You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

SJKT LADANG REPAH



Terima kasih tuan pengerusi majlis.
Yang berusaha .................................................
........................................................................
.......................................................................
Barisan guru-guru sjkt ladang repah, para ibu bapa, dan anak-anak murid yang
disayangi sekalian.
Selamat sejahtera, selamat petang, dan salam 1 malaysia.

Bersyukur kepada Tuhan kerana pada petang yang penuh indah ini kita dapat bersama-
sama meraikan anak-anak kita dalam Majlis Hari Penyampaian Hadiah peringkat
sekolah bagi tahun 2013. Kehadiran Tuan-tuan dan puan-puan pastilah menyerikan lagi
majlis hari ini dan sokongan kepada program kami ini amatlah saya hargai.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Setiap tahun, sjkt ladang repah menapak, menatih, dan berlari-lari anak mengorak
langkah progresif dalam memperjuangkan hasrat murni kami dalam membina dan
melahirkan generasi yang celik ilmu dan berkeperibadian mulia. hasrat ini bukanlah
mitos dan cereka semata-mata kerana saban tahun sekolah kita berjaya menunjukkan
peningkatan cemerlang tidak kiralah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Semestinya, kejayaan ini bertunjangkan barisan pendidik yang penuh berdedikasi dan
berdinamika tinggi sehingga melonjakkan nama sjkt ladang repah pada suatu tahap hari
ini yang sangat membanggakan.

Hadirin sekalian,
Sebagai guru besar, saya ingin merakamkan penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-
puan, kerana bersama-sama kami dalam mendidik anak-anak kita supaya menjadi
insan yang benar-benar berguna kepada negara. Tanpa sokongan padu kalian,
pastinya kami tidak mampu mencapai hasrat ini. Sebagaimana yang kita tahu, anak-
anak umpama kain putih dan kitalah yang mencorakkannya. Maka, marilah kita
berganding bahu bersama-sama berjuang demi anak-anak kita yang disayangi.
Sidang hadirin,
Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Laporan Awal
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan
tujuan meningkatkan mutu dan prestasi pendidikan Negara secara menyeluruh.
Seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, tranformasi
sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun, dengan melaksanakan 11
anjakan strategik menerusi 3 gelombang. Transformasi sebegini merangkumi pelbagai
aspek, termasuk mutu akademik, kemahiran bahasa, tahap penilaian, standard
profesionalisme guru, struktur organisasi Kementerian Pelajaran dan isu-isu lain yang
berkaitan. Berdasarkan hasrat tersebut, kami para pendidik mendokong penuh hasrat
ini dan demi meningkatkan kualiti yang dihasilkan di sekolah ini.

Akhir sekali, sekalung tahniah dan syabas kepada anak-anak yang berjaya mendapat
pencapaian cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Anak-anak yang tidak berjaya,
janganlah mudah mengalah kerana ini bukanlah suatu kegagalan. Cabarlah diri sendiri,
lakukan perubahan, beranilah belajar daripada kegagalan, dan pastinya suatu hari nanti
kejayaan ini pasti akan menjadi milik anda.

Sekian terima kasih.

You might also like