You are on page 1of 9

TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PISMP

IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PERKEMBANGAN MORAL

DEFINISI DAN KONSEP

Istilah moral berasal daripada perkataan Latin “moralis” yang bermaksud


tingkah laku atau amalan yang bertepatan dengan tatasusila dan undang –
undang sesebuah masyarakat. Ianya meliputi sifat – sifat luhur seperti baik hati,
belas kasihan, tolong menolong, bersih, berani, adil, berkasih sayang, toleransi,
bersosialisasi dan rajin.

Kamus Oxford Advanced Learner’s, Edisi Keenam menyatakan moral


sebagai kesedaran tentang tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi
dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral dan etika seolah – olah membawa
pengertian yang sama. Bagaimanapun, moral adalah satu perkara yang lebih
kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan – peraturan yang
ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan.

Menurut Jas Laile Suzan Jaafar (1996), moral ialah satu kesedaran
tentang apa yang buruk dan apa yang baik, apa yang betul dan apa yang salah.
Perkembangan moral pula merujuk kepada perolehan tentang apa yang betul
dan dan salah berdasarkan kepada kod – kod etika masyarakat setempat.
Definisi moral sebenarnya berbeza daripada satu budaya dengan budaya yang
lain. Walaupun begitu, moraliti secara umumnya bermaksud satu keupayaan
mengenalpasti apa yang baik atau betul dengan apa yang salah dan bertingkah
laku mengikut pemahaman ini.

Kamus Pelajar Baru (1989), mendefinisikan moral sebagai ajaran atau


pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan. Moralis pula
bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan.
TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PISMP
IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
Berdasarkan definisi – derinisi seperti yang disebutkan, secara
kesimpulannya moral boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku atau amalan yang
bertepatan dengan tatasusila dan undang – undang sesebuah masyarakat.

Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan


tingkahlaku terhadap nilai kebenaran kebenaran atau kesilapan. Ia mempunyai
dimensi intrapersonal yang melibatkan regulasi dalaman individu dan dimensi
interpersonal yang melibatkan interaksi sosial dengan orang di persekitaran.
Pemikiran, tingkahlaku, perasaan dan personaliti seseorang saling berkait dalam
penilaian moral seseorang individu.

Aristotle menitikberatkan tiga aspek moral iaitu aspek kognitif, afektif dan
tingkah laku / behavior. Aspek kognitif merangkumi proses pengetahuan,
pengamatan, pentafsiran dan pemikiran. Dalam konteks moral, proses kognitif
merangkumi pemahaman tentang situasi dan sebab – sebab peraturan moral
dan pentafsiran moral. Pentafsiran moral merujuk kepada kebolehan seseorang
individu untuk membuat suatu keputusan tentang sesuatu tindakan sama ada
baik atau sebaliknya.

Afektif merangkumi perasaan yang dimiliki ketika melakukan sesuatu


samaada betul atau salah. Contohnya, kepuasan di hati apabila kia dapat
membantu seorang buta melintas jalan dan perasaan marah apabila individu lain
dalam masyarakat terlibat dalam kegiatan tidak berfaedah atau tidak bermoral.

Aspek behavior merujuk kepada tingkahlaku yang ditonjolkan oleh


individu. Contohnya tingkahlaku seorang murid memohon maaf kepada gurunya
kerana melanggar peraturan sekolah.

Perkembangan moral individu harus difahami kerana penting untuk


membentuk dan melahirkan individu yang bermoral dan harmonis dalam
masyarakat kita.
TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PISMP
IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG

Kohlberg berpendapat penaakulan moral berkait rapat dengan


perkembangan kognitif individu walaupun kadang – kadang tahap pemikiran
kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan
moral seseorang. Daripada kajiannya, beliau mendapati bahawa terdapat satu
susunan yang teratur dalam perkembangan kanak – kanak. Beliau
mengemukakan tiga tahap utama perkembangan moral dengan setiap tahap
mengandungi dua peringkat penaakulan moral.

TAHAP 1: PRA – KONVENSIONAL


Tahap paling bawah dalam penaakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai
berdasarkan ganjaran dan hukuman yang bakal diterima akibat sesuatu
perlakuan.

