You are on page 1of 143

Latar Belakang

Masyarakat di Sabah
Pengenalan
Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku
kaum dan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan
kebudayaannya.

Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga
perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang
ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang
dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan
berkenaan.
Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum.

Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.

Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus,
Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai,
Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah
ketara terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat istiadat dan
pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

KADAZANDUSUN merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang
terbesar di Negeri Sabah.





Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat
Kadazandusun dikenali sebagai Dusun, iaitu nama yang diberi
oleh orang luar kepada mereka.
Petani
Perkhidmatan
Pertanian
moden
Perniagaan
Setelah mencapai kemerdekaan, mereka menggunakan
nama"Kadazan"secara rasmi sebagai identiti mereka.

Tetapi, oleh 'kerana masih terdapat etnik dari pedalaman yang
berpendirian mendukung identiti"Dusun", istilah "Kadazan" dan
"Dusun"dipersatukan menjadi"Kadazandusun" untuk memupuk dan
menyatupadukan semangat"kesatuan" di kalangan mereka






Kadazan Dusun
Penempatan
Kadazandusun merupakan satu kelompok masyarakat etnik
peribumi yang terbesar di Sabah yang dikenal juga sebagai
suku kaum Dusun.
Suku kaum Dusun ini sebahagian besarnya tinggal di Bahagian
Pantai Barat, Pedalaman, dan Pantai Timur Sabah.
Kelompok-kelompok Dusun tersebut terdiri daripada 12 suku
yang dikenali sebagai suku Dusun Papar, Dusun Putatan,
Dusun Penampang, Dusun Ranau, Dusun Lotud, Dusun Kiau,
Dusun Rungus, Dusun Tagas, Dusun Tempasuk,Dusun
Tambunan, Dusun Tatana, dan Dusun Tungku atau Begahak.
Suku-suku kaum Dusun bermukim di kawasan yang berasingan
serta menggunakan dialek yang berlainan, tetapi tidak timbul
masalah kekangan dalam komunikasi antara satu suku dengan
suku yang lain, lantaran ciri-ciri budaya yang
dikongsi berdasarkan warisan bersama.

Terdapat suku kaum Dusun di Sabah yang dikenali dengan
nama 'Kadazan'.

Pada mulanya 'Kadazan' turut diklasifikasi sebagai bangsa
yang sama serumpun dengan 'Dusun'.

Apabila dimensi politik dilibatkan untuk mengelaskan suku-
suku tersebut, keadaan menjadi tidak menentu.
.

Bangsa Kadazan dan Dusun berkongsi bahasa dan budaya serupa,
meskipun dengan perbezaan dalam dialek.
Hal yang membezakan bangsa Kadazan dan Dusun adalah disebabkan
fakto kedudukan geografi tempat tinggal mereka.
Banci pada tahun 1991 menunjukkan bahawa dari jumlah 1,8 juta
orang penduduk Sabah, terdapat 372;089 orang Kadazandusun.

Anggaran jumlah penduduk Kadazandusun pada tahun1994
bertambah menjadi 433,600 orang, yang mana ianya terbahagi
dalam dua kumpulan etnik iaitu Kadazandusun dan Murut.

Sebilangan besar darimereka terdapat di daerah Penampang,
Putatan, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan, Beaufort, Kuala
penyu, Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat.
Pitas, LabukSugut, Paitan, Telupid, Ranau,Tambunan, Keningau,
Tenom, Sook, Pensiangan dan Ulu Kinabatangan.
Pada pandangan mereka, seseorang wanita itu akan dianggap tidak
berjaya sekiranya anyaman mereka tidak menarik.
Inavol adalah sejenis produk sulaman tangan yang dihasilkan di
daerah Kudat.
Bahan- bahannya terdiri daripada benang kapas yang berwarna-
warni.

Inoval disulam dengan motif- motif etnik tempatan seperti binatang,
buga dan corak manusia.

Inoval akan dipakai atau diberi sebagai tanda penghargaan seseorang
bagi meraikan seseorang dan dipakai di leher.
Mereka berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan.

Ketika Pesta Keaamatan, penduduk akan mengenakan pakaian
tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari.

Minuman tapai 'arak beras' dihidangkan sebagai minuman
istimewa dan para penduduk akan menyapa sesama mereka
dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' yang bermaksud
'Selamat Hari Menuai,
Tetapi,pada hari ini Pesta Kaamatan disambut adalah sebagai
memperingati perayaan pesta yabg telah dirayakan sejak turun-
temurun.
Lagu atau nyanyian tradisonal
Menurut sejarah, nyanyian etnik Dusun ini berasal daripada
amalan mendodoi atau membuai bayi yang lazimnya dilakukan
oleh wanita dewasa khususnya para ibu untuk menidurkan bayi.

Kata-kata yang diluahkan untuk menghiburkan atau mendodoi
bayi ini mempunyai irama yang menarik.
Dipercayai bahawa kata-kata dalam bentuk lagu ini mampu
membantu bayi dalam mempercepatkan tumbesaran.
Dipercayai juga bahawa seni nyanyian masyarakat Dusun
berasal daripada mantera-mantera yang digunakan ketika
upacara ritual.
Dalam masyarakat Dusun, amalan-amalan pengucapan
mantera dalam upacara ritual disebut sebagai Megendi.
Ketika upacara ritual yang yang dikenali sebagai
mengemburongoh, bobohizan yang berperanan sebagai
pengendali upacara akan megendi.
Melalui amalan megendi inilah seni nyanyian ini wujud
kerana kata-kata ucapan atau mantera ini mempunyai
irama yang agak unik.
Namun demikian dewasa kini, irama dan lirik megendi ini
telah diubah suai kepada irama yang lebih menarik dan
lirik lagu yang sesuai dan bukan sahaja bertujuan untuk
upacara ritual.
Antara fungsi utama nyanyian ini adalah untuk mendodoikan bayi
sebelum tidur.
Lagu-lagu yang lazimnya digunakan dalam proses mendodoi adalah
berbentuk nasihat dan larangan-larangan kepada perbuatan-perbuatan
jahat.
Lirik-lirik lagu yang baik boleh mensosialisasikan seorang anak yang
baik.

