You are on page 1of 12

MAKLUMAT TABUNG

Nama Tabung Jenis Kategori Tarikh Pelancaran Objektif SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) Pendapatan Ekuiti 2 Januari 1990 Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum. Pelabur Sasaran Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka. Kelayakan Bumiputera Malaysia.

Akaun Dewasa (18 tahun ke atas) Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).

Pengurus Pelaburan

Permodalan Nasional Berhad

MAKLUMAT URUSNIAGA
Harga Seunit Bentuk Pelaburan RM 1.00

Buku Pelaburan Sijil

Pelaburan Permulaan Minimum

Buku Pelaburan - 10 unit

Pelaburan Tambahan Minimum Buku Pelaburan - 1 unit

Pelaburan Maksimum

Sijil - Gandaan 1,000 unit

Akaun Dewasa - 200,000 unit Akaun Remaja* - 50,000 unit

* Remaja tidak dibenarkan untuk menjual semula unit melainkan

Remaja berkenaan telah mencapai umur dua belas (12) tahun dan permohonan untuk menjual semula unit tidak boleh melebihi dua ratus (200) unit Akaun Remaja dalam mana-mana tempoh satu (1) minggu. Unit Akaun Remaja akan ditukarkan secara automatik ke Akaun Dewasa setelah Remaja berkenaan mencapai Umur Majoriti. Saiz Tabung Caj Jualan Caj Jualan Balik Pembayaran Jualan Balik Tempoh Bertenang Tahun Kewangan Berakhir Tiada had. Tiada Tiada Serta-merta Tiada 31 Disember Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB Penutupan Akaun dan Kelayakan bagi Pengagihan Pendapatan berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk. Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

PRESTASI TABUNG
Tahun Berakhir 31 Disember Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) Bonus Seunit (sen) 2011 7.65 1.15 2012 7.75 1.15 2013 7.70 1.00

[KWSP] : Ahli Boleh Daftar Haji Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,300 dalam Akaun 1 KWSP boleh membuat pendaftaran menunaikan haji dengan Tabung Haji (TH) mulai 3 Januari 2012. Di bawah kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP, ahli KWSP boleh membuat pendaftaran untuk mendapatkan giliran mengerjakan haji tanpa perlu mempunyai simpanan minimum RM1,300 dalam Tabung Haji. Dalam hubungan ini, Akaun 1 dipilih bagi membolehkan lebih ramai ahli berpeluang menggunakan kemudahan ini. Pendaftaran bagi kemudahan ini boleh dibuat di semua kaunter TH, cawangan Bank Rakyat dan Bank Islam seluruh negara dan prosesnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh TH. Ahli KWSP perlu membawa bersama MyKad dan Penyata KWSP terkini yang boleh diperoleh dari cawangan KWSP

terdekat, kios KWSP atau secara online melalui i-Akaun. Ahli KWSP tidak perlu mengeluarkan simpanan KWSP mereka untuk tujuan pendaftaran haji. Untuk melayakkan diri membuat pendaftaran haji, ahli KWSP mesti warganegara Malaysia atau pemastautin tetap beragama Islam. Mereka juga belum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai akaun simpanan di TH. Ahli KWSP yang tidak mempunyai akaun simpanan di TH boleh membuka akaun tersebut dengan deposit minimum sebanyak RM2 sahaja. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur TH sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberikan sebelum ini. Kemudahan ini tidak mempercepatkan tarikh mengerjakan haji. Tarikh untuk mengerjakan haji akan ditentukan oleh TH. Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa gaji Januari 2012. Kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP. Sementara itu, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus. Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan ini semasa Ucapan Bajet 2012 sebagai langkah untuk menangani masalah ketidakcukupan pendapatan semasa bersara yang dihadapi pesara kini. Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun dari mula mereka bersara dan masalah ini akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia. Sehubungan itu, KWSP menghargai tindakan segera Kerajaan dalam menangani masalah ini kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia. Dalam menempuhi cabaran masa kini, kita perlu mempunyai ekonomi yang kukuh. Jangan hadkan punca pendapatan kepada satu sahaja iaitu pekerjaan kita semata-mata. Samada bersedia atau tidak, kita perlu melalui semua itu dikala kos sara hidup semakin meningkat saban waktu. Apabila punca pendapatan pertama sudah menjanakan wang masuk secara berterusan, ciptalah punca pendapatan yang lain. Dengan mencipta sumber baru, kita sebenarnya mencipta sebab untuk wang mengalir masuk. Semakin banyak punca dicipta, semakin mudah kita melalui hidup ini. Wang tidak mengalir masuk selama-lamanya dari sumber yang sama.

