You are on page 1of 13

BAB 2

PENGGUNAAN INTERNET DAN KELEBIHAN INTERNET

2.1 PENGGUNAAN INTERNET

Internet merupakan satu alat canggih yang telah mengatasi alat-alat komunikasi lain yang sedia ada pada zaman ini. Lantaran itu, orang ramai banyak mengggunakan internet sebagai alat komunikasi mahupun sebagai alat penyebaran maklumat dalam kehidupan seharian. Penggunaan internet dapat memantapkan proses pencarian ilmu dan informasi seperti pendidikan, pekerjaan dan sebagainye. Menurut Mahadi et.al, 2005.Berpandukan statistik IBM, sebanyak 146 negara seluruh dunia menggunakan internet dalam masa setipa 10 minit, terdapat satu pengguna baru ata rangkaian baru yang dihubungkan dengan internet(Ananda,1997). Kajian terbaru dalam Internet World Stats, terdapat 29.17 juta orang yang menggunaka internet pada bulan jun tahun 2012 berbanding hanya 370 ribu orang yang menggunakan internet pada tahun 2000. Penggunaan internet sangat meluas sama ada dalam bentuk komunikasi, pembelajaran , perniagaan dan sebagainye. Kini, terdapat pelbagai jenis aplikasi komunikasi yang telah divariasikan dalam internet seperti facebook, line, twitter, mail, whatsapp dan lain-lain yang juga dapat digunakan dalam alat komunikasi ,telefon mudah alih pada zaman ini. Pengguna internet dapat menggunakan internet untuk tujuan perhubungan dengan mudah dan cepat. Dalam sektor pendidikan pula, internet memainkan peranan yang penting dalam pencarian bahan-bahan ilmiah seperti journal, ensiklopedia, buku, dan seangkatan dengannya untuk tujuan kajian dan projek projek pelajar yang memerlukan banyak fakta dan maklumat. Malah ada juga website- website pendidikan yang bertujuan untuk pembelajaran secara online ,contohnye ialah e-learning. E-learning di UTM dapat menyampaikan segala informasi mengenai kursus mahasiswa pada semester tersebut

yang dapat menghubungkan pelajar dan pensyarah. Mahasiswa juga dapat menggunakan internet sebagai guru maya untuk mempelajari sesuatu dengan lebih mendalam. Internet juga telah mula digunakan dalam sistem pendidikan di negara ini dan keberkesanannya dapat dirasai.Menurut Ted Nellen(1998) ,dalam artikelnya yang bertajuk Internet in the classroom merumuskan bahawa Internet sebagai alatan belajar dapat menjadikan pelajar lebih berkemahiran mengendalikan peralatan komputer,(Mahadi Mahmood et.al,2005) Selain itu, perniagaan juga dapat dilaksanakan dalam internet secara online, seperti online shopping iaitu Zalora, Rakuten, dan sebagainye dapat menjadi sumber rezeki. Begitu juga dengan mahasiswa, mereka dapat menjana pendapatan sampingan sambil belajar dengan menjalankan online shopping dalam internet. Penggunaan internet dalam urusan pejabat yang memudahkan mahasiswa seprti online banking, pendaftaran subjek dan juga tempahan penggunaan liabiliti secara online.

2.2 Kelebihan Internet Kelebihan internet amatla meluaskan yang boleh digunakan untuk kebaikan malah kejahatan. Terdapat beberapa kelebihan internet yang dapat dirumuskan dari bandung citizan magazine. Menurut Mc Quail, terdapat beberapa keunggulan yanag dapat diperoleh dengan internet.

