You are on page 1of 8

3.

Bentuk - Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan - Terdapat 2 jenis bentuk iaitu: a- Bentuk konkrit bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar) b- Bentuk ilusi bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan. 4. Jalinan - Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda - Terdapat 2 jenis jalinan iaitu: a- Jalinan sentuh jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto b- Jalinan tampak jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto. 5. Ruang - Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek. -Terdapat 2 jenis ruang iaitu: a- Ruang nyata ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit b- Ruang tampak ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)

6. Warna - Terdapat 3 jenis warna iaitu: a- Warna asas iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain) b- Warna sekunder iaitu campuran dua warna asas (Hijau Biru + Kuning, Jingga Kuning + Merah dan Ungu Merah + Biru) c- Warna tertier iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder

- Terdapat 3 gubahan warna iaitu: a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang) b- Warna penggenap warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan) c- Warna sewarna hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap) - Terdapat 2 suhu warna iaitu: a- Warna panas warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb) b- Warna sejuk warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang) ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------A. LUKISAN 1. Pengenalan - Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan - Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya - Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan 2. Teknik-teknik lukisan - Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak, garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur - Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran 3. Proses melukis - Pilih objek yang hendak dilukis

- Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya - Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan - Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut - Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang

B. CATAN 1. Pengenalan - Catan merupakan hasil seni 2 dimensi yang menggunakan media basah - Catan memerlukan bahan pelarut seperti air untuk warna air dan minyak untuk cat minyak (cat kilat) 2. Sejarah catan - Sejarah awal catan bermula pada zaman Yunani Purba - Zaman Renaissance abad ke-14 hingga 16 merupakan zaman kemuncak, pelukis yang terkenal ialah Leonardo Da Vinci dengan lukisannya Mona Lisa - Zaman Baroque dan Rococo abad ke-17 hingga 18 - Zaman Romantik dan impression abad ke 19 mengutamakan gaya Impressionisme, Ekspressionisme dan Kiubisme - zaman Seni Moden abad ke-20 mengutamakan gaya Surealisme 3. Aliran seni lukis / gaya catan a- Realisme lukisan / catan dibuat tepat dan menyerupai bentuk sebenar b- Impresionisme mengutamakan kesan suasana atmosfera dan tumpuan kepada pencahayaan c- Ekspresionisme menekankan pernyataan emosi, bentuk objek tidak jelas digambarkan d- Ekspresionisme Abstrak catan yang spontan, imej yang abstrak dan tiada sifat realistic f- Kiubsisme mementingkan bentuk-bentuk geometri yang dipecah-pecah serta menimbulkan ilusi 3 dimensi g- Surealisme menggambarkan imej bawah sedar atau khayalan

h- Seni Pop menggunakan unsur-unsur tampak iklan atau bidang komersial i- Seni Op (optic) reka bentuk geometri, garisan dan warna tertentu untuk menghasilkan imej gerak pada penglihatan 4. Teknik Catan a- Teknik impasto menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna kepada berus atau pisau palet ke atas kanvas b- Teknik glazing mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut, licin dan berkilau c- Teknik titik (pointilisme) menghasilkan titik-titik menggunakan berus untuk membentuk objek d- Teknik Hard Edge mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat, menggunakan masking tape untuk memisahkan warna e- Teknik Scumbling (melembut) menggunakan lapisan nipis warna legap di atas warna latar untuk menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam f- Teknik kolaj menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan/catan untuk menghasilkan kesan tertentu g- Teknik asemblaj teknik mengabungkan bahan kutipan seperti kayu, logam, dan sebagainya untuk menghasilkan karya 3 dimensi dalam membuat kolaj timbulan atau arca

C. ARCA 1. Pengenalan - Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya - Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai 2. Jenis-jenis arca a- Arca Berfungsi arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan tertentu seperti patung berhala untuk disembah b- Arca Estetika arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai seninya 3. Bahan binaan arca

- Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan campuran bahan-bahan tersebut 4. Teknik membina arca a- Arca luakan memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil b- Arca binaan satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga terbentuk hasil yang dikehendaki c- Arca asemblaj menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu dsb untuk membentuk sesuatu yang menarik d- Arca acuan dibuat dengan menuang bahan seperti plaster of paris, lilin, simen, tanah liat dsb ke dalam acuan e- Arca timbulan bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat yang biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis f- Arca bergerak/mobail/kinetik arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia dibuat daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan g- Arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan dinding, meja atau digantung pada siling h- Arca gabungan gabungan beberapa jenis arca di atas

D. CETAKAN 1. Pengenalan - Cetakan boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di atas kertas, kain atau bahan lain - Keistimewaan cetakan ialah ia boleh menghasilkan beberapa keeping salinanyang asli 2. Jenis-jenis cetakan a- Cetakan timbul proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat pada permukaan tapak cetak yang terdiri daripada blok kayu, lino atau papan b- Cetakan benam dakwat dibubuh ke dalam turisan atau garisan, kertas perlu dilembapkan dahulu sebelum mencetak

c- Cetakan litografi menggunakan blok batu kapur, teknik ini berdasarkan penolakan minyak dengan air dan hasilnya seakan-akan lukisan pensel d- Cetakan gurisan asid menggunakan kepingan logam dan asid untuk membentuk jaluran parit e- Cetakan saring sutera/stensil menggunakan pemidang kain sutera dengan menggunakan kaedah potongan kertas pendua, skrin profilem dan skrin foto 3. Kaedah cetakan stensil a- Kaedah kertas pendua imej digunting di atas kertas pendua b- Kaedah profilem filem laker diguna untuk membentuk corak/motif, seterika diguna untuk melekatkan filem laker pada pemidang c- Kaedah skrin foto menggunakan filem asetat dan foto emulsi, dihasilkan melalui proses dedahan cahaya lampu (250W 500W) atau cahaya matahari ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PRINSIP REKAAN Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual 1. Harmoni - Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai - Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang - Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna - Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah 2. Kontra - Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan - Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan - Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

3. Penegasan - Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan - Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan - Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan 4. Imbangan - Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan - Terdapat 2 jenis imbangan iaitu: a- Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) b- Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan 5. Irama dan Pergerakan - Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb - Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan - Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb 6. Kepelbagaian - Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan 7. Kesatuan

- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan - Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

You might also like