You are on page 1of 12

FOLIO KEMAHIRAN HIDUP

TANAMAN HIASAN

















FARIS NAJMI BIN ALIAS
4 NEPTUNE

UNTUK PERHATIAN:
PN. AZWANI MOHAMMAD
GURU KEMAHIRAN
HIDUP
TAHUN 4 NEPTUNE
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. maka saya, Faris Najmi bin
Alias telah diberi kesempatan untuk melengkapkan dan menyiapkan Folio Kemahiran Hidup
sebagai sebahagian daripada syarat Peperiksaan Akhir tahun 2013. Di sini saya ingin
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru mata pelajaran Kemahiran Hidup
iaitu Puan Azwani Mohammad kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
sehingga tugasan ini sehinggalah saya berjaya melaksanakannnya. Kesabaran cikgu
memberikan tunjuk ajar amat-amat saya hargai.
Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Alias
b Abed dan Puan Norazuin Mohd Sahar kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat
agar saya tabah melaksanakan setiap tugasan. Keikhlasan mereka memberikan bantuan
sama ada dari segi masa, tenaga dan kewangan amat saya sanjungi.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya dari
kelas 4 kerana telah bekerjasama dan membantu saya sekiranya terdapat sebarang
kesulitan yang saya hadapi semasa menyiapkan folio ini. Sesungguhnya, pengalaman dan
pengetahuan yang saya perolehi ini amat bermakna buat diri saya. Sekian, terima kasih.


Yang benar,


Faris Najmi Bin Alias
24 September, 2013



NAMA : Faris Najmi b. Alias
UMUR : 10 tahun
TARIKH LAHIR : 2 Disember 2013
NAMA AYAH : Alias b Abed
NAMA IBU : Norazuin Mohd Sahar
BILANGAN ADIK-BERADIK : 3 orang
CITA-CITA : Usahawan
HOBI : Bersenam
FALSAFAH DIRI : Berusahalah tanpa kenal erti jemu






























Biodata Saya
JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN

POKOK RENEK
POKOK BUNGA SEMUSIM
POKOK PALMA




Pokok renek atau belukar ialah tumbuhan berkayu secara hortikultur
berbanding botani, dibezakan dengan pokok biasa dengan jumlah
batangnya yang banyak dan lebih rendah, selalunya kurang daripada
5-6 m tinggi. Kawasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok renek ini
selalunya digelar sebagai semak samun.
Contoh pokok renek:

Pokok bunga raya
Nama saintifik: Hibiscus rosa-sinensis

Pokok bunga kertas
Nama saintifik: Bougainvillea
POKOK RENEK

Pokok siantan
Nama saintifik : Ixora








Pokok bunga semusim semakin popular di Malaysia dan banyak
ditanami di negara yang beriklim sejuk. Ia merupakan tumbuhan yang
hidup dalam jangka masa yang singkat iaitu kitar hayat yang kurang dari
setahun dan mati selepas berbunga. Tumbuhan ini rendah dan
batangnya tidak berkayu serta mudah ditanam dan dibiakkan melalui biji
benih.
Terdapat pelbagai jenis warna dan bentuk yang menarik minat
sesiapa sahaja apabila memandang ke arahnya. Sayangnya, pokok
jenis ini hanya berbunga sekali sahaja.
Contoh pokok bunga semusim:

Pokok bunga balung ayam
Nama saintifik : Celosia argentea
POKOK BUNGA SEMUSIM

Pokok bunga keembong
Nama saintifik : Impatiens balsamina

Pokok bunga matahari
Nama saintifik : Helianthus annuus








Terdapat lebih kurang 202 genus yang kini dikenali, dengan lebih
kurang 2,600 spesies. Kebanyakan daripada spesiesnya dihadkan ke
kawasan iklim tropika dan subtropika. Di kalangan famili tumbuhan,
Arecaceae merupakan famili yang paling mudah dikenal pasti oleh
kebanyakan orang. Kebanyakan pokok palma dibezakan dengan daun-
daun besar, malar hijau, dan majmuk yang diatur di atas batang yang
tidak bercabang. Bagaimanapun, banyak pokok palma merupakan
kekecualian kenyataan ini, dan pokok palma sebenarnya menunjukkan
kepelbagaian yang meluas dari segi ciri fizikal. Selain daripada
kepelbagaian morfologi, pokok palma juga hidup di hampir setiap habitat
dalam jangkauannya, dari hutan hujan hingga ke gurun.
Pokok palma merupakan salah satu daripada pokok yang paling
dikenali dan yang paling ditanam secara meluas. Pokok ini memainkan
peranan yang penting untuk manusia dalam kebanyakan sejarah,
bermula dengan Mesopotamia kuno. Banyak keluaran dan makanan
biasa berasal daripada pokok palma, dan pokok palma juga digunakan
secara meluas dalam seni taman disebabkan bentuknya yang eksotik
dan oleh itu, telah menyebabkannya menjadi salah satu daripada
tumbuhan yang penting dari segi ekonomi. Dalam banyak budaya
sejarah, pokok palma merupakan lambang untuk gagasan seperti
kemenangan, keamanan, dan kesuburan. Pada hari ini, pokok palma
masih merupakan lambang sejagat yang popular untuk kawasan tropika
dan percutian.


POKOK PALMA
Contoh pokok palma:

Pokok pinang raja
Nama saintifik: Crytostachys lakka

Pokok kelapa gading
Nama saintifik : Cocos Nucifera Eburnea



Pokok pinang manila
Nama saintifik : Veitchia merillii












PENUTUP



Kita haruslah mengetahui dengan menanam tanaman hiasan atau
pokok hiasan mempunyai banyak kebaikannya. Jika tanaman hiasan
ditanam di halaman rumah kita maka ini akan mewujudkan
pemandangan yang ceria dan indah.
Ini akan membuat kita merasa tenang dengan melihat bunga-
bungaan yang pelbagai warna dan indah yang dapat menghiburkan
hati kita. Ini sekaligus dapat menghilangkan tekanan yang kita
hadapi. Di samping itu juga, semasa kita melakukan aktiviti menanam
tanaman hiasan, sekurang-kurangnya kita telah melakukan sedikit
senaman untuk diri kita sendiri. Kita juga akan mendapat bekalan
udara tambahan yang cukup segar
Selain daripada itu, melakukan aktiviti ini sebenarnya dapat
memanfaatkan masa lapang seseorang itu. Di samping dapat
mewujudkan rasa keinsafan pada diri kita dengan melihat ciptaan
Allah yang luar biasa.

You might also like