Mempelbagaikan sumber pendapatan membolehkan kita berpeluang mengaut keuntungan lebih cepat. Ekonomi diri sendiri pun bertambah teguh. Kalau tidak percaya, ambillah sebatang lidi dan cuba patahkan. Ia amat mudah untuk dipatahkan. Cuba pula ambil sepuluh batang lidi yang disusun bersama dan cuba patahkan secara serentak. Ia amat sukar untuk dipatahkan. Begitu jugalah sekiranya kita mempunyai 10 punca pendapatan berbeza bagi mendapatkan wang. Menurut pepatah Jepun; Kita hanya mempunyai 2 pilihan, samada menjadi hamba kepada wang, ataupun wang menjadi hamba kita. Sekiranya wang tidak menjadi hamba, ia akan menjadi tuan. Bagi yang belum memulakan pelaburan, mulakan sekarang. Kita boleh laburkan wang kepada hartanah, pasaran saham, unit amanah, dan lain-lain lagi untuk mencipta wang. Kita juga boleh mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan samada secara online ataupun offline. Walauapapun bidang yang diceburi kelak, jangan lupa untuk mempelajari ilmunya terlebih dahulu supaya tidak tersilap langkah. KUASA KOMPAUN Apabila melabur, sudah semestinya ramai yang mahukan keuntungan. Tetapi masih ramai juga tidak sedar satu elemen penting dalam pelaburan iaitu kuasa kompaun. Secara ringkasnya, kompaun adalah pulangan/keuntungan yang dilaburkan semula untuk menggandakan pulangan/keuntungan. Contohnya anda melaburkan RM1 dengan keuntungan 100% setahun selama 20 tahun. Tahukah anda berapakah nilai pulangan anda selepas 20 tahun. Ya, jawapannya lebih RM1 juta. Kalau tidak percaya, kiralah sendiri. Hebatkan kuasa kompaun yang menggandakan pulangan anda ini. Untuk menjayakan kehebatan kuasa kompaun ini, kesabaran amat penting yang mana pulangan/keuntungan setiap tahun hendaklah dibiarkan untuk dilabur semula. Jika anda melabur RM10,000 didalam satu dana unit amanah yang memberikan pulangan 8% setahun, maka selepas 20 tahun nilai pelaburan anda meningkat kepada RM46,609. Jika kita tukarkan pulangannya kepada 10% setahun, maka selepas 20 tahun ia bernilai RM62,275. Dan jika pulangannya ditambah menjadi 12% setahun, maka nilainya selepas 20 tahun adalah RM96,463. Sememangnya anda berpotensi untuk meraih keuntungan lebih besar sekiranya memanfaatkan kuasa kompaun ini. Apa yang penting bersabar dan kekalkan pelaburan serta tabungan dalam jangka masa panjang. "New online system can process 500,000 transactions expected KUALA LUMPUR: The number of withdrawal applications to the Employees Provident Fund (EPF) for unit trust investments is expected to reach 500,000 this year due to the introduction of a new online system.

Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) president Tunku Datuk Ya'acob Tunku Abdullah said EPF members' could now submit their applications online via the Elektronik-Pilihan Pelaburan Ahli (E-PPA) system. We expect to process 500,000 applications this year and aspire to exceed the one million mark in 2015, he told reporters after the launch of the E-PPA system yesterday. In 2007, there were 330,000 applications. Tunku Ya'acob said as at March, the net asset value (NAV) under the EPF Members Investment Scheme (EPF-MIS) stood at RM15bil, or 7.4% of the total NAV of the unit trust industry of RM204bil." Wang Lebeh Jika anda mempunyai 'wang lebeh' maka anda bolehlah menimbang untuk memasuki bidang pelaburan. Wang Lebeh = Bukan wang untuk beli susu anak atau wang petrol untuk bulan ini dan masa2 lain. Jika dilaburkan dalam pasaran saham, sebagai contoh RM10k hanya dapat memiliki 3 lot saham bernilai RM3 sesaham. Tetapi jika anda kumpulkan rakan-rakan anda sebanyak 10 orang yang memiliki modal yang sama maka anda dapat memiliki lebih banyak unit dan lebih banyak jenis saham yang berlainan. Wang yang dikumpul ini dinamakan 'Dana Bersama' atau 'Mutual Fund'. Tujuannya untuk dilaburkan dengan matlamat yang sama. Di Malaysia, ia dipanggil unit amanah. Sesudah wang dikumpulkan, tiba masa ia dilaburkan. Jika tidak ada yang arif tentang pelaburan diantara 10 orang rakan tadi, maka eloklah cari kawan yang lain yang lebih pakar dalam bidang pelaburan untuk menguruskan dana bersama tersebut. Kawan kita ini boleh kita gelar 'Pengurus Dana'. "Kalau upah orang lain uruskan mesti keuntungan berkurangan disebabkan membayar upah kepada mereka?" Hello kawan, dalam dunia ini mana ada yang free. Tandas awam pun kena bayar. Lebih gah lagi, parking kereta ketika cuti umum pun kena bayar di negeri maju seperti Bandaraya Melaka (memang bersejarah). Tidak ada yang pelik. Walauapapun ceritanya, unit amanah tidak menjanjikan pulangan jangka pendek dan merupakan pelaburan alternatif sahaja. Kenapa Melabur Tidak Berisiko? Bagi menjawab soalan ini; sila lihat gambarajah 'CASHFLOW Quadrant' berdasarkan buku karya R. Kiyosaki. Jika anda masih ingat, kebanyakan orang pergi ke sekolah diajar dan dilatih untuk menjadi sebahagian daripada kuadran sebelah kiri berbanding kuadran sebelah kanan. 2 sebab utama kenapa melabur berisiko:1) Kita tidak dilatih untuk menjadi pelabur

2) Kebanyakan pelabur sering hilang kawalan atau tiada kawalan langsung. Kuadran 1 : Pekerja (Kita bekerja untuk orang lain - sambil membuat orang lain lebih kaya) Risiko : Tiada Modal : Tidak perlu Kelayakan/Pengalaman : Minimum seperti digariskan majikan Kebebasan : Masa kerja tetap/dikawal Peluang/Pendapatan : Pendapatan tetap/dikawal oleh orang lain. Kuadran 2 : Bekerja Sendiri Risiko : Ada Modal : Bergantung kepada berapa besar aktivitinya Kelayakan/Pengalaman : Bukan kemestian Kebebasan : Menumpukan masa pada perniagaan. Perlu ada di lokasi perniagaan untuk menjana pendapatan. Peluang/Pendapatan : Pendapatan tidak menentu, tidak stabil tapi boleh jadi lumayan. Kuadran 3 : Pemilik Perniagaan (Orang lain bekerja untuk kita sambil buat duit untuk kita) Risiko : Semakin tinggi Modal : Tinggi Kelayakan/Pengalaman : Kelayakan akademik tidak perlu namun pengalaman dalam bidang tersebut perlu ada. Kebebasan : Lebih bebas. Mengupah pekerja melakukan semua tugas2 menjalankan perniagaan. Peluang/Pendapatan : Berdasarkan kerajinan pemilik dan pekerja, juga boleh jadi lumayan. Kuadran 4 : Pelabur (Wang bekerja untuk kita) Risiko : Tinggi jika mahukan hasil yang lumayan Modal : Tinggi Kelayakan/Pengalaman : Perlu ataupun upah orang lain yang lebih layak Kebebasan : Bebas cuma perlu pantau akaun pelaburan namun boleh memilih untuk upah pihak lain melakukannya Peluang/Pendapatan : bergantung kepada kepintaran mengurus dana dan berapa banyak risiko yang sanggup diambil