Selain itu, seni nyanyian dalam masyarakat Dusun seringkali digunakan
untuk memikat kekasih khasnya oleh kaum lelaki.
Kaum lelaki akan menyanyikan lagu yang berbaur cinta bagi memikat dan
menunjukkan isi hati mereka kepada wanita yang disukai.
Mereka lazimnya akan menyanyikan dan menujukan lagu cinta ini ketika
majlis keramaian atau masa-masa lapang ketika mereka berkumpul
bersama.
Di samping memikat, ia secara langsung bertujuan untuk memuji si
gadis.
Sekiranya si gadis bersetuju maka dia akan membalas lagu
tersebut, sekiranya tidak dibalas maka ini bererti bahawa gadis
tersebut tidak sudi atau sudah berpunya.
Ketika hari-hari perayaan atau majlis-majlis keramaian, nyanyian
ini mempunyai peranan yang amat penting sekali.
Nyanyian akan dinyanyikan oleh orang ramai bagi memeriahkan
suasana perayaan atau majlis.
Malah terdapat beberapa lagu yang dominan dengan beberapa
upacara perayaan atau majlis-majlis tertentu.
Perasaan kagum dan kecintaan terhadap keindahan alam dan
penghuninya seringkali diluahkan dan diekspresikan oleh
masyarakat Dusun dalam bentuk nyanyian.
Masyarakat Dusun amat terkenal dengan amalan gotong-royong dan
konsep perkongsian sumber (sharing).
Kerja-kerja sosial seperti membersihkan ladang atau kerja-kerja
persediaan sebelum majlis perkahwinan akan dilakukan bersama-sama
oleh penduduk kampung.
Penyertaan orang-orang muda dalam kerja-kerja seperti ini adalah
amat menggalakkan.
Semasa melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut mereka akan
menyanyi bersama-sama bagi memeriahkan suasana.
Pada masa itu juga, golongan remaja yang belum berkahwin akan
mencari peluang memikat gadis pujaan mereka dengan menujukan
lagu kepada si gadis.
Nyanyian turut digunakan dalam upacara ritual.
Masyrakat Dusun amat sinonim dengan amalan-amalan ritual.
Kehidupan mereka sarat dengan amalan-amalan tersebut kerana
dipercayai penting dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Upacara-upacara ritual ini dilakukan bagi tujuan-tujuan tertentu
seperti perubatan, memuja tuhan yakni tuhan tanaman, tuhan
peperangan, tuhan keselamatan dan sebagainya.
Ketika menjalankan upacara ritual tersebut, pengendali upacara
ritual yakni Bobolizan akan megendi atau membaca mantera yang
boleh disifatkan sebagai lagu untuk memanggil roh atau semangat.
Selain itu juga, seni nyanyian ini berfungsi sebagai hiburan bagi
masyarakat kamu Dusun. Bila adanya masa lapang, lazimnya
mereka akan menyanyi untuk sekadar berhibur.
Gong
Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan
muzik dan ianyadigunakan dalam hampir kesemua upacara sosial.

Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut
keperluan masyarakat setempat.
Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk
menyeragamkan iramanya.

Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang
tinggi.
Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan
animisme, isyaratdan perayaan pesta-pesta menuai.
Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal,bibir yang dalam
serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Brunei.
Togunggak
Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut,
Togunggak dikalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau
'Togunggu' di Penampang, idiofon bambu paluan ini
dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau
perarakan di pesta-pesta.
Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam
(togunggu') hingga tiga puluh(tagunggak)
buah, bergantung kepada suku kaum.
Muzik yang dikeluarkanmenyerupai satu set gong sesuatu
kumpulan, dengan setiap idiofondi selaraskan bunyinya
mengikut gong sebenar yang dimainkan.



Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum Dusun.
Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan
memukulnya dengan ibu jari.
Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi
dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh
membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik)
Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut
serta kedudukan lidah.


Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan
batangpaip buluh yang disusun dalam dua lapisan.
Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi
untukmemperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.
Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh
menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.
Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan
persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian.
Ianya popular di kalangan suku kaum Kadazandusun.


ENGKERURA
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam
persembahan nyanyian dan tarian.
Pakaian tradisional
Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti
Sabah.
Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana
berbeza dengan etnik lain.
Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar
panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau
toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi sinikat
(Topi bulat).
Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :
Sinuangga - baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita
muda.
Sinompukung Blaus - dengan lengan dan tidak mempunyai sulaman
dipakai oleh wanita pertengahan.
Kihongon Blaus - dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan
spesialis ritual
Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin
rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang
Tarian tradisional
Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian
tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan
kemeriahan majlis tersebut.
Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya
sendiri.
Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosiobudaya kawasan
tertentu.
Kemuncak bagi memartabatkan warisan budaya suku kaum
Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi
Perayaan Pesta Keamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 mei
setiap tahun.
Dalam perayaan ini, berbagai acara menarik dan juga budaya kaum
Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan.

Antara acara yang biasanya menjadi tarikan dalam perayaan suku kaum
kadazandusun ialah tarian kadazandusun.

Tarian kadazandusun mempunyai 32 jenis lagu tetapi berlainan dari segi
etnik iaitu tarian sumayau, tarian limba, tarian sumazau dan banyak lagi.

Salah satu tarian yang dipersembahkan oleh kaum kadazan dusun ialah
tarian sumazau.

Tarian ini dijalankan sempena musim menuai di Sabah.

Menurut lagenda, tarian ini dipersembahkan untuk memberi
pemujaan semangat padi (bambaazon).

Tarian sumazau ini juga di persembahkan bersama dengan
pertandingan Unduk Ngadau (Ratu cantik).

Tarian ini kebanyakan ditarikan oleh masyarakat pantai barat iaitu
Tambunan, Ranau, Papar dan Kudat.
Tarian ini ditarikan oleh perempuan dan lelaki, keunikan bagi tarian ini
ditunjukkan melalui tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari
bagi penari wanita.
Pakaian wanita dipanggil seraung yang diletakkan di atas kepala dan
bulu berwarna warni yg diletak di atas seraung dikenali sebagai
senaundung.
Bagi lelaki pula, mereka memakai sida di kepala dan disertakan
dengan selendang atau skaf yang dikenali sebagai sandai

