You are on page 1of 5

PENGENALAN PERIKANAN Sejak dahulu lagi, kepentingan sektor perikanan dan sumbangannya terhadap aspek ekonomi memang tidak

boleh di pertikaikan. Kekayaan sumber akuatik adalah pemberian alam yang tidak terhingga. Industri perikanan moden merupakan bidang yang berpotensi besar bagi membantu meningkatkan taraf hidup golongan penternak dan nelayan di samping mengurangkan kebergantungan import dari negara luar. Justeru itu, usaha ke arah memajukan sektor perikanan tidak harus bernoktah selagi tidak mampu mencetuskan transformasi sektor ini sebagai satu entiti komersial yang maju, moden danberdaya saing. Di Malaysia, sektor pengeluaran makanan berasaskan perikanankini diberi suntikan nafas baru supaya ia dapat dibangunkan secara terancang disamping menyediakan peluang kepada golongan asar yang terdiri daripada pengusaha berskala komersial atau agro-entrepreneurs mahupun nelayan tradisional. Peluang ini di terjemahkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang menggariskan dasar dan hala tuju strategik baru yang di dokong oleh program dan projek khusus bagi memartabatkan sektor perikanan khususnya dan pertanian umumnya sebagai jentera ketiga penjana pertumbuhan ekonomi negara. Perancangan jangka panjang ini adalah selaras dengan Pelan Pengeluaran Ikan Negara yang merupakan pendekatan masa depan secara tersusun dan bersepadu dari segi pengeluaran, kualiti dan keselamatan makanan, latihan, pemasaran, pemindahan dan penggunaan teknologi, pembangunan usahawan kecil dan sederhana serta penglibatan sektor swasta. Sub-sektor perikanan yang terdiri daripada perikanan tangkapan (laut pantai, laut dalam dan tuna), akuakultur (air tawar dan air payau) dan pemprosesan perikanan, dilihat mampu menghasilkan sumbangan yang besar dalam pembangunan sektor perikanan di negara ini. Walau bagaimanapun, kita terpaksa berdepan dengan satu kenyataan bahawa sumber akuatik, walaupun boleh diperbaharui, bukanlah tidak terbatas dan perlu diurus dengan sewajarnya, jika sumbangannya kepada pemakanan, ekonomi dan kesejahteraan sosial rakyat berkekalan. Justeru itu, perancangan ke arah pengurusan, pemuliharaan dan pembangunan sumber akuatik yang berkesan perlu dilakukan dengan berpaksikan.

Kod Amalan Untuk Perikanan Yang Bertanggungjawab (Code Of Conduct For Responsible Fisheries, CCRF) seperti yang disarankan oleh Food and Agriculture Organization of the United Nations(FAO). Kod Amalan ini mula diperkenalkan dan diterima secara sebulat suara pada tahun 1995 apabila perikanan dunia tidak mampu lagi menampung pembangunan dan eksploitasi sumber yang berlaku dengan pantas dan tidak terkawal. CCRF menyediakan prinsip dan piawaian antarabangsa bagi amalan bertanggungjawab yang menyentuh aspekaspek biologi, teknologi, ekonomi, sosial, persekitaran dan komersial. Ia boleh digunapakai kepada semua subsektor perikanan termasuk pemprosesan serta perdagangan ikan dan produk perikanan, operasi penangkapan ikan, akuakultur, penyelidikan perikanan dan integrasi perikanan ke dalam pengurusan kawasan pesisir pantai. Berikutan dengan pembangunan pesat Negara, pengurusan sumber asli turut menjadi semakin kompleks dan rumit. Pertambahan penggunaan sumber asli perlu diimbangi dengan keperluan pada masa akan datang.

