You are on page 1of 15

1

PENGENALAN KEPADA PEMIKIRAN



apa itu permikiran?
keunikan manusia terletak pada keinginan untuk mengetahui sesuatu.
keupayaan intelek perlu dipupuk untuk mengingatkan kualiti berfikir
seseorang.
proses berfikir adalah seperti operasi yang menggunakan fakta-fakta lain
supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.
bagaimana mendefinasikan pemikiran?
bayangkan apakah yang berlaku dalam minda anada ketika anda berfikir.....
senaraikan : apa yang berlaku,dimana ia berlaku,apa yang terlibat dan untuk
apa.
manfaat berfikir
membuat keputusan yang positif.
meletakkan diri di tempat orang lain.(emosi)
mengenalpasti semua elemen yang berlaku ,sebab dan akibat sesuatu
kejadian.
menjimatkan masa dengan mengasingkan fakta daripada isu personal.
halangan berfikir
mengaibaikan dan tidak mahu menerima kebenaran
emosi
ego
tingkah laku luar kawal
menyalahkan orang lain
2

PEMIKIRAN KRITIKAL
perkataan KRITIS adalah berasal dari satu perkataan inggeris iaitu 'CRITIC'
kata dasar 'KRITIS' merupakan perkataan Greek 'KRITHS' (kritikos) yang
membawa erti menimbang (judge) .
meninmbang pula bermaksud menilai ,membezakan ,mencetuskan dan
menyoal samada sesuatu itu benar atau salah.
pemikiran kritis /kritikal ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang
asas untuk menganalisis , mentafsir dan menilai sesuatu hujah yang
mendalam.
kepentingan berfikir secara kritis
bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk
berhujah secara lebih berkesan.
aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ilah penghujahan ,iaitu
cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.
merupakan domain kemahiran berfikir secara umum.
penting dalam ekonomi pengetahuan baru.
dapat mempertingkatkan analisis kendiri.
dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan kemahiran pembentangan.
mempromosikan daya pemikiran kreatif.






3

ciri pemikiran kritikal
REAKTIF ,reaksi atau gerak balas terhadap idea yang sedia ada dan bukan
penghasilan idea baru.
PENILAIAN ,digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu idea itu patut
dipercayai.
ANALISIS ,melibatkan penggunaan operasi dan kemahiran berfikir yang asas
untuk menganalisis sesuatu hujah supaya dapat ditafsirdan difahami dengan
jelas.
LOGIK ,merangkumi kaedah memikul secara logik dan bersepadu dengan
mempertimbangkan andaian.

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan
menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan
sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud,
abstrak, atau gagasan. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan
sesorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan
mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan
hasil adea yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada
gabungan idea yang sedia ada
Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk
mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru
terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Keupayaan
meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu pelajar dalam
memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari
semasa pembelajaran.
4

Proses-Proses Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
MENJANA IDEA ,Menjanakan idea merupakan satu proses menghasilkan
sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan dengan
sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak mencari
idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara.
MEMBUAT INFERENS ,Merupakan tingkahlaku minda dalam membuat
kesimpulan atau andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat
atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat. Kesimpulan awal
yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar atau pun tidak kerana
kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada
sesuatu pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak
merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan; dan
menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.
MERAMAL , Merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan
pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang
akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat
tertentu. Aktiviti membuat ramalan pula akan dilakukan sekiranya pelajar
hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang dandaikan akan
berlaku; dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara.
5



halangan berfikiran kreatif
berkelakuan negatif
takut kegagalan
tekanan
mengikuti peraturan
membuat tanggapan sendiri
terlalu bergantung dengan logik





6

Peta Membanding dan Membeza
Definisi
Mengkaji persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih daripada dua
perkara berdasarkan aspek-aspek yang tertentu. Perkara yang dikaji boleh
merupakan sesuatu objek, peristiwa, organisma, idea, sistem, atau institusi.
Tujuan
Memahami perkara-perkara yang dibandingkan dengan lebih mendalam lagi.
Mengelak daripada terkeliru tentang perkara-perkara yang seakan akan
sama
Membantu dalam kemahiran yang lebih kompleks separti mengelas.
Membuat definisi, dan membuat analogi.
Membantu membuat keputusan dengan bijak.