Masyarakat Bajau
Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua
terbesar di negeri Sabah.
Kaum Bajau kebanyakkannya beragama Islam dan
berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak jauh
bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di
pantai Barat.
Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada
zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah.
Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina
sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam
beberapa catatan sejarah.
Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana
kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan.
Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang
kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling
berjaya di Sabah.
Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri
Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah".
Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah
kebanyakkannya menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke
Kota Belud.
Bagi kaum Bajau yang berada di bahagian pantai Timur Sabah ,
mereka masih mengamalkan kehidupan tradisional seperti kegiatan
menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut.
Walaubagaimanapun orang-orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini
kebanyakkannya telah menetap di darat atau di perkampungan tepian
pantai.
Segelintir daripada mereka masih lagi tinggal dalam perahu yang
merantau ke sana-sini iaitu Lepa.
Kaum wanita Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu
Dastar yang disulam dengan kain berwarna merah, kuning, hijau,
oren, emas dan putih.
Di Sabah, 6 bahasa Bajau di gunakan dan semuanya berasal daripada
keluarga Sama-Bajau.
Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara
jiran.
Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka
dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu.
Kaum Bajau pantai Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka
daripada bahasa Melayu.
Kaum Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazandusun
dari segi akitviti ekonomi, perdagangan, perhubungan sosial serta
kebudayaan.
Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti
ekonomi mereka
Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga
dapat dilhat dari segi kesenian material, muzik dan juga reka bentuk
bangunan.
Penempatan
Di Sabah, mereka adalah nelayan yang tinggal di
daerah emporna sementara di daerah Kota Belud, Papar dan
Tuaran pula, mereka adalah nelayan, pesawah dan penternak
serta bercucuk tanam.
Bajau ota elud pula digelar Koboi Sabah mini

Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur
Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran
istimewa dan unik seperti sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut
dan Pelayar Terunggul.
Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Pantai Barat yang
menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud dan Papar.

Manakala Orang Bajau Pantai imur pula menetap di
sekitar udat, andakan, Lahad Datu, unak, Semporna dan Tawau.

Budaya masyarakat Bajau

Makanan
Dari segi makanan,terdapat pelbagai jenis makanan.
Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.
Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang laut
dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya
lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan
menyelit di celah-celah permukaan batu.
Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.
Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah makanan yang
berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak
secara stim.

Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah
makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.

Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali,sehingga warna
kekuning-kuningan.
Tarian tradisional
Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau
antaranya ialah Tarian Limbai dan Runsai.
Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum bajau
Kota Belud.
Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan
pengantin lelaki yang diarak kerumah pengantin perempuan.
Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai,perarakan dihentikan
buat sementara.,lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan
pengantin.
Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin
lelaki naik ke rumah untuk melakukan ijab dan kabul.
Tarian Limbai diiringi oleh irama kulin tangan.
Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh
seorang wanita yang memainkan kulin tangan,dua orang pemukul
gendang,dua orang pemaian gong dan seorang pemain bebandil.
Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan lelaki naik ke rumah.
Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka ]
Selain tarian Limbai,Runsai juga merupakan tarian tradisional suku kaum
Bajau di Kota Belud.
Runsai selalu di tarikan di majlis perkahwinan pada sebelah malam.
Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang penari termasuk
dua wanita.
Disertai dengan kalang.
Etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional
yang dipanggil badu.
Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau.
Baju ini dihiasi dengan butang betawi dibelahan hadapannya.
Butang betawi juga ada kalanya digunakan untuk hiasan
lengan baju.
Lengan baju dibelah hingga ke siku memperlihatkan baju
bahagian dalam yang berwarna kontra.
Badu tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis
perkahwinan.

Lelaki Bajau ini juga memakai topi yang dipanggil tanjak
untuk hiasan kepala.
Tanjak ini diperbuat daripada kain dastar yang telah
dibentuk dan dipakai semasa majlis perkahwinan.
Seperti wanita etnik ini, golongan lelaki juga memakai tali
pinggang dipanggil ingkot pangkat.
Mereka juga memakai kain selendang yang disulam sebagai
hiasan.
Selain itu mereka juga memakai puyut yang digunakan
sebagai pengikat pinggang atau selempang (selendang).
Kaum lelaki Bajau juga biasa menggunakan perhiasan yang
dipanggil supu.
Supu ini adalah perhiasan yang digunakan untuk menyimpan
sigup atau rokok daun.
Disebabkan kebanyakkan golongan lelaki Bajau ini pada
zaman dahulu adalah pahlawan-pahlawan yang gagah, maka
mereka juga menggunakan perhiasan berbentuk keris dan
pida.
Keris, pida dan parang panjang dianggap sebagai lambang
kepahlawanan etnik berkenaan.
Bagi wanita Bajau Kota Belud pula kebiasaanya mereka memakai
baju yang dipanggil badu sipak.
Baju ini diperbuat daripada kain satin yang terang, selalunya
kuning.
Sementara baju di bahagian dalam berwarna kontra.
Lengan baju dilabuhkan dan dibelah hingga ke paras siku
menampakkan lengan baju di bahagian dalam.
Pada belahan baju dihiasi dengan butang betawi ini berasal
daripada nama betawi atau Batavia (nama asal Jakarta).
Adakalanya lengan baju juga akan dihiasi dengan butang yang
sama.
Baju ini dipakai untuk majlis perkahwinan.
Semasa menghadiri majlis rasmi etnik wanita Bajau ini biasanya
memakai baju yang dipanggil badu sampit.
Badu sampit ini biasanya dipilih daripada kain jenis satin yang berwarna
terang.
Mereka juga akan memakai skirt panjang yang dipanggil olos berangkit.
Skirt panjang ini digunakan untuk majlis perkahwinan.
Kain skirt ini juga ditekat dengan benang warna yang bermotifkan
bunga kapas atau pucuk rebung.
Kaum wanita Bajau juga memakai suar atau seluar panjang berwarna
putih yang digunakan untuk persembahan tarian.
Selain itu mereka juga memakai selendang yang disangkutkan di bahu
dan membawa sapu tangan atau puyut berumbai yang dihiasi
bahagian tepinya dengan rumbai-rumbai.
Busana tradisional etnik Bajau ini juga diperindahkan lagi dengan
pemakaian barang perhiasan atau aksesori.
Misalnya untuk hiasan bahagian leher, terdapat aksesori
yang dipanggil mandapun.
Hiasan ini dibentuk seakan kalung dibuat daripada kain
baldu yang dihiasi dengan perak atau emas.
Kebiasaannya ia dikalungkan di leher.
Mereka juga memakai aksesori untuk bahagian kepala
yang dipanggil serempak.
Perhiasan ini biasanya kelihatan seolah-olah mahkota
dan diperbuat daripada logam warna perak atau emas
yang dihiasi dengan manik sebagai bentuk.
Serempak ini diletakkan pada bahagian rambut yang
telah dibentuk menjadi sanggul dan diikat dengan tali
kain bagi mengetatkan.

