You are on page 1of 6

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3

PENDIDIKANKESIHATANTAHUN3

MATLAMAT KURIKULUM
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

OBJEKTIF KURIKULUM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan membolehkan murid: 1 Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran. 2 Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit. 3 Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3


Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Menjaga kebersihan anggota seksual dan kehormatan diri; Mengetahui batas sentuhan dan cara berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat; Memilih makanan yang berkhasiat mengikut waktu makan dan pemakanan yang betul untuk mengelak obesiti; Mengetahui cara berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan rokok; Mengetahui keistimewaan diri sendiri dan cara meningkatkan penghargaan kendiri menerusi amalan positif; Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan; Mengetahui cara menangani konflik antara adik beradik dan rakan sebaya serta menghargai persahabatan; Mencegah penyakit bawaan nyamuk daripada merebak; Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam; Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan.

PENDIDIKANKESIHATANTAHUN3

BAND
1 2 3

PERNYATAAN STANDARD
Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran

Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran

Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri Boleh memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat

PENDIDIKANKESIHATANTAHUN3

TAJUK / MODUL

BAND DESKRIPTOR

1.0 KESIHATAN FIZIKAL 1.1 Kesihatan Diri dan Reproduktif 1.2 Pemakanan 1.3 Penyalahgunaan Bahan

Menyatakan anggota seksual, zat makanan dan bahan tembakau dengan betul.

Menerangkan dengan jelas: kepentingan menjaga kebersihan anggota seksual kesan pengambilan makanan dalam kuantiti berlebihan atau berkurangan kesan obesiti terhadap kesihatan diri

Mengaplikasi pengetahuan tentang zat makanan untuk memilih makanan yang sesuai mengikut waktu makan harian dan antara waktu makan harian.

Mengaitkan pengurangan pengambilan gula,garam dan lemak dengan pemakanan yang sihat dengan contoh yang sesuai

Menghubungkait cara menjaga kebersihan anggota seksual secara lengkap dan terperinci dalam kehidupan harian.

Menyebar luas maklumat kesan merokok terhadap kesihatan dan persekitaran dengan menyatakan kandungan bahan berbahaya dalam rokok berkata TIDAK dengan tegas kepada pembelian dan pengambilan rokok dengan penghasilan produk yang bersesuaian.

PENDIDIKANKESIHATANTAHUN3

TAJUK / MODUL

BAND DESKRIPTOR

2.0 KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL 2.1 Pengurusan Mental dan Emosi 2.2 Kekeluargaan 2.3 Perhubungan

Menyatakan keistimewaan diri sendiri dengan betul

Menerangkan maksud penghargaan kendiri dengan jelas

Mengaitkan peranan keluarga dalam memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan dengan cara yang sesuai
4

Menghuraikan konflik yang berlaku antara adik beradik dan rakan sebaya serta memilih cara yang sesuai menangani konflik Menghubungkaitkan kepentingan dengan cara yang sesuai untuk : mengeratkan hubungan kekeluargaan menghargai persahabatan

Merancang aktiviti sihat bersama rakan yang dapat meningkatkan penghargaan kendiri melalui amalan positif

PENDIDIKANKESIHATANTAHUN3

TAJUK / MODUL

BAND

DESKRIPTOR
Menyatakan penyakit bawaan nyamuk dengan betul

3.0 KESIHATAN PERSEKITARAN

3.1 Penyakit 3.2 Keselamatan 3.3 Pertolongan Cemas

Mengenal pasti gejala dan tanda demam denggi serta demam malaria dengan betul

Mengaitkan tindakan segera yang perlu diambil jika berlaku situasi kecemasan dan mengikut jenis-jenis kecederaan mengikut kesesuaian

Memilih tindakan segera yang perlu diambil jika berlaku ancaman terhadap keselamatan diri mengikut situasi dan membuat urutan cara-cara menjaga keselamatan diri secara sistematik

Menghubungkait cara demam denggi dan demam malaria merebak dengan cara pencegahannya berserta contoh yang sesuai dan relevan

Merancang langkah-langkah keselamatan diri yang lengkap dan terperinci di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam

PENDIDIKANKESIHATANTAHUN3

You might also like