Peringkat 1 : Orientasi Kepatuhan dan Hukuman


Pada peringkat ini, kesan – kesan fizikal menentukan bentuk tingkah laku (baik
atau jahat). Kanak – kanak pada peringkat ini melakukan sesuatu perbuatan atau
tindakan yang baik disebabkan takut akan hukuman atau dendaan yang diterima
sekiranya melanggar peraturan. Pada masa yang sama, mereka ingin mendapat
ganjaran daripada pihak yang mempunyai kuasa fizikal.

Peringkat 2 : Orientasi Jangkaan Individu


Tingkah laku atau tindakan yang dilakukan untuk memuaskan kehendak atau
keperluan. Kanak – kanak menyedari bahawa sesuatu tindakan yang baik adalah
saluran untuk memuaskan kehendaknya atau kehendak orang lain yang
disayangi. Kadangkala kanak – kanak melakukan sesuatu kerana ganjaran yang
bakal diterima olehnya.
TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PISMP
IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

TAHAP 2: KONVENSIONAL
Tahap pertengahan. Individu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan
sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti.

Peringkat 3: Orientasi Pelakuan Baik


Tingkah laku pada peringkat ini ialah tingkahlaku baik yang memenuhi harapan
orang yang disayangi. Pada peringkat ini kanak – kanak melakukan perbuatan
baik dan bermoral kerana demi mematuhi kehendak orang yang disayangi.
Kanak – kanak juga mangaplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan oleh
orang di persekitaran mereka.

Peringkat 4: Peraturan Sosial / Orientasi Arahan dan Undang – Undang


Perlakuan moral berdasarkan peraturan, undang – undang dan ketetapan yang
ditetapkan oleh masyarakat. Pada peringkat ini, individu percaya kepada
keutuhan undang – undang. Mereka berupaya melihat orang lain sebagai
sebahagian daripada sistem sosial yang menentukan peranan dan kewajipan
individu. Mereka juga berupaya menentukan perbuatan dan tingkahlaku
berdasarkan undang – undang yang perlu dipatuhi.

TAHAP 3: POS KONVENSIONAL


Tahap penaakulan moral paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg.
Pada tahap ini, individu mula meneroka pilihan, memilih alternatif – alternatif lain
dalam penaakulan moral. Mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri.

Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu


Orientasi ”contract – legastic social” merupakan nilai – nilai yang dipersetujui
oleh masyarakat yang meliputi hak – hak individu dan peraturan - peraturan
untuk mencapai persetujuan dan menentukan apa yang benar. Kanak – kanak
pada peringkat ini menyedari bahawa manusia mempunyai pendapat yang
berbeza antara satu dengan yang lain. Namun begitu, perlu wujud persetujuan
TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PISMP
IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

bagi menentukan apa yang adil untuk dilakukan sebagai cara merapatkan
perbezaan tersebut.

Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat


Individu telah mempunyai etika dan kod – kod moral yang tersendiri yang
menepati hak – hak individu sejagat. Mereka mementingkan kesamaan hak
kepada semua individu dan menghormati maruah dan prinsip individu lain.
TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PISMP
IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

TEORI PERKEMBANGAN MORAL PIAGET

Piaget membahagikan perkembangan kanak – kanak kepada dua


peringkat berkaitan dengan moral berdasarkan kepada prinsip sumber kawalan
yang mengawal pemikiran dan pelakuan kanak – kanak. Prinsip ini dikenali
sebagai ”internalization”. Prinsip ini meneliti sumber pemikiran dan tingkah laku
kanak – kanak dan bagaimana sumber itu mengawal tingkah laku kanak – kanak
tersebut.

Peringkat pertama perkembangan moral mengikut prinsip ”internalization”


Piaget melibatkan peraturan yang ditetapkan oleh orang yang berkuasa di
sekeliling mereka seperti ibu bapa dan guru. Peringkat ini dikenali sebagai
Moraliti Luaran. Pada peringkat ini, kanak – kanak melihat peraturan sebagai
suatu yang telah ditetapkan dan dikawal oleh pihak yang lebih berkuasa. Kanak
– kanak melalui peringkat ini dengan memerhati dan melakukan peraturan –
peraturan yang ditetapkan. Sebagai contoh peraturan di sekolah dan rumah
membantu kanak – kanak untuk bertingkah laku baik atau sebaliknya
berdasarkan corak dan acuan ibu bapa, keluarga dan guru – gurunya.