Barang perhiasan lain yang turut dipakai wanita Bajau ini ialah galang
yang diperbuat daripada perak.
Mereka juga memakai subang atau anting-anting yang diperbuat
daripada emas atau perak.
Selain daripada itu mereka juga memakai tali pinggang yang dipanggil
ingkot pangkat dan kebiasaannya pada zaman dahulu ia diperbuat
daripada logam perak.
Etnik Murut
Masyarakat Murut
Kaum murut merupakan suku kaum ketiga terbesar.
Perkataan Murut merujuk kepada kumpulan penduduk
yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di
Pedalaman Sabah.
Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau,
Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan
Kinabatangan.
Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal,
Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan,
Kalabakan,dan Murut Serundung.
Kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di
Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang.
Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan
sempadan Kalimantan.
Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan
suku kaum Murut yang lain.

Sebagai satu kumpulan budaya, etnik Murut di Sabah dikenali
kerana kekayaan, kebudayaan kebendaan mereka, busana
tradisional yang beradun, kemahiran menganyam bakul dan tikar
serta tarian yang lemah-gemalai.


Kebudayaan kaum Murut
Agama dan Kepercayaan
Tradisi kaum Murut merupakan antara yang teristimewa di Sabah dan
amat terkenal.

Kebanyakkan daripada orang-orang suku kaum ini telah meninggalkan
tradisi atau adat mereka kecuali segelintir daripada warga tua sahaja.


Masyarakat Murut mempercayai animisme.
Mereka menggangap setiap benda dalam alam seperti batu,
pokok, dan sungai mempunyai semangat yang mampu
mempengaruhi kehidupan mereka.
Semangat ini perlu dipuja supaya mereka dapat hidup dalam
aman sejahtera.
Gunung Antulai iaitu Gunung Aru atau Gunung Hantu dianggap
sebagai tempat suci.
Masyarakat Murut mempercayai Aki Kopuno sebagai kuasa yang
mencipta segala-gala dalam dunia ini.
Bagi masyarakat Murut, bomoh mereka boleh berhubung dengan
kuasa ghaib yang dipanggil Babalian.
Pakaian Tradisional Kaum Murut
Penggunaan pakaian tradisional kaum Murut boleh dilihat dari
dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden.
Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa
upacara-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian
seharian.
Di zaman moden pula, pakaian-pakaian tradisional ini hanya
dipakai untuk tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan
serta untuk acara-acara kebudayaan.
Selain daripada itu, kadangkala juga pakaian tradisional boleh
dipakai pengapit pengantin.
Sehubungan itu, kebanyakan suku kaum di Sabah memilih
hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka.
Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan
bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna
ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada
makhluk-makhluk halus yang jahat.
Ada juga sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan
warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan
keadaan semulajadi di waktu itu.
Manakala, bagi kaum lelaki pula, pakaiannya lebih kepada kulit
kayu.
Pakaian tradisional kaum Murut bagi lelaki ialah dikenali
dengan pakaian puputul yang diperbuat daripada kulit
kayu.
Babaru puputul dipotong mengikut kepanjangan fesyen
jaket.
Aba puputul pula, cawat sepanjang dua meter diperbuat
daripada isi kayu.
Tupi sinulatan ialah perhiasan kepala yang diperbuat
daripada kulit kayu.

Manakala, pakaian tradisional kaum Murut bagi
perempuan ialah pakaian mereka lebih terkenal dengan
pakaian pinongkolo iaitu baju dan gaun yang panjang
berwarna hitam yang dihiasi dengan manik-manik.
Antara contoh lain bagi pakaian wanita untuk kaum Murut
ialah pipirot, salupai, sinikot, rarangkol dan holong.
Masyarakat kaum Murut juga terkenal dengan Tarian
Lansaran dan Tarian Mangunatip yang penuh tenaga.
Kebanyakan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim
ditarikan kerana muziknya rancak serta bersimbolik.
Semasa pesta menuai diadakan, penari-penari kaum Murut
ini akan membuat persembahan di Bandar-bandar sehingga
menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong dalam dan
luar Negara.
Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah
diubah namun makna serta gaya tariannya masih tidak
terjejas.
Tarian Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan
yang ada dalam kaum Murut serta bertujuan untuk memujuk roh-
roh nenek moyang mereka agar dapat menjaga mereka.
Penari-penari tarian ini menyelitkan gugusan padi yang sudah
dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka.
Gaya tarian Mangunatip ini amat unik serta mempesonakan
dimana lelaki yang memegang parang akan melompat ke atas
bambu yang disusun selang-seli oleh penari-penari lelaki lain.
Selepas itu, penari yang berada di atas itu akan dianggap sebagai
seorang pemburu yang menggunakan penyumpit iaitu buluh yang
dimasukkan sejenis sumpit untuk memecahkan belon yang
disediakan.
Alunan muzik daripada gendang kulit serta somputon akan
mengawal rentak tarian ini.
Di samping itu, Tarian Mangunatip ini mempunyai keunikan
tersendiri.

Melalui nama tarian ini sudah menampakkan keunikan kerana
mengekalkan identiti suku kaum Murut.


Oleh itu, setiap gerakan dalam sesuatu tarian mempunyai maksud
tersirat. Tarian Mangunatip juga mempunyai makna disebalik
sesuatu gerakan.
Tarian yang lemah-gemalai membawa maksud kesopanan wanita dan
pihak lelaki sebagai pelindung kepada wanita dalam kehidupan.
Ketika melalui buluh pula, penari lelaki dan wanita akan berpasang-
pasangan sambil berpegangan tangan menari melalui buluh tersebut.