Bila Bermula - 2 Mustahakkah sesuatu itu bila ia sepatutnya bermula? Ikuti kisah berikut:X : Jika anda perlu ke suatu tempat sejauh 60km dalam masa 1 jam; berapakah kelajuan minimum yang perlu anda pandu? Y : Kalau tak silap 60km/jam. X : Benar. Dan jika anda terlewat 10 minit? Y : 72km/jam. X : Tepat sekali. Malahan jika anda lewat 20 minit, kelajuan sepatutnya meningkat kepada 90km/jam. Begitu juga dengan perancangan persaraan anda, sekiranya bertangguh maka terpaksalah anda melajukan kadar simpanan anda. Jadual Kelayakan Melabur Jadual diatas menunjukkan kelayakan minimum untuk melabur dalam unit amanah menggunakan dana simpanan KWSP akaun 1 mengikut umur. Lagi tua, lagi tinggi had kelayakannya. Lagi muda remaja, macam saya sweet 18, lagi rendah kelayakan minimum yang diperlukan. Jika tidak layak, wang akaun 2 boleh dipindahkan ke akaun 1 dengan mengisi borang pindahan di kaunter KWSP berdekatan. Cara pengiraan pula:Jika saya berumur 18 tahun, saya perlu ada di dalam akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM6,000. Misalnya saya memiliki RM8,000 dalam akaun 1, jumlah yang boleh dilaburkan adalah seperti berikut:Jumlah Pelaburan = (Baki Akaun 1-(Kelayakan ikut Jadual-RM5,000)) X 0.2 Jumlah Pelaburan = (RM8,000-(RM6,000-RM5,000)) X 0.2 Jumlah Pelaburan = RM1,400 yang dibenarkan. Bukan semua wang boleh dilaburkan dalam unit amanah. Dalam kes diatas hanya RM1,400 sahaja yang layak dilaburkan. Baki yang tinggal selepas pengeluaran pertama ini adalah RM6,600 (RM8kRM1.4k). Pengeluaran seterusnya boleh dilakukan selepas 3 bulan. Apa yang diperlukan hanya sign dan cap jari. Bila Hendak Bermula? Bilakah masa terbaik untuk bermula menyimpan untuk persaraan anda? Sebarang masa adalah baik. Lebih awal adalah terbaik, lebih banyak wang simpanan dapat dimiliki semasa bersara kelak.

Mungkin agak sukar bermula seawal 20-an kerana pada usia itu anda mungkin menyimpan untuk mendapatkan sebuah kereta dan kemudiannya rumah. Dan selepas itu untuk pendidikan anak-anak pula. Namun demikian, anda juga tidak mampu terus menangguhkan perancangan kewangan bagi persaraan. Anda tidak boleh membiarkan perancangan dibuat di saat-saat akhir untuk memperolehi pendapatan bagi menampung kehidupan sepanjang tempoh tidak bekerja kelak. Tiada siapa tahu berapa lama anda boleh hidup selepas bersara. Mungkin 10 tahun dan mungkin juga 20 tahun lagi. Jika anda bersara pada 55 tahun, anda memerlukan wang simpanan untuk menyara diri dalam masa persaraan anda. Lebih awal anda bersara, lebih cepat anda perlu menyimpan atau melabur Permainan Emosi Ramai sedar persaraan sebagai kehilangan kerja, kehilangan pendapatan, kehilangan status dan identiti. Tapi ada juga yang tidak sedar kerana usia untuk bersara masih jauh lagi. Walaupun terdapat orang yang membilang hari untuk bersara, ada juga yang gentar dengannya. Jika sudah bersedia, pasti boleh menghadapinya dengan tenang. Ketika ini, tidak kira berapa banyak kita merungut mengenai kerja, selepas bersara pasti kita merasakan seperti terkeluar dari pasukan serta kehilangan rakan. Kita mungkin terfikir apabila bersara nanti, kita akan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga. Namun kita mungkin kecewa apabila mendapati anggota keluarga kita yang lain sibuk dengan matlamat masing-masing. Jika kita melihat persaraan sebagai berakhirnya kehidupan yang bermakna, maka kita akan hidup dengan jangkaan yang negatif. Walaubagaimanapun; jika kita memikirkan ia sebagai satu peralihan yang penuh cabaran dan peluang, maka kita akan belajar menikmatinya. Adalah lebih mudah untuk mendekati persaraan dengan sikap positif jika kita membuat beberapa perancangan sebelum menghadapinya. Mana Satu? Dalam tulisan yang lepas, ada saya sebut pelaburan umpama 'kenderaan'. Bagi pencarum KWSP, anda hanya ada 2 pilihan bagi menuju persaraan iaitu terus-menerus membiarkan wang simpanan untuk hari tua membiak di dalam KWSP (seperti kebanyakkan orang) ATAU memilih untuk mengeluarkan sejumlah wang (berdasarkan kelayakan) untuk pelaburan unit amanah (kenderaan alternatif). PELABURAN UNIT AMANAH SEMUDAH ABC Pelaburan umpama kenderaan. Seperti kenderaan, kelajuan ditentukan oleh pemandunya. Lagi kuat kita tekan paddle 'A' (Accelerator), lagi laju ia ke hadapan. Bila kita tekan paddle 'B' (Brake), kenderaan akan perlahan seterusnya berhenti. Manakala paddle 'C' (Clutch) digunakan untuk menukar gear samada naik atau turun gear. Sesaja nak melahu pun boleh juga.