Seperti sumber-sumber asli yang lain, sumber perikanan juga turut akan mengalami kepupusan sekiranya dieksplotasi melebihi kadar kemampuan sumber tersebut untuk memulih sendiri secara semulajadi. Selain itu, keadaan ini akan turut membahayakan alam sekitar marin dan ekosistemnya. Ini kerana kerosakan yang dialaminya tidak akan dapat dipulihkan akibat impak negatif aktivitipembangunan di daratan mahupun di pesisiran pantai. Oleh yang demikian, sistem pengurusan efektif perlu mengambil perhatian akan faktor-faktor tersebut yang sekaligus akan meliputi kesemua faktor yang boleh memberi kesan terhadap sumber perikanan laut. Di bawah Dasar Pertanian Negara, ikan merupakan sumber protein penting dan keperluan ikan negara akan dipenuhi melalui penggunaan kaedah penangkapan moden dan pembangunan sepenuhnya sumber-sumber perikanan. Dalam usaha memajukan sektor perikanan, kerajaan tidak terlepas daripada menghadapi cabaran untuk mengekalkan sumber perikanan laut dalam. Berdasarkan kepada keperluan dan isu pembangunan dalam sektor ini, pengurusan sumber perikanan perlulah berkesan bagi memastikan kemampanan sumber perikanan negara terus terjamin.

Ini secara amnya memberikan manfaat yang ketara kepada Negara dan khususnya masyarakat yang terlibat dalam pekerjaan sebagai nelayan. Seperti sedia maklum sumber perikanan berlainan daripada sumber-sumber asli yang lain dan ianya bukanlah hak milik individu. Tanggungjawab menguruskan sumber perikanan terletak diatas bahu kerajaan yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan, sama ada di Sabah atau Semenanjung Malaysia. Memandangkan sumber perikanan, sama ada di Sabah mahupun Semenanjung perkara ini amatlah rumit untuk diurus, maka ia memerlukan satu pendekatan yang menyeluruh disamping perancangan yang teliti untuk mengekalkan stok ikan yang ada tanpa mengalami kepupusan seperti yang berlaku di beberapa Negara lain didunia. Perkara ini jelas seperti yang termaktub dalam Seksyen 6 Akta Perikanan 1985. Dalam usaha untuk menguruskan sumber perikanan secara berkesan.

Dalam usaha mengurus sumber perikanan secara lebih berkesan pihak kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan dengan mnegambil kira keadaan sosioekonomi masyarakat nelayan setempat. Ini termasuklah menetapkan bilangan lesen bagi sesuatu jenis peralatan menagkap ikan bagi sesuatu kawasan pembekuan lesen baru dan mempertingkatkan penguatkuasaan. Setakat ini usaha-usaha yang dijalankan telah didapati memberi kesan positif dan memberangsangkan dalam sektor perikanan denganpenambahbaikan dalam perlagai keperluan yang diperlukan oleh nelayan. Bagi memperluaskan lagi pengururan perikanan negara, Jabatan Perikanan Malaysia teleh memperkenalkan program MCS (Monitoring ,Control and Surveillance) dengan bantuan Kerajaan Canada melalui Canadian International Development Agency ( CIDA). Dengan terlaksananya program ini akan membolehkan Jabatan perikanan mengawal sumber perikanan negara dengan lebih berkesan. Program MCS telah diakui sebagai satu pendekatan yang terabai dalam pengurusan sumber perikanan yang melibatkan aktivit perikanan dalam sesebuah negara. bagi membolehkan penaksiran sumber perikanan dibuat maka beberapa penyelidikan telah dilakukan dari semasa kesemasa.

Ianya boleh dilaksanakan dengan mempertingkatkan kemampuan penyelidikan itu sendiri. Sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan negara, penyelidikan merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat sepenuhnya. Menurut peruntukan Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai undang-undang Laut (UNCLOS), sekiranya negara dapat mengeksploitasi sumber perikanan di perairan Zon Ekonomi. Eksklusif, ia hendaklah membenarkan negara jirannya mengeksploitasi sumber tersebut. Kita tidak mahu perkara ini berlaku kerana ia akan merugikan negara.Tambahan pula di bawah program Kawasan Pembangunan Asean Timur-Brunei,Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMPEAGA), peluang untuk menerokai bidang perikanan laut dalam semakin cerah dan terbuka. Dalam keadaan sekarang ianya sesuai dilaksanakan menerusi kerjasama di antara pengusahapengusaha dari negara-negara yang terlibat dalam program BIMP-EAGA. Pengeluaran perikanan negara dijangka akan terus meningkat ke tahap sederhana dalam lingkungan 3 hingga 5 peratus setahun bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa. Peningkatan ini dijangka disumbangkan oleh pertambahan pengeluaran perikanan laut dalam dana kuakultur.