1) Internet Bersifat Interaktif Internet dapat digunakan untuk tujuan interaksi dalam bentuk penulisan, komunikasi dan sebagainye. Interaksi antara pengguna dan dokumen /sistem. Kemampuan media untuk menampung dan menghubungkan sejumlah besar dokumen digital yang tersebar seperti yang dimiliki World Wide Web melalui mekanisme hyperlink. Internet memberi pengguna pilihan untuk memilih sumber informasi yang hendak diakses pada waktu dan masa yang tidak terhad.Interaksi antara penguna dan pengguna, dimana livingstone menyatakannya sebagai human to human interactions.(Livingstone & Liewrow,2006,pg 209). Dimana interaksi boleh dilakukan melalui email,

facebook, blogging, twitter dan lain-lain sebagai medium perbincangan antara satu sama lain. 2) Maklumat dapat dikongsi dengan pantas.

Seseorang dapat dinilai melalui ketinggian ilmu yang dimiliki, jadi pengetahuan /informasi menjadi semakin penting dalam era ini seperti yang disebut Rogers sebagai era informasi ini. Semakin cepat kita menguasai informasi yang vital, semakin cepat dan leluasa kita membuat keputusan unggul dari pihak-pihak yang lain Semakin cepat kita menguasai informasi yang vital, semakin cepat dan leluasa kita membuat keputusan unggul dari pihak-pihak yang lain.(Adi Wibowo, 2009). Maklumat dapat disebarkan melalui internet dengan lebih pantas berbanding alat komunikasi yang lain seperti pos, radio dan alat-alat komunikasi tradisional yang lain dimana terbatas penyampaiannya dari segi masa.

3) Membenarkan penyebaran kandungan multimedia yang tidak terdapat dalam media lain.Internet tidak terbatas, Absence of boundaries Thomas L. Friedman menuliskan bahawa dunia kini telah menjadi datar. Batas-batas negara dan perbedaan waktu tidak lagi relevan untuk membatasi aktiviti dan pertukaran informasi diseluruh dunia. Seseorang di India dapat melakukan pekerjaan untuk bisnes di Amerika tanpa pernah harus meninggalkan India, yang lebih menakjubkan adalah banyak orang Amerika tidak menyedari bahawa orang-orang India lah yang melakukan berbagai pekerjaan untuk mereka dari negara asal.. Globalisasi bukan saja terjadi diantara negara dan perusahaan multinasional, namun telah memasuki interaksi langsung dengan individuindividu (Friedman, 2006).,( Adi Wibowo, 2009). Jaringan Internet membenarkan kita mengakses informasi, berbual, bahkan melakukan transaksi bisnes dengan pihak-pihak di negara lain yang sama sekali belum pernah kita kunjungi. Ini membuktikan bahawa dengan adanya kelebihan internet ini, mahasiswa dapat menggunakan internet dengan tidak terbatas dan bagus.

4) Penyebaran maklumat yang banyak dan murah Penyebaran maklumat dalam internet tidak perlukan penggunaan kos yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak memerlukan kertas untuk penyampaian maklumat. Internet itu sendiri bersifat global iaitu kita tidak memerlukan sebarang perantaraan dalam penyamapaian maklumat tersebut. Proses pembuatannya juga memerlukan tenaga kerja yang ramai , dan juga alat yang mahal. Oleh itu, penyampaian maklumat melaui internet adalah jauh lebih murah berbanding media massa yang lain.

BAB 3

KESAN POSITIF INTERNET KEPADA MAHASISWA.

Internet bukanla sesuatu yang asing bagi di kalangan Mahasiswa. Dunia tanpa sempadan ini penting untuk mahasiswa dalam menjalani pembelajaran di kampus. Antara kesan positif internet kepada mahasiwa adalah seperti berikut: 1) Kemudahan berkomunikasi

Menurut Learning Discovery Team (2006), terdapat pelbagai faedah menggunakan Internet. Internet boleh mewujudkan komuniti elektronik dan menggalakkan komunikasi merentas budaya dalam kalangan pelajar daripada pelosok dunia. Ini disokong oleh Deacon et al. (2004) yang menyatakan bahawa web dalam aplikasi Internet memperkembangkan pemikiran pelajar secara kritikal. Mahasiswa dapat berinteraksi dengan pensyarah dengan lebih mudah memandangkan pensyarah sangat sibuk dalam kajian-kajian yang tertentu yang menyulitkan perjumpaan mereka dengan pelajar. Yahoo Mail, Facebook, Elearning merupakan laman- laman yang sering digunakan dalam komunikasi antara pelajar dan pensyarah.