Kenderaan digunakan untuk membawa kita dari poin Y ke poin Z. Berapa lama masa yang diambil bergantung kepada pemandunya; kelajuan dan cara memandu serta jalan mana yang diambil. Memandu kenderaan ada risiko tersendiri, begitu juga pelaburan. Memandu laju atau perlahan mempunyai risiko yang berbeza. 'Orang' kata memandu laju risikonya tinggi. Dari sudut logik, memandu perlahan lebih berisiko tinggi jika kita lihat dari faktor masa untuk sampai ke destinasi. Pemanduan dari poin Y ke poin Z boleh memakan masa 1 jam atau 2 jam. Risiko perjalanan dapat dikurangkan jika kita boleh sampai cepat ke destinasi. Mana yang berkebarangkalian tinggi berlaku kemalangan? 1 jam atau 2 jam berada di dalam kenderaan? Itupun jika kita lihat dari sudut kemalangan boleh berlaku tidak kira memandu laju atau perlahan. Ia mengenai kecekapan kita mengendalikan kenderaan tersebut. Jika kita tidak melanggar orang, orang boleh juga langgar kita. Dalam pelaburan juga sama, ia bukan setakat banyaknya pulangan boleh didapati tetapi juga berapa banyak masa yang diambil. Sebagai contoh, pencarum EPF memilih untuk mengeluarkan sejumlah wang dari Akaun 1 untuk dilaburkan di dalam unit amanah (menukar kenderaan) setiap 3 bulan sekali (menukar gear untuk melajukan kenderaan) tanpa menjangka harga pasaran akan menurun atau menaik (objektif untuk sampai lebih pantas dengan mengumpul lebih banyak unit pada usia persaraan). Pelabur unit amanah (long-term) sedar, bila harga pasaran menurun lebih banyak unit boleh dikumpul manakala bila harga pasaran menaik, keuntungan lebih tinggi dapat dilihat dari pelaburan sebelumnya. Tiada siapa dapat menjangka dengan tepat bila harga pasaran akan turun atau naik. Jika harga terusmenerus turun atau naik, tindakan apakah patut diambil? Tekan paddle 'A' atau 'B'? Dan jika berhenti 'seketika', berapa lama pula masa yang diambil untuk menunggu sebelum kembali memandu semula? Berapa tinggi yang dikatakan tinggi dan berapa rendah yang dikatan rendah itu? Akhir sekali; pilihan ditangan sendiri untuk memilih kenderaan yang sesuai, paddle mana yang hendak ditekan serta jalan mana yang perlu diikuti (pilihan dana). Akaun 1 EPF hanya boleh dikeluarkan untuk persaraan (55 tahun) atau untuk pelaburan unit amanah setiap 3 bulan (jika layak). Jika tidak layak, EPF memberi kelonggaran memindahkan sejumlah wang dari akaun 2 ke akaun 1. Pengeluaran untuk perubatan, pendidikan, pembelian rumah dll hanya dari akaun 2. Yang bestnya, kenderaan (pelaburan unit amanah) boleh dipandu oleh golongan OKU (buta) dengan yakin seperti 2 orang client saya (kenderaan biasa orang buta tak boleh pandu) disebabkan disebelah tempat memandu terdapat seorang lagi pemandu yang memiliki lesen 'E' (Expert) iaitu pengurus dana.

Permodalan Nasional Berhad


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Permodalan Nasional Berhad (PNB)


Berhad / Perbadanan

Jenis

Industri

Pengurusan dana

Ditubuhkan

17 Mac 1978

Ibu pejabat

Menara PNB Jalan Tun Razak Kuala Lumpur

Produk

Pengurusan dana

Pekerja

1,200

Laman web

Laman rasmi PNB

Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan syarikat pengurusan modal terbesar di Malaysia. Ibu pejabat syarikat ini terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berdekatan dengan bangunan Tabung Haji. PNB merupakan syarikat induk bagi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menjalankan sebilangan skim dana amanah, dan subsidiarinya dipunyai keseluruhannya olehYayasan Pelaburan Bumiputra. Syarikat ini mempunyai pejabat luar negara di Singapura dan London dan merancangkan untuk membuka cawangan luarnya yang ketiga di Tokyo[1].

