You are on page 1of 3

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO: RE : AHMAD

BIN ALI (NO K/P: 730207-10-9341) MALAYAN BANKING BERHAD

EX-PARTE :

NOTIS KEBANKRAPAN

KEPADA

AHMAD BIN ALI (NO K/P: 730207-10-9341) AV8, Taman Angsana Jaya, Bandar Permata Indah, Gombak, 53100, Kuala Lumpur.

Adalah diberi notis bahawa dalam masa (tujuh) hari selepas notis ini disampaikan kepada kamu yang tidak termasuk hari penyampaian itu, kamu mestilah membayar kepada MALAYAN BANKING BERHAD, yang beralamat di No. 104, Jalan Rahim Kajai, Taman Tun Dr. Ismail, 6000 Kuala Lumpur, wang sebanyak RM 98,032.08 (Sembilan Puluh Lapan Ribu Tiga Puluh Dua Ringgit Malaysia dan Lapan Sen Sahaja) yang dituntut olehnya sebagai wang yang kena dibayar atas hukuman muktamad yang didapati olehnya terhadap kamu dalam Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur (Saman No: S1-52-2460-2010) bertarikh 9 Jun 20122 yang pelaksanaan atasnya telah tidak digantung, atau kamu mestilah membuat cagaran atau penyelesaian mengenai wang tersebut hingga memuaskan hati MALAYAN BANKING BERHAD atau memuaskan hati Mahkamah; atau kamu mestilah memuaskan hati Mahkamah bahawa kamu ada sesuatu tuntutan-balas, tolakan, atau tuntutan silang terhadap MALAYAN BANKING BERHAD yang sama banyaknya dengan atau yang melebihi wang yang dituntut oleh MALAYAN BANKING BERHAD, dan yang kamu tidak dapat mengemukakan dalam tindakan dalam mana hukuman itu telah didapati.

PERKARA Jumlah penghakiman muktamad pada 9 Jun 2011 Tambah: Faedah berdasarkan kontrak bernilai RM 98,032.08 yang dipersetujui dengan kadar 8% setiap tahun, bermula dari 9 Jun 2011 hingga . . . . . . . . Tambah: Kos penghakiman RM 1661.00 RM 98,032.08

Jumlah sehingga . . . . . . .

Bertarikh pada . . . haribulan . . . 20 . . .

........................... Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur

CATATAN PADA NOTIS

Kamu hendaklah mengambil ingat khasnya-

Bahawa akibat tidak mematuhi permintaan-permintaan notis ini ialah bahawa kamu telah melakukan suatu perbuatan kebankrapan dan langkah pembicaraan kebankrapan boleh diambil mengenainya terhadap kamu.

Bagaimanapun jika kamu ada sesuatu tuntutan-balas, tolakan, atau tuntutan silang yang sama banyaknya dengan atau yang melebihi jumlah yang dituntut oleh MALAYAN BANKING BERHAD berkenaan dengan hukuman itu, dan yang kamu tidak dapat mengemukakan dalam tindakan dalam mana hukuman tersebut telah didapati, kamu mestilah dalam masa 7 (Tujuh) hari meminta kepada Mahkamah supaya membatalkan notis ini dengan memfailkan dengan Pendaftar satu affidavit bagi maksud di atas itu.

NOTIS ini telah dipohon oleh Peguam Plaintiff iaitu TETUAN NURDIN NAZARUDDIN & CO, dengan alamat penyampaiannya; Suite 43-2, Wisma Lock, Damansara Utama, 47400, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Tel: 04-2831400, No Fax: 04-2831500, email: nurdinazaruddin&co@gmail.com

You might also like