7

Contoh peta banding beza






Terdiri daripada perkataan-perkataan
Kedua-duanya merupakan ayat
Mempunyai subjek dan predikat
Dua bentuk ayat tunggal
Bentuk boleh saling bertukar







8













Kata kerja
penerangan
jenis
contoh
kesimpulan
9

Peta Tulang Ikan.
Peta tulang ikan (kadang-kadang dipanggil peta tulang hering) adalah sejenis
penganjur grafik yang digunakan untuk meneroka pelbagai aspek atau kesan topik
yang kompleks, membantu pelajar untuk menyusun pemikiran mereka dengan cara
yang mudah, dengar. Penggunaan warna membantu membuat peta tulang ikan
yang lebih jelas dan lebih mudah untuk mentafsir.
Jika topik di tangan melibatkan menyiasat sifat-sifat yang berkaitan dengan satu,
topik yang kompleks, dan kemudian mendapatkan maklumat lanjut mengenai setiap
idea-idea, gunakan rajah tulang ikan sebagai penganjur grafik anda. Gambar rajah
tulang ikan adalah seperti peta labah-labah, tetapi ia berfungsi untuk topik-topik yang
lebih kompleks - topik yang memerlukan maklumat lanjut boleh dihitung.
Proses mewujudkan gambar rajah tulang ikan membantu fokus pelajar mengenai
topik ini, memerlukan pelajar untuk mengkaji semula apa yang mereka sudah tahu
untuk menyusun pengetahuan, dan membantu pelajar untuk memantau kefahaman
mereka yang semakin meningkat topik. Ia juga membantu ketika keluar kawasan di
mana pelajar perlu menyiasat lebih (di mana tulang ikan adalah sukar untuk
mengisi).
Contoh Fishbones: Sebagai contoh, gambar rajah tulang ikan boleh digunakan untuk
menyediakan tugasan bertulis; pelajar perlu menumpukan perhatian kepada topik
utama, senarai idea-idea yang besar mengenai topik ini, dan memikirkan sifat-sifat /
ciri-ciri / fungsi / kesan yang berkaitan dengan setiap idea.

10

Contoh Aplikasi peta tulang ikan










11

APA ITU PETA MINDA?
Peta Mind (Mind Mapping) adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan
daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau subconscious mind.
BAGAIMANA PETA MINDA BERFUNGSI?
Peta Minda adalah satu teknik yang digunakan bertujuan untuk membolehkan minda
kita menyimpan sesuatu maklumat atau fakta secara lebih kemas. Teknik ini
memerlukan kita mengabungkan beberapa keperluan seperti warna, gambar,
garisan dan lain lain lagi. Peta minda sebenarnya mengajar kita selari dengan
bagaimana otak kita berfikir. Hasil dari penggunaan peta minda yang betul, akan
menjadikan sesuatu fakta dapat di ingat dalam jangkamasa yang lama. Apa yang
penting ialah, dengan hanya melihat sekali imbas peta minda yang kita buat, ianya
akan mengigatkan apa yang kita baca sebelum ini. Bayangkan, bagaimana
bergunanya nota yang dibuat dengan teknik ini sebelum peperiksaan bermula.
Pelajar lain membaca nota berjela jela panjangnya tapi anda hanya melihat nota
sekali imbas sahaja.
1. Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan
bagi meningkatkan daya ingatan.
2. Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan
ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding,
menganalisis).
3. Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja.
4. Fokus kepada isu sebenar meningkat.
5. Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan
simbol, rajah, bongkah dan warna.
6. Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul
dan penuh makna yang nyata dan tersirat.



12













13

Contoh aplikasi peta minda










14

BIBLIOGRAFI
1. Beyer, B.K. (1991) Developing a Thinking Skills Program. Allyn and Bacon,
Boston.
2. Beyer, B.K. (1997) Improving Student Thinking. Allyn and Bacon, Boston.
3. Ennis, R. H. (1989) Critical Thinking and Subject Specificity: Clarification and
Needed Research. Educational Researcher, 18 (3), 5-6.
4. Joice, B., Well, M., Showers, B. (1992) Models of Teaching. Allyn and Bacon,
Boston.
5. Klopfer, L.E. (1971) Evaluation of Learning in Science. In B.S. Bloom, J.T.
Hasting, and G.F. Madaus (eds), Handbook on Formative and Summative
Evaluation of Student Learning, 559-642. McGraw Hill, New York.
6. Langer, E.J. (1997) The Power of Mindful Learning. Addison-Wesley Co. Inc.,
New York.
7. Langer, E.J. (1969) Mindfulness. Wesley Co. Inc., New York.
8. Pusat Perkembangan Kurikulum (1999) Penerapan Kemahiran Berfikir dan
Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
9. Resnick, L.B., Klopfer, L.E. (1989) Towards the Thinking Curriculum: Current
Cognitive Research. Association for Supervision and Curriculum Development,
Alexandria VA.



15


ISI KANDUNGAN
BIL ISI MUKA SURAT
1 PENGENALAN 1
2 PETA MEMBANDING BEZA 6
3 PETA TULANG IKAN(FISH BONE) 9
4 PETA MINDA 11
5 BIBLIORGAFI 14

You might also like