You are on page 1of 6

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu,

asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.


[1]

Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul
pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras
rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin
menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai
asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran
gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya
kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih
seperti asap
punca jerebu yang melanda malaysia. Kebakaran hutan di sumatra
adalah punca berlakunya jerebu di malaysia. Kurangkan aktiviti luar
dan bnyakkan minum air masak.
Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk
mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran
kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara
mengikut IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat
Masalah kesihatan
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
Kanak-kanak
Orang tua
Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
Iritasi di mata serta mata yang merah
Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-
masalah di atas ialah:
Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
Selalu minum air
Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
Jerebu di Asia Tenggara
Jerebu merupakan satu masalah biasa di Asia Tenggara akibat
pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada
September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian
ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement
on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.
Pada Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan
menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat
Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua
kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan
Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.
[2][3]

Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi. pada tahun 2013 jerebu
datang kembali seluruh asia tengara tidak didatangi cahaya matahari
Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini,
masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu
yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan
nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam
takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda negara
kita. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan
telah menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia
terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala
Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah
melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu
turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang
kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis
kata orang tua-tua , jikalau tiada angin, masakan pokok
bergoyang .

Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah
pembakaran hutan secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan
cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga
boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya
akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena
pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara
jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak
Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan,
sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan
secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia,
angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita.
Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks
Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu,
pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan
yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah
jerebu.

Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara
terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-
jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin
menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat
negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan
rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah
sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran
sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan
membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada
pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada
masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami
padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan
penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran
ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin
dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran
terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah
jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di
jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin
telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium
dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan
kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-
gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara.
Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera
dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas
yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan
jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang
dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar
di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat
keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal
dan berlakulah jerebu di negara kita.

Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri
yang tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah
negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut
keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap
pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke
udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup
membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan
asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka
sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur
dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi
berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha
kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga
menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak
terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan
keadaan jerebu di negara kita lagi.

Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang
memberi kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang
disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan
jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh
aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang
songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil
sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang
tua-tua, sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya masalah jerebu
tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang
ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi
haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di
Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup
dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu
ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan
dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

You might also like