You are on page 1of 3

OPINION

Bantah GST: Dengarlah suara rakyat


MAY 06, 2014

Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen
tetapi menjadi pemerhati politik yang tegar.
Himpunan Bantah GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) di ibu negara yang dihadiri hampir
100,000 rakyat pelbagai kaum 1 Mei lalu adalah isyarat yang sangat jelas rakyat menentang
kedatangan GST itu yang dikira sangat membebankan mereka yang berpendapatan rendah.
Malah badan penyelidik bebas, Merdeka Center mendedahkan sebanyak 62% rakyat Malaysia
tidak menyokong pelaksanaan cukai kontroversi GST.
Kaji selidik melibatkan seramai 1,009 orang itu dibuat pada bulan lalu, malah 33% daripada
responden tidak memahami mengenai GST. Tetapi sebagai reaksi spontan ada pemimpin
politik kerajaan dengan angkuh berkata GST akan diteruskan juga. Ini kesombongan yang
merasakan pihaknya sangat berkuasa.
Ia tidak sedar kerajaan Barisan Nasional (BN), dalam PRU yang lalu, hanya mendapat undi
48%, sementara Pakatan Rakyat mendapat 52% undi popular. Sepatutnya pemimpin kerajaan
mendengar bantahan rakyat kerana mereka yang merasakan kesan cukai itu secara lansung di
mana orang kaya, atau orang kaya-kaya dan orang besar tidak akan merasakan kesan GST ini.
Seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerajaan akan
melaksanakan GST mulai 1 April 2015, iaitu dalam tempoh setahun lagi. Mengapa rang
undang-undang ini dibentangkan awal. Adakah kerana menjelang Himpunan Anti GST 1 Mei
itu.
Golongan ternama dan hidup mewah ini segalanya percuma, bayaran perubatan percuma dan
semuanya percuma, sama ada ditanggung oleh kerajaan mahupun syarikat besar di mana
mereka menjadi bos.
Maka, rakyat biasa - buruh, petani, nelayan, pekebun kecil, pegawai rendah dan kerani biasa
akan menanggung beban dengan cukai bentuk baru ini. Justeru tidak ada yang percuma bagi
mereka, semuanya dibayar sendiri. Wang BR1M RM650 untuk mengurangkan beban setahun,
di mana logiknya.
Menurut kajian, golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana masih lagi menjadi
kelompok terbesar rakyat di negara ini.
Sebab itu, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, keadaan itu
menyebabkan rakyat berpendapatan rendah terpaksa membayar jumlah cukai yang sama rata
dengan golongan berpendapatan menengah bagi memperoleh barangan atau perkhidmatan
yang sama.
Formatted: Font: (Default) Arial, 8.5 pt, Font
color: Custom Color(RGB(0,66,118))
"Kepada saya, apabila tiba masa tertentu baru GST boleh dilaksanakan tetapi bukan sekarang.
Masih wujud jurang pendapatan yang jauh, jadi orang yang dikenakan cukai berpendapatan
RM1,000 sama jumlahnya dengan orang berpendapatan RM30,000 sebulan. Apabila orang
yang kurang duit dikenakan cukai, mereka merasakan beban lebih besar daripada golongan
berpendapatan tinggi, katanya.
Saya tertarik dengan pandangan Dr Syed Husin Ali GST cukai banyak peringkat yang
dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan yang digunakan. Barang dan perkhidmatan itu
boleh dibuat atau dikeluarkan dalam ataupun luar negara. Tetapi ia tidak termasuk yang
dieksport.
Yang dimaksudkan dengan cukai dikenakan banyak peringkat, katanya, ialah cukai tidak
dikenakan hanya pada peringkat akhir, iaitu semasa dibeli untuk penggunaan. Bahkan
sebaliknya, cukai dikenakan pada setiap peringkat dalam rantai bekalan dari kilang hingga
sampai kepada peruncit dan pengguna.
Syed Husin menyebut senarai beberapa produk yang tidak dikenakan cukai GST - daripada
beras dan tepung hingga belacan dan cencalok.Tetapi, katanya, ini cuma pembebasan cukai
pada peringkat akhir saja. Pada semua peringkat pengeluaran sebelumnya cukai sudah
dikenakan. Contohnya, untuk pengeluaran beras cukai dikenakan untuk jentera membajak, baja
digunakan, minyak untuk pengangkutan. Begitu juga dengan produk lain.
Baginya, GST adalah satu jenis cukai yang regresif. Ertinya bebannya adalah lebih berat
semakin rendah pendapatan, ringan bebannya bagi golongan kaya dan berat bagi golongan
miskin. Sudah tentulah ini tidak adil, katanya.
Contoh yang diberikan oleh Syed Husin ialah beban cukai bagi mereka berpendapatan
RM10,000 sebulan yang berbelanja RM5,000 adalah lebih ringan daripada bagi orang
berpendapatan RM3,000 yang berbelanja RM2,500 untuk barang dan khidmat yang digunakan.
Perdana menteri menyebut, kadar cukai GST ialah sebanyak 6%, walaupun ini tidak disebut
dalam rang undang-undang ini. Bererti orang yang berbelanja RM5,000 akan membayar cukai
sebanyak RM300 daripada pendapatan mereka RM10,000, manakala yang berbelanja
RM2,500 akan membayar cukai RM150 daripada pendapatan RM3,000 mereka. Katanya, tidak
sepatutnya negara ini membebankan semua rakyat, terutama sekali mereka yang
berpendapatan rendah, dengan memungut cukai melalui GST. Ada pelbagai cara lain untuk
menambah cukai, tetapi ini belum dikaji.
Antaranya, kata Syed Husin ialah: mengenakan kadar cukai khusus ke atas syarikat yang
terlibat dengan industri 'berdosa' seperti rokok, minuman keras dan perjudian; cukai ke atas
keuntungan besar yang diperolehi secara mendadak (windfall profit tax); menyelaraskan cukai
supaya lebih progresif dengan mengenakan cukai lebih tinggi kepada yang paling kaya.
Baginya, sebenarnya GST tidak wajar dikenakan apabila masih meluas berlakunya rasuah atau
ketirisan.
Pelbagai pandangan dengan pelbagai hujah dari plbagai pihak mengenai GST ini. Mereka
terdiri daripada ahli ekonomi, ahli akadamik, pemimpin NGO dan pmimpin politik serta rakyat
prihatin. Kebanyakannya menentang dan bimbang dengan kedatangan GST ini. Ada juga yang
hanya ragu-ragu dan tidak faham.
GST memang bukan hantu seperti Dracula yang menghisap darah manusia, tetapi ia sistem
ekonomi dan undang-undang yang akan mendera rakyat, terutama berpendapatan rendah dan
sederhana, maka ia wajar ditentang kerana ia hanya menguntungkan kapitalis, terutama yang
mnguasai industri ubat-ubatan di Amerika.
Sebab itu pemerintah perlu mendengar bantahan rakyat terhadap GST ini.
Saya teringat kata-kata bekas Presiden Amerika, Thomas Jefferson:
"When the people fear the government there is tyranny, when the government fears the people
there is liberty." 6 Mei, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The
Malaysian Insider.

You might also like