Hal ini menerangkan bahawa walau apa jua cabaran dan rintangan
yang melanda, kedua-dua pasangan khasnya dalam institusi
perkahwinan, kedua-dua pihak hendaklah berganding bahu
menyelesaikan masalah dalam rumahtangga
Tarian Lansaran pula merupakan tarian yang agak bertenaga dan
memenatkan.
Tarian ini diadakan untuk tujuan menyambut hasil padi yang baik,
perkahwinan dan sebagai menyambut tetamu.
2 hari berturut-turut.
Para penari akan memijak lantai seolah-olah berspring dan selepas
itu akan mempunyai rentak tersendiri.
Tarian ini dapat mengeratkan perhubungan di antara kaum
keluarga serta sahabat di samping menjadi suatu daya tarikan
pelancong.
Di samping itu, tarian lansaran ini juga boleh menjadi salah satu
permainan tradisional bagi suku kaum Murut
Tarian
Lansaran
kaum Murut
Hari Pesta Menuai dalam bahasa Murut ialah Orou Napangaan
Nanantab.
Walau bagaimanapun, nama sebenar perayaan selepas menuai bagi suku
kaum Murut adalah Mansisia.
Sebelum perayaan tersebut, setiap keluarga menyumbangkan beras
kepada Ketua Masyarakat iaitu penghulu untuk dimasak sama ada dibuat
tapai atau nasi.
Mereka juga menyumbangkan wang untuk membeli lauk-pauk semasa
perayaan.
Apabila hari Mansisia menjelang, semua penduduk kampung akan
menghadiri jamuan makan dan minum di Tulus iaitu rumah panjang atau
di rumah Penghulu jika kampung berkenaan tidak mempunyai Tulus.
Acara rasmi dalam perayaan tersebut adalah minum tapai
yang dipanggil Pansisiaan.
Semua penduduk kampung dikehendaki minum tapai
tersebut sebagai adat tradisi.
Dalam perayaan Mansisia semua penduduk kampung dapat
menikmati hasil tuaian setiap keluarga memandangkan
beras yang disumbangkan sebelumnya dicampur-gaulkan
sebelum dimasak.
Tujuan perayaan Mansisia ini adalah sebagai hari kesyukuran
dan bersukaria.
Hari tersebut juga dianggap sebagai hari Kelepasan Am bagi
para petani.
Biasanya perayaan tersebut dilengkapi dengan beberapa acara
yang menarik seperti persembahan kebudayaan, minum tapai
dan bermacam-macam lagi yang sesuai dengan suasana
sambutan perayaan Mansisia.
Di samping itu, responden mengatakan perayaan tradisi suku
kaum Murut iaitu Orou Napangaan Nanantab hampir sama
dengan perayaan tradisi suku kaum Kadazan Dusun iaitu
Pesta Kaamatan
Kaum Bugis
Bugis Sabah sebenarnya bukan penduduk asal atau peribumi di
Negeri Sabah.
Majoriti Bugis di Sabah hari ini adalah Bugis Indonesia kerana
mereka telah datang selepas kewujudan negara Indonesia yang
merdeka selepas pada 17 Ogos 1945 iaitu akhir tahun 1960an,
1970an dan kemuncaknya ketika 1980an seterusnya berterusan
sehinggalah ke hari ini.
Mereka ini telah disemai dengan semangat cintakan tanah air
mereka Indonesia dan mengamalkan budaya hidup Indonesia
terlebih dahulu sebelum datang ke Malaysia.
Sebab utama rakyat Indonesia ini dahulunya sanggup datang
sejauh ini ke Malaysia adalah atas sebab faktor ekonomi yang
menjanjikan kehidupan yang lebih baik di Malaysia berbanding di
tanah air mereka.
Bugis Indonesia adalah berbeza dengan masyarakat Melayu yang
banyak di Tawau
Ini kerana orang-orang Bugis asli dari Indonesia ini kurang gemar
perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu tempatan di Sabah.
Sebaliknya mereka cenderung berkahwin dengan sesama sendiri (di
kalangan Bugis Indonesia) dan hidup dengan mengamalkan cara hidup
mereka sendiri iaitu adat resam dan budaya Bugis atau gaya hidup
Indonesia.
Mereka juga lebih suka bertutur dengan bahasa Bugis dan
menggunakan loghat Bugis jika bertutur dalam bahasa Melayu.
Mengikut analisis semasa komuniti Bugis di Sabah boleh dibahagikan
kepada 3 bahagian.
Pembahagian kumpulan etnik Bugis adalah seperti berikut :
I. Melayu Bugis ( 10 % ),
II. Bugis Bertaraf Wargenegara ( 30 % ) ,
III. Bugis Indonesia Bukan Bertaraf Warganegara ( 60 % ).

Tafsirannya adalah Melayu Bugis ialah masyarakat Melayu
Tawau yang mempunyai darah Bugis namun tidak mengamalkan
budaya Bugis dan tidak tahu bertutur dalam bahasa Bugis.
Ini kerana mereka sudah bercampur melalui perkahwinan dengan
keturunan Melayu yang lain seperti Tidung, Arab, Suluk dan Bajau.
Jumlah mereka adalah sedikit dan sukar dikenalpasti
Mereka juga hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu dan
mengamalkan budaya Melayu.
Selain itu, mereka tidak ada hubungan keluarga dengan bangsa
Bugis di Sulawesi selatan
Golongan ini juga tidak pernah balik kampung.
Tafsiran Bugis Bertaraf Wargenegara pula ialah kumpulan
pendatang Indonesia yang dilahirkan di Sulawesi selatan dan
datang ke Sabah semata-mata untuk bekerja di ladang-ladang.
Kemudian mereka melahirkan anak-anak di sini yang
kemudiannya mendapat pendidikan di sekolah sekolah kerajaan.
mendapat taraf warganegara, penduduk tetap ataupun
penduduk sementara.
Sebab itulah golongan ini seringkali balik kampung
Manakala tafsiran Bugis Indonesia Bukan Wargenegara pula
ialah golongan pekerja Indonesia yang berbangsa Bugis yang
terlalu ramai terdapat di negeri Sabah.

Mereka ini bertaraf warganegara Indonesia dan bekerja
secara sah di Sabah menggunakan pasport luar negara.
Ramai yang sedang memohon taraf kerakyatan di
Putrajaya.
Kebanyakan komuniti Bugis di Sabah tertumpu di daerah
Tawau hingga ke kawasan daerah sekitarnya seperti
Kunak dan Lahad Datu.

