You are on page 1of 2

V5:15/02/2013

b. Penerima Hibah 1. Warganegara dan bukan warganegara 2. Waras 3. Beragama Islam 4. Terdiri daripada waris terdekat Pemberi Hibah dan Penerima Hibah yang dibenarkan oleh ASNB. 5. Tiada had umur, walau bagaimanapun Penjaga yang sah hendaklah dilantik jika Penerima Hibah berumur di bawah 18 tahun. Penjaga yang sah mestilah terdiri daripada ibu, bapa, datuk, nenek, abang, kakak atau mana-mana pihak yang dibenarkan oleh ASNB. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT HIBAH AMANAH ASNB 1. Pemberi Hibah boleh menghibahkan salah satu atau kesemua tabung unit amanah yang dimilikinya. 2. Unit-unit amanah yang dihibahkan mestilah bukan masih dalam pinjaman atau hutang sama ada keseluruhan atau sebahagian. 3. Baki unit Pemberi Hibah dalam tabung unit amanah yang dihibahkan mestilah dikekalkan 1,000 unit dan ke atas, tidak termasuk unit-unit amanah dari Skim Pelaburan Ahli KWSP. 4. Penerima Hibah terhad kepada sepuluh (10) orang bagi setiap Suratikatan Hibah Amanah. PEMBATALAN HIBAH AMANAH Berdasarkan Hukum Shariah, pembatalan Hibah Amanah hanya boleh dilakukan jika ia melibatkan hibah kepada anak kandung dan cucu kandung. KELEBIHAN HIBAH AMANAH 1. Diuruskan di bawah satu syarikat iaitu ASNB. 2. Diuruskan secara Shariah dan dipantau oleh Ahli Panel Penasihat Shariah PNB yang berpengalaman. 3. Pendaftaran boleh dilakukan di semua cawangan ASNB seluruh negara, tertakluk kepada pindaan. 4. Caj yuran adalah rendah dan kompetitif. 5. Proses pengagihan harta pusaka yang melibatkan unit amanah di ASNB lebih pantas dan efisien berbanding kaedah biasa. 6. Hak-hak Penerima Hibah dilindungi berdasarkan konsep Hibah Amanah. 7. Penerima Hibah tidak perlu lagi membayar kos-kos pentadbiran harta pusaka selepas Pemberi Hibah meninggal dunia.
Penafian: Brosur/risalah ini dihasilkan bagi tujuan penyampaian maklumat berkenaan produk dan perkhidmatan semata-mata dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu perjanjian atau kontrak oleh mana-mana pihak sekalipun. Terma-terma dan syarat-syarat berkenaan dengan perkhidmatan Hibah Amanah yang disediakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah seperti yang dinyatakan di dalam Suratikatan Hibah Amanah dan borang-borang yang disediakan. Maklumat-maklumat yang diberikan adalah hasil daripada rujukan sumber-sumber yang dipercayai kebenarannya. ASNB tidak bertanggung jawab terhadap ketiadaan representasi mahupun menanggung sebarang liabiliti terhadap ketidaktepatan atau ketidaklengkapan brosur/risalah ini. Brosur/risalah ini dihasilkan bagi tujuan penyampaian maklumat semata-mata serta tidak boleh ditafsirkan atau digunakan sebagai keseluruhan atau sebahagian daripada kontrak perjanjian yang melibatkan penawaran pembelian mahupun penerimaan penjualan balik unit-unit amanah. Brosur/risalah ini juga tidak dibenarkan untuk dicetak atau diedarkan semula untuk apa jua tujuan sekalipun. ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa hal, tindakan, tuntutan, kerugian, kehilangan mahupun kerosakan dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak yang bersetuju menerima perkhidmatan Hibah Amanah ke atas pelaburan unit-unit amanah mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Jabatan Perhubungan Pelanggan & Ejen ASNB Tel: 03-2057 3000 Faks: 03-2050 5220 E-mel: asnbcare@pnb.com.my

www.asnb.com.my
Sebelum menandatangani sebarang dokumen, Pemegang Unit adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami segala terma-terma dan syarat-syarat Hibah Amanah yang terkandung di dalam Suratikatan Hibah Amanah, borang-borang dan semua dokumen Hibah Amanah yang berkaitan terlebih dahulu.

www.asnb.com.my

HIBAH AMANAH
PELABURAN UNIT AMANAH SELEPAS KEMATIAN Apabila seseorang meninggal dunia, semua asetnya termasuk pelaburan dalam unit amanah akan dibekukan sehingga semua proses pentadbiran harta pusaka selesai dan harta-harta dapat diagihkan kepada waris-waris. Tanpa sebarang perancangan harta pusaka, proses pentadbiran dan pengagihan harta pusaka ini sangat rumit dan memakan masa yang panjang. Di ASNB, kami boleh membantu anda merancang dengan bijak bagaimana pelaburan anda dapat diagihkan kepada waris dengan lebih cepat setelah anda meninggal dunia melalui perkhidmatan terbaru kami iaitu Hibah Amanah. Ini bagi memastikan anda juga bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda telah merancang pewarisan harta pusaka anda bagi memastikan waris anda mempunyai aliran tunai yang berterusan setelah kematian anda bagi tujuan kegunaan harian serta membayar sebarang hutang piutang.