Sungguhpun demikian, sektor perikanan di Negara ini secara relatifnya adalah kurang maju jika dibandingkan dengan negara-negara Asean yang lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Dalam satu kertas kerja yang dikeluarkan oleh LKIM pada tahun 1985, menyatakan bahawa Thailand telah mengusahakan perairan lautnya dengan sepenuhnya dan telah mengadakan perjanjian yang dibuat secara usaha sama menerusi permit bagi meneroka sumber ikan negaranegara seperti Australlia, India dan Saudi Arabia. Hasil pembangunan perikanan yang pesar menjadikan Thailand negara yang ke 9 penting dalam pengeluran ikan. Disamping itu, negara jepun juga sebagai negara pertama, Korea Selatan yang ke 8, Indonesia yang ke 10, Filipina ke 12 dan Malaysia hanya berada pada tempat ke 24. Secara geografinya kedudukan Malaysia sewajarnya meletakan Negara ini sebagai pengeluar sumber perikanan setanding dengan negara-negara Asean Maritim yang lain. Hal ini didapati berlaku disebabkan oleh peneroaan sektor perikanan yang lebih tertumpu kepada kawasan perairan pantai sahaja dan penerokaan kurangdilakukan di perairan laut dalam. Malaysia telah mengistiharkan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan dengan pengistiharan ini keluasan perairan negara telah bertambah dari 47,000 batu persegi kepada 162,000 batu persegi. Ini secara tidak langsung telah menyediakan tambahan sumber perikanan negara dan memberi peluang kepada kita untuk mengeksploitasinya.

Sumber ini perlulah ditangani dengan bijaksana supaya hak yang diterima dapat digunakan sepenuhnya oleh malaysia. Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah melakukan berbagai usahabagi memenuhi syarat memiliki sepenuhnya ZEE. Ini dapat dilihat dengan usaha mengadakan Akta Zon Eksklusif Ekonomi 1984 dan Akta Perikanan 1985 yang bertujuan mengurus dan menerokai sumber-sumber ikan ke tahap yang optimum tanpa menjejaskan sumber-sumber tersebut. Susulan dari keadaan ini kerajaan telah sedaya upaya memajukan sektor perikanan negara. Dasar Pertanian Negara (DPN) 1984 telah memberi tekanan yang khusus kepada pembangunan industry perikanan. Pihak kerajaan khususnya Jabatan Perikanan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan galakan seperti mengadakan kajian sumber yang komprehensif pada tahun 1985-1987,

menyediakan kemudahan kredit, latihan, insentif dan sebagainya kepada penduduk. Permintaan ikan negara untuk tujuan makanan menjelang tahun 2010 diaggarkan sebanyak 1,579,800 tan metrik, sementara penawaran ikan dianggarkan sebanyak 1,298,860 tann metrik iaitu 82,2 peratus dari keperluan Negara.

Dalam keadaan pengeluran ikan dunia mengalami kemerosotan. Kemerosotan pendaratan ikan dunia adalah akibat dari 70 peratus daripada sumber perikanan dunia telah diterokai sepenuhnya. Malaysia merupakan negara yang mengeluarkan hasil pertanian yang aktif didunia. Perkembangan sektor pertanian di Malaysia giat dijalankan dengan pelbagai kemudahan dan perkembangan yang aktif yang dilakukan oleh kerajaan sepanjang tahun. Kegiatan perikanan merupakan kegiatan yang mendapat perhatian di dalam negara untuk dimajukan dan dikembangkan sebagai salah satu sektor yang berpotensi untuk dimajukan sebagai sektor penyumbang utama kepada kemajuaan industri pertanian negara pada masa kini.Sumber ikan merupakan sumber semulajadi yang boleh berkembang ataupun berkurang. Manakala nelayan pula bergantung hidup kepada salah satu kegiatan manusia yang tertua sekali iaitu menangkap ikan sama ada yang dilakukan secara tradisional atau menggunakan teknologi moden. Pembiakan atau pengurangan sumber ikan bergantung kepada tindakan manusia dan alam sekitarnya. Perusahaan perikanan mempunyai peranannya dalam ekonomi Malaysia kerana ia menyumbang ke arah bekalan sumber protein utama rakyat,sumber pekerjaan, sumber keuntungan kepada pemodal dan membawa masuk pertukaran wang asing melalui eksport hasil perikanan negara ke luar negara. Pembangunan kawasan perusahaan perikanan harus mengambil kira ciri-ciri dasar laut, topografi dan hidrografi yang menentukan metedologi dan teknologi menangkap ikan.

