You are on page 1of 16

KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR:

Tunjukcara simulasi
Illavarasi Royson Sankara banu

Kaedah Pengajaran..
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada

beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.

kaedah-kaedah pengajaran

Bercerita, Perbincangan Bermain latih tubi Main peranan menyelesaikan masalah Perbahasan Kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik Pengajaran.
Teknik pengajaran adalah kemahiran atau

perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Contoh 1
Katakan seorang guru ingin menggunakan

kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Contoh 2
Kaedah mengajar seperti syarahan juga

mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai,menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajar dan lain-lain lagi.

Contoh 3
Kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan

maka kita perlu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Kaedah Tunjuk Cara


Kaedah tunjuk cara juga dikenali sebagai kaedah

demonstrasi. Contohnya, dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, kaedah pengajaran guru adalah penting. Sewaktu pengajaran, kemahiran guru mendemonstrasikan langkah-langkah dan juga cara-cara melakukan kerja amali yang melibatkan penggunaan alatan tangan di hadapan pelajar secara langsung memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan meneliti. Ini juga disokong oleh Ramlah (1992) yang menyatakan bahawa kaedah demonstrasi telah lama dikenal pasti sebagai teknik yang paling berkesan untuk kemahiran psikomotor.

Menerusi kaedah pengajaran ini, pelajar-

pelajar akan dapat mencontohi tunjuk cara yang dilakukan oleh guru sewaktu pengajaran dengan lebih tepat.
Di samping itu, demonstrasi dari guru juga

berupaya untuk membina keyakinan pelajar supaya mereka dapat melaksanakan demonstrasi secara individu dalam kerja amali contohnya penggunaan alatan tangan.

Bagi murid pintar cerdas pula


Guru perlu menunjukan tunjuk cara betul dan tepat. Maksudnya, guru perlu menggunakan bahan-bahan

maujud, dan tidak menggunakan bahan abstrak. Sebab, mereka akan melihat dan mengkaji dengan lebih mendalam berbanding dengan murid-murid normal. Sebagai contoh, semasa pengajaran sains guru hendaklah membawa mereka ke makmal untuk mengkaji sendiri. Contohnya, pembedahan katak. Bagi murid-murid normal guru masih boleh menunjukan video , manakala murid-murid pintar cerdas akan cepat berasa bosan jika guru banyak memberi penerangan.

Kaedah Simulasi
Kaedah simulasi merupakan satu kaedah

pengajaran yang sengaja diwujudkan sama dengan keadaan dan situasi sebenar dengan matlamat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar akan melakukan pembelajaran melalui aktiviti lakonan secara teratur dan dikawal.

Kaedah simulasi melibatkan sosiodrama dan juga main peranan. Sosiodrama merupakan salah satu aktiviti lakonan yang menarik

serta berdasarkan sesebuah cerita manakala lakonan pula merupakan satu lakonan secara spontan tanpa melibatkan skrip. Lazimnya kaedah pengajaran jenis simulasi ini adalah bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan membina sifat positif pada murid-murid.

Bagi murid-murid pintar cerdas pula.


Satu kaedah pengajaran guru perlu diwujudkan

keadaan dan situasi sebenar dengan matlamat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang beraras tinggi.
Bagi, kanak-kanak normal mereka boleh melakonkan

simulasi- simulasi yang biasa.


Bagi murid-murid pintar cerdas pula guru perlu

memberi topik yang beraras tinggi seperti situasi seorang doktor merawat pesakit, seorang accontant mambuat pengiraan pendapatan individu boleh guna dan sebagainya. Dengan ini murid-murid pintar cerdas akan melibatkan diri secara aktif dan tidak berasa bosan.

Kelebihan Kaedah simulasi


Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian

secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka. Satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan. Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul. Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar. Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif. Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. Secaratidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah.

Video.

Thank you

You might also like