2) Meningkatkan kemahiran berkomputer

Komputer merupakan satu alat yang memudahkan sesuatu pekerjaan. Oleh itu,mahasiswa memerlukan kemahiran berkomputer untuk memudahkan kerja kursus mereka, Dengan menggunakan internet dapat meningkatkan kemahiran penulisan mahasiswa. Ini disokong Mr.K.V.Deore bahawa internet dapat meningkatkan kemahiran berkomputer disamping meningkatkan kemahiran penulisan serta critical thinking dalam menyelesaikan masalah. Menurut Tapnar dan gumus (2004), pengajar dan pelajar memandu ke arah matlamat yang sama: untuk menjadi celik komputer , untuk meningkatkan pengetahuan teknologi komunikasi, untuk menggunakan pengetahuan ini semasa kelas,dan untuk mengambil sepenuhnya kemahiran ini semasa menjalankan penyelidikan. Oleh itu, penggunaan internet telah mengubah konsep pelajar " tradisional" dan guru peranan ( Lisan, 2004). Peranan pelajar termasuk bukan hanya maklumat menyerap diberikan kepada mereka, tetapi juga mencari, menganalisis dan menyerahkan semula maklumat untuk digunakan orang lain.(mer F Tutkun , July 2011)

3) Pembelajaran efektif

Internet adalah satu alat yang sangat berkesan dalam membantu pelajar dan pensyarah dalam menjalankan kajian .Pencarian di perpustakaan dan membelek satu persatu catalog adalah satu cara yang tidak effisien dalam menjalankan kajian. Banyak universiti tempatan mempunyai kemudahan perpustakaan online yang memudahkan pencarian maklumat yang sama dengan menggunakan komputer. Selain itu, internet dapat memudahkan pembelajaran dalam setiap kursusyang diambil melalui e-learning. Mahasiswa dapat bertukar maklumat dan

mendapatkan nota dan sebagainya dengan pensyarah melalui internet. Ini mendapat sokongan daripada Mr. K.V.Deore, 2013 mengatakan bahawa Salah satu faedah melalui Internet dalam pendidikan di universiti adalah peranannya dalam e-Learning.. E-Learning menggunakan bahan-bahan kursus yang wujud sepenuhnya di dalam komputer atau di Internet. Sesetengah institut menawarkan kursus-kursus yang sepenuhnya e-pembelajaran , dimana semua teks,tugasan, kuiz dan ujian boleh diakses dalam internet dan tiada perjumpaan secara fizikal.

4) Mengurangkan Tekanan dan memudahkan Interaksi Sosial.

Laman- laman seperti facebook, twitter, frienster dapat memberi peluang kepada mahasiswa untuk memberi ruang bersama rakan-rakan mahupun hanya bertemu di alam maya. Selain itu, youtube , radio Tvonline dapat membolehkan pelajar mengaksesnya melalui internet. Semua aktiviti ini dapat dijalankan hanya dengan menggunakan internet dimana mahasiswa dapat menenangkan fikiran daripada esaimen , projek yang banyak, memberi ruang untuk mahasiswa bernafas untuk seketika.

5) Memudahkan kerja yang memerlukan masa yang lama. Dengan adanya kemudahan internet, kerja dapat diselesaikan dengan mudah diantaranya adalah penyampaian maklumat menggunkan internet lebih pantas berbanding pos. Selain itu, software- software yang memudahkan kerja pembelajaran mahasiswa juga boleh didapati daripada internet seperti MatLab, AutoCaD, MathCaD. Tidak kurang juga perisian online yang dapat dilayari mahasiswa seperti prezi , gliffy dan sebagainya.

