selidik :


Saya telah menyoal selidik beberapa orang individu seperti ibu saya, bapa

saya, jiran saya dan orang yang tertentu . Kaedah ini memberi banyak

maklumat yang diperlukan kepada saya.

Kaedah Pemerhatian :
Saya telah memilih kaedah pemerhatian ini sebagai salah satu kaedah untuk

mendapatkan isi-isi penting yang boleh dijadikan isi-isi dalam folio saya.

Saya telah melakukan sedikit pemerhatian di kawasan–kawasan kajian

untuk melihat keadaan Bentuk Muka Bumi di kawasan kajian ini.


CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI

Setelah menjalankan semua kaedah kajian, saya mendapati Taman Seri Kelemak

mempunyai beberapa jenis bentuk muka bumi, iaitu tanah pamah dan lembangan sungai.

Kawasan tanah pamah di kampung ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang biasa didapati

di kawasan tanah pamah lain. Ia mempunyai ciri-ciri tanah pamah yang rata dan luas.

Manakala jenis tanih di kawasan ini ialah tanih aluvium. Bagi kawasan lembangan sungai

pula, ia mempunyai beberapa ciri-ciri lembangan sungai seperi likuan sungai dan

sebagainya.

POTENSI BENTUK MUKA BUMI

Kesemua jenis bentuk muka bumi di kawasan kampung ini sememangnya mempunyai

pelbagai potensi yang dapat meningkatkan taraf kemajuan di kawasan ini .Kawasan ini

mempunyai tanah yang rata dan ia sememangnya sesuai dan mudah untuk membina

kemudahan jalan raya di kawasan ini. Di samping itu,Taman Seri Kelemak turut

berpotensi untuk dijadikan kawasan petempatan. Sememangnya kawasan kampung ini

mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi. Dengan keadaan bentuk muka bumi

yang rata dan luas, ia memudahkan untuk membina petempatan di kawasan ini.Selain

itu,kawasan Taman seri Kelemak turut berhampiran dengan kegiatan perindustrian.

Akhir sekali, Taman Seri Kelemak mempunyai banyak potensi bagi menjalankan

pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan ini. Selain itu, kampung ini sememangnya

mempunyai potensi bagi kegiatan pertanian terutamanya kegiatan penanaman buah naga

dan getah. Hal ini demikian kerana jenis tanih aluvium dan kawasan yang rata serta luas .
8.3.Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia

1. Saliran

Di kawasan ini, air sungai agak mudah melimpah keluar. Hal ini demikian kerana sungai
di kawasan ini mempunyai kedalaman yang agak cetek disebabkan oleh proses
pemendapan yang berlaku.Oleh itu, sungai hanya mampu menampung kuantiti air yang
sedikit dan kejadian limpahan sungai mudah berlaku.

2. Tanah pamah
Di kawasan ini terdapat banyak tanah pamah dan ia banyak halangan bentuk muka bumi
kepada manusia antaranya ialah tanah yang sempit di Alor Gajah ini.Selain itu, Tanah
pamah sering berlakunya banjir kerana kedudukannya yang rendah.oleh sebab itu Alor
Gajah selalunya berlakunya banjir.
8.4.Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

1.Hakisan Tanah dan tanah runtuh


Hakisan Tanah berlaku kerana bandar Alor Gajah ini tidak banyak pokok.oleh
itu,kerajaan haruslah memantau pembalak yang haram.

2.Sungai cetek dan banjir kilat


Apabila pembalakan secara meluas berlaku ia akan berlakunya banjir kilat dan
akan menyebabkan sungai semakin cetek di kawasan Alor Gajah ini.

3. Pencemaran
Sikap penduduk yang tidak menghiraukan kepentingan alam sekitar telah
menyebabkan berlakunya banyak pencemaran di kawasan ini. Sikap suka membuang
sampah di merata-rata tempat telah mencacatkan pemandangan di kawasan ini
terutamanya di kawasan pinggir sungai. Penduduk suka membuang sisa-sisa makanan
dan sampah ke dalam sungai yang telah memyebabkan turut berlaku pencemaran air di
kawasan ini. Masalah pembakaran terbuka turut berleluasa di kawasan ini. Tambahan
pula, pusat pembakaran arang di kawasan ini sememangnya mengeluarkan asap yang
banyak yang menyebabkan pencemaran udara yang agak teruk.

4.Kepupusan flora dan fauna


Kawasan kajian saya ini tidak banyak mempunyai hutan atau hutan
simpan,ini menyebabkan haiwan dan tumbuhan hilang habitatnya.Kita seorang
manusia harus lah menyanyangi binatang dan kita haru melindungi flora dan
fauna.

5.Penigkatan suhu
Seperti yang kita tahu, kawasan saya iaitu Taman Seri Kelemak tidak
mempunyai hutan dan tidak berhampiran dengan laut.Ini menyebabkan
penigkatan suhu yang menigkat.
8.5.Langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi manusia terhadap
manusia

1. Kempen Kesedaran
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, terdapat pelbagai langkah yang dapat diambil.
Antaranya ialah melalui kempen kesedaran. Pihak kerajaan mahupun swasta perlu
bekerjasama bagi mengadakan kempen kesedaran terutamanya mengenai alam sekitar
dan lain-lain lagi.

2. Penggunaan Baja Organik / Kaedah Biologi


Dengan penggunaan baja organik, ia dapat meningkatkan lagi kualiti dan jumlah
pengeluaran hasil pertanian di kawasan ini. Ia juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan
bagi melaksanakan kegiatan pertanian. Tambahan pula, kebanayakan petani di kawasan
ini merupakan golongan yang berpendapatan rendah.

3. Penggiliran Tanaman
Bagi mengatasi masalah kesuburan tanih, teknik penggiliran tanaman sememangya
sesuai. Petani perlulah menjalankan kegiatan pertanian secara bergilir-gilir di kawasan
pertanian mereka. Hal ini demikian kerana ia bagi membantu tanih mengemballikan
kesuburan tanih selepas kegiatan pertanian dijalankan.
11.Rujukan

1. Peta Negeri Melaka dan peta Alor Gajah

2. laman web http://www.mpag.gov.my/home

3. Buku teks Geografi muka surat 179

4. Merujuk kepada cikgu Zulita guru Geografi


10.Lampiran

Pekan Alor Gajah yang terletak di utara Melaka.

You might also like