Visi dan misi


1. "Kami akan menjadi organisasi pelaburan bertaraf dunia, yang tersendiri dan berjaya dalam semua yang kita lakukan." 2. "Kami adalah sebuah organisasi pelaburan unggul yang komited untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera secara khususnya dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara untuk faedah kepada rakyat Malaysia."

Senarai pengerusi PNB


1. Tun Ismail Mohd Ali (1978 - 1996)

2. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (1996 - kini)

Senarai Ketua Pegawai Eksekutif PNB


1. Tan Sri Desa Pachi (1978-1979) 2. Tan Sri Dato 'Seri Abdul Khalid Ibrahim (1979-1994) 3. Dato 'Mohd Helmi Taib (1994-1997) 4. Tan Sri Dato 'Sri Hamad Kama Piah Che Othman (1997-kini)

Jenis skim pelaburan PNB[


Amanah Saham Nasional (ASN)[
Amanah Saham Nasional (ASN) adalah skim unit amanah pertama. Ia telah dilancarkan pada 20 April 1981 oleh Perdana Menteri ketiga Malaysia, Tun Hussein Onn. ASN[ Dilancarkan pada tahun 1981 ASN 2[ Dilancarkan 1999 ASN 3 Imbang[ Dilancarkan pada tahun 2001

Amanah Saham Bumiputera (ASB)[


Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah skim unit amanah kedua. Ia telah dilancarkan pada 2 Januari 1990. Unit amanah di Malaysia adalah seperti dana bersama di Amerika Syarikat. ASB hanya dibuka kepada Bumiputera, yang secara kasarnya bermaksud orang-orang asal Malaysia dan oleh itu tidak termasuk warganegara berketurunan Cina dan India. ASB mempunyai had input sebanyak RM 200,000, yang bermaksud bahawa seseorang itu hanya boleh melabur wang baru sehingga tahap tersebut. Terdapat, bagaimanapun, tiada had atas nilai akaun, jadi keuntungan modal yang disimpan di dalam akaun dibenarkan untuk menyebabkan ia melebihi RM 200,000. Keuntungan modal dalam akaun ASB tidak tertakluk kepada cukai. Dividen dibayar setiap tahun dan meletakkan kembali ke dalam akaun supaya pengkompaunan itu dicapai.

Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020)[


Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) adalah skim unit amanah ketiga. Ia telah dilancarkan pada 28 Ogos 1996.

Amanah Saham Didik (ASD)[


Amanah Saham Didik (ASD) adalah skim unit amanah keempat telah dilancarkan pada 20 April 2001.

Amanah Saham Malaysia (ASM)[

Amanah Saham Malaysia (ASM) telah dilancarkan pada 20 April 2000 dengan saiz dana sebanyak dua bilion unit yang telah dilanggan sepenuhnya dalam masa 21 hari. Pada 18 Julai, 2007, PNB menawarkan 500 juta unit baru.

Amanah Saham Gemilang (ASG)[


Amanah Saham Gemilang (ASG) telah dilancarkan pada tahun 2003 Amanah Saham Pendidikan | Amanah Saham Kesihatan[ Amanah Saham Persaraan[

Amanah Saham 1Malaysia (AS1M)[


Amanah Saham 1Malaysia telah dilancarkan pada 31 Julai 2009 oleh 6 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan saiz dana sebanyak 10 Bilion. AS1M adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan kuota 50% untuk Bumiputera, 30% Cina, India 15% dan 5% lain-lain. AS1M tidak mempunyai had atas nilai akaun, jadi keuntungan modal yang disimpan di dalam akaun dibenarkan. Keuntungan modal dalam akaun AS1M tidak tertakluk kepada cukai sehingga 2019. Dividen dibayar setiap tahun dan meletakkan kembali ke dalam akaun supaya pengkompaunan itu dicapai.

Syarikat di bawah PNB[


Prolintas Golden Hope (sehingga 25 November 2007) Pernec Corporation Berhad

Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM)[]


Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) atau Unit Amanah Minggu Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh PNB.

You might also like