You are on page 1of 4

PERPADUAN KAUM Sudah dipesan selasih dandi, Guna meramu bahan diramas; Sekolah wawasan bak seberkas lidi,

Mengapa tak mahu dikat kemas?

Dirikan pondok bertanam nanas, Nanas ditanam bersama-sama, Mengapa tidak mahu diikat kemas ? Kerana Tidak terbenih kerjasama. Tuan puteri berlagu merdu, Iramanya asyik menawan hati; Wawasan pertiwi bersatu padu, Mengapa berjentik sesama sendiri?

Si comel montel anak pak kali , Dibawah rumah bermain papan, Masih berjentik sesama sendiri , Kerana Kurang sefahaman menjadi jawapan. Sarung sutera hiasan tamu, Tamu baru duduk menjeling; Sebumbung setangga berjiran pintu, Bertemu bahu mengapa berpaling?

Pantun gurindam pusaka bangsa, Wajib diwarisi setiap generasi, Terlalu sibuk kekurangan masa, Menyebabkan saling tidak serasi.

Redup terasa di tengah bendang, Terlihat merpati terbang ke sana; Hidup sebangsa jarang bertandang, Semangat muhibah bagaimana dicerna?

Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung, Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong.

Sungguh manis penuh kesopanan, Sungguh sopan berlitup baldu , Negara Malaysia bermacam keturunan, Mengapa perlu bersatu padu ?

Tuan Puteri dan kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu.

Terbang beria si kenit nyamuk, Terbang tinggi dipukul tuan, Negara Malaysia Negara majmuk, Menapa perpaduan menjadi tuntutan ?

Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu persatu, Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu

ALAM SEKITAR ditebang punggur yang robek pohon rebah lulus di atas pematang kucari bintang di balik daun awan menghilang, mengapa jerebu mendatang? ALAM SEKITAR/ PENCEMARAN tumbuh kabung di tanah rata dicelah-celah si rumpun tepus togel gunung bukit pun rata musnah alam apakan pupus?

Kampung Melayu di Indrapura Mekar indah si bunga rumput Kitar semula agenda Negara Mengapa sukar di sahut?

PERPADUAN Terbang sekawan anak jentayu Singgah bermalam di balik pohonan Rakyat Malaysia teguh bersatu Apa resipi menjadi adunan?

Pergi ke hutan memburu rusa Hasil tangkapan seekor kijang Perpecahan kaum makin berleluasa Apakah cara untuk dihalang?

KASIH SAYANG Mekar harum bunga kemboja Menjadi hiasan taman larangan Sayang menyayang peribadi mulia Mengapa sukar dipertahan?

You might also like