Penempatan Orang Bugis
Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat
di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah.
Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur
Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad
Datu.
Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau
khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau.
Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan
Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera,
Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad
ke-16 lagi.
Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di kawasan
yang dikenali sebagai Ranggu.
Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan
Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk
berulang-alik ke Indonesia.
Mereka menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke
ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu.
Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone
bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai.
Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada
Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun
yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.
Kemudian, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum
Bugis dan kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan
Bandar Tawau.
Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar
Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe
dan Haji Osman.
Budaya Bugis di Sabah
I La Galigo
La- Galigo ialah tulisan-tulisan atau manuskrip panjang yang terhasil
daripada cerita yang menjadi warisan nene moyang dalam masyarakat
Bugis.
Penyebaran ini diturunkan daripada satu generasi kepada satu geberasi
yang lein melalui tradisi lisan dan tulisan.
La Galigo bercerita tentang ratusan keturunan dewa yang hidup pada
suatu masa selama 6 (enam) generasi turun temurun di berbagai kerajaan
di sulawesi selatan dan daerah pulau-pulau disekitarnya.
Naskah bersyair tersebut ditulis dalam bahasa bugis kuno dengan gaya
bahasa sastra tinggi.
Hingga memasuki abad ke 20 Masehi naskah la galigo secara luas diyakini
oleh masyarakat bugis sebagai suatu alkitab yang sacral dan tidak boleh
dibaca tanpa didahului upacara ritual tertentu.
La Galigo adalah epik terpanjang dunia.
Ia wujud sebelum epik Mahabharata.
Ia mengandungi sebahagian besar puisi ditulis dalam bahasa bugis
lama.
Epik ini mengisahkan tentang kisah Sawerigading, seorang pahlawan
yang gagah berani dan juga perantau.
La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh
dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa.
Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan
mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14.
Cerita rakyat- mitos ikan sebelah
Cerita asal usul ikan sebelah adalah merujuk mitos pada masa
dahulu di sebuah kampung yang menjadi tempat tinggal sepasang
suami isteri.
Suami merupakan seorang nelayan manakala isterinya pula sebagai
seorang suri rumah tangga.
Pada suatu hari, suami telah berpesan kepada isterinya supaya
tidak keluar dari rumah.
Walaubagaimanapun, isterinya tidak mendengar arahan suaminya
dan keluar dari rumah.
Sewaktu suaminya balik ke rumah dan dapati isterinya tidak
berada di rumah, dia berasa sangat marah.
Ketika dia ternampak isterinya, dia terus mengeluarkan parang
dan mencederakan isterinya.

Isterinya cedera parah dan telah jatuh ke dalam laut.
Pada masa itu, dia telah menjelma menjadi ikan sebelah kerana
separuh badan telah hilang.
Oleh itu, terdapat masyarakat Bugis yang tidak mahu makan ikan
sebelah akibat percaya akan certa tersebut.

Lagu Dodoi
Lagu ini digunakan untuk menidurkan anak.
Si ibu akan menggunakan irama yang mendayu yang bernama Ya
Be La Le untuk menidurkan anak mereka.
Lagu tersebut mempunyai pelbagai versi mengikut loghat suku Bugis
yang menyanyikannya.
Jika orang Bugis Bone yang melagukannya, liriknya dapat diubah
mengikut kesesuaian penyanyi.
Terdapat versi yang dilagukan oleh kaum lelaki atau si ayah.
Jika lelaki yang menyanyikan lagu tersebut, liriknya akan berubah
dan nasihat yang disampaikan juga tidak sama.
Alat muzik
Masyarakat Bugis memiliki alat muzik yang terkenal yang dikenali
sebagai kecapi.
Alat muzik ini selalunya dimainkan oleh orang-orang tua dan
diiringi lagu-lagu dalam Bahasa Bugis.
Kecapi merupakan sejenis kordofon yang berbentuk tiang topang
perahu atau hamper menyerupai sape.
Ia hanya mempunyai dua tali yang diperbuat daripada tangsi.
Orang Bugis juga memiliki alat muzik gambus yang dipanggil
sebagai gambusu, gendang dan gong seperti yang terdapat dalam
kalangan masyarakat Melayu.
Orang Bugis di Tawau gemar dan terkenal dengan alat muzik
kategori membranofon yang dikenali sebagai gendrang
/gendang.
Ia diperbuat daripada kulit kambing atau kulit lembu yang
diikat pada batang kayu nangka.
Set gandrang meliputi gendang kecil yang dipanggil sebagai
pemula muzik, gendang besar dan gong.
Gong digunakan untuk mengiringi muzik gandrang.

Busana Tradisional Bugis
Baju Bodo
Baju Bodo ialah sejenis baju yang pendek yang hanya dipakai
oleh golongan wanita bersama dengan kain sutera.
Baju tersebut diperbuat daripada kain yang sangat nipis
manakala pada masa kini pula, ia telah berubah dan
menggunakan kain sutera Bugis.
Pada masa dahulu, warna pakaian akan menandakan fasa
kehidupan atau tingkat usia seseorang perempuan.
Kini baju Bodo hanya dipakai pengantin dan pengiringnya
dalam upacara perkahwinan.
Wanita Bugis di Sabah mempunyai keunikan tersendiri sewaktu
meraikan keramaian, seperti kenduri perkahwinan atau
menyambut hari raya.
Mereka sering tampil dengan kelainan dan golongan generasi
tua komuniti Bugis sering mengenakan pakaian yang dijahit
dengan menggunakan kain Veil.
Kain ini akan dijahit fesyen baju kebaya pendek atau panjang.
Biasanya, baju tersebut akan digayakan dengan kain sabbe
sebagai pelengkap gaya.
Aksesori Pengantin




Nama Kenyataan
Mahkota - Bando Sebagai pelengkap kepada pakaian
wanita Bugis
Sanggul - konde Digunakan oleh wanita yang tidak
memakai tudung untuk mencantikkan
rambut.
Gelang panjang tenggoro tedong Diperbuat daripada aluminium
berwarna perak dan diukir dengan
motif bunga.
Anting-anting - bangkara Digantung pada telinga untuk
menyerikan pengantin.
Perhiasan rantai geno ma bule Terdiri daripada Sembilan pecahan
bunga yang disusun untuk menyerikan
busana.
Tarian tradisional
Tari pelangi - tarian pabbakkanna lajina atau biasa disebut tari
meminta hujan.
Tari Paduppa Bosara - tarian yang mengambarkan kedatangan
tetamu Bugis sebagai tanda kesyukuran dan kehormatan.
Tari Pattennung - tarian adat yang menggambarkan perempuan-
perempuan yang sedang menenun benang menjadi kain.
Melambangkan kesabaran dan ketekunan perempuan-perempuan
Bugis.
Tari Pajoge dan Tari Anak Masari; tarian ini dilakukan oleh calabai
(waria), namun jenis tarian ini sulit sekali ditemukan bahkan
dikategorikan telah punah.
Jenis tarian yang lain adalah tari Pangayo, tari Passassa, tari
Pagalung, dan tari Pabbatte
Tarian tradisional
Jenis Tarian Pernyataan
Tari pelangi tarian pabbakkanna lajina atau biasa disebut tari
meminta hujan.