Peringkat kedua perkembangan moral Piaget dikenali sebagai ”Moraliti


Autonomous”. Kanak – kanak pada peringkat ini akan mereka idea – idea
rasional tentang kesamaan sebagi proses berbalik dalam kehidupan mereka
yang mana mereka cuba mengawal perlakuan orang lain seperti yang telah
mereka lalui. Contohnya, dalam permianan mereka membuat peraturan sendiri
dan mahu orang lain mengikut peraturan itu. Dalam hal ini juga, mereka melihat
keadilan sebagai berbalik dalam kehidupan mereka. Kanak – kanak pada
peringkat ini mula menitikberatkan diri sendiri daripada orang lain dengan
menekankan perlakuan moral atau tingkahlaku tertentu.
TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PISMP
IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

APLIKASI TEORI PERKEMBANGAN MORAL DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Perkembangan moral kanak – kanak harus dititikberatkan dan bergerak


seiring dengan perkembangan fizikal dan mental kanak – kanak. Hal ini bagi
membolehkan kanak – kanak melakukan apa yang disuruh, mematuhi norma –
norma kehidupan, tradisi, adat dan peraturan – peraturan yang ditentukan oleh
autoriti. Justeru, bagi merealisasikan hasrat kerajaan seperti yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru merupakan insan penting yang
bertanggungjawab menanamkan nilai – nilai moral dalam diri kanak – kanak. Hal
ini boleh dilakukan melalui bebrapa langkah seperti di bawah.

Guru boleh menerapkan nilai – nilai murni menerusi kandungan kurikulum.


Ini boleh dilaksanakan dengan menggabungjalinkan nilai – nilai moral dalam
subjek – subjek lain. Guru boleh menerapkan nilai – nilai tersebut secara implisit
dalam strategi dan kandungan pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru perlu mewujudkan iklim bilik darjah yang bersifat demokrasi di mana
pandangan dan pemikiran pelajar diambil kira dalam aspek – aspek tertentu.
Selain itu, pelajar juga perlu diberi peluang menerangkan sebab mereka
melakukan salah laku. Guru perlu menerangkan sebab dan akibat yang akan
mereka hadapi sekiranya mereka melanggar etika dan peraturan yang
ditetapkan dalam bilik darjah atau sekolah dan bukannya terus memberi
hukuman terhadap salah laku mereka.

Kanak – kanak cuba untuk memahami konsep moral pada peringkat awal
perkembangan mereka. Justeru, guru perlu membantu kanak – kanak dengan
memberi tunjuk ajar agar kanak – kanak dapat menunjukkan dan menaakul
perlakuan moral yang seimbang.
TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PISMP
IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Selain itu, saling menyedari dan dan mematuhi tanggungjawab masing –


masing dapat menyumbang kepada perkembangan moral yang positif dalam diri
kanak – kanak. Di sini guru memainkan peranan penting dalam menunjukkan
contoh dan tingkahlaku yang baik kepada kanak – kanak kerana pada peringkat
awal perkembangan, kanak – kanak lebih cenderung belajar melalui pemerhatian
dan peniruan.

Guru juga perlu membari dorongan kepada kanak – kanak dalam


memikirkan sebab dan menerangkan akibat daripada perbuatan mereka.
Sebagai contoh: ”Mengapa kamu memukul budak itu? Dia tidak buat apa – apa
pun pada kamu?” Guru menerangkan tentang akibat kepada perlakuan tadi dan
membincangkan sebab kenapa kanak – kanak tersebut berkelakuan begitu.

Perkembangan moral kanak – kanak dapat ditingkatkan dengan


mendorong kanak – kanak untuk berfikir dan belajar tentang perasaan dan
perspektif orang lain. Aktiviti ini dapat dilakukan dnegan mengetengahkan isu –
isu kemasyarakatan kepada kanak – kanak selain aktiviti simulasi dan main
peranan.

Budaya sekolah yang penyayang juga memainkan peranan penting dalam


perkembangan moral kanak – kanak. Budaya sekolah yang penyayang dapat
diterapkan dengan memberi layanan yang sama rata kepada semua pelajar
tanpa mengira status dan kaum. Hubungan guru – murid bukan sahaja dilihat
sebagai pemberi ilmu tetapi juga berperanan sebagai ibu bapa mereka di
sekolah. Guru boleh bertindak sebagai pembimbing dan pendengar yang baik
terhadap permasalahan kanak – kanak. Guru juga boleh memberi nasihat dan
mengatur strategi yang sesuai apabila berhadapan dengan pelajar yang
bermasalah.
TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PISMP
IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

You might also like