You are on page 1of 5

LAPORAN MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN

KESIHATAN KALI PERTAMA 2013





SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 20
JALAN USJ 20/6E,47630,SUBANG JAYA,
SELANGOR



LAPORAN MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
KALI PERTAMA 2013

TARIKH : 15 JAN 2013
MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

Kehadiran:

1. Encik MOHD ROZMAN B SEPEAI
2. Encik AHMAD ELYSAL B OTHMAN
3. Encik OMAR WAHYUDDIN
4. Encik MOHD FAKRULLAH B ABD AZIZ
5. ENCIK SYARIFUDDIN
6. CIK WAN ISMANIZA
7. Encik Kamarulzaman
8. En Mohd Farid


Agenda:

1. Kata-kata aluan Tuan Pengerusi. .
2. Pemilihan Setiausaha Baharu.
3. Huraian Pengajaran Tahunan dan Harian (selaras).
4. Pengurusan Stor Sukan.
5. Pembahagian Penyediaan Soalan Ujian.
6. Segak / PBS.
7. Perancangan Aktiviti PJK.
8. Perkara-Perkara Berbangkit.





PERKARA
1. Kata-kata aluan Tuan Pengerusi
1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan selamat datang ke perjumpaan yang pertama 2013
dan memperkenalkan ahli Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
1.2 Tuan Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada ahli baru
1.3 Tuan Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kerana dapat
datang pada pagi tersebut.



2. HURAIAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN HARIAN (SELARAS).
2.1 Tuan Pengerusi menerangkan tentang rancangan pengajaran harian (RPH) yang
perlu dibuat setiap guru. Cara penulisan RPH perlulah selaras bagi tujuan
penyelarasan apabila dipantau pihak atasan. Bagi tahun 4 hingga tahun 6
rancangan pengajaran masih sama iaitu menggunakan format KBSR seperti tahun
sebelumnya. Manakala bagi tahun 1, 2 dan 3 menggunakan format baru iaitu KSSR.
2.2 Bagi rancangan pengajaran untuk tahun 1, 2 dan 3, terdapat perbezaan sedikit
kerana telah menggunakan sukatan pelajaran baru iaitu Kurikulum Standart Sekolah
Rendah (KSSR).
2.3 Tuan Pengerusi telah menerangkan serba sedikit tentang rancangan pengajaran
harian KSSR dengan menunjukkan beberapa contoh.
2.4 Tuan Pengerussi juga menerangkan bahawa rancangan pengajaran harian untuk
KSSR mempunyai standart kandungan, pembelajaran, elemen EMK dan refleksi
hendaklah jelas serta teliti dan beberapa penekanan elemen iaitu keusahwanan
bersertakan contoh situasi iaitu persaingan dikalangan murid. Selain itu jumlah
kehadiran murid perlu dicatatkan didalam RPH.


2.5 Tuan Pengerusi ada juga menerangkan tentang objektif RPH yang perlu dicapai
iaitu bagi subjek Pendidikan Jasmani melibatkat psikomotor, kognitif dan afektif.
Manakala bagi subjek Pendidikan Kesihatan hanya melibatkan kognitif dan afektif.
Untuk psikomotor perlulah jelas seperti menyatakan bilangan percubaan, jarak dan
teknik yang betul digunakan. Bagi kognitif adalah pemahaman intelektual murid
dalam pembelajaran. Manakala afeknif adalah nilai-nilai moral yang positif yang
diterapkan kepada murik semasa beraktiviti. Objektid ini diguna pakai bg RPH KBSR
tetapi bagi KSSr perlu merujud panduan pengajaran guru.
2.6 Selain objektif, Tuan pengerusi juga menyatakan tentang aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran iaitu aktiviti permanasan badan perludisingkatkan dan diubahsuai.
Ini kerana waktu P&P berjalan selama 30 minit sahaja.
2.7 Penulisan refleksi perlu diambil berat kerana pada sebelum ini pihak PPD (Pn.
Mordiana) datang memantau dan menegur tentang refleksi. Ini terjadi kerana refleksi
sudah disiapkan (bertaip) sebelum P&P berlaku. Penulisan refleksi perlu meyatakan
berapa orang memahami dan menguasai apa yang diajar.
2.8 Instrumen Penilaian perlu dilakukan. Tuan Pengerusi mencadangkan untuk
membuat salinan yang banyak untuk digunapakai ramai dan pada tahun seterusnya.
Eviden perlu disimpan di dalama fail.