Tari Paduppa Bosara tarian yang mengambarkan kedatangan tetamu Bugis
sebagai tanda kesyukuran dan kehormatan.

Tari Pattennung tarian adat yang menggambarkan perempuan-
perempuan yang sedang menenun benang menjadi
kain. Melambangkan kesabaran dan ketekunan
perempuan-perempuan Bugis.
Tari Pajoge dan Tari Anak Masari tarian ini dilakukan oleh calabai (waria), namun
jenis tarian ini sulit sekali ditemukan bahkan
dikategorikan telah punah.
Permainan
Beberapa permainan khas yang sering dijumpai
di masyarakat Bugis :
I. Mallogo,
II. Mappadendang,
III. Magasing,
IV. Mattoajang (ayunan),
V. getong-getong,
VI. Marraga,
VII.Mappasajang (layang-layang),
VIII.Malonggak
Pengenalan
Asal usul nama Bisaya adalah daripada perkataan Bisai-yah
yang diucapkan oleh Sultan Brunei.
Bisai (bahasa Brunei) cantik

Keindahan perkampungan etnik Bisaya dan keelokan
paras rupa orang-orang Bisaya yang begitu dikagumi
oleh Sultan dan pembesar Brunei yang melawat ke
kawasan perkampungan orang Bisaya pada masa
itu.
Berdasarkan kajian bahasa dan budaya etnik ini, terdapat
penerimaan umum bahawa etnik Bisaya di Sabah adalah
daripada kelompol etnik Dusun yang merupkan penduduk
terawal di Borneo.
Kajian linguistik terhadap bahasa Bisaya adalah daripada
kelompok bahasa Dusun.
Petempatan
Etnik Bisaya mendiami di daerah pedalaman Sabah
khususnya di daerah Beaufort, Kuala Penyu,
Menumbok, Sipitang, dan Wilayah Persekutuan
Labuan.
Tahun Bilangan Etnik
1921 7,092 orang
1970 13,998 orang
1980 20,000 orang
Masa kini Lebih kurang 50,000 orang
Di daerah Beaufort, etnik Bisaya mendiami
kawasan Klias dan tebing Sungai Padas.
Kawasan Klias : Kampung Kebatu, Kukut,
Kabidang, Takuli, Landayan, Malabau, Pilajau,
Kota Klias, Klias Kecil, Laba, Kakuro, Rancangan
Petempatan Klias dan Nukahan.
Kawasan tebing Sungai Padas : kawasan Kampung
Malalugus, Luagan, Beringin, Gadong, Kepawa,
Mempagar, Limbawang, Pintas, Lupak, Batandok,
Lukut, Silaun, Kebulu, Kadingan, Kuridak,
Garama, Patani, Lawa, Kabajang, Lago, Suasa,
Jabang, Mentuludd, Bangkalalak dan Padas Damit .

Kuala Penyu : Kampung Parit, Kerukan, Kekappor,
Berangkok dan Mansud.
Menumbok : Kilugus, Siaun, Sinapokan, Malikai dan
pekan Menumbok.
Sipitang : Sindumin, Mesapol dan sebagai komuniti
kecil di perkampungan lain.
Kawasan yang bercampur gaul dengan etnik lain :
Kota Kinabalu, Wilayah Persekutuan Labuan,
Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan,
Kinabatangan, Keningau, Kudat, Kota Belud, Ranau,
Tenom dan Papar.
Budaya Etnik Bisaya
Budaya
Tarian Tradisi
Bisaya
Seni Muzik
Tradisi
1. Tarian Tradisi Bisaya
Tarian tradisi yang melambangkan identiti budaya etnik Bisaya
Sabah dapat dikesan pada awal tahun 1960 (selepas Sabah
mencapai kemerdekaan).
Penubuhan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (1977) berusaha
untuk memelihara seni budaya Bisaya dan menonjolkannya dalam
pelbagai kegiatan kebudayaan serta majlis keramaian.

Terdapat 2 jenis tarian :
Tarian Liliput
(a) Tarian Liliput
Maksud : berkeliling atau mengelilingi sesuatu
Gerak tari yang dipersembahkan penari seakan-akan mengelilingi
sesuatu objek di kawasan tarian.
Dibentuk berasaskan amalan perubatan tradisional menerusi
acara yang digelar barasik (satu kaedah pemujaan semangat ke
atas pesakit dan menghalau gangguan makhluk halus dengan
mempersembahkan hidangan atau jamuan kepada makhluk halus
dan mendapatkan khidmat seorang bomoh (babalian).
Tarian ini melibatkan 8 orang penari yang terdiri daripada 4 orang
lelaki dan 4 orang perempuan.
Penari-penari akan membawa kain yang berwarna kuning, merah
dan hijau sebesar sapu tangan yang diikat pada pergelangan
tangan (mencontohi babalian yang menggunakan kain selendang
untuk dikibarkan semasa menyeru makhluk halus.)
Baju tradisi adalah berwarna hitam sama dengan warna pakaian
babalian.
Alat muzik yang digunakan adalah muzik kulintangan.
Tarian Tumutu
(b) Tarian Tumutu
Berkait rapat dengan kegiatan ekonomi khususnya kegiatan
penanaman padi.
Tumutu bermaksud menumbuk padi yang bersempena dengan aktiviti
menumbuk padi secara beramai-ramai selepas selesainya kerja
menuai padi.
Persembahan tarian melibatkan 4 orang penari lelaki dan 4 orang
penari perempuan.
Penara lelaki akan membawa lesung dan menari sambil membawa
alu (peralatan untuk menumbuk padi) manakala penari
perempuan membawa nyiru untuk menampi padi.
Melibatkan pergerakan sebagai simbol kegiatan menanam,
menuai, menumbuk dan menampi padi.
Tarian ini melambangkan cara hidup dan kegiatan ekonomi nenek
moyang mereka pada zaman dahulu.

Nyiru
2. Seni Muzik Tradisi
Alat Muzik
Tradisi
Kulintangan
Gambang Mangalang
(a) Kulintangan
Merupakan khazanah kebanggaan bagi etbik
Bisaya.
Terdapat kumpulan kulintangan yang terdiri
daripada pelbagai kategori, iaitu kumpulan
daripada golongan lelaki, wanita, remaja dan
kanak-kanak.
Kehebatan etnik Bisaya memainkan muzik
kulintangan menyebabkan daerah Beaufort
menjadi tempat penganjuran Pesta Kulintangan
Peringkat Negeri Sabah bermula sejak tahun
2007.
(b) Mangalang
Cara orang kampung menunjukkan kehebatan menumbuk padi dengan
menggunakan lesung yang mempunyai tiga lubang.
(c) Gambang
Diperbuat daripada kayu, besi dan buluh.

