You are on page 1of 1

BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH 5.

6 PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Tahun 628 M / 6 Hijrah Tempat - Hudaibiyah
Pihak terlibat Orang Islam Madinah - Kaum musyrikin Quraisy Makkah Peristiwa

- Pada tahun 628 M, Orang Islam mengambil keputusan untuk menziarahi Makkah - Kota Makkah amat penting kepada orang Islam kerana: a) Terletaknya Kaabah yang menjadi pusat ibadat Islam b) Merupakan tempat asal orang Muhajirin. c) Merupakan tempat turunnya wahyu pertama. d) Nabi Muhammad S.A.W ingin mengerjakan umrah di sana. - Rombongan seramai 1400 orang yang diketuai oleh Nabi Muhammad S.A.W telah bertolak menuju ke Makkah pada tahun 6 H/ 628 M untuk menunaikan umrah. - Pemergian mereka tanpa membawa sebarang senjata kecuali pedang untuk mempertahankan diri jika diserang. - Mereka semua berpakaian ihram. - Apabila tiba di Hudaibiyah, mereka telah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah. - Orang Arab Quraisy Makkah bertindak sedemikian kerana: a) Berasa tercabar dengan kedatangan orang Islam Madinah. b) Mereka bimbang dengan kekuatan orang Islam Madinah. - Di hudaibiyah, orang Islam menghantar Uthman bin Affan unutuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka kepada orang Arab Quraisy Makkah. - Akan tetapi, orang Arab Quraisy Makkah tidak menghiraukan hasrat orang Islam itu. - Uthman bin Affan telah ditangkap dan tersebar berita bahawa Uthman bin Affan telah dibunuh. - Orang Islam telah bersiap sedia menghadapi orang musyrikin Makkah. - Apabila orang Quraisy mendapat tahu bahawa angkatan Islam bersumpah setia (Baiah al-Ridwan) untuk membela kematian Uthman bin Affan, mereka menhantar Suhail bin Amru untuk berunding. - Setelah berunding, Nabi Muhammad S.A.W. bersedia mengadakan perjanjian dengan orang Quraisy Makkah. - Dengan itu, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad S.A.W. (mewakili pihak Islam) dengan Suhail bin Amru (mewakili pihak Quraisy)

Syarat- syarat Perjanjian Hudaibiyah

- Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun. - Kabilah Arab yang lain bebas memilih sama ada hendak memihak kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah. - Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula. - Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan. - Umat Islam dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun berikutnya, iaitu pada tahun 7 Hijrah.

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah


- Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya. - Orang Islam dapat beribadat di Kaabah pada bila-bila masa. - Nabi Muhammad berupaya merangka program dakwah Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman dalam tempoh perjanjian. - Walaupun isi perjanjian seperti menguntungkan orang Quraisy namun,

- Walaupun isi perjanjian seperti menguntungkan orang Quraisy namun, Nabi Muhammad yakin orang Islam memperoleh keuntungan jangka masa panjang. - Islam berkembang dengan pesat. - Perjanjian membuktikan ketabahan Nabi Muhammad sebagai pemimpin unggul dan dihargai - Pengiktirafan terhadap kerajaan Islam di Madinah. - Perjanjian bertahan 2 tahun sahaja. - Orang Arab Quraisy sengaja melanggar syarat pertama perjanjian tersebut. Mereka memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah. - Nabi Muhammad bertindak tegas dengan menghantar pasukan tentera ke Makkah. - Kesimpulannya, Perjanjian Hudaibiyah Merupakan perintis ke arah Pembukaan semula kota Makkah.

You might also like