BAB 4

KESAN NEGATIF INTERNET KEPADA MAHASISWA.

Bab sebelum ini telah menerangkan tentang kesan positig terhadap penggunaan internet dalam kehidupan mahasiswa. Internet dapat menyumbangkan banyak manfaat kepada para pelajar. Walaupun demikian, internet disalahgunakan untuk tujuan /kepentingan diri sendiri. Banyak maklumat palsu, khabar angin, gambar porno,lucah sebagainya disebarkan.Perkara yang tidak sepatutnya dilihat oleh pelajar, apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam. Perkara-perkara seperti ini akan membawa kesan negatif terhadap diri individu yang terlibat. Impaknya dapat dilihat dalam pelbagai aspek yang akan diperbincangkan dengan lebih mendalam lagi. Kesan yang amat besar yang dapat dilihat dan dikenalpasti adalah IAD, Internet Addicton Disorder, iaitu ketagihan terhadap internet yang melampau. Merujuk kepada Kamus Merriam-Webster Dictionary, Addiction is a compulsive need for and use of a habit-forming substance, characterized by tolerance and by well-defined physiological symptoms upon withdrawal. IAD adalah satu gangguan dalam kehidupan harian yang berpunca daripada penggunaan internet yang berlebihan. 4.1 Antara Punca Internet Addiction Disorder adalah seperti berikut: 1) Melayari rangkaian sosial secara berlebihan Laman laman sosial tumbuh bagai cendawan di era moden ini.Terdapat pelbagai variasi laman web sosial yang dapat dilayari, laman sosial yang paling terkenal adalah FACEBOOK, TWITTER, TAGGED, TUMBLR, FRIENSTER dan banyak lagi yang dapat dilayari dengan mudaah melalui telefon mudah alih, tablet, komputer riba dan sebagainya. Statistik daripada Intenet world Statistik menunjukkan malaysia berada di tangga ketiga di mana 31.2 peratus populasi rakyat malaysia melayari facebook. Tempoh waktu dihabiskan pengguna malaysia melayari laman sosial adalah 20 jam

seminggu iaiti 33 peratus daripada jumlah masa keseluruhan ,(Arkib Utusan, Oktober 2013). 2) Plagarism Akar tunjang dalam mendapatkan ilmu adalah dalam medapatkan sumber maklumatkan melalui pelbagai sumber. Dengan adanya internet, plagarisme tidak dapat dielakkan dalam dunia akademik. Di sini plagiarisme berlaku dalam pelbagai tetapan, termasuk penyalinan secara bulat-bulat atau kerjasama antara pelajar yang bekerja bersama-sama (Wojtas, 1999). Plagarisme akan meyebabkan pelajar tidak dapat menghayati dan memahami apa yang dipelajari.

3) Ketagihan pada online game.

Mahasiswa ataupun pelajar cenderung untuk melayari internet selepas seharian menelaah buku di fakulti untuk menenangkan fikiran. Terdapat banyak permainan online yang diakses dalam internet. Asalnya hanya untuk menenagkan fikiran, tetapi lalai sehingga masa yang harus diperuntukkan untuk belajar dihabiskan pada permainan online ini. Ada kajian yang menyatakan pelajar yang berumur Chris Staniforth mati akibat pembekuan darah kerana bermain game online tanpa henti selama 12 jam pada tahun 2011. Manakala di taiwan, Chuang berumur 18 tahun meninggal dunia di siber kafe Taiwan kerana bermain game online tanpa henti selama lbih dari 40 jam pada tahun 2012. Mengambil contoh kes terbaharu melibatkan seorang pemuda di Pulau Pinang yang meninggal dunia dipercayai ketagih bermain permainan di dalam talian (Internet). Dia dikatakan menghadap depan Internet secara berterusan selama 15 jam setiap hari Utusan, November 2013. Ketagihan game online juga adalah salah satu kesan yang amat buruk jika tidak ditangani dengan segera.