Dikatakan sejarah migrasi orang Brunei ke Sabah bermula semasa pemerintahan Sultan
Brunei ke-5 iaitu Sultan Volkiah (1485-1524).
Kewujudan orang Brunei di Sabah juga sering dikaitkan dengan sejarah kerajaan
Kesultanan Melayu Brunei kerana sejarah Sabah adalah sebahagian daripada sejarah
kerajaan Brunei tradisi sevbelum bermulanya penjajahan British pada 1881.
Petempatan
Mendiami Residensi Pantai Barat terutamna di
kawasan pinggir pantai yang menganjur dari
daerah Tuaran (bahagian utara) sehingga ke
daerah Sipitang (bahagian selatan).

Beberapa buah daerah yang didiami oleh
orang Brunei : Sipitang, Weston, Menumbok,
Kuala Penyu, Kota Klias, Membakut,
Bongawan, Kimanis, Benoni, Papar, Tuaran,
Kudat dan juga termasuk di Pulau Labuan.
Budaya
1. Alat Muzik
Gambus Rampana
Gong
Gulingtangan
2. Tarian
(a)Tarian Adai-adai
Ditarikan oleh pasangan lelaki dan
perempuan.
Menggambarkan aktiviti dan
kehidupan nelayan serta petani.
Mengisahkan kumpulan nelayan pergi
menangkap ikan di laut manakala
golongan wanita pula menunggu
kepulangan mereka di kawasan
pantai untuk membantu mengutip
hasil tangkapan yang akan diperoleh.
Tarian Adai-Adai
3. Permainan Tradisi
Permainan
Tradisi
Main Kikik
Dikenali sebagai
permainan
layang-layang
Gasing
Pengenalan
Dikenali sebagai pelayar yang handal (mahir dan tangkas dalam dunia
kelautan) kerana sebahagian besar petempatan masyarakat Iranun
terletak di kawasan yang berhampiran dengan pantai.
Perkataan Iranun merujuk makna berkasih-kasihan.
Akar kata ranun : kasih sayang
Ditambah vokal [i] : bererti dikasihi
Kesimpulannya, Iranun merujuk nilai kasih sayang yang mengikat tali
kekitaan, memanjangkan semangat persaudaraan menerusi perlakuan
bekerjasama, bertolongan, saling memvantu dan menjunjung prinbsip
gotong-royong.

Terdapat satu keramat pegangan bagi masyarakat Iranun iaitu :
Semangat satu bangsa,
kita bangsa Iranun.
Petempatan
Lebih tertumpu di kawasan pesisir Pantai Timur dan Pantai Barat
Sabah.
Masyarakat Iranun gemar tertumpu berdekatan dengan pantai
dan kuala-kuala sungai serta membina rumah secara rapat antara
satu sama lain kerana mereka mempunyai ikatan hubungan sosial
yang rapat dan erat.
Kegiatan ekonomi : bertani dan menangkap ikan.
Masyarakat Iranun mendominasi :

Pantai Timur Pantai Barat
1. Kawasan Tungku
2. Lahad Datu
1. Kawasan Kudat
2. Kota Belud (kawasan
petempatan majoriti
masyarakat Iranun)
Budaya
Lebih mahir dalam menenun
Contoh : Tanjak (dalam bahasa Iranun adalah
tubau atau dimpau), sulaman tikar (liaupan)
Seni Kraf
Tangan
Pakaian dan Perhiasan Lengkap bagi
pengantin Iranun (merujuk slide yang
seterusnya)
Pakaian dan
perhiasan
lain
Pengenalan
Etnik Suluk berasal dari Kepulauan Sulu.
Kerajaan Brunei telah menghadiahkan Sultan Sulu wilayah
jajahannya di Borneo Utara (Sabah) kerana berjaya
membantu Sultan Brunei menamatkan perang saudara yang
berlarutan selama 10 tahun.
Juga dikenali sebagai orang laut kerana gaya hidup yang
gemar akan pelayaran dan juga bermula dengan pekerjaan
sebagai nelayan dan mengambil hasil laut.
Petempatan
Umumnya etnik Suluk bertumpu di kawasan Pantai Timur di
Sabah seperti Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan
Semporna.

Juga tinggal di kawasan Kota Kinabalu seperti Tuaran,
Penampang dan daerah Kkudat.
Budaya
Berasal daripada perkataan Inggeris iaitu
darling (sayang)
Tarian Daling-Daling
Gabbang
Biola
Alat Muzik
Saidul Nornis Hj. Mahali. 2012. Bajau Pantai Barat. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Jacqueline Pugh Kitingani. 2012. KadazanDusun. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Kntayya Mariappan dan Paul Porodong, 2012. Murut & Pelbagai
Etnik Kecil Lain di Sabah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan &
Buku Malaysia Berhad.
Daya Sansalu. 2008. Kadazandusun di Sabah: Pendidikan dan
Proses Pemodenan 1881-1967. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rosnah Ismail Abdul Halim Othman. 1999. Kualiti Keluarga
Kadazandusun: satu wawancara Kumpulan berfokus. Kuala
Lumpur: Affluent Master Sdn. Bhd.
Asmiaty Arnat. 2012. Bugis Sabah. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
G.C Woolley. 2004. The Timogun Muruts of Sabah. Kota Kinabalu:
Natural History Publication (Borneo).
Suraya Sintang. 2007. Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
P. S. Shim. 2007. Inland People of Sabah. Kota Kinabalu: Borneo
Cultural Heritage Publisher.
Shamsiah Sabaruddin. 1993. Tarian-tarian Penduduk Sabah dan
Sarawak. Kuala Lumpur: Pustaka Bukti Wira.
Haji. Ismail Haji Bungsu. 1995. Warna Budaya. Sabah: Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Pengenalan kepada negeri Sabah. Dimuat turun pada 18 Januari,
2014 dari http://www.sabah.edu.my/kds/kebudayaandisabah.htm
Meneroka budaya etnik Sabah. Dimuat turun pada 18 Januari, 2014
dari
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1018&pub
=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_03.htm

You might also like