Penggunaan metodologi dan teknologi yang tidak mengambil kira ciri-ciri hidrografi akan membazirkan sumber perikanan serta merosakkan kawasan pembiakan ikan. Perbezaaan dalam penggunaan alatan menangkap ikan akan mengakibatkan jumlah pendaratan ikan yang berbeza yang seterusnya menentukan pendapatan pengusahanya. Selain itu, daripada terdapat konflik diantara pengusaha dengan pentadbir berpunca daripada penggunaan metodologidan teknologi yang tidak sesuai dangan masa dan ruang perairan. Selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970, Jabatan Perikanan telah di beri tanggungjawab membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat nelayan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dan Ketiga (1976-1980), sebanyak RM 96 juta diperuntukkan kepada Jabatan ini bagi membantu nelayan memiliki vessel, enjin dan pukat melalui Skim Bantuan Subsidi Nelayan. Sebanyak RM 45 juta diperuntukkan untuk mengadakan infrastruktur perikanan. Pada tahun 1982, jabatan ini telah memperkenalkan dasar perlesenan yang lengkap dan seragam bagi membantu pembangunan dan pengurusan sumber perikanan.

Bermula tahun 1981, kerajaan mengistiharkan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) yang melibatkan pertambahan kawasan perairan negara dari 47,000 kepada 160,000 batu nautika persegi. Selain itu, Akta perikanan turut diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada januari 1986. Jabatan perikanan turut giat menjalankan penyelidikan perikanan bagi memantapkan lagi kegiatan perikanan negara.Beberapa penemuan penyelidikan telah dihasilkan seperti ternakan ikan laut dalam sangkar, udang harimau, siput sudu dan pembenihan ikan dan udang. Pada tahun 1972 sebuah Institut Latihan Nelayan telah ditubuhkan di BatuMaung, Pulau Pinang. Institut ini menawarkan kursus bertaraf sijil kepada nelayan seperti Sijil Kecekapan Jeragan, Pekerja Enjin, jurumudi, PembuatPukat, Pelayaran dan Kejuruteraan Tanggungjawab Jabatan Perikanan telah dipertingkatkan melalui usaha untuk membaikpulih dan melindungi sumber perikanan melalui pengeluaran lesen dan pengurusan sumber secara rasional, pembinaan tukun tiruan dan penubuhanTaman Laut.

Langkah-langkah awal aktiviti ini telah pun dimulakan pada awaltahun 70an dan telah dipertingkatkan pada tahun 80an. Penerokaan perikananlaut dalam telah dilancarkan pada 1 7 September 1987 oleh YA.B. PerdanaMenteri Malaysia bersama dengan Perdana Menteri Negara Thai. Jabatan telah mengambl langkah mengeluar lesen dan melatih nelayan laut dalam bagi mempergiatkan aktiviti ini. Jabatan juga telah memainkan peranan yang cukup aktif diperingkat antarabangsa dan serantau. Antara pertubuhan yang disertainya ialah Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC -sejak 1967), ProgramTeluk Bengala (BOBP-sejak 1978), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Program Rangkaian Pusat-Pusat Akuakultur Asia dan Pasifik (NACA -sejak1980) dan Program Laut China Selatan (SCSP). Sebuab Departmen Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (MFRDMD) telah ditububkan pada 1992 sebagai departmen SEAFDEC yang keempat. Tahun1993 telah menandakan permulaan kepada era baru dalam perkembangan dan sumbangan sektor perikanan yang lebih bermakna terhadap ekonomi negara;apabila Dasar Pertanian Negara (1992 - 2010) yang dilancarkan telah menggariskan masa depan pembangunan sektor perikanan terutamanya perikanan laut dalam dan akuakultur.

You might also like