3. PENGURUSAN STOR SUKAN.

3.1 Tuan Pengerusi mencadangkan setiap guru bertugas pada hari yang
ditetapkan. Pada permulaan guru bebas memilih hari. Tugasnya amat mudah guru
yang bertugas perlu memastikan Stor Sukan berkunci sebelum balik dan peralatan
disusun dengan kemas.
3.2 Berikut adalah Jadual Pengurusan Stor Sukan
Hari
Isnin Selasa Rabu Khamis
Nama Guru
Rozman

/
Elysal

/

Omar

/

Wan /


3.3 Selain itu Tuan Pengerusi akan menyediakan buku log bagi memastikan setiap
barang yang dikeluarkan direkod.


3.4 Tuan Pengerusi memperingatkan kepada guru apabila meminta bantuan murid
semasa menghantar atau mengambil alatan perlulah menemani murid dan paling
ramai untuk murid mengambil atau memulangkan alatan adalah seramai 3 orang.
Guru juga mestilah bersama murid pada ketika itu.
3.5 Guru juga diminta untuk merekodkan setiap kali penggunaan alatan sukan.
3.6 Encik Omar mencadangkan Stor Sukan dilengkapi lampu kerana terlalu gelap.
Tuan pengerusi akan memaklumkan kepada juruteknik sekolah.
3.7 Tuan pengerusi menetapkan tarikh gotong royong menemas stor sukan. Ini kerana
Stor Kokurikulum sudah siap dan selepas ini peralatan tersebut diasingkan. Tarikh
gotong royong ditetapkan pada 2 Feb 2013. Ini kerana Guru Penolong Kanan 1 ada
meyatakan pada mesyuarat Kakitangan yang lepas iaitu mahukan bilik yang ceria.
4. PEMBAHAGIAN KERTAS SOALAN.
4.1 Pembahagian untuk membuat kertas solan dilakukan dengan adil iaitu setiap guru
perlu membuat 3 kali kertas soalan dalam tempoh setahun. Berikut adalah jadual
pembahagian kertas soalan.
Tahun
1 2 3 4 5 6
Ujian
Satu Wan Elysal Kzaman Farid Omar Fakrul
Dua Wan Rozman Elysal Rozman Rozman Sdin

4.2 Penyediaan kertas soalan perlu seimbang iaitu 100% Pendidikan Jasmani dan
100% Pendidikan kesihatan.

5. SEGAK / PBS.
5.1 SEGAK adalah standart Kecergasan Fizikal bertujan untuk melihat kecergasan
murid-murid dengan menjalankan beberapa aktiviti untuk menguji tahap kecergasan,
kekutan otot, daya tahan otot, kardiovaskular dan kelenturan mereka.
5.2 Tuan Pengerusi ada menyatakan ujian SEGAK ini lebih mudah dilakukan setelah
pembelian alatan untuk mengukur tahap keupayaan murid-murid.
5.3 SEGAK dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos.
5.4 Segak dijalankan untuk murid tahun 4 hingga tahun 6.
5.5 Murid perlu menggunakan pakaian sukan yang lengkap untuk menjalankan ujian ini.

5.6 Guru perlu mengingatkan murid akan kad Ujian SEGAK perlu dibeli oleh murid di
koperasi sekolah terutama bagi tahun empat. Bagi tahun lima dan enam perlu
meminta daripada guru yang mengajarnya pada tahun lepas.
5.7 Perkara-perkara berkaitan SEGAk ini lebih ditekankan kepad Encik Mohd Izwan
kerana beliau merupakan guru PJK baharu.
5.8 Berkaitan PBS Tuan Pengerusi meyatakan sudah dimaklumkan pada mesyuarat
kurikulum.

6. PERANCANGAN AKTIVITI PJK.
6.1 Tuan Pengerusi meminta cadangan daripada setiap guru bagi menjalankan
aktiviti PJK.
6.2 Berikut adalah cadangan aktiviti dan dipersetujui oleh setiap ahli PJK.
6.2.1 Bulan Hidup Sihat ( Bertemakan: WARGA 20 AKTIF MURID
PRODUKTIF)
6.2.1.1 Merentas Desa
6.2.1.2 Pesta Permainan.
6.2.1.3 Pertandingan Mencipta Permainan.
6.2.1.4 Pertandingan Senamrobik
6.2.1.5 Pertandingan poster/banner Gaya Hidup Sihat
6.2.1.6 Who want to be healthy?



7. Hal-hal lain/ hal-hal berbangkit
7.1 Peringatan oleh Tuan Pengerusi tentang pemilihan atlet untuk mewakili sekolah
perlu dilakukan awal dan latihannya perlu dikerapkan. Dengan ini pembahagian
jadual dilakukan. Ini kerana SK USJ 20 mensasarkan murid sekolah ini sekurang-
kurangnya mewakili Zon atau daerah seramai 30 orang.





7.2 Tuan Pengerusi mengingatkan akan pemantauan buku latihan murid secara
berkala dilakukan setiap kelas yang diajar. Setiap guru subjek PJK mesti memilih 10
buah buku latihan disetiap kelas yang diajar dan di hantar kepada Panintia PJK bagi
pemeriksaan. Berikut adalah jadual bagi pemantauan buku latihan.

Bulan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt
Tahun 6 5 4 3 2 1 6 5 4

Mesyuarat ditangguhkan kira-kira 2.30 petang. Tuan Pengerusi mengingatkan ahli
sekiranya terdapat sebarang masalah bolehlah berbincang terus dengan beliau.
Tuan Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas kesudian ahli menghadiri
perjumpaan untuk kali pertama ini.

Disediakan oleh,



(ENCIK OMAR WAHYUDDIN AHMAD)
Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani
Dan Kesihatan
Disahkan oleh,



(ENCIK MOHD ROZMAN B SEPEAI)
Pengerusi Panitia Pendidikan Jasmani
Dan Kesihatan

You might also like