4) Pornography, menonton video lucah Di internet, terdapat pelbagai website dan gambar-gambar yang menunjukkan gambar-gambar lucah yang memberi kesan buruk pada pelajar. Terdapat berjuta website seperti ini di internet dan kajian menyatakan lebih 28258 orang menghabiskan masa melayari laman web porno dalam masa setiap saat di seluruh dunia manakala terdapat 40 million orang merupakan pelanggan tetap dalam melayari website seperti ini. Tanggal 2 ogos 2003, Edisi siasat yang disiarkan di NTV& telah memarkan tentang salah laku pelajar yang bertajuk seks Di Tangga Oleh Pelajar IPTA. Ini membuktikan bahawa pelajar yang bergelar remaja ti dak segan silu melakukan sesuatu yang dilarang agama.Menurut Dewan Agama dan Falsafah(2002:22), satu kajian yang dijalankan oleh universiti Kebansaan MalaysiaTingkah laku lepak di kalangan remaja, terdapat 38.1 peratus remaja menonton video lucah, 36,2 peratus melihat atau membaca majalah lucah, dan 26.6 peratus lagi pernah melakukan hubungan seks sebelum bernikah. Ini membuktikan internet juga boleh menjadi satu lat yang boleh merosakkan minda.

5) Pembelian online yang berlebihan Pembelian online yang berlebihan juga salah satu sebab penggunaan internet yang berlebihan. Memandangkan kini, bayak website yang menjul barangan online seperti zalora. Mahasiswa terutamanya di kalangan mahasiswi kan menghabiskan masa dalam melanggani online shopping ini. Manakala ada pula pelajar yang menguruskan online shopping ini, maka waktu akan banyak dihabiskan dalam internet untuk memberi peneranagan dan sebagainye kepada pembeli.

6) Cyberloafing

Cyberloafing ini bermaksud menggunakan internet untuk tujuan selain peribadi di waktu bekerja. Purata pekerja di Amerika menghabiskan masa sebanyak 24% daripada masa bekerja dengan aktiviti ini. Mahasiswa

juga cenderung melakukan aktiviti ini dalam kelas, mereka melayari internet tanpa menumpukan perhatian pada matapelajaran yang diajar pensyarah.

4.2 Kesan IAD pada individu

Seperti yang sedia maklum, internet yang melampau memberi kesan yang buruk pada seseorang individu, menurut Ivan Goldberh.M.D. menyatakan adalah penyakit mental yang sinonim dengan pathological Gambling. Antara kesan-kesannya adalah seperti berikut.

1) Gangguan emosi apabila komputer tidak dapat diakses. Gangguan emosi berlaku apabila tidak dapat melayari internet seperti murung, dan marah. Individu tersebut akan merungut, marah dan tidak puas hati apabila tidak dapat melayari internet kerana internet telah menjadi salah satu benda asas dalam kehidupan seharian mereka. 2) Keletihan

Penggunaan internet yang berlebihan menyebabkan keletihan, kelesuan badan, keletihan mata dan juga pening kepala. Penggunaan internet yang melampau sehingga waktu tidur terabai menyebabkan badan sentiasa letih dan tidak bermaya sejurusnya akan menyebabkan masalah kesihatan seperti kerabunan mata, migrain dan lain-lain.

3) Kerugian masa

Pelajar akan menghadapi masalah dalam pengurusan masa. Masa dihabiskan dengan melayari internet yang akan menyebabkan tidak sempat untuk menelaah pelajaran dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Justeru itu, pelajar tidak dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.Menurut Donald (1997), tabiat suka bermain komputer mengajar pelbagai aspek negatif yang memudaratkan seperti mengganggap sebagai

perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan. Di britian, kanak-kanak menghabiskan masa selama 7 jam dalam menggunakan komputer dan internet.Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan yang mendidik anak-anak menjadi insan yang cuai dan lalai. (selihin ,2012). Ini membuktikan bahawa intenet menjadikan sesorang individu tersebut lalai jika tidak diurus dengan baik.