amanah anda yang dihibahkan akan dipindahmilik kepada Penerima Hibah selepas anda meninggal dunia. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Hukum Faraid adalah tunggak dalam pembahagian harta orang Islam. Oleh itu, Pemberi Hibah perlu berlaku adil dalam pembahagian Harta-harta Hibah, terutama terhadap waris faraid. Maka, segala urusan pentadbiran harta pusaka yang melibatkan unit amanah anda di ASNB setelah kematian anda, dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan tidak perlu melalui proses pentadbiran harta pusaka yang rumit dan panjang. KONSEP HIBAH AMANAH ASNB Sebelum anda (Pemegang Unit) mendaftar di dalam perkhidmatan Hibah Amanah ini, adalah penting anda mengetahui bagaimana Hibah Amanah ASNB ini dilaksanakan. Carta di bawah boleh membantu anda memahami konsep Hibah Amanah yang dilaksanakan di ASNB:
PEMBENTUKAN HIBAH AMANAH DAN PROSES PEMBAHAGIAN HARTA
PENTADBIRAN HARTA

(ii)

Penerima Hibah bersetuju menerima Harta-harta Hibah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam Suratikatan Hibah Amanah.

(iii) Melalui Suratikatan Hibah Amanah, ASNB bersetuju untuk mentadbir dan mengurus Harta-harta Hibah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam Suratikatan Hibah Amanah. (iv) ASNB bertindak sebagai Pemegang Amanah untuk mentadbir dan mengurus Harta-harta Hibah tersebut apabila berlaku kematian Pemberi Hibah demi manfaat Penerima Hibah. (v) Tanggungjawab Pemegang Amanah dan Pemberi Hibah dinyatakan di dalam Suratikatan Hibah Amanah. (vi) Apabila berlaku kematian Pemberi Hibah, ASNB akan terus mentadbir Harta-harta Hibah berdasarkan Suratikatan Hibah Amanah yang telah dimeterai sehingga kesemua Harta-harta Hibah diagihkan. (vii) Perkhidmatan Hibah Amanah ini telah pun diluluskan oleh Ahli Panel Penasihat Shariah PNB. Pemberi Hibah perlu memahami dan bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan dalam semua dokumen Hibah Amanah sebelum melanggan Hibah Amanah ASNB. (viii) Sewaktu proses tuntutan, ASNB telah memperuntukan tempoh bertenang selama dua puluh satu hari (21) dari tarikh tuntutan pertama dibuat (Tempoh Bertenang). Sekiranya ASNB tidak menerima sebarang bantahan bertulis daripada mana-mana pihak dalam Tempoh Bertenang tersebut, proses pembayaran ke atas tuntutan akan dilaksanakan. ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa jua bantahan yang dibuat selepas Tempoh Bertenang tersebut. (viiii) Proses pindahmilik adalah melalui pindahan ke dalam tabung unit amanah ASNB Penerima Hibah, pindahan ke akaun bank atau melalui cek.

PEMBERI HIBAH

PEMEGANG AMANAH (ASNB) SIGHAH & SURATIKATAN HIBAH AMANAH


SEMASA HIDUP

PENERIMA HIBAH

KEMATIAN PEMBERI HIBAH

SELEPAS KEMATIAN

Pemberi Hibah menghibahkan hartanya di dalam tabung unit amanah ASNB. Penerima Hibah menerima hibah tersebut mengikut sighah dengan disaksikan oleh dua orang saksi.

Pemberi Hibah bersetuju melantik ASNB sebagai Pemegang Amanah untuk mentadbir harta tersebut berdasarkan Suratikatan Hibah Amanah.

Apabila dimaklumkan kematian Pemberi Hibah, ASNB akan mentadbir harta tersebut berdasarkan Suratikatan Hibah Amanah.

Petikan akhbar Utusan Malaysia 31 Mac 2011.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN (i) Sewaktu hayat, Pemegang Unit (Pemberi Hibah) bersetuju untuk menghibahkan harta-harta Pemberi Hibah berupa baki unit tabung unit amanah (Harta-harta Hibah) yang berdaftar di bawah namanya di ASNB kepada Penerima Hibah. Oleh yang sedemikian, Penerima Hibah mestilah bersetuju dan membenarkan Pemberi Hibah menggunakan Harta-harta Hibah untuk faedah dirinya, membuat semua urusniaga dan mendapat manfaat yang berkaitan dengan Harta-harta Hibah selama mana Pemberi Hibah masih hidup. a. Pemberi Hibah 1. Berumur 18 tahun dan ke atas 2. Warganegara Malaysia 3. Waras 4. Beragama Islam 5. Pemegang Unit ASNB dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat sebagai Pemegang Unit berdaftar di bawah Suratikatan tabung unit amanah ASNB.

HIBAH AMANAH ASNB Hibah Amanah adalah kemudahan alternatif yang disediakan oleh ASNB untuk mempercepatkan proses pentadbiran harta pusaka anda yang berbentuk pelaburan unit amanah di ASNB. Hibah Amanah adalah satu perkhidmatan berlandaskan Syariah oleh ASNB yang menerapkan konsep Hibah dan Amanah dalam pengurusan harta. Apabila anda mendaftar di dalam perkhidmatan Hibah Amanah ini, semua baki pelaburan unit

You might also like