4) Isolasi sosial

Melayari internet secara berlebihan akan menyebabkan individu suka bersendirian sepanjang masa kerana penggunaan laman web sosial mengurangkan interaksi secara bersemuka.Golongan muda tidak lagi suka berbicara secara berdepan dan menyebabkan mereka tidak sensitif dengan perassan, tidak reaksi rakan dan orang lain (Donald,1994). Individu tersebut tidak dapat bersosial seperti biasa dengan orang lain, mengalami kesukaran dalam menjalani aktiviti dan kerjasama berkumpulan.

5) Kehendak memiliki gadget yang baru

Ketagihan terhadap internet menyebabkan sesornag individu tersebut cenderung untuk membeli dan memilki peralatan yang canggih untuk memudahkan mereka melayari internet seperti telefon bimbit S2 ,S4 dan sebagainya.

BAB 5

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENGARUH INTERNET DALAM KALANGAN MAHASISWA.

Internet merupakan satu alat yang sangat bermanfaat tidak kurang juga keburukan yang diperoleh denga melayari internet. Oleh itu, haruslah pandai menangani isu ini dengan bijak. Langkah- langkah penyelesaian untuk penggunaan internet berlebihan adalah seperti berikut.

1) Mengelakkan plagarisme akademik Pelajar harus memberi kredit atau penghargaan terhadap idea yang diambil daripada internet, cadangan atau teori yang diambil. Selainitu, pelajar juga harus membuat petikan terhadap setiap penulisan darpada penulis asal.(Ahmad shamsul,2004). Para pelajar harus memberikan senarai rujukan yang telah digunakan dalam setiap tugasan tersebut.

2) Mendalami ilmu agama supaya tidak terpengaruh dalam melayari laman internet yang tidak bermoral.

Kesedaran individu amat penting dalam kecenderungan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Individu tersebut haruslah mendalami ilmu agama supaya tidak terus melakukan kesalahan yang sama. Setiap individu haruslah pastikan solat dijaga disamping mengamaalkan penbacaan ALQuran supaya kekosongan pada ruang rohani terisi.

3) Hobi

Hobi merupakan satu cara untuk membantu mengurangkan masa dengan komputer dan internet. Hobi seperti bermain bola, membaca buku, memasak dan sebagainya dapat membantu majhasiswa daripada terus terkurung dan

bersendiri. Dengan ini, hubungan sosial juga akan bertambah baik antara rakan-rakan dan orang sekeliling.

4) Pengurusan masa dan pembelajaran efektif

Pelajar haruslah bijak menguruskan masa dengan baik dan seimbang untuk semua aktiviti. Membuat jadual perancangan untuk aktiviti harian adalah digalakkan. Selain itu, haruslah tegas dalam mengatakan tidak pada aktiviti yang akan menyebabkan pembaziran masa seperti facebook, youtube , bermain game dan sebagainya.

5) Mendapatkan nasihat Kaunselor Pelajar boleh mendapatkan nasihat kaunselor untuk keberkesanan dalam mengatasi masalah ini dengan lebih efektif. Menurut Ali Yacob (1995) , kaunselling islam merujuk kepada suatu proses pertolongan yang diberi untuk menolong meredakan sebarang permasalahan yang berkaitan psikologi yang wujud oleh tekanan perasaan seperti takut, sedih, dan marah diamping mengenal pasti dan memperkembangkan potensi diri kearah mengubah sikap dan tingkah laku yang lebih sesuai, dan mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat dengan banyak bersyukur ketika senang dan bersabar ketika susah. (Roslee ahmad et al.2012)

You might also like